PENSYARAH - Universiti Putra Malaysia

Download Report

Transcript PENSYARAH - Universiti Putra Malaysia

PERJUMPAAN BERSEMUKA
PERTAMA
BAHASA JEPUN 2
(BBJ 2402)
Semester 1 2011/2012
18 Jun 2011
PENSYARAH
KOD KURSUS : BBJ 2402
NAMA KURSUS : BAHASA JEPUN II
NAMA PENSYARAH : PN. SANIMAH HUSSIN
E-MAIL : [email protected]
NO. TEL PEJABAT : 03-89468684
ALAMAT : JABATAN BAHASA ASING,
FAKULTI BAHASA MODEN &
KOMUNIKASI,
43400 UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
SERDANG, SELANGOR.
OBJEKTIF
MENGINGATI KOSA KATA YANG DIGUNAKAN
DALAM PERBUALAN HARIAN.
MEMAHAMI PERBUALAN HARIAN YANG MUDAH
MELALUI AKTIVITI MENDENGAR.
MEMAHAMI PENGGUNAAN DAN PERBEZAAN
PENANDA.
MEMAHAMI PETIKAN PENDEK MELALUI AKTIVITI
MEMBACA.
MEMBINA AYAT ADJEKTIF, AYAT NAMAAN DAN
AYAT NAMA SIFATAN MUDAH DENGAN
MENGGUNAKAN KALA YANG BETUL.
MENULIS KARANGAN PENDEK TENTANG
KEHIDUPAN HARIAN.
PENILAIAN
UJIAN BERTULIS
UJIAN PERTENGAHAN SEMESTER
MERANGKUMI UNIT 1, 2 DAN 3.
MARKAH : 25 %
PEPERIKSAAN AKHIR
MERANGKUMI UNIT 4, 5 DAN ULANG KAJI
MARKAH : 40 %
TUGASAN
TUGASAN MENULIS
UNIT 1 DAN 2
MARKAH : 15 %
TUGASAN MEMBACA
UNIT 4 DAN 5
MARKAH : 20%
UJIAN & PEPERIKSAAN AKHIR
UJIAN PERTENGAHAN SEMESTER
Ujian ini akan mencakupi Unit 1, 2 dan 3. Untuk
ujian ini, anda perlu memahami kosa kata dan
dapat membina ayat yang dipelajari dalam ketigatiga unit ini. Anda juga diuji tentang kebolehan
membaca dan menulis ayat dalam HIRAGANA dan
beberapa perkataan dalam KATAKANA.
PEPERIKSAAN AKHIR
Ujian ini mencakupi Unit 4, Unit 5 dan Bahagian
Ulangkaji. Format peperiksaan akhir sama seperti
ujian pertengahan semester. Pada peperiksaan ini,
anda dijangkakan telah menguasai kosa kata dan
struktur ayat daripada modul BBJ 2402
TUGASAN
TUGASAN MENULIS
Buat salinan foto lembar “Latihan Menulis”
pada Unit 1 dan Unit 2. Kemudian tulis
karangan pendek berdasarkan topik yang
diberikan pada lembar yang difotokopi.
Anda hendaklah menulis satu HIRAGANA
pada setiap petak sebagaimana contoh
yang ditunjukkan pada halaman 17 Unit 1.
Cth: ちちはかいしゃいんです。52さいです。
Jangan berikan ruang di antara satu
perkataan dengan yang lain.
TARIKH SERAHAN TUGASAN
Serahkan tugasan anda paling
lewat semasa perjumpaan
bersemuka kali kedua diadakan.
(20 Ogos 2011)
Bagi yang telah menyiapkan
tugasan menulis ini lebih awal,
boleh menghantar kepada Unit
Tugasan PPL atau terus kepada
pensyarah menerusi alamat di atas.
Karangan Unit 1
Pilih beberapa orang daripada anggota keluarga
anda dan tulis karangan tentang mereka. Gunakan
kosa kata dan struktur ayat yang telah anda pelajari
sebelum ini (BBJ 2401) serta dalam UNIT
1(BBJ2402).
Tulis karangan anda pada halaman yang difotokopi
dengan menggunakan kesemua 160 petak yang
disediakan mengikut contoh di bawah. (Satu
HIRAGANA satu petak). Halaman 17.
Cth:
ちち は か い し ゃい ん で す 。5 2 さ い で す 。
KARANGAN UNIT 2
Tulis mengenai perkara-perkara di
sekitar dan di dalam rumah anda.
Gunakan kosa kata dan struktur ayat
yang telah anda pelajari [BBJ 2401,
UNIT 1 dan UNIT 2 (BBJ2402)].
Tulis karangan anda pada halaman
47 & 48 dengan menggunakan
kesemua 200 petak yang disediakan.
(Satu HIRAGANA satu petak ).
TUGASAN MEMBACA
Tulis dua karangan pendek sebagaimana arahan
yang diberikan pada Unit 4 dan Unit 5. Karangan
hendaklah ditulis pada lembar yang disediakan
dengan menggunakan 250 HIRAGANA untuk Unit
4 (halaman 105) dan 280 HIRAGANA untuk Unit 5
(halaman 128)
Kemudian buat rakaman bagi bacaan yang anda
lakukan pada kedua-dua karangan yang
dihasilkan itu.
Untuk setiap karangan, penilaian akan dibuat
berdasarkan keaslian dan ketatabahasaannya
tetapi anda tidak digalakkan untuk menggunakan
kosa kata dan struktur ayat yang belum pernah
dipelajari.
TUGASAN MEMBACA UNIT 4
Tulis cerita tentang kehidupan harian anda.
Gunakan kosa kata dan struktur ayat yang telah
anda pelajari
[BBJ 2401, UNIT 1, UNIT 2, UNIT 3 dan UNIT 4
(BBJ2402)].
Tulis karangan anda pada halaman yang telah
difotokopi dengan menggunakan 250 HIRAGANA.
(Satu HIRAGANA satu petak). Kemudian, baca
karangan ini dan rakamkan. Halaman 105 &
106.
TUGASAN MEMBACA UNIT 5
Tulis karangan tentang percutian anda yang lepas.
Gunakan kosa kata dan struktur ayat yang telah
anda pelajari [BBJ 2401, UNIT 1, UNIT 2, UNIT
3, UNIT 4 dan UNIT 5 (BBJ2402)].
Karangan anda hendaklah ditulis pada halaman
yang telah difotokopi (halaman 128,129 & 130)
dengan menggunakan 280 HIRAGANA (satu
HIRAGANA satu petak).
Kemudian, baca karangan ini dan rakamkan.
Tarikh serah tugasan
Serahkan karangan yang ditulis serta
CD bacaan berkenaan ke UNIT
TUGASAN PPL dua minggu sebelum
peperiksaan akhir bermula.
Tarikh akhir : 24 September 2011
Unit 1
Objektif :
1. menyatakan apa-apa yang anda /
orang lain suka atau tidak suka.
2. memahami penggunaan penanda
“と”, “に” dan “も”.
3. bercerita tentang keluarga anda
menggunakan struktur ayat mudah.
Penggunaan “すき”
Untuk menyatakan apa-apa yang anda suka,
gunakan struktur ayat “がすきです”.
Untuk menyatakan apa-apa yang anda tidak suka,
gunakan struktur ayat “が すき じゃありません”.
Ayat contoh m/s 8.
1) わたしは さかなが すきです。
2) ははは こどもが すきです。
3) しゅじんは コーヒーが すき じゃ
ありません。
Penanda “ と”
Penanda “と” menghubungkan dua atau
lebih kata nama di dalam sesuatu ayat.
Ayat contoh m/s 9 dan 10.
1) さとうさんと たなかさんは かいしゃいん
です。
2)やすみは きんようびと どようびです。
3)わたしは えいがと おんがくが すきです。
Penanda “ に”
Penanda “に” menunjukkan masa
berlakunya sesuatu perbuatan di dalam
ayat itu.
Ayat contoh m/s 10 dan 11.
1) わたしは 7じに おきます。
2) まいばん 11じに ねます。
3) まいあさ 8じに がっこうへ いきます。
Penanda “も”-1
Penanda “も”-1 menandakan bahawa ada
seseorang atau sesuatu yang lain selain
daripada kata nama 1.
Ayat contoh m/s 12
1) わたしは かいしゃいんです。
さとうさんも かいしゃいんです。
2) わたしは おんがくが すきです。
アリさんも おんがくが すきです。
Penanda “も”-2
Penanda “も”-2 menandakan bahawa
terdapat sesuatu yang lain selain
daripada kata nama 2.
Ayat contoh m/s 13
1) わたしは サッカーが すきです。
わたしは やきゅうも すきです。
2) アリサさんは ほんを よみます。
アリサさんは しんぶんも よみます。
Unit 2
Objektif :
1. menguasai ayat yang
menggunakan “あります / います”
2. memahami penggunaan penanda
“の”, “へ” dan “に”
3. menyampaikan keterangan tentang
lokasi / tempat sesuatu dan
seseorang.
Ayat lokasi
Penanda “に” digunakan untuk
menandakan tempat lokasi sesuatu atau
sesorang.
Struktur ayat ini boleh menerangkan
tempat sesuatu atau seseorang berada.
Jika topik ayat adalah benda, maka
“あります” digunakan.
Jika topik ayat adalah orang atau haiwan,
maka “います” digunakan.
Ayat lokasi
Ayat contoh m/s 30.
1) かぎは じむしょに あります。
2) きょうしつは 1かいに あります。
3) いとうさんは としょかんに います。
Ayat kehadiran
Penanda “が” digunakan untuk
menandakan benda atau orang yang
berada di sesuatu tempat.
Anda boleh menerangkan apa dan
siapa berada / hadir di sesuatu
tempat dengan menggunakan ayat ini.
Ayat kehadiran
Ayat contoh m/s 33 dan 34.
1) うちに パソコンが あります。
2) うちに ねこが います。
3) Q: きょうしつに コンピューターが
ありますか。
A: はい、 あります。
4) Q: じむしょに だれが いますか。
A: やまださんが います。
Penanda “の”
Penanda “の” ialah untuk menghubungkan
dua kata nama. Kata nama pertama akan
menerangkan kata nama kedua.
Ayat contoh m/s 39
1) ハリムさんは プトラだいがくの せんせい
です。
2) これは コンピューターの ほんです。
3) あれは にほんの とけいです。
Penanda “に” dan “へ”(tempat)
Penanda “に” menandakan lokasi
atau kehadiran sesuatu atau
seseorang.
Penanda “へ” menandakan arah
datang, pergi atau kembalinya
seseorang yang menjadi topik ayat.
Unit 3
Objektif :
1. menggunakan kata adjektif di
dalam ayat.
2. memahami penggunaan penjodoh
bilangan
3. membina dialog untuk membeli
sesuatu barang di kedai.
Ayat adjektif
Terdapat dua jenis kata adjektif dalam
bahasa Jepun iaitu kata adjektif biasa
dan kata nama sifatan.
Kata adjektif “い” + です.
Kata adjektif “くない” + です.
Kata nama sifatan + です.
Kata nama sifatan + じゃありません.
Ayat adjektif
Ayat contoh m/s 59.
1)その ナシラマは おいしいです。
2)この コーヒーは あまくないです。
3)パソコンは べんりです。
4)あのひとは しんせつ じゃ
ありません。
Kata Nama Penerang
Kata adjektif + Kata nama
Kata nama sifatan + “な” + Kata nama
(Kata nama sifatan memerlukan “な” untuk
menerangkan Kata nama.
Ayat contoh m/s 61.
1) それは あたらしい くるまです。
2) あのひとは しんせつなひと です。
3) これは たかい じしょ じゃありません。
Pertuturan di Kedai atau di
Restoren
Penanda objek “を” digunakan dalam struktur ayat
ini.
Ayat ini dituturkan di kedai atau di restoren untuk
memberitahu apa-apa yang dikehendaki.
Ayat contoh m/s 65
1) Q: これを ください。
A: はい。
2) Q: すみません。このケーキを ください。
A: はい、300えんです。
Penjodoh bilangan
Terdapat banyak penjodoh bilangan dalam
bahasa Jepun, tetapi hanya empat sahaja yang
diperkenalkan dalam unit ini.
Penjodoh bilangan ini mengalami perubahan bunyi
apabila digunakan bersama-sama kata bilangan
tertentu.
Ayat contoh m/s 67.
1) あそこに かさが ろっぽん あります。
2) パンを むっつ かいます。
3) その ドリアンを いつつ ください。
Good Luck
*がんばって ください*