Transformasi Dalam Kurikulum

Download Report

Transcript Transformasi Dalam Kurikulum

Noor Azrin bt Musa
Siti Azlin bt Iris


Kementerian Pelajaran telah memberi jaminan
bahawa transformasi kurikulum bagi
memantapkan sistem pendidikan negara
adalah satu usaha yang berasaskan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Penambahbaikan yang dilakukan tidak lari
daripada hasrat sistem pendidikan negara
untuk menghasilkan individu yang seimbang
dan harmonis daripada sudut intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
kepada Tuhan.


Transformasi berkenaan membabitkan
perubahan dalam bentuk, kandungan
penjadualan waktu dan penekanan kepada
pendekatan pembelajaran yang
menyeronokkan.
Transformasi ini juga memberi penekanan
yang lebih kepada pentaksiran berasaskan
sekolah, meningkatkan penglibatan murid
dalam kokurikulum dan kegiatan luar bilik
darjah.


Pada masa yang sama, melalui transformasi
kurikulum ini juga penghayatan nilai seperti
perpaduan, menyayangi alam sekitar dan
semangat patriotisme dapat diperkukuhkan
lagi.
Dengan cara itu, sifat dan peribadi kental di
kalangan murid melalui isi kandungan dan
cadangan pedagogi yang lebih efektif dapat
diperkukuhkan.


Transformasi pendidikan mempunyai
matlamat untuk membentuk seseorang murid
menjadi modal insan yang seimbang dari
segenap segi.
Justeru, transformasi kurikulum ini
menyediakan ruang dan peluang bagi
memenuhi keperluan murid untuk
membangunkan modal insan yang
berpengatahuan serta berfikiran kreatif, kritis
dan berinovatif.





1982: KBSR (Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah) dilaksanakan di 302 buah sekolah
sebagai percubaan atau rintis.
1983: KBSR mula dilaksanakan di semua
sekolah.
1988: KBSM (Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah) mula dilaksanakan.
2010: tranformasi dimulakan dengan
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
(KSPK).
2010/2011 – Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR)
PETIKAN
AKHBAR