Transcript Slide 1

PERJUMPAAN BERSEMUKA
KEDUA PELAJAR PJJ
BBJ 2402
19 FEBRUARI 2011
UNIT 4
Objektif :
1.
memahami perbezaan antara penanda ‘de’ dengan ‘ni’
2.
memahami perbezaan antara ‘gurai’ dengan ‘goro’
3.
menerangkan aktiviti kehidupan harian dengan menggunakan
struktur ayat mudah.
Penggunaan ‘de’
Jika kata nama ialah nama peristiwa seperti peperiksaan atau
mesyuarat, maka penanda ‘de’ digunakan untuk menandakan
tempat peristiwa di dalam ayat dengan ‘arimasu’. Cuba ambil
perhatian tentang makna ‘de’ iaitu penanda tempat berlakunya
sesuatu peristiwa, sedangkan ‘ni’ ialah penanda tempat sesuatu
berada atau seseorang hadir.
Ayat contoh ( lihat m/s 91 )
1)わたしは レストランで ひるごはんを たべます。
2)ともだちの うちで しゅくだいを します。
3)だいがくで しけんが あります。
Penggunaan ‘amari’
‘amari’ selalunya digunakan di dalam ayat negatif. ‘amari’
menunjukkan darjah perbandingan atau kekerapan atau kuantiti
sesuatu yang tidak tinggi.
amari + kata adjektif + kunaidesu
amari + kata nama sifatan + ja arimasen
amari + kata kerja + masen
Ayat contoh ( lihat m/s 89 )
1)わたしの へやは あまり ひろくないです。
2)ケーキが あまり すきじゃ ありません。
Penggunaan ‘kara’ dan ‘ made’
‘kara’ menunjukkan permulaan sesuatu tempoh atau julat. ‘made’
menunjukkan penghujung tempoh atau julat.
Ayat contoh ( lihat m/s 93 )
1)にほんごの じゅぎょうは 2じから 3じまで です。
2)げつようびから きんようびまで はたらきます。
Penggunaan ‘ya’
‘ya’ menghubungkan dua kata nama dalam sesuatu ayat. Apabila
‘ya’ digunakan, bermakna di samping kata nama 1 dan kata nama 2,
ada sesuatu yang lain di dalam ayat itu. Atau dalam erti kata yang
lain, apabila ‘ya’ digunakan di dalam ayat itu maka kata nama 1 dan
kata nama 2 adalah mewakili barangan lain.
Ayat contoh ( lihat m/s 94 & 95 )
1)にちようび しんぶんや ざっしを よみます。
Penjodoh bilangan
1.
jikan
beri perhatian pada ‘yojikan’ dan ‘kujikan’.
2.
fun
beri perhatian pada ‘ippun’, ‘roppun’, ‘happun’ dan
‘juppun’.
1, 3, 4, 6, 8 dan 10 menggunakan ‘pun’
2, 5, 7 dan 9 menggunakan ‘fun’
Ayat contoh ( lihat m/s 95 & 96)
1)まいばん レストランで よじかん アルバイトを します。
2)だいがくから うちまで さんじゅっぷん かかります。
Penggunaan ‘gurai’
‘gurai’ ialah penanda untuk tempoh masa, harga dan kuantiti.
‘gurai’ digunakan apabila anda tidak tahu kuantiti yang tepat dan
menunjukkan anggaran tempoh masa’ harga serta kuantiti sesuatu
barangan.
Ayat contoh ( lihat m/s 98 )
1)S: いつも なんじかんぐらい やきゅうを しますか。
J: にじかんぐらい します。
Penggunaan ‘goro’
‘goro’ digunakan apabila anda mengetahui masa yang tepat. Apabila
‘goro’ digunakan untuk menandakan masa maka, jangan gunakan
pananda masa ‘ni’.
Ayat contoh ( lihat m/s 98 & 99 )
1) S: いつも なんじごろ かいしゃへ いきますか。
J: しちじはんごろ いきます。
UNIT 5
Objektif :
1. menggunakan struktur ayat mudah jenis kala lampau
2. memahami penggunaan penanda ‘ni’ (tujuan) dan ‘ga’ (penghubung)
3. bercerita tentang percutian menggunakan struktur ayat mudah jenis
kala lampau.
Kala lampau ( Kata Kerja )
Terdiri daripada :
a)
b)
Ayat afirmatif
Untuk mengubah ayat afirmatif bukan kala lampau kepada kala
lampau, ‘masu’ hendaklah ditukarkan kepada ‘mashita’.
Ayat negatif
Untuk mengubah ayat negatif bukan kala lampau kepada kala lampau,
imbuhkan akhiran ‘deshita’ kepada ‘masen’ (‘masendeshita’).
Ayat contoh ( sila lihat m/s 114 )
1) わたしは きのう かいものしました。
2) せんしゅう うみで およぎませんでした。
Kala lampau (Kata Adjektif & Kata Nama)
Untuk ubah ayat adjektif afirmatif bukan kala lampau kepada kala lampau,
ubah ‘i’ kepada ‘katta’.
Contoh : ‘ookii’ kepada ‘ookikatta’
Untuk ubah ayat adjektif negatif bukan kala lampau kepada kala lampau,
ubah ‘kunai’ kepada ‘kunakatta’
Contoh : ‘chisakunai’ kepada ‘chisakunakatta’
perhatikan bahawa anda hendaklah menggunakan ‘desu’ dalam ayat adjektif
kala lampau.
Untuk ubah ayat nama atau nama sifatan afirmatif bukan kala lampau kepada
kala lampau, ubah ‘desu’ kepada ‘deshita’.
Untuk ubah ayat nama atau nama sifatan negatif bukan kala lampau kepada
kala lampau, imbuhkan ‘deshita’ kepada bentuk negatif bukan kala lampau ‘ja
arimasen’ ( ‘ja arimasen deshita’ )
Ayat contoh ( sila lihat m/s 116 & 117 )
1) この かばんは たかかったです。
2)きのうの てんきは はれでした。
 Penggunaan ‘ni’

 KN
wa KN2 he KN3 / KK1
ni

(tempat)
(tujuan)
masu
(KK2)
 Dalam stuktur ayat ini, kata kerja 2 mestilah ‘ikimasu’,
‘kimasu’ atau ‘kaerimasu’. Penanda ‘ni’ menunjukkan arah
tuju pergerakan itu.
 Oleh sebab kata kerja di atas digunakan, maka kata nama 2
menjadi destinasi yang ditandai dengan ‘he’.




Ayat contoh (sila lihat m/s 121 )
1)わたひは らいしゅう うみへ およぎに いきます。
2)くにへ かぞくに あいに かえります。
3)たなかさんは マレーシアへ べんきょうに きました。
Penggunaan ‘ga’
‘ga’ memberikan penanda pada sesuatu ayat dan
menggabungkan dua ayat.
Ayat 1 dan Ayat 2 seharusnya mempunyai makna yang
berlawanan secara langsung dalam stuktur ayat ini.
Sebarang jenis ayat boleh digunakan sebagai ayat 1 dan
ayat 2.
Ayat contoh (sila lihat m/s 123 & 124)
1)ちちは カラオケを しますが、ははは しません。
2)わたしは いつも コーヒーを のみますが、いもうとは
こうちゃを のみます。
GAMBATTE
KUDASAI