Transcript Document

Ayat sebenarnya terdapat banyak bahagian atau bentuk. Ayat
dasar ialah ayat yg menjadi dasar atau sumber utama bagi
pembentukan ayat. Manakala ayat tunggal pula dikatakan sebagai
ayat yang mengandungi satu klausa.
Untuk ayat yang terdiri daripada dua atau lebih gabungan ayat,
ialah ayat majmuk. Dalam ayat majmuk ini terbahagi pula kepada
beberapa jenis ayat majmuk, seperti gabungan, majmuk
pancangan, dan majmuk campuran.
Ayat Aktif



Ayat aktif ialah ayat yg mengandungi kata kerja yg
mengutamakan subjet asal sebagai judul yang
diterangkan.
Ayat aktif ini terdr drp ayat aktif transitif dan ayat
aktif tak transitif.
Contoh ayat-ayat seperti di bawah;
1. Ali menendang bola. (aktif transitif)
2. Anjing mengejar kucing (aktif transitif)
3. Dia mengelamun sepanjang hari. ( tak transitif)
4. Kanak-kanak itu sedang belajar.(tak transitif)
Ayat Aktif Transitif


Ayat aktif transitif merupakan ayat aktif yg
mempunyai kata kerja yg memerlukan objek
atau penyambut.
Contoh ayat aktif transitif dapat dilihat
seperti berikut;
1. Air hujan membasahi bajunya.
2. Penyalahgunaan dadah mengancam
keselamatan negara.
3. Banjir melanda pekan kami.
Ayat aktif tak transitif


Ayat aktif tak transitif ialah ayat yg
mempunyai kata kerja yg memerlukan frasa
nama sebagai penyambut.
Ada 2 jenis ayat aktif tak tran. Iaitu
– Ayat aktif tak tran. dgn keterangan yg
boleh digugurkan.
– Ayat aktif tak tran. dgn keterangan yg tdk
boleh digugurkan.
Ayat pasif


Ayat pasif ialah ayat yg dibina dgn
mengutamakan objek asal sebagai pokok atau
bahagian yg diterangkan.
Pada umumnya ayat pasif boleh dibahagikan
kepada 3
- ayat pasif dgn imbuhan kata kerja pasif (di-, ter-)
- ayat pasif dgn kata ganti nama diri 1 dan diri 2.
- ayat pasif dgn perkataan kena yg hadir sebelum
kata kerja.
Ayat Tunggal
Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa yg
terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Contoh
ayat
seperti berikut;
1. Dia ke Mekah
2. Mereka berkumpul di dewan.
3. Anak itu dikucupnya.
Dalam ayat di atas, Dia, Mereka, dan Anak merupakan
subjek kerana menjadi bahagian ayat yang diterangkan.
Manakala bagi kata ke Mekah, berkumpul di dewan, dan
dikucupnya adalah predikat yang menjadi bahagian yang
menerangkan subjek tersebut.
Ayat Majmuk
A.Majmuk merupakan ayat yang dibina dgn mencantumkan
dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman itu disusun
mengikut cara tertentu sehingga menjadi ayat baru.
Azman dan keluarganya akan ke England
1.
Azman akan ke England
2.
Keluarganya akan ke England
Ayat majmuk terbahagi kepada tiga bentuk;
i. Ayat majmuk gabungan
ii. Ayat majmuk pancangan.
iii.Ayat majmuk campuran
Ayat Majmuk Gabungan
Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri drp 2 ayat
atau lebih yang dijadikan 1 ayat.
Ayat-ayat ini diggabungkan atau dicantumkan dengan
menggunakan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, sambil,
serta , lagi, dan lalu.
Contoh ayat seperti berikut;
1.
Beliau memandang saya sambil tersenyum
2.
Ali belajar bersungguh-sungguh tetapi dia masih
tidak berpuas hati dengan keputusan
peperiksaannya.
Kadang kala penggunaan kata hubung dihilangkan sama
sekali misalnya;
Adik ke sekolah, ayah ke pejabat.
Ayat Majmuk Pancangan
Ayat majmuk gabungan adalah cantuman ayat yang bersifat
sama taraf iaitu dapat berdiri sendiri.
Manakala bagi ayat majmuk pancangan ia dibina drp cantuman
beberapa ayat yang setara.
Dalam ayat ini terdapat 1 ayat induk dan 1 atau beberapa ayat
kecil yang dipancangkan pada ayat induk itu.
Ada 3 jenis A.Majmuk pancangan dalam bahasa Melayu, yg
ditentukan oleh cara pembentukannya dan jenis ayat yg
dipancangkan, iaitu;
1. Ayat relatif
2. Ayat komplement
3. Ayat keterangan
Ayat Pan. Relatif
Ayat relatif ialah ayat yang dikenali dengan penggunaan
perkataan ‘yang’.
Bangunan yang tinggi itu bangunan Dayabumi.
Ayat 1: Bangunan itu tinggi.
Ayat 2: Bangunan itu bangunan Dayabumi.
Ayat 3: yang tinggi itu bangunan Dayabumi.
Dalam ayat di atas ayat induknya ialah Bangunan itu tingg, dan
ayat pancangannya ialah Bangunan itu bangunan Dayabumi.
Klausa yg sama telah digugurkan dan digantikan dgn penanda
relatif ‘yang’.
Ayat Pan. Komplement


Ayat komplement ialah ayat yg dipancangkan dalam ayat
sebagai unsur yg melengkapkan ayat tersebut.
Biasanya ayat ini akan dihubungkan dgn ayat induk
melalui penggunaan kata hubung komplement seperti
bahawa, supaya, dll.
**Kerajaan mengumumkan bahawa rakyat luar
bandar akan menerima lebih banyak kemudahan
melalui projek itu.
1.
2.
Karajaan mengumumkan
Rakyat luar bandar akan menerima lebih banyak
kemudahan melalui projek itu.
Ayat pan. Keterangan





A.Majmuk Keterangan merupakan ayat majmuk yg terdiri drp
1 ayat induk dan 1 ayat kecik atau lebih.
Ayat - ayat kecil ini berfungsi sebagai keterangan kpd
predikat.
Kedudukan ayat keterangan ini tidak tatap, ia boleh hadir
sama ada di depan atau di belakang ayat induk.
Contoh ayat;
** Dia bukan ketua saya ketika saya bekerja dulu.
** Pelajar itu berjaya lantaran usaha yang bersungguhsungguh.
Terdapat berbagai-bagai keterangan yg disampaikan oleh
ayat-ayat kecil dan bergantung pada jenis kata hubung yg
digunakan serta maksudnya.
Ayat Majmuk Campuran
Ayat majmuk campuran ialah ayat yg mengandungi lebih drp 1
jenis ayat ( ayat tunggal + ayat majmuk).
Ayat ini biasanya panjang kerana mengalami pengabungan ayat
yang banyak.
Contoh ayat majmuk campuran;
1. Mereka mendaftarkan kanak-kanak yang lahir dalam
tahun 1982, yang telah menerima suntikan.
i. Mereka mendaftarkan kanak-kanak
ii. Kanak-kanak yang lahir dalam tahun 1982.
iii.Kanak-kanak yang telah menerima suntikan.
Sub. Bagi ayat ini ialah mereka, kata kerjanya mendaftarkan dan
objek tepat ialah kanak-kanak. Kedua-dua ayat relatif ini
merupakan penerang kepada objek tepat.