Pak Samad menggunting pokok teh. (ayat aktif) Pokok teh digunting

Download Report

Transcript Pak Samad menggunting pokok teh. (ayat aktif) Pokok teh digunting

Pak Samad menggunting pokok teh. (ayat aktif)
Pokok teh digunting oleh Pak Samad. (ayat pasif)
Ayat Aktif ialah ayat di mana subjek dalam ayat
tersebut menjadi pelaku & objjeknya sebagai penerima.
Ayat aktif menerangkan benda atau perlakuan
seseorang.
Kata kerja dalam Ayat Aktif mengandungi awalan medan ia disebut sebagai penanda Ayat Aktif.
Ayat ini mengandungi kata kerja yang mengutamakan
subjek asal sebagai unsur yg diterangkan.
Ayat Aktif & Pasif -Rabiah
1
1. Ayat aktif
transitif
2.Ayat aktif
tak transitif
~ Ayat aktif transitif ialah ayat aktif yang
mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti
oleh frasa nama yang bertugas sebagai objek atau
unsur penyambutnya.
~ HANYA ayat aktif tarnsitif sahaja yang boleh
dipasifkan kerana objek dalam ayat aktif transitif
akan dijadikan sebagai subjek dalam ayat pasif.
2
ayat aktif transitif juga boleh mengandungi
klausa komplement sebagai penyambut
kepada kata kerjanya.
biasanya ayat seperti merupakan ayat
majmuk.
contoh ayat dengan klausa komplement
1.
Kam Swee mengesyorkan supaya gaji para
pekerja dinaikkan sebanyak lima peratus.
2.
Ramalan cuaca menyatakan bahawa
hujan akan turun pada esok pagi.
3
~ Selain itu ayat aktif transitif juga boleh mengandungi
kata kerja yang menerima 2 objek sebagai penyambutnya.
~ Objek-objek ini dikenali sebagai objek tepat & objek
sipi.
~ objek tepat ialah objek yang menjadi penyambut secara
langsung kepada kata kerja.
~ Objek sipi pula merupakan objek yang menjadi penyambut
tak langsung kepada kata kerja.
1.
Sultan Selangor menganugerahi bapa Atan
2.
3.
Shela mengirimkan kakaknya sepucuk surat.
Pelayan itu membawakan Kassim segelas air.
bintang kehormatan.
4
Ayat Aktif Tak Transitif
• Ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu
yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya.
• Ayat Aktif Tak Transitif tidak boleh dipasifkan
kerana ia tidak mempunyai objek.
• Ayat Aktif Tak Transitif boleh dibahagikan kepada
dua jenis;
– Ayat Aktif Tak Transitif dengan keterangan yang
boleh digugurkan.
– Ayat Aktif Tak Transitif dengan keterangan yang
tidak boleh digugurkan.
5
A.A.TT dengan keterangan yang boleh
digugurkan
• Ayat aktif jenis ini boleh mengandungi frasa
keterangan ataupun tidak.
• Frasa keterangan dalam Ayat Aktif boleh
digugurkan tanpa mencacatkan ayat itu.
–
–
–
–
Kanak-kanak itu sedang bermain dengan riangnya.
Manan sedang tidur di dalam bilik.
Asrul sedang mandi di tepi perigi
Budak itu menangis sepanjang malam.
6
A.A.TT dengan keterangan yang TAK
boleh digugurkan
• Ayat aktif jenis ini mesti mempunyai frasa
keterangan
• Ayat itu dianggap tidak lengkap atau salah jika ia
tidak mempunyai frasa keterangan
–
–
–
–
Baju sejuknya ada pada saya.
Teck Keong berasal dari Perak.
Shazmin ingin menjadi seorang guru.
Bas Ekspress Utama ingin menuju ke Selatan.
7
Ayat Pasif Dengan Imbuhan Kata Kerja
Pasif
Ayat Pasif Dengan Kaya Ganti Nama Diri
Orang Pertama & Kedua.
Ayat Pasif Dengan Kata Bantu Pasif KENA
Ayat Pasif menggunakan Imbuhan ‘ber dan
‘ke-…-an’
8
Ayat Pasif Dengan Imbuhan Kata
Kerja Pasif
• Ayat pasif jenis ini mempunyai kata kerja pasif yang
berimbuhan di- dan ter• Ayat ini digunakan dengan frasa nama objek orang
ketiga.
• Kata sendi oleh dalam Ayat Pasif yang menggunakan
kata kerja pasif di- boleh gugurkan jika binaan oleh +
Frasa Nama diletakkan selepas kata kerja.
• Kata sendi oleh dalam Ayat Pasif yang menggunakan
kata kerja pasif yang menggunakan kata kerja pasif
di- tidak bolejh digugurkan jika binaan oleh + Frasa
Nama terletak jauh daripada kata kerja.
9
Ayat Pasif dengan kata ganti nama
diri orang pertama & kedua
• Kata ganti nama diri orang pertama dan kata
ganti nama diri orang kedua tidak boleh
menerima kata kerja imbuhan pasaif di• Kedua-dua jenis kata ganti nama diri orang itu
diletakkan di hadapan kata kerja dasar.
– Kerugian besar itu mesti kita tanggung bersamasama
– Fail ini harus awak pulangkan dengan segera.
10
Ayat Pasif dengan kata bantu Pasif
KENA
• Perkataan kena digunakan di hadapan kata
kerja dasar dalam ayat Pasif jenis ini.
• Kata kerja dasar tersebut tidak menerima
sebarang awalan.
• Frasa nama objek yang mengikuti kata kerja
dasar boleh digugurkan tanpa mencacatkan
ayat itu.
– Wanita itu kena tipu oleh seorang lelaki yang tidak
dikenali.
– Seorang pegawai polis kena tembak oleh perompak
itu.
11
Ayat Pasif Menggunakan Imbuhan ‘ber-’
dan ‘ke-…-an’
• Ayat pasif ini mengandungi kata kerja yang
berawalan ber- dan berapitan ke-…-an.
• Bahagian binaan oleh + Frasa Nama biasanya
tidak diperlukan.
– Lauk-pauk untuk makan malam sudah berhidang.
– Pengemis di kaki lima itu kelaparan
– Saya ketinggalan bas pagi ini.
12