Klik Sini - PPD Kluang

Download Report

Transcript Klik Sini - PPD Kluang

Bahagian Pembangunan Kurikulum
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Kita perlu sediakan murid agar mampu
berfungsi secara efektif di masa akan
datang.
…cara fikir, kecerdasan, sikap dan nilai
positif…
Bahagian Pembangunan Kurikulum
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Membina pemahaman murid tentang konsep
nombor, kemahiran asas dalam pengiraan,
memahami idea matematik yang mudah dan
berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan
serta kemahiran matematik secara berkesan
dan bertanggungjawab.
Bahagian Pembangunan Kurikulum
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Proses pdp matematik perlu memberi
keutamaan kepada penguasaan
pengetahuan dan pemahaman bagi
membolehkan murid mengaplikasikan
konsep, prinsip dan proses matematik
yang dipelajari.
Penekanan kepada aspek perkembangan
cara pemikiran murid secara matematik.
Bahagian Pembangunan Kurikulum
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Kurikulum Standard Matematik Sekolah
Rendah membolehkan murid:
 Memahami dan mengaplikasi konsep dan kemahiran
matematik dalam pelbagai konteks.
 Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas
tambah, tolak, darab dan bahagi yang berkaitan dengan
Nombor dan Operasi, Sukatan dan Geometri, Perkaitan
dan Statistik.
 Mengenal pasti dan menggunakan perkaitan dalam idea
matematik, di antara bidang matematik dengan bidang lain
dan dengan kehidupan harian.
 Berkomunikasi menggunakan idea matematik dengan
jelas serta penggunaan simbol dan istilah yang betul.
Bahagian Pembangunan Kurikulum
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Sambungan ...
 Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik
untuk diaplikasi dan membuat penyesuaian kepada
pelbagai strategi bagi menyelesaikan masalah.
 Berfikir, menaakul dan membuat penerokaan secara
matematik dalam kehidupan harian mereka.
 Menggunakan pelbagai perwakilan untuk menyampaikan
idea matematik dan perkaitannya.
 Menghargai dan menghayati keindahan matematik.
 Menggunakan pelbagai peralatan matematik secara
efektif termasuk ICT untuk membina kefahaman konsep
dan mengaplikasi ilmu matematik.
Bahagian Pembangunan Kurikulum
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA









Berkomunikasi
Menaakul
Membuat perkaitan
Menyelesaikan Masalah
Membuat Perwakilan






Nombor dan Operasi
Sukatan dan Geometri
Perkaitan dan Algebra
Statistik dan Kebarangkalian
• Tanggapan, minat,
penghargaan, yakin tabah
dan berdaya tahan
• Peribadi, interaksi, prosedur,
intrinsik.
Kemahiran matematik
Kemahiran menganalisis
Kemahiran menyelesaikan masalah
Kemahiran membuat penyelidikan
Kemahiran berkomunikasi
Kemahiran menggunakan teknologi
Bahagian Pembangunan Kurikulum
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Fikrah: ‘daya berfikir’ dan ‘pemikiran’
(Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005)
FIKRAH MATEMATIK
… berkeupayaan melakukan matematik dan
memahami idea matematik, serta
mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran
dalam matematik secara bertanggungjawab
dalam kehidupan harian berlandaskan sikap
dan nilai dalam matematik.
Bahagian Pembangunan Kurikulum
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Kandungan matematik dirangkumkan melalui
empat bidang pembelajaran:
 Nombor dan Operasi
Nombor Bulat
 Sukatan dan Geometri
Penambahan
Masa dan Waktu
 Perkaitan dan Algebra
Penolakan
Ukuran Panjang
Koordinat
Pendaraban
Timbangan
 Statistik dan
Perkadaran
Pembahagian
Isipadu Cecair
Kebarangkalian
Operasi Bergabung
Bentuk Tiga Dimensi
Pengurusan Data
Pecahan
Bentuk Dua Dimensi
Kebolehjadian
Perpuluhan
Wang
Peratus
Bahagian Pembangunan Kurikulum
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Dalam pendidikan matematik, proses
berikut perlu diberi penekanan:

Berkomunikasi

Menaakul

Membuat perkaitan

Membuat Perwakilan

Menyelesaikan Masalah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Kemahiran dalam matematik yang harus dikembangkan
dan dipupuk dalam kalangan murid meliputi numerasi,
mengukur & membina, mengendali & mentafsir data,
manipulasi aritmetik, manipulasi algebra, mengguna
algoritma, menggunakan alat matematik dan TMK.

Kemahiran Matematik

Kemahiran Menganalisis

Kemahiran Menyelesaikan Masalah

Kemahiran Membuat Penyelidikan

Kemahiran Berkomunkasi

Kemahiran Menggunakan Teknologi
Bahagian Pembangunan Kurikulum
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Sambungan ...
Sikap dalam matematik merujuk kepada aspek
afektif dalam pembelajaran matematik yang
merangkumi antara lain:
• Tanggapan terhadap matematik dan kebergunaan
matematik
• Minat dan keseronokan mempelajari matematik
• Penghargaan terhadap keindahan dan keupayaan
matematik,
• Keyakinan menggunakan dan mengaplikasikan
matematik, dan
• Cekal dan tabah dalam menyelesaikan masalah
berkaitan matematik.
Bahagian Pembangunan Kurikulum
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Sambungan ...
Nilai dalam matematik merujuk kepada aspek:
Nilai Peribadi
Pembentukan sahsiah dan keperibadian individu.
(jujur, sistematik, bertekad, tekun dan cekal, kreatif,
berkeyakinan, teliti, pengurus masa yang baik, berdikari, boleh
dipercayai, cekap, bertanggungjawab, sabar dan berdedikasi)
Nilai Interaksi
Pembentukan tingkah laku baik dalam konteks bilik darjah.
Nilai yang ditekankan dalam interaksi semasa aktiviti matematik
(penghargaan terhadap matematik, kerja berpasukan,
perbincangan dan perkongsian idea, toleransi, adil, fikiran
terbuka dan hormat menghormati)
Bahagian Pembangunan Kurikulum
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Sambungan ...
Nilai Prosedural
Aktiviti spesifik dalam matematik
(menaakul, membuat perwakilan, menyelesaikan masalah,
berkomunikasi, membuat kaitan dan mengguna teknologi).
Nilai Intrinsik
Pembentukan kandungan matematik dan disiplinnya.
(nilai epistemologi, nilai pembudayaan dan nilai sejarah)
Bahagian Pembangunan Kurikulum
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Bahagian Pembangunan Kurikulum
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
• Ke arah bilik darjah sebagai komuniti
matematik dan menjauhi bilik darjah
sebagai hanya suatu koleksi individu.
• Ke arah evidens matematik dan logik
sebagai pentahkik dan menjauhi guru
sebagai autoriti tunggal bagi jawapan
betul.
• Ke arah penaakulan matematik dan
menjauhi prosedur penghafalan.
Bahagian Pembangunan Kurikulum
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Sambungan ...
• Ke arah membuat dan membukti konjektur,
mengemuka dan menyelesaikan masalah,
dan menjauhi pencarian jawapan secara
mekanikal.
•
Ke arah mengaitkan idea dan aplikasi
matematik, dan menjauhi dari
menganggap matematik sebagai satu
kumpulan konsep dan prosedur yang
terasing.
Bahagian Pembangunan Kurikulum
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Bahagian Pembangunan Kurikulum
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Bahagian Pembangunan Kurikulum
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Standard
Kandungan
Standard
Pembelajaran
Standard
Prestasi
Penyataan spesifik
tentang perkara
yang murid patut
ketahui dan boleh
lakukan dalam
suatu tempoh
persekolahan
merangkumi aspek
pengetahuan,
kemahiran dan nilai.
Satu penetapan
kriteria atau
indikator kualiti
pembelajaran dan
pencapaian yang
boleh diukur bagi
setiap standard
kandungan.
Satu set kriteria
umum yang
menunjukkan tahaptahap prestasi yang
perlu murid pamerkan
sebagai tanda
bahawa sesuatu
perkara itu telah
dikuasai murid
(indicator of success)
Bahagian Pembangunan Kurikulum
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Bahagian Pembangunan Kurikulum
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT)
dalam Matematik
Bahagian Pembangunan Kurikulum
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Sambungan ...
Soalan “aras tinggi”
menggalakkan
pembelajaran sebab jenis
soalan ini memerlukan
murid mengaplikasi,
menganalisis,
mensintesis dan menilai
maklumat, bukan
semata-mata mengingat
fakta.
Bahagian Pembangunan Kurikulum
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Sambungan ...
RUTIN
BUKAN RUTIN
“Masalah boleh diselesaikan
dengan kaedah yang biasa
digunakan oleh murid dengan
mereplikasikan kaedah yang
dipelajari sebelum secara langkah
demi langkah.”
“Penyelesaian masalah rutin
menekankan penggunaan satu set
prosedur yang diketahui atau yang
ditetapkan (algoritma) untuk
menyelesaikan masalah.”
“Masalah yang memerlukan
analisis dan penaakulan
matematik; banyak masalah
bukan rutin boleh diselesaikan
dengan lebih daripada satu
cara dan mungkin mempunyai
lebih daripada satu
penyelesaian.”
KESEIMBANGAN
Bahagian Pembangunan Kurikulum
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Sambungan ...
Maria membeli sekotak susu dengan harga
RM1.55 dan sebungkus biskut dengan harga
RM1.70. Berapakah jumlah wang yang dibayar
oleh Maria?
Maria membeli sekotak susu dengan harga
RM1.55 dan sebungkus biskut dengan harga
RM1.70. Dia memberikan RM4.00 kepada juru
jual. Berapakah bilangan syiling yang
diterima oleh Maria sekiranya juru jual itu
memberikannya beberapa syiling 5 sen, 10
sen dan 20 sen? Terangkan jawapan anda.
Bahagian Pembangunan Kurikulum
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Sambungan ...
Cari perimeter kawasan berbentuk segiempat tepat yang
mempunyai panjang 8 meter dan lebar 17 meter.
Mamat ingin membina pagar
bagi reban ayam yang
berbentuk segiempat. Dia
mempunyai 20 meter wayar
pagar.
1. Apakah saiz segiempat
yang boleh beliau
hasilkan?
2. Bentuk manakah yang
terbaik?
Bahagian Pembangunan Kurikulum
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Sambungan ...
1)
Berapakah jubin bersaiz 1 ×1 yang diperlukan
untuk diletak di sekeliling kolam bersaiz 5 ×5?
2)
Bentukkan satu generalisasi bagi menentukan bilangan
jubin yang diperlukan untuk kolam sebarang saiz.
3)
Terangkan bagaimana generalisasi anda berkait antara saiz
kolam dengan bilangan jubin yang digunakan untuk mengelilingi
kolam berkenaan.
Bahagian Pembangunan Kurikulum
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
kemahiran dan nilai yang perlu ada pada setiap murid :
Kemahiran berfikir:
Menyediakan murid untuk menghadapi kehidupan yang semakin
mencabar serta persekitaran kerja masa kini. Kemahiran ini
antaranya adalah:
Kreatif.
Kritis.
Menaakul.
Inovatif.
Penyelesaian masalah.
Membuat keputusan.
Bahagian Pembangunan Kurikulum
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Sambungan ...
Kemahiran Hidup dan Kerjaya:
Memerlukan lebih dari kemahiran berfikir dan pengetahuan. Murid
membangunkan kemahiran hidup dan kerjaya bagi menghadapi
kehidupan yang kompleks dan persekitaran kerjaya dalam
dunia yang semakin mencabar. Antaranya ialah:
Kemahiran komunikasi.
Teknologi maklumat dan komunikasi.
Bekerjasama.
Keusahawanan.
Kepimpinan.
Belajar sepanjang hayat.
Keluwesan.
Kemampuan menyesuaikan diri.
Berinisiatif dan terarah kendiri.
Bahagian Pembangunan Kurikulum
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Sambungan ...
Nilai:
Merupakan garis panduan untuk murid menjadi seorang
individu berpewatakan mulia yang mampu membuat
keputusan dan tindakan sebagai melaksanakan
tanggungjawab kepada keluarga, masyarakat dan negara,
merangkumi:
Kerohanian.
Berperikemanusiaan.
Patriotik.
Berintegriti.
Bertanggungjawab.
Bersatu Padu.
Bahagian Pembangunan Kurikulum
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Sambungan ...
PROFIL MURID
Faktor kritikal yang menyumbang pertumbuhan sosial, budaya dan
ekonomi sesebuah negara adalah pembangunan modal insan yang
berinovatif dan berkemahiran tinggi. Dengan itu, setiap murid yang
dihasilkan perlulah seimbang seperti yang terkandung dalam FPK.
Profil Murid adalah ciri yang ada pada setiap murid:
Seimbang
Mereka seimbang dari segi fizikal, emosi, rohani dan intelek untuk
mencapai kesejahteraan peribadi, serta menunjukkan empati, belas
kasihan dan menghormati orang lain. Dapat menyumbang ke arah
keharmonian keluarga, masyarakat dan negara.
Bahagian Pembangunan Kurikulum
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Sambungan ...
Berdaya Tahan
Mampu hadapi dan atasi kesukaran, cabaran dengan kebijaksanaan,
keyakinan, toleransi dan empati.
Pemikir
• Berfikir secara kritikal, kreatif dan inovatif; mampu menangani
masalah kompleks dan membuat keputusan yang beretika.
• Berfikir tentang pembelajaran dan diri mereka sebagai pelajar.
Menjana soalan dan bersifat terbuka kepada perspektif, nilai dan
tradisi individu dan masyarakat lain.
• Berkeyakinan dan kreatif dalam menangani bidang pembelajaran
yang baru.
Mahir Berkomunikasi
Menyuarakan dan meluahkan fikiran, idea dan maklumat dengan yakin
dan kreatif menggunakan pelbagai media dan teknologi.
Bahagian Pembangunan Kurikulum
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Sambungan ...
Kerja Sepasukan
Menyuarakan dan meluahkan fikiran, idea dan maklumat dengan
yakin dan kreatif menggunakan pelbagai media dan teknologi.
Bersifat Ingin Tahu
• Membangunkan rasa ingin tahu semulajadi untuk meneroka
strategi dan idea baru.
• Mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan inkuiri
dan penyelidikan, serta menunjukkan sifat berdikari dalam
pembelajaran.
• Mereka menikmati pengalaman pembelajaran sepanjang hayat
secara berterusan.
Bahagian Pembangunan Kurikulum
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Sambungan ...
Berprinsip
Berintegriti dan jujur, kesamarataan, adil dan menghormati maruah
individu, kumpulan dan komuniti. Bertanggungjawab atas tindakan,
akibat tindakan serta keputusan mereka.
Bermaklumat
• Mendapatkan pengetahuan dan membentuk pemahaman yang
luas dan seimbang merentasi pelbagai disiplin pengetahuan.
• Meneroka pengetahuan dengan cekap dan berkesan dalam
konteks isu tempatan dan global.
• Memahami isu-isu etika/undang-undang berkaitan maklumat yang
diperolehi.
Bahagian Pembangunan Kurikulum
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Sambungan ...
Penyayang
Menunjukkan empati, belas kasihan dan rasa hormat terhadap
keperluan dan perasaan orang lain. Mereka komited untuk
berkhidmat kepada masyarakat dan memastikan kelestarian alam
sekitar.
Patriotik
Mempamerkan kasih sayang, sokongan dan rasa hormat terhadap
negara.
Bahagian Pembangunan Kurikulum
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Secara bersepadu
Rangsangan deria: penekanan kepada psikomotor dan
kognitif.
Perkembangan aktiviti: maujud, gambar, perwakilan, garis
nombor …
Secara bersepadu: memperkenalkan pengetahuan baru
berasaskan kemahiran sedia ada. Contoh, unit nombor
sebagai persediaan kepada unit yang berikutnya.
Mempelbagaikan pemeringkatan penguasaan berasaskan
pengetahuan nyata/konkrit kepada abstrak.
Bahagian Pembangunan Kurikulum
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Secara pembelajaran masteri
Memastikan murid berpengetahuan asas yang kukuh
sebelum memperkenalkan kemahiran baru.
Murid yang belum menguasai sesuatu kemahiran,
perlu diajar semula - khusus untuk memperbetulkan
ketidak fahaman mereka secara strategi yang
berbeza.
Sentiasa menyedari keperluan murid melalui proses
pengesanan (Contoh: diagnostik)
Bahagian Pembangunan Kurikulum
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Secara ansur maju
Pengetahuan berasaskan hieraki ilmu.
• Senang kepada yang susah
• Konkrit kepada abstrak
• Kontekstual kepada konstruktif
Guru membimbing dan mendampingi murid secara
sentuhan ‘individu’. Kenali setiap murid bagi mengenal
pasti keperluan dan strategi mengatasinya.
Bahagian Pembangunan Kurikulum
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Didik Hibur
Membolehkan murid berminat dalam pembelajaran,
aktiviti yang disampaikan perlu menggunakan
pendekatan yang menarik, melalui cara penyampaian
yang paling berkesan.
Konsep didik hibur melalui nyanyian, permainan dan
penggunaan bahan manipulatif yang menarik
disarankan untuk diaplikasi dalam pengajaran.
Bahagian Pembangunan Kurikulum
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Mental Aritmetik
Pengiraan matematik yang dilakukan:
• Dengan menggunakan akal fikiran semata-mata.
• Tanpa bantuan alat tulis dan alat mengira.
• Tanpa ‘terikat’ kepada algoritma.
Ciri-ciri pengiraan mental:
• Nombor difahami sebagai suatu perkaitan antara
kuantiti, bukannya digit.
• Pengiraan yang kelihatan serupa boleh diselesaikan
dengan menggunakan pelbagai strategi.
Kelebihan pengiraan mental:
• Memahami perkaitan nombor dengan lebih baik.
• Memahami nilai tempat dengan lebih kukuh.
• Yakin terhadap nombor dan sistem nombor.
Bahagian Pembangunan Kurikulum
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Alat Pengiraan
(Kalkulator)
Uji Kalkulator anda
Adakah 3 + 5 × 2 = 13?
atau 3 + 5 × 2 = 16?
Bahagian Pembangunan Kurikulum
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Bahagian Pembangunan Kurikulum
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BIL
NAMA
TEL. PEJABAT
1
Mohd Ali Henipah bin Ali
03-88842355
019-6472217 [email protected]
2
Hoi Sim Min
03-88842354
016-3781492 [email protected]
3
Kumaresan a/l M.
Subramaniam
03-88842223
017-6186032 [email protected]
4
Aziz bin Hj. Naim
03-88842395
016-2552609 [email protected]
5
Nor Fauziah Mat Jaafar
03-88842133
019-3454933 [email protected]
6
Mazlan bin Awi
03-88842032
013-3633835
Bahagian Pembangunan Kurikulum
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
HP
E-MEL
[email protected]
Bahagian Pembangunan Kurikulum
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA