Ayat cikgu Zaiton (421307)

Download Report

Transcript Ayat cikgu Zaiton (421307)

Binaan Ayat
1. Soalan membina ayat merupakan soalan
pertama pada bahagian Tatabahasa iaitu
soalan 3a.
2. Sebanyak 6 markah diperuntukkan untuk
soalan ini.
3. Anda akan diberikan satu senarai perkataan
atau istilah dan dikehendaki membina satu
ayat bagi setiap perkataan tersebut.
4. Anda mungkin diberikan 6 kata (satu markah
untuk setiap ayat) atau 3 kata sahaja
(2 markah untuk setiap satu)
Panduan dalam binaan ayat
• 1. Boleh bina ayat tunggal.
2. Boleh bina ayat majmuk.
3. Boleh bina ayat aktif.
4. Boleh bina ayat pasif.
5. Boleh bina ayat cakap ajuk
tetapi perlu mematuhi peraturan
tanda baca (tanda petik).
Pelajar dilarang ;
• 1. Menambah atau menggugurkan
imbuhan.
2. Jadikan perkataan diuji sebagai
kata nama khas.
3. Jadikan perkataan diuji sebagai
peribahasa.
4. Membina ayat yang tidak jelas/
tidak difahami maksud.
Contoh :
1. Serunai itu diletak di atas meja. (ayat tidak jelas)
2. Nama kawan saya Serunai. (digunakan sebagai
nama khas, ditolak)
3. Saya tidak faham perkataan serunai. (tidak mematuhi
tugasan soalan, ayat mesti dapat menjelaskan makna
dan kegunaan perkataan / rangkai kata yang diuji)
4. Saya meniup serunai itu. (diterima)
Formula membina ayat
• Apabila anda membina ayat,
pastikan anda menggunakan
formula:
a) Bila + Siapa + buat apa
b) Siapa + buat apa + di mana
c) Siapa + buat apa + kenapa
Contoh binaan ayat ;
Contoh:
1. Prasyarat
ayat: Kakak berjaya memasuki pertandingan itu
kerana lulus prasyarat yang ditetapkan oleh
penganjur pertandingan.
2. Propaganda
ayat: Pendedahan akuan palsu yang dilakukan
oleh pemimpin negara itu
merupakan propaganda politik yang mungkin
akan menarik perhatian media massa.
3. Pascamerdeka
ayat: Pada zaman pascamerdeka, anak-anak
bangsa harus mengisi kemerdekaan dengan
mempertahankan kemerdekaan negara
daripada dijajah semula oleh anasir luar.
4. Dwibahasa
ayat: Ayah menggunakan
kamus dwibahasa untuk mencari makna
perkataan yang tidak difahaminya dalam bahasa
Melayu dan bahasa Inggeris.
JENIS SOALAN
Sebenarnya tiada batasan untuk jenis
kata/istilah yang boleh dikemukakan untuk
bahagian ini. Antara contohnya ialah:
A. Kata dasar yang sama dengan imbuhan
berbeza contoh :
i. putus
ii. diputuskan
iii. terputus
iv. memutuskan
v. keputusan
vi. putus-putus
B. Kata berganda
i. huru-hara
ii. riuh-rendah
iii. kusut-masai
iv. lintang-pukang
v. mundar-mandir
vi. lalu-lalang
C. Kata dengan imbuhan pinjaman contoh :
i. tatabahasa
ii. prauniversiti
iii. prokerajaan
iv. antisosial
v. subnilai
D. Kata hampir sama bunyi
i. renang
ii. menang
iii kenang
iv.benang
v. tenang
vi.senang
E. Kata hampir sama makna
i. memotong
ii. mencantas
iii menghiris
iv. mencincang
v. menetak
vi. menebang
F. Kata pinjaman
i. boikot
ii. veto
iii. fasa
iv. biografi
v. sentimen
vi. Meritokrasi
G. Kata majmuk (atau pemajmukan istilah khusus) dan
frasa khusus
i. sumbang saran
ii. imbangan dagangan
iii peluang terbuka
iv. suara hati
v. kuasa beli
vi. jati diri
H. Membezakan maksud kata yang sama
(Anda perlu membina dua ayat bagi
setiap perkataan bagi menunjukkan
perbezaan maknanya)
i. mereka
ii. semak
iii daki
Inovasi: Pembinaan ayat berdasarkan
kata kerja transitif (ada objek KN)
Teknik SKADIB.
Binaan ayat ( kata hampir sama makna ,
BLT= M/S :44 ) TEKNIK SKADIB
1. Menilik (melihat dgn sungguh-sungguh; memperhatikan;
meneliti, meramalkan)
= Siti pandai menilik nasib seseorang dengan melihat tapak
tangan sahaja.
2. Meneliti (memeriksa atau mengkaji sesuatu dgn teliti dan
memerhati dgn sungguh-sungguh; memandang dgn tepat)
= Zainal membaca dan meneliti surat perjanjian itu terlebih
dahulu sebelum menurunkan tandatangannya.
3. Menoleh (berpaling atau berpusing muka ke kiri (ke kanan atau
ke belakang) utk melihat, menengok ke sisi atau ke belakang:
= Kakak menoleh ke belakang apabila dipanggil oleh kawannya
semasa berjalan di pasaraya petang semalam.
Binaan ayat ( kata hampir sama makna )
4. Menonton (menengok )= Saya dan keluarga
menonton televisyen di ruang tamu pada waktu
petang.
5. Merenung (diam memikirkan sesuatu, termenung
memikirkan sesuatu)
= Maya merenung memikirkan masa depannya ibarat
telur di hujung tanduk kerana anaknya baru sahaja
diculik pada pagi semalam.
6. Menyaksikan (melihat sendiri )
= Syakir menyaksikan perlawanan bola sepak antara
negeri Johor dan negeri Kedah di stadium Larkin
pada malam itu.
Sekian, Terima Kasih
Disediakan oleh : Cikgu Zaiton
LAMPIRAN MEMBINA AYAT