TEORI KOGNITIF DALAM KREATIVITI DAN SENI KANAK

Download Report

Transcript TEORI KOGNITIF DALAM KREATIVITI DAN SENI KANAK

TEORI KOGNITIF
MUHD RIZUAN B MOHD ASRAR
ZULFADLI B ISMAIL ZUKRI
FAIZ HELMI B KURNAIN
TEORI KOGNITIF
• Merujuk kepada proses dalaman minda
seperti penyelesaian masalah, ingatan, &
pembelajaran bahasa.
• Secara umumnya merungkai bagaimana
manusia memahami sesuatu objek atau
material
• Mempengaruhi kapasiti mereka untuk
mempelajari sesuatu
Selama bertahun-tahun ahli psikologi dan
pelukis tertanya-tanya mengapa kanak-kanak
mengikut kehendak mereka,apakah maksud
seni mereka,dan bagaimana perkembangan
seni mereka dari abstrak ke realistik
TEORI KOGNITIF
• Menurut Florence Goodenough (1926)
menyatakan idea kanak-kanak melukis adalah
berkait rapat dengan tahap intelektual
berfungsi.
• Menurut (Golomb,1992;Raines &
Canady,1990;Thompson,1995) kebolehan
menzahirkan satu pengalaman dengan simbol
adalah tahap kognitif major untuk kanakkanak.
• Menurut (Golomb,1992;Kindler &
Darras,1994) sesiapa yang memerhatikan
kanak-kanak dan kemajuannya dalam bidang
seni,dapat memahami dan mengenali tahap
perkembangan seni kanak-kanak itu.
• Menurut Lowenfeld(1957)perkembangan
kanak-kanak dalam seni sebagai lembaran
baru dalam program genetik.
• Beliau percaya setiap tahap adalah sebahagian
kejadian alam dan aspek normal dalam
tumbesaran dan pembesaran kanak-kanak
• Kanak-kanak perlu merangka pemikiran dan
perbuatan kepada corak dan simbol
• Konsep formasi juga terserlah melalui seni
visual.
• Perbuatan melakar atau melukis
menyebabkan kanak-kanak dapat
membangunkan perseptual sensitiviti ke
alamnya seperti
keserupaan,perbezaan,bentuk,saiz ,tekstur
dan warna.
• Seni kanak-kanak berbeza dengan orang dewasa
kerana kanak-kanak tidak mengetahui sesuatu
sebanyak mana yang orang dewasa tahu.
• Seni kanak-kanak mencerminkan ilmu dan
pemikiran mereka.
• Apabila kanak-kanak semakin berilmu
,memahami dunia,dan peningkatan jumlah
komplisiti di dalam konsepnya,lukisan mereka
semakin besifat realistik.
• Ketepatan, ciri sebenar, dan komplisiti karya
mereka berhubung kait dengan ilmu yang di
pelajari
• Kanak-kanak sebenarnya melihat lebih dari
apa yang di lukis.
• Namun ianya di sekat kebolehan mereka
menterjemahkannya di atas kertas.
• Lukisan kanak-kanak tidak di lengkapi ciri
sebenar objek kerana lebih muda kanak-kanak
itu lebih kurang kebolehannya melukis objek
yang di kehendaki .
• Oleh kerana seni memerlukan kanak-kanak
untuk berfikir tentang pengalaman,idea,atau
perasaan dan kemudian mencari simbol untuk
menterjemahkannya,seni merupakan aktiviti
simbolik yang tinggi.
• Setiap kemahiran akademik memerlukan
pelajar mempunyai kemahiran berfikir
tentang sesuatu yang abstrak dan kemudian
menzahirkan kepada bentuk simbolik.
• Seni itu sendiri adalah kemahiran belajar dan
berfikir.
TEORI KOGNITIF
• Jean Piaget- 4 peringkat perkembangan
kognitif
• 1-peringkat deria pergerakan(sensori motor)
• 2-peringkat pra olahan(pre operational)
• 3-peringkat pengolahan konkrit(concrete
operational)
• 4-peringkat pengolahan formal(formal
operation)
Peringkat Deria Pergerakan (0-2 tahun)
• Kemampuan yang terbatas
• Hanya menyedari persekitarannya dengan
kabur.
• Hanya menjadi pemerhati dan pemerhatian
akan diikuti dengan gerak balas.
• Belum dapat menguasai atau bahasa.
• Cara interaksi dengan persekitaran melalui
kesan deria dan gerak geri.
• Apabila umur meningkat 10 bulan, mula
memahami konsep kekal, iaitu kesedaran
bahawa walaupun sesuatu objek hilang dari
pandangan, objek tersebut tidak ghaib begitu
sahaja.
Peringkat Pra-olahan (2-6 tahun)
• Mula menguasai bahasa dan menggunakan
nama untuk objek di sekeliling.
• Pengusaan yang masih baru dan terbatas.
• Mula meneroka alam di sekeliling.
• Membantu mereka menemui benda-benda
baru dan rasa ingin tahu turut meningkat.
• Pada hujung peringkat ini, kanak-kanak mula
petah bercakap dan bertutur.
• Ekspresi seperti ini harus digalakkan untuk
melatih mereka menyatakan sesuatu dengan
betul.
• Menurut Piaget, kanak-kanak ini masih belajar
untuk menghubung kait simbol dan perkatan
dengan objek dengan cara intuisi dan bukan
dengan cara penaakulan.
• Pemikiran adalah sehala dan cara pemikiran
sangat egosentrik.
Peringkat Pengolahan konkrit
(7-11 tahun)
• Pertumbuhan mental yang berterusan,
penguasaan pengetahuan dan pemikiran
bertambah banyak.
• Perasaan ingin tahu yang tinggi dan keinginan
belajar yang besar.
• Penguasaan yang baik dalam pertuturan dan
banyak bercakap untuk melancarkan
pertuturan.
• Kebolehan menguasai konsep pengekalan
tentang paduan, nombor, berat, dan padatan.
• Turut memahami konsep lain yang lebih rumit
serta kemampuan melihat sesuatu perkara
daripada pelbagai perspektif.
• Perasaan ingin tahu yang tinggi menjadikan
minat sentiasa berubah-ubah.
• Selalu putus asa dan kecewa.
• Kematangan dalam berfikir dan tidak lagi
egosentrik.
Peringkat Pegolahan Formal
(12 Tahun ke Atas )
• Peringkat perkembangan kognitif yang
tertinggi.
• Dapat mengurus dan mengolah persekitaran
dengan baik.
• Mampu menerima pelbagai kemungkinan
daripada tindakan mereka dan tidak mudah
keliru dengan hasil di luar jangkaan.
• Mencapai tahap kemuncak kecerdasan
mental.
• Pengalaman mengehadkan pengetahuan dan
kebolehan mereka.
• Mula memahami konsep abstrak dan ini
membantu mereka memahami prinsip moral
dan etika.
• Mula mempunyai kesedaran tentang
kepentingan falsafah hidup, etika, politik, dan
hal-hal keagamaan.