Semangat Kejiranan B

Download Report

Transcript Semangat Kejiranan B

BAHASA MELAYU
KERTAS 1 (PENULISAN)
1103/1
Bahagian karangan bertujuan menguji
kebolehan anda dalam:
a. Membina, mengumpulkan, memilih, dan
menyusun atur idea-idea/isi-isi/hujah-hujah yang
berkaitan dengan tajuk karangan;
b. Melahirkan idea, isi, pendapat, hujah,
pandangan, pengalaman, dan perasaan melalui
bahasa penulisan yang jelas dan berkesan
c.
Menguasai teknik mengarang pelbagai jenis
karangan dan menggunakannya untuk pelbagai
tujuan, di samping itu menguasai penggunaan
perenggan-perenggan dan tanda-tanda baca pada
tempat-tempat yang sesuai;
d.
Menulis dengan menggunakan bahasa yang kemas,
lancar, dan jelas serta dengan struktur ayat yang
betul dan gaya bahasa yang menarik serta
bersesuaian dengan kehendak soalan.
KRETERIA YANG DINILAI
1. BAHASA
Kegramatisan - kata(morfologi)
- ayat (sintaksis)
Tanda baca
Ejaan
2. LARAS
Pemilihan kosa kata
3. Idea (ISI)
Tema
Isi utama
Pengembangan
(huraian/bahasan/hujahan/contoh)
Kerelevanan
4. PENGOLAHAN
Wacana Pemerengganan
5. GAYA BAHASA
Keindahan bahasa
Ungkapan Peribahasa
BAHAGIAN B
Semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat didapati semakin longgar
khususnya masyarakat yang tinggal di
bandar-bandar besar.
Jelaskan cara-cara yang berkesan yang
perlu anda lakukan untuk memupuk
semangat kejiranan tersebut.
PENDAHULUAN




Pendahuluan merupakan bahagian yang
memberikan gambaran awal tentang
pentakrifan/tema/isu utama/kata kunci, secara
menyeluruh tentang sesebuah karangan.
Pendahuluan seolah-olah dapat
membayangkan tentang isi selanjutnya.
Pendahuluan tidak perlu mengupas idea
secara mendalam atau lebih terperinci.
Merupakan wajah kepada sesuatu
karangan



Pendahuluan yang baik dapat menarik
perhatian pembaca dan merupakan penilaian
awal terhadap calon sama ada calon
memahami kehendak soalan atau tidak.
Untuk mengakhiri pendahuluan dinasihatkan
membina ayat yang dapat membawa
perhatian pembaca atau pemeriksa kepada isi
yang dikehendaki.
Panjang pendahuluan dianggarkan 60 hingga
100 patah perkataan.
PERKARA YANG PERLU ADA
Pengenalan isu yang dibincangkan
 Huraian sepintas lalu isu yang
dibincangkan
 Peribahasa yang sesuai
 Pendekatan karangan
 Ayat arahan (berdasarkan arahan
soalan)

PENDAHULUAN
Jiran ialah orang yang tinggal berhampiran dengan tempat Pengenalan
kediaman kita. Manakala semangat kejiranan pula membawa
tajuk
maksud hubungan yang akrab sesama jiran tetangga. Semangat
kejiranan dalam masyarakat didapati semakin longgar terutamanya
masyarakat yang tinggal di bandar-bandar besar. Masyarakat yang
mengejar kebendaan dan kesibukan bekerja merupakan punca
Huraian
semangat kejiranan ini semakin pudar. Hubungan bagai isi dengan
tajuk
kuku amat penting dalam kehidupan bermasyarakat kerana dengan
saling membantu dapat menyelesaikan segala masalah dengan
mudah dan cepat. Selain itu, semangat kejiranan dapat memupuk
suasana harmoni dan menjadikan kehidupan dalam masyarakat
tersebut lebih aman dan bahagia. Oleh hal yang demikian, pelbagai
langkah boleh disusun untuk merapatkan hubungan kejiranan dalam Tugasan
kalangan masyarakat kita pada hari ini.
PENULISAN
PERENGGAN
ISI
KAEDAH
MENGEMBANGKAN
ISI
PANDUAN MEMBUAT PERENGGAN
Untuk menghasilkan perenggan yang baik dan berkesan :
 Tentukan ayat-ayatnya berkait.

Ada kesatuan dan pertautan isi.

Kesatuan hanya dapat dicapai jika isi yang berkait
sahaja dipilih.

Pertautan isi pula dapat dicapai dengan menggunakan
penanda wacana.
AYAT TOPIK (GAPO)
Ayat topik menyatakan isi utama yang ingin disampaikan dalam
sesuatu perenggan.
Ayat topik mempunyai perkara pokok atau satu aspek yang ingin
dinyatakan tentang perkara pokok tersebut.
Ayat topik bertindak sebagai satu kawalan dalam penulisan isi
dalam sesuatu perenggan.
AYAT HURAIAN (BAKPO)
Ayat topik perlu disokong oleh ayat huraian yang terdiri daripada
isi sokongan.
Ayat huraian ialah ayat yang memperincikan ayat topik dan
mengawal isi atau idea yang dinyatakan.
Dalam penghasilan isi dan penulisan ayat huraian, isi kawalan
dalam ayat topik menjadi dasar utama.
AYAT CONTOH (LAGU MANA)
Ayat contoh ialah ayat yang membuktikan kebenaran isi yang
dikemukakan.
Ayat contoh didapati dalam pelbagai bentuk seperti fakta,
pendapat, peristiwa, sebab dan akibat, dan statistik. Biasanya,
ayat contoh dapat memberikan bukti, menghuraikan idea atau
menjawab soalan yang dikemukakan oleh isi utama dalam ayat
topik, dan isi tersebut mestilah berkait antara satu sama lain.
AYAT PENYIMPUL (YLKN)
Ayat penyimpul ialah ayat yang memberikan penegasan
isi. Ayat penyimpul terdiri daripada dua jenis iaitu :
*
Ayat yang menyatakan semula ayat topik.
* Ayat yang menyimpul keseluruhan isi dalam
perenggan.
ISI PERTAMA
Kegiatan kejiranan amat penting dalam masyarakat bagi
memastikan hubungan jiran bertambah rapat. Antara cara yang
berkesan untuk memupuk semangat kejiranan termasuklah tegurmenegur, mengucapkan salam, bertanyakan khabar, beramah
mesra dan saling mengunjungi adalah satu amalan yang mulia
bagi membentuk satu ukhwah dalam masyarakat. Dengan yang
demikian, saya dapat menunjukkan saling ambil tahu atau cakna
terhadap sesama jiran. Konsep jaga tepi kain orang tidak timbul
dalam soal ini. Sebagai contohnya, jiran tidak akan berasa kekok
dan segan untuk berbual dengan saya jika saya bersikap ramah,
sekalipun saya berjiran dengan masyarakat yang berlainan bangsa
dan agama. Justeru saya dapat mempelajari bahasa percakapan
mereka, tradisi dan kepercayaan mereka sekaligus dapat
memupuk semangat 1Malaysia yang sering kali diwara-wara oleh
Perdana Menteri kita iaitu Dato’ Sri Najib bin Tun Abdul Razak.
Beliau sememangnya menggalakkan rakyat Malaysia mempelajari
bahasa, adat dan budaya kaum-kaum lain yang terdapat di negara
kita. Tegasnya, amalan tegur-menegur sememangnya perlu
diamalkan untuk mewujudkan suasana yang harmoni.
Ayat
Topik
Ayat
Huraian
(isi
sokongan)
Ayat
Penegas
ISI KEDUA
Selain itu, saya juga seharusnya mengamalkan sikap dan amalan
ziarah-menziarahi. Hal ini demikian kerana ziarah-menziarahi adalah satu
amalan mulia dan akan mendapat ganjaran daripada Tuhan. Saya akan
menganggap bahawa jiran adalah sebahagian daripada keluarga yang juga
menjadi tanggungjawab untuk diambil tahu. Sekiranya terdapat jiran yang
sakit atau ditimpa bala bencana, maka jiran harus bersiap sedia untuk
membantu. Jiran yang mempunyai masalah kesihatan dan terlantar di
hospital haruslah diziarahi agar mereka mendapat semangat untuk sembuh.
Mereka akan berasa terhutang budi kepada kita sekaligus akan sentiasa
mengingati kita. Konsep berat sama dipukul, ringan sama dijinjing dapat
diterapkan dalam kalangan masyarakat. Firman Allah s.w.t bermaksud
kasihilah saudara kamu sepertimana kamu mengasihi diri kamu sendiri. Ini
menunjukkan bahawa jiran amat penting dalam kehidupan bermasyarakat.
Konklusinya, sikap ziarah-menziarahi sewajarnya diamalkan kerana perkara
ini dapat memberi banyak faedah kepada kita.
ISI KETIGA
Seterusnya, saya juga mestilah mengamalkan sikap pemurah
kepada jiran. Pepatah ada mengatakan, orang berbudi kita berbahasa,
orang memberi kita merasa. Hal ini demikian untuk menunjukkan
kesepakatan dan sikap beramah mesra sesama jiran. Semangat begini
haruslah sentiasa diamalkan. Sebagai contoh, jiran yang baik akan sentiasa
menjaga hati dan perasaan jiran tetangga. Hal ini boleh dilakukan melalui
sikap saling bertukar juadah. Sikap sebegini akan merapatkan lagi jurang
sesama tetangga khususnya kepada mereka yang tinggal di kawasan
perumahan. Sekiranya jiran tetangga mengadakan kenduri-kendara, maka
jiranlah orang yang paling awal tiba untuk menghulurkan bantuan. Sikap
saling membantu dan tolong-menolong dapat membentuk satu ukhwah
yang baik dalam masyarakat. Kerja yang berat akan menjadi ringan, perkara
yang kusut dapat diuraikan dengan mudah sekiranya perkara itu dilakukan
secara kerjasama dan saling membantu. Tegasnya, sikap murni seperti ini
sangat berkesan jika dilakukan dengan hati yang terbuka dan ikhlas. Jiran
yang jauh dapat dirapatkan, jiran dekat dapat dimesra-mesrakan.
ISI KEEMPAT
Di samping itu, masyarakat juga boleh mengadakan aktiviti sukan
dalam kalangan komuniti setempat. Aktiviti ini boleh dijalankan pada masa
terluang seperti hari cuti atau hujung minggu. Orang kata badan sihat, otak
cerdas. Selain menyihatkan badan, kita dapat berkumpul beramai-ramai
sambil berseronok bersama ahli komuniti setempat. Bagi masyarakat bandar,
aktiviti ini memang perlu diadakan. Di sini masyarakat setempat dapat
berbual-bual mesra, berkenal-kenalan antara satu sama lain, bertanyakan
khabar masing-masing dan bercerita tentang keluarga mereka kerana pada
hari-hari biasa, mereka masing-masing sibuk dengan tugasan seharian.
Aktiviti sebegini sangat menarik dan dapat memupuk semangat kekitaan
selain dapat melepaskan tekanan setelah penat bekerja. Hubungan antara
jiran akan menjadi semakin rapat lantaran masyarakat saling mengenali dan
bertegur sapa. Sebagai anggota masyarakat, saya akan turut serta dalam
program ini dan akan mengambil bahagian sekurang-kurangnya untuk
memeriahkan suasana. Melalui program ini, saya akan dapat mengenali jiran
tetangga dengan lebih rapat lagi terutama jiran yang berlainan bangsa.
ISI KELIMA
Bagi mengurangkan kejadian jenayah di kawasan tempat tinggal,
program rukun tetangga amat diperlukan. Antara langkah yang dapat
diambil untuk menjaga ketenteraman ialah penduduk di kawasan tersebut
boleh bekerjasama berkawal di kawasan mereka pada waktu malam dan
waktu cuti umum. Di samping itu, penduduk juga boleh menjadi pemerhati
terhadap perkara yang berlaku di rumah jiran tetangga mereka, terutama
pada waktu siang ketika kebanyakan penduduk pergi bekerja. Sebagai
anggota msayarakat, saya juga terpanggil untuk menyahut tanggungjawab
ini. Sambil saya menjalankan tugas meronda, saya boleh bertanyakan
khabar, berborak dan saling bertukar-tukar pandangan dalam mewujudkan
keakraban antara jiran tetangga. Saya boleh saling mengenali antara satu
sama lain. Semangat kerjasama ini sedikit sebanyak akan membawa
kepada perhubungan yang lebih erat lantaran keadaan kampung menjadi
aman daripada gangguan. Jelasnya program rukun tetangga ini dapat
mengeratkan lagi hubungan antara jiran tetangga.
PENUTUP
Akhirnya, semangat kejiranan amatlah penting dalam kalangan
masyarakat terutama kepada masyarakat yang tinggal di bandar-bandar di
negara kita. Nilai-nilai murni seperti tegur-menegur, ziarah-menziarahi,
tolong-menolong haruslah diamalkan dan diterapkan dalam diri kita agar
semangat kejiranan tidak pupus dek kemodenan negara dan seterusnya
memberikan impak kepada negara apabila kita bersatu padu. Cubit paha
kiri, paha kanan terasa juga. Itulah ibarat yang sesuai yang boleh
dihubungkan dengan semangat kejiranan. Oleh itu, marilah kita
menggembleng tenaga agar obligasi kejiranan akan terus diamalkan oleh
masyarakat Malaysia bak kata pepatah, jiran sepakat membawa berkat
dan bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.