BAHASA MELAYU KERTAS 2 (012/022/032) (PENULISAN) UPSR BAHASA MELAYU-KERTAS 2 (012/022/032) (PENULISAN) BIL PERKARA FORMAT Jenis Instrument Ujian Subjektif Jenis Item Respons Terhad Respons Terbuka Bilangan Soalan 5 Soalan Bahagian A- 1 soalan (wajib) Bahagian B- 3

Download Report

Transcript BAHASA MELAYU KERTAS 2 (012/022/032) (PENULISAN) UPSR BAHASA MELAYU-KERTAS 2 (012/022/032) (PENULISAN) BIL PERKARA FORMAT Jenis Instrument Ujian Subjektif Jenis Item Respons Terhad Respons Terbuka Bilangan Soalan 5 Soalan Bahagian A- 1 soalan (wajib) Bahagian B- 3

Slide 1

BAHASA MELAYU
KERTAS 2
(012/022/032)
(PENULISAN)

UPSR


Slide 2

BAHASA MELAYU-KERTAS 2 (012/022/032)
(PENULISAN)
BIL

PERKARA

FORMAT

1

Jenis Instrument

Ujian Subjektif

2

Jenis Item

Respons Terhad
Respons Terbuka

3

Bilangan Soalan

5 Soalan
Bahagian A- 1 soalan (wajib)
Bahagian B- 3 soalan(pilih 1)
Bahagian C-1 soalan (wajib)

4

Bilangan
perkataan

Bahagian A – Tiada had
Bahagian B – Tidak kurang daripada 60/80
patah perkataan.
Bahagian C- Tidak kurang daripada 40/50
patah perkataan.


Slide 3

5

Jumlah
Markah

60 markah
Bahagian A – 10 markah
Bahagian B – 30 markah
Bahagian C – 20 markah

6

Tempoh

1 jam 15 minit

7

Konstruk yang
ditaksir

Memindah maklumat
Ujian Penulisan/Kemahiran Menulis/Membina
Ulasan.

8

Cakupan
Konteks

Mencakupi semua bidang pembelajaran yang
terdapat dalam Sukatan Pelajaran Tahun 1-6

9

Stimulus

Bahan grafik


Slide 4

BAHAGIAN A
(Masa yang dicadangkan : 15 minit)
(10 markah )


Perkara



Memindahkan maklumat dari
bahan grafik



Stimulus



Gambar/carta/graf/peta/dsb



Bilangan Soalan



1 soalan sahaja (tiada
pilihan,wajib jawab)



Jumlah perkataan



Tiada had



Bentuk jawapan



Ayat lengkap/gramatis
(bernombor/point/perenggan)


Slide 5

BAHAGIAN A
TEKNIK MENJAWAB SOALAN
1. Baca dan fahami arahan soalan
2. Teliti gambar yang diberi
3. Tulis atau catatkan apa yang dilihat
berdasarkan gambar.
4. Membina ayat tunggal/majmuk atau
berlapis menepati bahan grafik.
5. Menggunakan ejaan dan tanda baca
yang betul.


Slide 6

Bagaimana ayat gramatis?
1.

2.

3.
4.

5.

Struktur ayat betul, tepat(mempunyai
subjek dan predikat)
Penggunaan pembendaharaan kata
betul, tepat dan meluas.
Betul dari segi tanda baca dan ejaan.
Penggunaan penanda wacana yang
sesuai.
Menepati kehendak gambar dan arahan.


Slide 7

 Tulis

lima ayat yang lengkap
tentang situasi yang terdapat
dalam gambar.


Slide 8


Slide 9

CONTOH AYAT
1. Ada batu-batu besar dan pokok-pokok di
kawasan air terjun.
2. Emak menghidang makanan di atas tikar
yang kami bawa.
3. Ayah duduk di atas batu sambil
memerhatikan kami mandi.
4. Saya dan kawan-kawan mandi-manda
sambil bermain air.
5. Ada berbagai jenis makanan dan minuman
di atas tikar itu.


Slide 10

Tulis

lima aktiviti
berdasarkan gambar di
bawah.


Slide 11


Slide 12

CONTOH AYAT








1. Emak sedang menghulurkan sepinggan
makanan kepada ayah.
2. Saya dan adik sedang membina istana pasir
.
3. Abang dan rakannya begitu leka bermain
bola di tepi pantai.
4. Kelihatan kanak-kanak gembira bermain dan
berenang dengan menggunakan pelampung.
5. Ada juga yang berekreasi dengan perahu
layar dan mendayung sampan.


Slide 13

Tuliskan lima ayat yang lengkap tentang \
aktiviti yang terdapat dalam gambar.


Slide 14

Tuliskan lima ayat yang lengkap tentang \
aktiviti yang terdapat dalam gambar.


Slide 15

Tuliskan lima ayat yang lengkap tentang \
aktiviti yang terdapat dalam gambar.


Slide 16

BAHAGIAN B
(Cadangan masa : 40 minit )
(Markah : 30 )
PERKARA

Menulis karangan

STIMULUS

Tajuk diberi

BILANGAN SOALAN

BILANGAN
PERKATAAN

BENTUK KARANGAN

3 soalan pilih 1 sahaja
Tidak kurang 60 @ 80 patah
perkataan.
Karangan lengkap


Slide 17

BAHAGIAN B
 Baca dan fahami tajuk-tajuk yang diberi
 Pilih tajuk karangan yang dikuasai
sepenuhnya agar dapat menghuraikan
sesuatu tajuk dengan tepat dan padat.
 Catatkan isi-isi penting yang bersesuaian
dengan kehendak soalan.
 Sediakan rangka karangan agar isinya
tidak berulang.
 Karangan berformat mestilah mengikut
format yang betul.


Slide 18

PENULISAN BAHAGIAN B
Karangan Berformat Khusus
Karangan Berformat Umum


Slide 19

Karangan Berformat
Khusus
-Surat

rasmi
--Surat tidak rasmi
-- Dialog
-- Laporan
--Ucapan
-- Syarahan
-- Berita
-- Catatan
-- Perbahasan


Slide 20

Karangan Berformat
Umum
-Naratif
-Menyambung

dan menyudahkan cerita

-Fakta
-Gambaran/keperihalan
-Peribahasa
-Rencana
-Penerangan
-Perbincangan


Slide 21



KARANGAN YANG BAIK HENDAKLAH
MEMPUNYAI:
- Pendahuluan/Pengenalan yang berkaitan
dengan tajuk.
- Isi-Isi yang disertai dengan huraian dan
contoh, penggunaan penanda wacana,
peribahasa dan ungkapan amat digalakkan.
- Penutup karangan dengan membuat
kesimpulan atau rumusan tentang tajuk
karangan dengan memberi pendapat sendiri.
Semak ejaan, tanda baca, tatabahasa, contoh
atau isi yang tertinggal atau kurang tepat.


Slide 22

BAHAGIAN C
(Cadangan masa : 20 minit)
Markah : 20

PERKARA

Membuat ulasan
(pengajaran, nilai murni,
kebaikan, faedah dll)

STIMULUS

Petikan (sastera/bukan
sastera)

BILANGAN SOALAN

1 soalan sahaja (Tiada
pilihan)
(Soalan wajib dijawab)

JUMLAH PERKATAAN
BENTUK JAWAPAN

Tidak kurang 40 @ 50 patah
perkataan
Satu perenggan


Slide 23

TEKNIK MENJAWAB SOALAN
1.
2.

3.
4.

Baca dan fahami
Garis isi penting/pengajaran/nilai/
kebaikan/kepentingan
Senaraikan
Tulis dalam satu perenggan


Slide 24

Tulis beberapa pengajaran yang boleh kamu
dapati daripada petikan di bawah. Panjang
jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada
40 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu
dalam satu perenggan
Haziq ialah anak pertama daripada lima orang adikberadik. Dia dilahirkan dalam sebuah keluarga yang
serba kekurangan. Ayahnya telah meninggal dunia.
Hanya ibunya sahaja yang ada untuk menyara keluarga.
Oleh itu, sebagai anak sulung Haziq perlu membantu
ibunya.


Slide 25

Haziq seorang yang sangat rajin dan kuat
semangat. Pada waktu pagi,Haziq akan ke sekolah seperti
biasa manakala sebelah petang pula, dia akan bekerja
sebagai pembantu di sebuah kedai makan. Haziq akan
mengulangkaji pelajarannya pada waktu malam. Semua
duit gaji yang diterima akan diberi kepada ibunya untuk
perbelanjaan keluarga.

Haziq sangat disenangi oleh orang kampung kerana
sikapnya yang ringan tulang dan kecemerlangannya dalam
pelajaran. Oleh itu, dia telah ditawarkan untuk melanjutkan
pelajaran ke universiti. Orang kampung telah mengutip
derma untuk membantu Haziq melanjutkan pelajarannya.
Haziq sangat terharu dengan bantuan mereka. Dia berjanji
akan membalas jasa mereka setelah bekerja nanti.


Slide 26

SENARAI NILAI-NILA MURNI
1. BERDIKARI
2. BERHATI-HATI
3. CERMAT
4. KEGIGIHAN
5. KASIH SAYANG
6. TAAT SETIA
7. BERTANGGUNJAWAB

8. HORMAT-MENGHORMATI
9. BANTU-MEMBANTU
10.BERSIMPATI


Slide 27

11. BERSABAR
12. BERHEMAH TINGGI
13. JUJUR / AMANAH

14. BAIK HATI
15. IKHLAS
16. BERTOLAK-ANSUR
17. BEKERJASAMA
18. KERAJINAN
19. KEBERSIHAN
20. BERSYUKUR
21. RASIONAL


Slide 28

22. KEBEBASAN
23. SEMANGAT KEJIRANAN
24. SEMANGAT KESUKANAN
25. PATRIOTIK
26. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

27. HARGAI DIRI
28. KESEDERHANAAN
29. BERTERIMA KASIH
30. MENYAYANGI ALAM SEKITAR
31. PRIHATIN

32. MENYANYANGI


Slide 29

Berdasarkan petikan pengajaran atau
nilai murni yang boleh di ambil ialah,
kita mesti bertanggungjawab terhadap keluarga.
Kita juga perlu sentiasa bantu –membantu antara
satu sama lain. Kita perlu rajin berusaha dan kuat
semangat untuk berjaya walaupun serba
kekurangan.Selain itu janganlah bersikap
mementingkan diri sendiri. Kita perlu bersikap baik
hati dan ringan tulang kerana tolong menolong
adalah satu amalan yang baik. Kita mestilah tahu
menghargai budi baik orang dan tidak lupa
membalas jasa .Janganlah jadi seperti kacang
lupakan kulit.


Slide 30

Tulis beberapa nilai/pengajaran yang
boleh kamu dapati daripada puisi di
bawah. Panjang jawapan kamu
mestilah tidak kurang daripada 50
patah perkataan. Tulis jawapan
kamu dalam satu perenggan


Slide 31

Buah delima pelbagai rasa,
Dipetik sebelum waktu senja;
Dari kecil hinggalah dewasa,
Ibu bapa membelai penuh manja.

Dalam sungai dipasang bubu,
Masuk seekor ikan kelisa;
Sungguh mulia jasamu ibu,
Sepanjang hayat dikenang sentiasa


Slide 32

Limau kasturi jangan dilupa,
Beli juga sebungkus asam jawa;
Tidakku lupa jasamu bapa,
Sanggup berkorban harta dan nyawa.

Kacang dicampur santan kelapa,
Nasi berulam pucuk pegaga;
Terima kasih ibu dan bapa,
Bersyukur kita hidup bahagia.


Slide 33

1.
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.


kasih sayang
bertanggungjawab
membalas jasa
berterima kasih
bersyukur
sanggup berkorban


Slide 34

Sebagai anak kita hendaklah menghargai dan
membalas jasa ibu dan bapa.Mereka telah
membesar dan mendidik kita hingga dewasa. Ibu
bapa juga telah menjaga dan membelai kita
dengan penuh kasih sayang. Oleh itu, kita mesti
sentiasa mengenang jasa ibu dan bapa. Mereka
telah sanggup berkorban harta dan nyawa demi
anak-anak. Sebagai anak kita hendaklah
menghormati dan berterima kasih kepada ibu dan
bapa. Kita mesti bersyukur kerana mempunyai
ibu bapa dan dapat hidup bahagia.


Slide 35

Ceritakan kebaikan ‘Aku’ dalam sajak di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang
daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu
dalam satu perenggan.

Aku
Menolong manusia,
Pakaian menjadi bersih,
Makanan boleh dimasak,
Badan sihat, hilang dahaga.


Slide 36

Kehadiran aku dinanti,
Aku pembawa rahmat,
Bagi petani aku dipuja,
Tanah yang kering menjadi subur dan lembab.
Bumi yang luas menghijau dengan pepohon,
Sungai yang cetek dipenuhi air,
Hidupan air menjadi gembira,
Sumber rezeki kepada manusia


Slide 37

Kebaikan aku dalam sajak diatas ialah
Aku amat berguna dan dapat menolong manusia
seperti memcuci, memasak menyihatkan badan
dan menghilangkan dahaga. Selain itu kehadiran
aku sentiasa dinantikan kerana Aku pembawa
rahmat kepada petani. Aku menyubur dan
melembabkan tanah. Selain itu Aku juga
menghijaukan bumi dengan pepohon, sungai yang
cetek dipenuhi air dan hidupan air juga gembira
dengan kehadiran aku. Aku adalah sumber rezeki
kepada manusia.


Slide 38

ANDA BERHAK UNTUK MENENTUKAN PENCAPAIAN
ANDA
BAHAGIAN A
CEMERLANG, ayat gramatis, menepati
stimulus,perbendaharaan kata dan kosa kata meluas, ejaan dan
tanda baca yang betul.

Keputusan BAIK, ayat jelas dan menepati stimulus,
perbendaharaan kata dan kosa kata sederhana

MEMUASKAN -mudah, ringkas dan sesuai dengan stimulus.
Perbendaharaan kata dan kosa kata terhad dan sesuai.
Banyak kesalahan tanda baca, ejaan tetapi tidak
menjejaskan ayat.
PENCAPAIAN TAHAP MINIMUM bila ayat tidak sesuai dengan
stimulus, penggunaan perkataan yang terhad dan tidak besesuaian
dengan stimulus. Banyak kesalahan ejaan dan tanda baca.


Slide 39

ANDA BERHAK UNTUK MENENTUKAN PENCAPAIAN ANDA
BAHAGIAN B

CEMERLANG-persembahan jelas, menarik, pengolahan idea
sangat baik, ayat gramatis bertepatan dengan tema, kosa kata dan
perbendaharaan kata meluas tiada kesalahan ejaan dan tanda
baca.
BAIK-persembahan jelas, pengolahan idea baik dengan ayat
gramatis sesuai dengan tema. Perbendaharaan dan kosa kata
sederhana. Terdapat kesalahan dalam tanda baca tetapi tidak
menjejaskan karangan.
MEMUASKAN-persembahan ringkas, menyatakan isi dengan
menggunakan ayat dasar, perbendaharaan dan kosa kata terhad.
Banyat kesalahan tanda baca dan ejaan

PENCAPAIAN TAHAP MINIMUM
Persembahan tidak sesuai dengan tema. Isi tidak tepat,tidak
berkaitan dengan tema atau sukar difahami. Penggunaan
perkataan terhad dan banyak kesalahan ejaan dan tanda baca.


Slide 40

ANDA BERHAK UNTUK MENENTUKAN PENCAPAIAN ANDA

BAHAGIAN C
CEMERLANG-Ulasan jelas,tepat ayat gramatis, perbendaharaan
dan kosa kata meluas bersesuaian dengan rangsangan serta betul
penggunaan ejaaan dan tanda baca.
BAIK-ulasan jelas, tepat ayat gramatis, perbendaharaan dan kosa
kata yang sederhana serta bersesuaian dengan rangsangan
terdapat beberapa kesalahan ejaan dan tanda baca tetapi tidak
menjejaskan ayat.
MEMUASKAN –ulasan tepat ayat mudah dan ringkas.
Perbendaharaan kata dan kosa kata terhad dan sesuai. Terdapat
kesalahan dalam tanda baca dan ejaan.
PENCAPAIAN TAHAP MINIMUM
Ulasan tidak menepati,penggunaan perkataan terhad dan tidak
bersesuaian dengan rangsangan serta banyak kesalahan ejaan
dan tanda beca.


Slide 41

SEKIAN,
TERIMA KASIH