kesalahan umum dalam tatabahasa

Download Report

Transcript kesalahan umum dalam tatabahasa

AMIR BIN JUHARI
INSITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG
BINTANGOR, SARAWAK
 Adakah panggilan dalam teks ucapan ditulis dengan
huruf besar?
Contohnya:
Tuan pengerusi majlis, yang berusaha guru besar,
guru- guru dan rakan-rakan sekalian…
jawapan
 Menurut peraturannya, kata nama am tidak dieja
dengan huruf besar (huruf pertamanya). Jadi, “Tuan
pengerusi majlis, yang berusaha guru besar, guru-guru
dan rakan-rakan” sepatutnya ditulis dengan huruf
kecil. Walau bagaimanapun, dalam teks ucapan, tuan
pengerusi majlis dan yang berusaha guru besar boleh
ditulis dengan huruf besar (pada pangkalnya sahaja)
kerana kata tersebut dijadikan panggilan khas untuk
merujuk orang tertentu yang berada dalam sesuatu
majlis.
 Adakah tanda koma perlu wujud di hadapan
perkataan dan bagi menjelaskan perkara yang lebih
daripada dua? Contohnya:
 Ali telah membeli sebuah buku, sebatang pembaris,
dan segulung kad manila.
Jawapan
 Untuk ayat di atas, tanda koma tidak diperlukan
sebelum kata dan kerana ayat tersebut merupakan
ayat majmuk biasa (setara). Walau bagaimanapun,
tidak salah sekiranya tanda koma digunakan kerana
tidak menimbulkan perubahan dari segi maknanya
dan ini hanyalah melibatkan gaya penulisan.
Sekiranya ayat majmuk ini terdiri daripada dua ayat inti
setara, tanda koma sebelum dan tidak diperlukan
sama sekali. Contohnya:
 (a) Dia membeli buku Tatabahasa Dewan dan Ka
 Pesalah itu dijatuhkan hukuman gantung sampai mati
oleh hakim kerana mengedar dadah.
 Mengapakah ayat tersebut salah? Apakah
penjelasannya?
Jawapan
 Kesalahan ayat tersebut adalah pada kata dijatuhkan. Ayat
tersebut sekiranya diaktifkan akan menjadi:
Hakim menjatuhkan pesalah itu hukuman gantung sampai
mati
kerana mengedar dadah. Ayat ini bermakna bahawa yang
jatuh ialah pesalah bukannya hukuman gantung sampai
mati. Sepatutnya, yang jatuh ialah hukuman dan pesalah
yang menerimanya. Ayat tersebut sepatutnya:
 (a) Pesalah itu dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh
hakim kerana mengedar dadah.
 (b) Hukuman gantung sampai mati dijatuhkan oleh hakim
kepada pesalah itu kerana mengedar dadah.
 (a) Cikgu Marhan mengajarkan Sejarah di Sekolah
Menengah Tunku Abdul Rahman.
 (b) Cikgu Marhan mengajar Sejarah di Sekolah
Menengah Tunku Abdul Rahman.
 Antara ayat (a) dengan ayat (b), yang manakah yang
betul? Sila berikan penjelasan:
jawapan
 Menurut Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM (2002:7), kata
mengajarkan bermakna memberikan sesuatu sebagai
pelajaran kepada seseorang.
 Kata mengajar pula (Kamus Dewan, 1994 : 16) bermakna
 1. menyampaikan ilmu pengetahuan (kemahiran dsb.)
kepada orang lain, mendidik, melatih, memberikan
petunjuk-petunjuk kepada; 2. membaiki kelakuan dengan
memberi nasihat dsb., mendidik; 3. membuat seseorang
melakukan sesuatu berdasarkan pengalaman dsb. yang
telah diperolehnya; 4. memarahi (memukul seseorang)
supaya jera (tidak melakukan sesuatu).
……..sambungan
 Jadi, jika dilihat pada makna, ayat (a) adalah paling
tepat kerana kata mengajar seharusnya diikuti objek
hidup (manusia). Jadi, ayat (b) mengikut makna 1. dan
2. akan memberikan makna Cikgu Marhan mendidik
atau melatih Sejarah, sedangkan Sejarah bukannya
manusia (yang boleh dididik).
 (a) Ibu menghidangkan rakan-rakan saya pelbagai
masakan
 yang lazat.
 (b) Ibu menghidangi rakan-rakan saya pelbagai
masakan yang lazat. Antara ayat (a) dan (b), ayat
manakah yang betul?
jawapan
 Kata menghidangkan menurut Kamus Dewan
(1994:453) bermakna menyajikan atau menyediakan
makanan (minuman dll.). Hal ini bermakna yang
dihidangkan ialah makanan.
 Jadi, ayat “Ibu menghidangkan rakan-rakan saya
pelbagai masakan yang lazat.” Adalah salah dari segi
maknanya kerana yang dihidangkan ialah pelbagai
masakan bukannya rakan-rakan (rakan-rakan
menerima hidangan bukannya sebagai hidangan).
 Ayat yang tepat ialah “Ibu mengh
 Orang Penan di pedalaman Sarawak suka
berpindah-randah dari suatu tempat ke suatu
tempat.
 Bolehkah dijelaskan apakah kesalahan ayat ini?
jawapan
 Kesalahan ayat di atas terletak pada kata berpindah-
randah kerana kata berpindah-randah sudah pun
mengandungi makna dari suatu tempat ke suatu
tempat (berpindah dari suatu tempat ke suatu
tempat).
 Jadi, ayat di atas sepatutnya:
 Orang Penan di pedalaman Sarawak suka
berpindah dari suatu tempat ke suatu tempat.
 atau,
 Orang Penan di pedalaman Sarawak suka
berpindah-randah.
 Rumah di lereng bukit itu amat cantik dan amat
mahal. Adakah betul jika ayat di atas ditulis
“Rumah di lereng bukit itu amat cantik dan
mahal”?
 Jika salah, apakah alasannya?
jawapan
 Kedua-dua ayat tersebut betul tetapi maknanya
berbeza.
 “Rumah di lereng bukit itu amat cantik dan amat
mahal” bermakna:
 (a) Rumah di lereng bukit itu amat cantik.
 (b) Rumah di lereng bukit itu amat mahal.
……sambungan
 Sedangkan ayat “Rumah di lereng bukit itu amat
cantik dan mahal” bermakna:
 (c) Rumah di lereng bukit itu amat cantik.
 (d) Rumah di lereng bukit itu mahal.
 Hal ini bermakna rumah tersebut hanya mahal,
tidak amat mahal.
Kata dan Makna
 mencolok mata
 dan
 menjolok mata
 Menurut Kamus Dewan (1994: 245), kata mencolok mata
bermakna 1. mencucuk mata; 2. (bahasa kiasan)
tampak jelas, kelihatan jelas benar, 3.
membangkitkan marah orang yang melihat,
menyakitkan hati, memberi malu.
 Kata menjolok pula bermakna 1. menusuk (merodok)
sesuatu dengan galah dll. supaya gugur, menusuk ke
dalam lubang dll. 2. memasukkan jari tangan ke
dalam lubang hidung (kerongkong dll.); 3.
memancing-mancing keterangan dll.; daripada orang,
mengajuk atau menduga hati.
…..sambungan
 Jadi, antara mencolok mata dengan menjolok
mata, yang tepat ialah mencolok mata, iaitu
bahasa kiasan yang bermakna tampak jelas atau
kelihatan jelas benar.
 Contoh penggunaannya:
 • Kakitangan kerajaan dilarang memakai pakaian yang
mencolok mata semasa bekerja di pejabat.

 merbahaya atau
 berbahaya
 Kata tersebut berasal daripada kata dasar bahaya dan
menerima awalan. Walau bagaimanapun, dalam
bahasa Melayu tidak ada awalan mer-. Jadi, ejaan yang
tepat ialah berbahaya.
Lagi aspek kesalahan tatabahasa
 Kesalahan ganti nama diri pertama
 Bola itu ditendang oleh saya
 Sehubungan itu atau sehubungan dengan itu?
 “Terima kasih di atas pertolongan anda.”
perbezaan
 Cenderamata atau cenderahati
 Berasa dan merasa
 Baru dan baharu
 Pekarangan dan perkarangan
 Pelanggaran dan perlanggaran
 sri dan seri
 Kata sri sebenarnya digunakan untuk gelaran
kehormat Tan Sri dan Puan Sri sahaja. Selain
kegunaan gelaran kehormat tersebut, kata yang
sepatutnya digunakan ialah seri sama ada untuk
gelaran kehormat (seperti Dato’ Seri, Datin Seri
dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong)
ataupun untuk menggambarkan keadaan
 atau suasana (seperti seri rumah, seri taman dan seri
muka).
Kesilapan penggandaan
SALAH
BETUL
Kebanyakan pekerja-pekerja
Keseluruhan peserta-peserta
Kesemua agenda-agenda
Lima peratus (5%) daripada pembelipembeli
Penambahan jumlah anak-anak
Ramai pengguna-pengguna
Segala maklumat-maklumat
Sebahagian daripada penerokapeneroka
Semua surat-surat
Semua ilmu-ilmu dan panduanpanduan
Semua kerja-kerja pembinaan
Sesetengah daripada golongangolongan pensyarah
Setiap masalah-masalah
Tiga orang daripada penjenayahpenjenayah
Kebanyakan pekerja
Keseluruhan peserta
Kesemua agenda
Lima peratus (5%) daripada pembeli
Penambahan jumlah anak
Ramai pengguna
Segala maklumat
Sebahagian daripada peneroka
Semua surat
Semua ilmu dan panduan
Semua kerja pembinaan
Sesetengah golongan pensyarah
Setiap masalah
Tiga orang daripada penjenayah
SALAH
BETUL
Seramai penilai-penilai yang
ditetapkan
Serangkai manik-manik/ satu
rangkai manik-manik
Serombongan pelawatpelawat/ satu rombongan
pelawat-pelawat
Sesetengah daripada
golongan-golongan
pensyarah
Setiap masalah-masalah
Setimbun buku-buku
Seramai penilai yang
ditetapkan
Serangkai manik/ satu
rangkai manik
Serombongan pelawat/ satu
rombongan pelawat
Sesetengah golongan
pensyarah
Setiap masalah
Setimbun buku
KESALAHAN UMUM TATABAHASA
1. Apiq, saya mau pergi ke pasar. Kalau lu mau ikut,
bersiap cepat kerana cuaca buluk.
Pembetulan :
Apiq, saya mahu pergi ke pasar. Kalau kamu
mahu ikut, bersiap cepat kerana cuaca buruk.
Kesalahan : Penggunaan bahasa pasar ataupun
rojak
2. Sy ska mkn nsi lmak yg djual olh Mak Kiah
krn hrganya berptutan dgn rsanya yg sdap.
Pembetulan :
Saya suka makan nasi lemak yang dijual oleh
Mak Kiah kerana harganya yang berpatutan
dengan rasanya yang sedap.
Kesalahan : Penggunaan singkatan
perkataan
3. Actually, I berasal dari Melaka. I mula stay di
sini tahun lepas. You pula dari mana?
Pembetulan :
Sebenarnya, saya berasal dari Melaka. Saya
mula tinggal di sini tahun lepas. Awak pula dari
mana?
Kesalahan : Penggunaan perkataan Inggeris dan
Bahasa
Melayu yang dicampuradukkan
4. Pertame ku melihatmu, bergetar rase hatiku,
berdebar-debar jantungku mungkinku suke
padamu, ketika ku melihatnya berdetak-detak di
dade, mungkin itu suatu petanda bahawa ku suke
padanye..
Pembetulan :
Pertama ku melihatmu, bergetar rasa hatiku,
berdebar-debar jantungku mungkinku suka
padamu, ketika ku melihatnya berdetak-detak di
dada, mungkin itu suatu petanda bahawa ku suka
padanya..
Kesalahan : Kesalahan ejaan
5. Leo, bole ngak bantui saya? I’m tired. Lu sama
Nadia tlong sy angkat brg2 sy ke dlm bilik stor jam
5 nnt k. Blh?
Pembetulan :
Leo, boleh kamu bantu saya? Saya penat. Awak
dan Nadia tolong saya angkat barang-barang
saya ke dalam bilik stor jam 5 nanti ya. Boleh?
Kesalahan : Penggunaan perkataan bahasa asing,
bahsa
pasar ataupun rojak dan singkatan
perkataan.
KARTUN
2. “…waktu makan tengah hari je, aku terbau..”
Pembetulan:
Asal perkataan ‘je’ dalam dialog di atas ialah sahaja.
“…waktu makan tengah hari sahaja, aku terbau..”
Analisis Kesalahan Umum
Tatabahasa
Kesalahan ejaan perkataan ‘pula’ untuk dalam dialog:
1.
“ …bersidang kat hotel plak!”
Pembetulan:
Perkataan ‘plak’ dalam dialog di atas seharusnya
diganti dengan pekataan kata ‘pula’ untuk
menjadikannya ayat yang betul.
“ …bersidang kat hotel pula!”
Kesalahan penggunaan istilah ‘diaorang’ dalam dialog:
1. “…isu panas dia orang nak bincangkan kot!”
Pembetulan:
Untuk menjadikan dialog tersebut betul, perkataan
‘diaorang’ digantikan dengan perkataan ‘mereka’.
“…isu panas mereka nak bincangkan kot!”
Kesalahan penggunaan istilah ‘tarak’ dalam dialog:
1. “…yang tarak tahan panas bersidang..”
Pembetulan:
Untuk menjadikan dialog tersebut betul, perkataan
‘tarak’ digantikan dengan perkataan ‘tidak’.
“…yang tidak tahan panas bersidang..”
Kesalahan penggunaan bahasa singkatan dalam
dialog:
1. “…isu panas diaorang nak bincangkan kot!”
Pembetulan:
Asal perkataan ‘nak’ dalam dialog di atas ialah dari
perkataan ‘hendak’.
“…isu panas diaorang hendak bincangkan kot!”
Analisis Kesalahan Umum
Tatabahasa
Kesalahan penggunaan bahasa singkat dalam dialog:
“Dia mesti tak sangka telur tu disimpan di dalam stok
macam ni…”
Pembetulan:
“Dia mesti tidak sangka telur itu disimpan di dalam
stok macam ini…”
Membeli dan membelikan
 Membeli dan membelikan merupakan KKT.Perkataan




membeli hendaklah diikuti oleh KN tidak bernyawa
sbg objek tepat, manakala membelikan diikuti KN
objek bernyawa sbg onjek tepat. Ayat yg betul :
Ayah berjanji membeli kasut roda untuk adik pada hari
jadinya.
Ibu membeli sayur di pasar raya.
Ibu membelikan adik ubat batuk di farmasi.
Encik Amirul membelikan isterinya kereta baharu.
Tulis dan Tuliskan
 Tuliskan sebuah karangan yang panjangnya tidak
melebihi 180 patah perkataan
 Betul atau salah?
 Ayat di atas salah pengunaannya kata kerjanya kerana
tidak sepatutnya diletakkan imbuhan akhiran –kan
 Ayat itu sebenarnya merupakan ayat perintah drp
transformasi ayat aktif seperti yang berikut :
 Anda hendaklah menulis sebuah karangan yang
panjangnya tidak melebihi 180 patah perkataan. (ayat
aktif).
 Sebuah karangan yang panjangnya tidak melebihi 180
patah perkataan hendaklah anda tulis.
Membaiki dan membaikkan
 1.Mekanik itu sedang membaiki kereta yang rosak.
 2.Mekanik sedang membaikkan kereta yang rosak.
 3.Kakak cuba melupai peristiwa ngeri itu.
 4.Kakak cuba melupakan peristiwa ngeri itu.
 Penggunaan membaiki, membaikkan, melupai dan
melupakan dalam ayat-ayat di atas betul atau
gramatis. Hal ini demikian kerana perkataan yang
digunakan itu merupakan sebilangan kecil kata kerja
yang menerima apitan menN..kan dan meN…I yang
penggunaannya saling berganti tanpa membezakan
makna.
Menamakan dan menamai
 Encik Wong menamakan anaknya John.
 Encik Wong menamai John kepada anaknya.
 Ayat yang betul.
 1.Encik Wong menamai anaknya John.
 2.Encik Wong menamakan John kepada anaknya.
 Menamakan bermaksud “memberikan sesuatu nama
kpd seseorang”
 Menamai bermaksud “memberi seseorang suatu
nama”
Berdasar pada dan berdasarkan
 1.Keputusan itu dibuat berdasar statistik yang
dikumpulkan.
 2.Keputusan itu dibuat berdasarkan pada statistik
yang dikumpulkan.
Kedua-dua ayat tersebut salah.
 1.Keputusan itu dibuat berdasar pada statistik yang
dikumpulkan.
 2.Keputusan itu dibuat berdasarkan statistik yang
dikumpulkan.
 KKTT tanpa pelengkap ber- perlu diikuti KSN ,
manakala KKTT berpelengkap ber…kan tidak perlu
diikuti KSN.