Kata Kerja dan Kata Adjektif

Download Report

Transcript Kata Kerja dan Kata Adjektif

KATA KERJA DAN KATA ADJEKTIF
KATA KERJA
Kata kerja bermaksud kata yang menunjukkan
aksi atau perbuatan yang dilakukan oleh benda
hidup seperti manusia dan binatang.
 Contoh kata kerja ialah :
- makan, duduk, berlari, mengunyah, menelan,
menggigit, tolak, tekan, pijak, sepak, tendang,
tulis, dan lain-lain.

CONTOH AYAT
Ali sedang baca buku.
 Wong De Ong suka makan biskut.
 Gopal menendang bola dengan kuat sekali.

KATA KERJA TERBAHAGI KEPADA 3 IAITU;
Kata kerja transitif
 Kata kerja tak transitif
 Kata kerja pasif

KATA KERJA TRANSITIF
Kata kerja transitif memerlukan objek sebagai
penyambut untuk melengkapkan maksusd.
 Contoh –
- Pengetua memanggil Samad
- Mereka membuang sampah.

Terbahagi kepada bentuk berikut;
a) Awalan meN – mendayung, melarang,
membawa,meranduk, dan lain-lain
b) Apitan men…i – mendahului, meracuni,
menghadiahi, dan lain-lain.
c) Apitan men…kan – menyediakan, melengkapkan,
memerahkan, melarikan, dan lain-lain.
Kata makan, minum, mohon, dan minta merupakan
kata kerja transitif walaupun tidak berawalan
meN.

KATA KERJA TAK TRANSITIF
Kata kerja ini menerangkan pelaku melakukan
sesuatu terhadap diri sendiri.
 Kata kerja ini juga tidak memerlukan objek
walaupun untuk membentuk ayat yang
lengkap.
 Contoh – Semua murid sedang menulis
- Pegawai-pegawai itu sedang
berbincang.

Kata kerja ini juga boleh diikuti unsur
keterangan.
 Contoh – Semua pegawai itu sedang
berbincang tentang masalah syarikat
mereka.
- Semua murid sedang menulis
karangan.

LATIHAN
Garisi kata kerja yang terdapat dalam ayat di
bawah ini.
1. Badrul suka bermain badminton.
2. Razak menelefon Anis untuk berbincang
tentang kerja rumah.
3. Rafali mendukung adiknya yang sedang
menangis.
KATA ADJEKTIF
Kata adjektif bermaksud kata yang
menunjukkan sifat benda hidup seperti
manusia dan binatang.
 Kata adjektif boleh dikenal malalui sifat fizikal
seseorang. (gemuk, kurus, cantik, kacak,tinggi,
putih, hitam, dan lain-lain).
 Kata adjektif juga boleh dikenal melalui
perlakuan seseorang (baik, jahat, penyayang,
pendendam, dan lain-lain).

CONTOH AYAT
Razak amat menyayangi adiknya.
 Aminah seorang gadis yang baik hati.
 Ramlah sangat terkenal dengan kecantikannya.

LATIHAN
GARISI KATA ADJEKTIF YANG TERDAPAT DALAM
AYAT DI BAWAH
1.
2.
3.
4.
Awie seorang lelaki yang berbadan tegap
dan tinggi.
Mawi merupakan seorang anak yang
bertanggungjawab.
Shila sangat jelita manakala abangnya pula
seorang lelaki yang kacak.
Encik Rahman merupakan guru yang tegas.