rone point - matematik 3

Download Report

Transcript rone point - matematik 3

IPG TEKNIK
TUGASAN
NAMA
I/C NO
NO MATRIK
KURSUS
KUMPULAN
TUTOR
: MODUL MTE 3102 (m/s 26)
: RONE ROBERT
: 821224125733
: IPG/KPT/PPG/2011/MT/W0004/068
: PPG AMBILAN JUN 2011 (MATEMATIK PEND. RENDAH)
: MATEMATIK 3
: CIK NELLIE GAN
TUGASAN
MODUL MTE 3102 (m/s 26)
Soalan 1
Matematik adalah satu cabang ilmu dengan pelbagai makna.
Nyatakan dan jelaskan tiga daripada makna-makna matematik
tersebut.
Soalan 2
Apakah maksud penyelesaian masalah dalam konteks
proses pengajaran dan
pembelajaran ?
Soalan 3
Jelaskan tiga matlamat pembelajaran penyelesaian
masalah dalam matematik.
Soalan 4
Nyatakan kepentingan matematik kepada
DEFINISI
MATEMATIK
Perkataan "matematik" berasal daripada
perkataan Yunani, (máthema), yang bermakna
"sains, ilmu, atau pembelajaran"(mathematikós)
bermaksud "suka belajar". Istilah ini kini
merujuk kepada sejumlah ilmu yang tertentu
Soalan 1
3 MAKNA MATEMATIK
1. Matematik adalah berkaitan dengan
aritmetik, algebra,trigonometri, kalkulus
dan sebagainya
-Matematik sebagai suatu perkara yang berkaitan
pengiraan.
-Pelbagai teknik. rumus atau kaedah dalam
Matematik bagi mendapatkan
penyelesaian kepada pelbagai masalah
Soalan 1
3 CABANG MAKNA
MATEMATIK
2. Matematik adalah pengkajian tentang
corak/pola.”
Pola / Corak adalah suatu perkara yang berulang.
Perhubungan adalah suatu yang ada
kaitan disebabkan sesuatu perkara
Contoh 1 :
12 = 1
112 = 121
1112 = 12 321
1 1112 = 1 234 321
-Penting dalam menentukan / menjangkakan perkara seterusnya yang
akan berlaku.
-Kajian pola bukan sahaja didapati dalam bidang Matematik,
tetapi juga dalam bidang Seni, Muzik, tekstil dan sebagainya.
Soalan 1
3 CABANG MAKNA
MATEMATIK
Matematik adalah alat / rekreasi dalam kehidupan
harian.
-Meliputi aktiviti atau bidang pekerjaan
seperti pertukaran wang, membaca carta,
mengira diskaun, mengukur jarak, masa
dan sebagainya
-Mengaplikasikan pengetahuan matematik
untuk menyelesaikan masalah praktikal
mahu pun masalah berbentuk abstrak
Soalan 2
MAKSUD PENYELESAIAN MASALAH
DALAM KONTEKS PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
-Kita boleh mentakrifkan penyelesaian masalah sebagai proses yang
terancang untuk mencapai tujuan yang dikehendaki dalam
suatu masalah dengan menggunakan pengetahuan dan
pengalaman yang telah diperolehi.
-Penyelesaian masalah matematik dalam konteks proses pengajaran
dan pembelajaran boleh dilaksanakan dalam empat peringkat iaitu
memahami soalan masalah, merancang strategi penyelesaian ,
melaksanakan strategi penyelesaian dan menyemak masalah serta
penyelesaiannya semula.
Soalan 3
TIGA MATLAMAT PEMBELAJARAN
PENYELESAIAN MASALAH DALAM
MATEMATIK
1. Mempertingkatkan daya pemikiran pelajar secara kreatif dan kritis
dalam menyelesaikan sesuatu yang rumit.
2.Membolehkan pelajar berfikir secara rasional, logik dan objektif apabila
menyelesaikan sesuatu masalah.
3.Dapat membantu pelajar menggunakan pengetahuan sedia ada dan
kemahiran untuk mencari jawapan kepada masalah matematik.
Soalan 4
KEPENTINGAN MATEMATIK
KEPADA
-INDIVIDU1. Mengasah bakat berfikir dalam diri saya.
2. Saya dapat merancang masa dengan baik dan tepat
3. Menyelesaikan masalah perkiraan kewangan iaitu ketika
menyelesaikan bajet perbelanjaan harian saya
4. Dapat membantu melaksanakan setiap jenis pekerjaan
contohnya membantu membuat kerja-kerja data murid
di sekolah, pemberian markah peperiksaan dan laporanlaporan yang berkaitan dengan data
Soalan 4
KEPENTINGAN MATEMATIK
KEPADA
-MASYARAKAT1.Menerusi penguasaan matematik, pemikiran masyarakat akan menjadi
semakin matang. (Setiap masalah akan diselidik dari pelbagai sudut untuk
mencari jalan penyelesaian).
2. Masyarakat hidup sihat tanpa ketakutan dengan adanya kecekapan di dalam
bidang perubatan( dos-dos ubat yang tepat melalui peringkat penyukatan
melibatkan matematik).
3. Taraf ekonomi masyarakat melonjak dengan adanya permintaan pekerjaan
seperti kejuruteraan, perkilangan dan perniagaan ( pengiraan modal,
penyukatan saiz atau bahan)
4.Statistik digunakan untuk menyajikan data yang dikumpul daripada
masyarakat supaya masyarakat dapat faham dan guna untuk buat
keputusan dalam beberapa perkara yang penting dalam kehidupan
Soalan 4
KEPENTINGAN MATEMATIK
KEPADA
-NEGARA1. Peningkatan jumlah saintis yang mengkaji pelbagai cabang ilmu dapat
mengawal bencana alam ke atas negara. (kejadian pasang surut air, gerhana
matahari, ribut taufan , banjir dan tsunami melibatkan data matematik).
2. Pembangunan negara lebih cepat dengan adanya jurutera-jurutera yang
mahir( arkitek)
3. Kemajuan dalam perniagaan dan ekonomi negara. (Matematik digunakan
untuk menentukan untung,saham, berapa keluaran yang perlu dikeluarkan,
titik pulang modal, harga dan kuantiti keseimbangan dalam perniagaan dan
ekonomi)