Ayat Pasif - philosophia bahasa melayu

Download Report

Transcript Ayat Pasif - philosophia bahasa melayu

AYAT PASIF
Golongan Ayat Pasif
Terbahagi kepada 3
1. Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif.
2. Ayat pasif dengan kata ganti diri pertama dan kedua.
3. Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir
sebelum kata kerja.
Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif.
Ayat pasif jenis ini merupakan ayat yang kata kerjanya
mengandungi imbuhan kata kerja pasif di- dan ter-
Subjek
Kata kerja
pasif
Oleh + frasa
nama
Keterangan
Ikan itu
dimakan
oleh kucing
semalam
Buah itu
dipetik
oleh ayah
sebentar tadi
Batu itu
tersepak
oleh Ali
ketika pulang
Tahi ayam itu
terpijak
oleh adik
semasa
berjalan ke
kedai
Untuk ayat pasif yang menggunakan kata kerja pasif ‘di’ , kata
sendi nama oleh pada binaan oleh + FN yang letaknya selepas
kata kerja boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna atau struktur
ayat.
Ayat-ayat di atas, boleh menjadi:
a. Ikan itu sudah dimakan kucing semalam.
b. Buah itu dipetik ayah sebentar tadi.
c. Batu itu tersepak Ali ketika pulang
Namun demikian sekiranya binaan oleh +FN itu terletak jauh daripada
kata kerja, maka oleh tidak boleh digugurkan. Perhatikan contoh berikut:
Ikan itu sudah dimakan semalam oleh kucing. (betul)
Ikan itu sudah dimakan semalam kucing. (salah)
Buah itu telah dipetik sebentar tadi oleh ayah. (betul)
Buah itu telah dipetik sebentar tadi ayah. (salah)
Demikian juga untuk ayat pasif dengan kata kerja pasif ‘ter-’ , kata
sendi nama ‘oleh’ tidak boleh digugurkan misalnya:
Batu itu tersepak oleh Ali ketika pulang.(betul)
Batu itu tersepak Ali ketika pulang (salah)
Tahi ayam terpijak oleh adik semasa berjalan ke kedai.(betul)
Tahi ayam terpijak adik semasa berjalan ke kedai. (salah)
Untuk ayat pasif di atas semua bahagian binaan ‘oleh’ + FN boleh juga
digugurkan. Keadaan ini berlaku apabila unsur subjeknya hendak
diberikan tekanan. Contohnya:
Ikan itu sudah dimakan semalam oleh kucing.
Ikan itu sudah dimakan semalam.
Buah itu telah dipetik sebentar tadi oleh ayah..
Buah itu dipetik sebentar tadi.
Batu itu tersepak oleh Ali ketika pulang.
Batu itu tersepak ketika pulang.
Ayat pasif boleh juga dibentuk dengan kata kerja yang
mengandungi imbuhan ber- dan ke….an. Dalam ayat berberntuk
begini bahagian oleh + FN biasanya tidak diiperlukan.
Subjek
Predikat
Budak itu
bermandikan peluh.
Mereka
keletihan sepanjang hari.
Surat ibunya
belum berjawab.
Orang ramai
ketakutan
Ayat pasif dengan kata kerja di- digunakan hanya dengan
frasa nama objek orang ketiga. Kata gantinama diri orang
pertama dan orang kedua mempunyai bentuk ayat pasif
yang berlainan.
Ayat pasif dengan kata gantinama diri orang pertama dan kedua
Untuk ayat pasif bentuk ini kata gantinama diri diletakkan di
hadapan kata kerja dasar. Hal ini demikian kerana kata
gantinama diri orang pertama dan kedua tidak boleh menerima
kata kerja dengan imbuhan pasif di- . Kata gantinama diri
orang pertama dan kedua yang hadir dihadapan kata kerja
dasar itu boleh berbentuk kata penuh ataupun kata ringkas.
Kata ganti diri yang berbentuk kata penuh adalah seperti saya,
aku, engkau, awak, anda, kami dan kita. Manakala bentuk
kata ringkas ialah ku bagi aku, dan kau bagi engkau.
Contohnya:
Subjek
Frasa kerja pasif dengan gantinama diri
pertama/kedua
Keterangan
Kerja itu
sudah saya selesaikan
semalam
Makanan itu
belum aku rasai
lagi
Makanan itu
belumku rasai
lagi
Hutang itu
akan engkau jelaskan
sepenuhnya
Hutang itu
akan kau jelaskan
sepenuhnya
Terdapat juga bentuk pasif songsang seperti yang berikut:
Saya telan gula-gula itu.
Yang berasal daripada ayat pasif susunan biasa :
Gula-gula itu saya telan.
Kadangkala penutur bahasa Melayu terkeliru dengan menganggap
‘Saya telan gula-gula itu’. Sebagai ayat aktif iaitu sama seperti ayat
Saya menelan gurla-gula itu.
Kekeliruan ini dapat dielakkan dengan membezakan cara menyebutkan
kedua-dua ayat itu kelalui intonasi
Ayat pasif dengan kata bantu pasif kena
Ayat pasif jenis ini mengandungi perkataan kena diahdapan kata
kerja dasar yang tidak menerima awalan. Binaan oleh + FN
boleh, secara pilihan, digugurkan seperti contoh berikut:
Subjek
Kena
Kata kerja
dasar
Oleh + frasa
nama
Pencuri itu
kena
tangkap
oleh polis
Dia
kena
tipu
oleh pemuda
itu
Mereka
kena
hasut
oleh anasir
luar
Sekian, terima kasih