Dokumen KSSR matematik 1

Download Report

Transcript Dokumen KSSR matematik 1

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
(KSSR)
MATEMATIK
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KITARAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
ANALISIS
KEPERLUAN
Pendapat
Awam
Polisi
PENILAIAN &
PEMANTAUAN
Trend Dunia
Teori
Pembelajaran
PERANCANGAN
Penyelidikan
Penilaian
PEMBANGUNAN &
PENGEMBANGAN
PELAKSANAAN
PENYEBARAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TRANSFORMASI KURIKULUM
Mengapa?
1. Kurikulum sentiasa relevan untuk cabaran
semasa dan masa depan.
2. Kepadatan jadual waktu.
3. Keperluan melihat semula kurikulum
persekolahan sedia ada.
Punca kuasa
JKP Bil. 1/2008 pada 4 Ogos 2008: Kelulusan konsep
JKP Bil. 1/2009 pada 21 April 2009: Kelulusan skop
kandungan
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
HASRAT
Kita perlu sediakan murid agar mampu
berfungsi secara efektif di masa akan
datang.
Contoh:
cara fikir, kecerdasan, Sikap
dan nilai positif.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
MATLAMAT
Membina pemahaman murid tentang konsep
nombor, kemahiran asas dalam pengiraan,
memahami idea matematik yang mudah dan
berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan
serta kemahiran matematik secara berkesan
dan bertanggungjawab.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
FOKUS
Proses pengajaran dan pembelajaran matematik
perlu memberi keutamaan kepada penguasaan
pengetahuan dan pemahaman bagi membolehkan
murid mengaplikasikan konsep, prinsip dan proses
matematik yanng dipelajari. Penekanan kepada
aspek perkembangan cara pemikiran murid secara
matematik dibena dan dikembangkan melalui proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah
berdasarkan prinsip pembelajaran (Penyelesaian
masalah, komunikasi, penaakulan, perkaitan dan
penggunaan teknologi dalam matematik).
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
OBJEKTIF
Kurikulum Standard Matematik Sekolah Rendah
membolehkan murid:
• Memahami dan mengaplikasi konsep dan kemahiran
matematik dalam pelbagai konteks.
• Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas
tambah, tolak, darab dan bahagi yang berkaitan
dengan Nombor dan Operasi, Sukatan dan Geometri,
Perkaitan dan Statistik.
• Mengenal pasti dan menggunakan perkaitan dalam
idea matematik, di antara bidang matematik dengan
bidang lain dan dengan kehidupan harian.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
Sambungan ...
OBJEKTIF
• Berkomunikasi menggunakan idea matematik dengan
jelas serta penggunaan simbol dan istilah yang betul.
• Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik
untuk diaplikasi dan membuat penyesuaian kepada
pelbagai strategi bagi menyelesaikan masalah.
• Berfikir, menaakul dan membuat penerokaan secara
matematik dalam kehidupan harian mereka.
• Menggunakan pelbagai perwakilan untuk
menyampaikan idea matematik dan perkaitannya.
• Menghargai dan menghayati keindahan matematik.
• Menggunakan pelbagai peralatan matematik secara
efektif termasuk ICT untuk membina kefahaman konsep
dan mengaplikasi ilmu matematik.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KERANGKA KURIKULUM MATEMATIK
• Nombor dan Operasi
BIDANG
• Sukatan dan Geometri
PEMBELAJARAN • Perkaitan dan algebra
• Statistik dan kebarangkalian
FIKRAH
MATEMATIK
PROSES
• Menyelesaikan
masalah
• Berkomunikasi
• Menaakul
• Membuat kaitan
• Membuat perwakilan
KEMAHIRAN
•
•
•
•
•
•
SIKAP DAN NILAI
• Tanggapan, minat,
penghargaan, keyakinan,
dan ketabahan
• Peribadi, interaksi,
prosedural, intrinsik
Kemahiran matematik
Kemahiran menganalisis
Kemahiran menyelesaikan masalah
Kemahiran membuat penyelidikan
Kemahiran berkomunikasi
Kemahiran menggunakan teknologi
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
DEFINISI ‘FIKRAH’
Fikrah: ‘daya berfikir’ dan ‘pemikiran’
(Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005)
FIKRAH MATEMATIK
… berkeupayaan melakukan matematik dan
memahami idea matematik, serta
Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran
dalam matematik secara bertanggungjawab
dalam kehidupan harian berlandaskan sikap
dan nilai dalam matematik.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
BIDANG PEMBELAJARAN
Kandungan matematik dirangkumkan melalui 4 bidang
pembelajaran
Nombor dan Operasi
Sukatan dan Geometri
Perkaitan dan Algebra
Statistik dan Kebarangkalian
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
BIDANG PEMBELAJARAN
Sambungan ...
Nombor dan Operasi
Nombor Bulat
Penambahan
Penolakan
Pendaraban
Pembahagian
Operasi Bergabung
Pecahan
Perpuluhan
Wang
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
BIDANG PEMBELAJARAN
Sambungan ...
Sukatan dan Geometri
Masa dan Waktu
Ukuran Panjang
Timbangan
Isipadu Cecair
Bentuk Tiga Dimensi
Bentuk Dua Dimensi
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
BIDANG PEMBELAJARAN
Sambungan ...
Perkaitan dan Algebra
Bagi peringkat KSSR Matematik,
tiada kandungan perkaitan dan
algebra secara tajuk disenaraikan,
ianya lebih berupa unsur secara
tidak langsung.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
BIDANG PEMBELAJARAN
Sambungan ...
Statistik dan Kebarangkalian
Perwakilan Data
Purata
Peratus
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
PROSES
Dalam pendidikan matematik, proses
berikut perlu diberi penekanan:
Berkomunikasi
Menaakul
Membuat perkaitan
Menyelesaikan Masalah
Membuat Perwakilan
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
PROSES: MENYELESAIKAN MASALAH
Mengupayakan murid untuk:
• Membina konsep dan pengetahuan matematik melalui
penyelesaian masalah.
• Menyelesaikan masalah yang timbul dalam matematik
dan konteks lain.
• Mengaplikasi dan mengadaptasi pelbagai strategi yang
sesuai untuk menyelesaikan masalah.
• Memantau dan membuat refleksi terhadap proses
penyelesaian masalah.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
PROSES: BERKOMUNIKASI
Mengupayakan murid untuk:
• menjelaskan dan memperkukuhkan pemahaman
matematik mereka,
• menyampaikan pemikiran matematik secara koheren
dan jelas kepada rakan, guru dan pihak lain,
• menganalisis dan menilai pemikiran matematik dan
strategi pihak lain, dan
• menggunakan laras bahasa dan simbol matematik
dengan betul bagi memastikan sesuatu idea matematik
dapat dijelaskan dengan tepat.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
PROSES: MENAAKUL
Mengupayakan murid untuk:
• Menyedari kepentingan menaakul sebagai asas untuk
memahami matematik dengan lebih berkesan dan
menjadikan pengertian tentang matematik lebih
bermakna,
• Membuat konjektur, membuktikan konjektur, memberi
penerangan logikal, menganalisa, membuat
pertimbangan, menilai dan memberi justifikasi
terhadap semua aktiviti matematik,
• Mengelakkan dari menganggap matematik sebagai
hanya satu set prosedur atau algoritma yang perlu
diikuti bagi mendapatkan penyelesaian.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
PROSES: MEMBUAT KAITAN
Mengupayakan murid untuk:
• Mengaitkan pengetahuan konseptual dan prosedural,
dan mengaitkan topik-topik dalam matematik, serta
mengaitkan matematik dengan bidang lain,
• Mengenal dan mengguna perkaitan antara idea
matematik,
• Memahami bagaimana idea matematik saling berkait
untuk menghasilkan idea matematik yang koheren dan
menyeluruh.
• Membuat perkaitan antara dunia matematik dengan
dunia sebenar.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
PROSES: MEMBUAT PEWAKILAN
Mengupayakan murid untuk:
• Mencipta dan menggunakan perwakilan untuk
mengorganisasi, merekod dan mengkomunikasikan
idea matematik.
• Memilih, mengaplikasi dan menterjemah perwakilan
matematik untuk menyelesaikan masalah.
• Mengkomunikasikan pendekatan, pemahaman dan
perdebatan matematik kepada diri mereka dan
kepada orang lain.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMAHIRAN DALAM MATEMATIK
Kemahiran dalam matematik yang harus dikembangkan dan
dipupuk dalam kalangan murid meliputi numerasi, mengukur dan
membina, mengendali dan mentafsir data, manipulasi aritmetik,
manipulasi algebra, mengguna algoritma dan menggunakan alat
matematik dan TMK.
Kemahiran matematik
Kemahiran menganalisis
Kemahiran menyelesaikan masalah
Kemahiran membuat penyelidikan
Kemahiran berkomunikasi
Kemahiran menggunakan teknologi
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMAHIRAN MATEMATIK
Kemahiran matematik merujuk kepada keupayaan
seperti berikut:
• menggunakan laras bahasa matematik yang betul
dan mengaplikasikan penaakulan mantik,
• menyatakan idea matematik secara jitu,
• membuat, menguji dan membuktikan konjektur,
• mengekstrak makna dari suatu penulisan matematik,
dan
• mengguna matematik untuk memperihalkan dunia
fizikal.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMAHIRAN MENGANALISIS
Kemahiran menganalisis merujuk kepada keupayaan
seperti berikut:
•
•
•
•
•
•
berfikir secara jelas,
memberi perhatian dan penelitian kepada setiap
aspek,
memanipulasi idea yang tepat, jitu dan terperinci,
memahami penaakulan yang kompleks,
mengkonstruk dan mempertahan hujah yang logik,
dan
mendebatkan hujahan yang tidak munasabah.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH
Kemahiran menyelesai masalah merujuk kepada
keupayaan seperti berikut:
• membentuk permasalahan secara tepat dan mengenal
pasti isu utama permasalahan,
• menyampaikan suatu penyelesaian secara jelas dan
mengeksplisitkan andaian yang dibuat,
• menyelesaikan masalah sukar dengan cara menganalisa
masalah yang lebih kecil dan khusus,
• bersifat terbuka dan menggunakan pendekatan yang
berbeza untuk menyelesaikan masalah yang sama,
• menyelesaikan masalah dengan yakin walaupun
penyelesaian tidak ketara, dan
• meminta bantuan sekiranya memerlukan.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMAHIRAN MEMBUAT PENYELIDIKAN
Kemahiran membuat penyelidikan merujuk kepada
keupayaan seperti berikut:
•
•
•
•
•
merujuk nota, buku teks dan bahan sumber yang
lain,
mengakses buku di perpustakaan,
menggunakan pengkalan data,
mendapatkan maklumat dari pelbagai individu,
dan
berfikir.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI
Kemahiran berkomunikasi merujuk kepada
keupayaan seperti berikut:
• mendengar secara berkesan
• menulis idea matematik secara tepat dan jelas,
• menulis esei dan pelaporan, dan
• membuat pembentangan
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMAHIRAN MENGGUNA TEKNOLOGI
Kemahiran mengguna teknologi merujuk kepada
keupayaan mengguna dan mengendali alat
matematik seperti abakus, kalkulator, komputer,
perisian pendidikan, laman web di Internet dan pakej
pembelajaran untuk:
•
•
•
•
membentuk dan memahami konsep matematik
dengan lebih mendalam,
membuat, menguji dan membuktikan konjektur
meneroka idea matematik
menyelesaikan masalah.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
SIKAP DAN NILAI
Sikap dalam matematik merujuk kepada aspek
afektif dalam pembelajaran matematik yang
merangkumi antara lain:
• Tanggapan terhadap matematik dan kebergunaan
matematik
• Minat dan keseronokan mempelajari matematik
• Penghargaan terhadap keindahan dan keupayaan
matematik,
• Keyakinan menggunakan dan mengaplikasikan
matematik, dan
• Cekal dan tabah dalam menyelesaikan masalah
berkaitan matematik.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
SIKAP DAN NILAI
NILAI PERIBADI
Nilai peribadi merujuk kepada nilai yang berkait
dengan pembentukan sahsiah dan keperibadian
individu seperti jujur, sistematik, bertekad, tekun
dan cekal, kreatif, berkeyakinan, teliti, pengurus
masa yang baik, berdikari, boleh dipercayai,
cekap, bertanggungjawab, sabar dan berdedikasi.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
SIKAP DAN NILAI
NILAI INTERAKSI
Nilai interaksi berkait dengan pembentukan
tingkah laku baik dalam konteks bilik darjah.
Nilai ini merujuk kepada nilai yang ditekankan
dalam interaksi semasa aktiviti matematik
seperti penghargaan terhadap matematik,
kerja berpasukan, perbincangan dan
perkongsian idea, toleransi, adil, fikiran
terbuka, dan hormat menghormati.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
SIKAP DAN NILAI
NILAI PROSEDURAL
Nilai prosedural berkait dengan aktiviti spesifik
dalam matematik seperti menaakul, membuat
perwakilan, menyelesai masalah, berkomunikasi,
membuat kaitan, dan mengguna teknologi.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
SIKAP DAN NILAI
NILAI INTRINSIK
Nilai intrinsik berkait dengan pembentukan
kandungan matematik dan disiplinnya seperti
nilai epistemologi, nilai pembudayaan dan
nilai sejarah.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
SIKAP DAN NILAI
• Nilai penaakulan mementingkan penghujahan
dan penaakulan dalam matematik, termasuk
membuat dan membuktikan konjektur,
penggunaan pelbagai kaedah pembuktian,
mantik dan penilaian.
• Nilai perwakilan menekankan perwakilan
matematik dalam membentuk model,
menginterpretasi fenomena fizikal dan sosial,
menyusun atur, merekod, mengkomunikasi
idea matematik, mengaplikasikan dan
menterjemah matematik ke pelbagai mod
dalam menyelesaikan masalah.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
SIKAP DAN NILAI
• Nilai penyelesaian masalah menekankan semua
aspek dalam menyelesaikan masalah seperti
pemikiran kreatif dan kritis, cekap, belajar dari
kesilapan, tetap pendirian, kualiti, sabar dan
tekun menyelesaikan masalah, berupaya
membuat refleksi dan membina pengetahuan
melalui penyelesaian masalah.
• Nilai berkomunikasi menekankan komunikasi
matematik secara lisan atau bertulis, dengan
mengambil kira kepentingan mengkomunikasikan
idea matematik dengan jelas dan penggunaan
laras bahasa matematik yang betul.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
SIKAP DAN NILAI
• Nilai kaitan menekankan keupayaan membuat
kaitan antara matematik dengan disiplin lain,
dalam kalangan idea matematik sendiri, dan
antara matematik dengan kehidupan dan
pengalaman harian.
• Nilai teknologi yang menekankan penggunaan
teknologi dalam pendidikan matematik, dengan
mengambil kira kepentingan teknologi dan
pengajaran dan pembelajaran matematik, dan
kecekapan teknologi.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
Perubahan perlu dalam
paradigma guru matematik
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
• Ke arah bilik darjah sebagai komuniti
matematik dan menjauhi bilik darjah
sebagai hanya suatu koleksi individu.
• Ke arah evidens matematik dan logik
sebagai pentahkik dan menjauhi guru
sebagai autoriti tunggal bagi jawapan
betul.
• Ke arah penaakulan matematik dan
menjauhi prosedur penghafalan.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
• Ke arah membuat dan membukti konjektur,
mengemuka dan menyelesaikan masalah,
dan menjauhi pencarian jawapan secara
mekanikal,
•
Ke arah mengaitkan idea dan aplikasi
matematik, dan menjauhi dari
menganggap matematik sebagai satu
kumpulan konsep dan prosedur yang
terasing.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
PERUNTUKAN MASA
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
Respons murid tentang amalan pengajaran matematik yang
berkesan
 Menyelesaikan masalah matematik lebih daripada yang
disediakan dalam buku teks.
 Bekerja dengan seorang rakan atau lebih untuk menyelesaikan
tugasan matematik yang mencabar.
 Sumbangsaran dalam kumpulan tentang bagaimana
menyelesaikan masalah matematik.
 Membentang projek matematik secara lisan kepada kelas.
 Menerangkan kepada kelas bagaimana saya menyelesaikan
suatu masalah matematik.
 Melakukan tugasan menggunakan alat pengukur seperti
pembaris dan penimbang.
 Menggunakan kiub, piramid dan pepejal geometri lain.
 Menulis beberapa ayat menerangkan bagaimana saya
menyelesaikan masalah matematik.
 Menerangkan pelbagai cara bagi menyelesaikan masalah
matematik.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
STANDARD KANDUNGAN
Standard Kandungan (SK)
Kenyataan umum tentang domain kognitif
(pengetahuan) dan afektif (sikap dan nilai) yang
boleh dicapai oleh murid dalam sesuatu subtopik.
Disusun mengikut hierarki pembinaan konsep.
SK yang ditulis mestilah realistik, sesuai dengan
peringkat kebolehan dan umur murid.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
STANDARD PEMBELAJARAN
Standard Pembelajaran (SP)
Kenyataan khusus tentang apa yang murid PATUT
TAHU dan BOLEH LAKUKAN – dari segi
pengetahuan dan keupayaan melakukan sesuatu bagi
membolehkan murid menunjukkan profisiensi mereka
dalam pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan nilai
dalam bentuk yang boleh diukur.
SP tidak menunjukkan langkah/kaedah pengajaran. Ini
bertujuan memberi ruang dan peluang kepada guru
menggunakan kreativiti dalam menyediakan
persekitaran pembelajaran matematik yang kondusif.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
STANDARD PEMBELAJARAN
Standard Pembelajaran (SP)
SP mestilah realistik, boleh dilaksanakan oleh murid
di peringkat umur tersebut dan dalam persekitaran
pembelajaran di Malaysia.
SP menuntut murid melakukan matematik (tekankan
proses matematik).
Kandungan SP mengikut hierarki dan berpadanan
dengan SK.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
BIDANG PEMBELAJARAN
TAHUN
TOPIK
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Murid dibimbing untuk …
Murid berupaya untuk …
Kenyataan umum tentang
domain kognitif
(pengetahuan) dan afektif
(sikap dan nilai) yang boleh
dicapai oleh murid dalam
sesuatu subtopik.
Kenyataan khusus tentang apa yang
murid PATUT TAHU dan BOLEH
LAKUKAN.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KANDUNGAN MATEMATIK TAHUN 1
Nombor dan Operasi
•
•
•
•
•
Nombor Bulat Hingga 100.
Tambah Dalam Lingkungan 100
Tolak Dalam Lingkungan 100
Pecahan
Wang
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KANDUNGAN MATEMATIK TAHUN 1
Sukatan dan Geometri
•
•
•
•
•
Masa dan Waktu
Panjang
Timbangan
Isipadu Cecair
Ruang
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
DOKUMEN KSSR MATEMATIK TAHUN 1
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM