Teori Perkembangan Pengutaraan Tampak Kanak-Kanak

Download Report

Transcript Teori Perkembangan Pengutaraan Tampak Kanak-Kanak

Teori Perkembangan Pengutaraan
Tampak Kanak-Kanak
•Teori Humanis
•Teori Psikoanalitik
•Teori Perkembangan
•Teori Kognitif
•Teori Gestalt
•Teori Behaviourism
•Teori Konstruktivisme
Teori Humanis
• Teori yang berasaskan konsep kepuasan dan
keperluan yang dikemukakan oleh Abraham
Maslow.
• Mengandungi 7 kategori keperluan yang boleh
dijelaskan dalam konteks murid-murid iaitu
keperluan fisiologi, keperluan keselamatan,
keperluan kasih sayang, keperluan kasih
sayang, keperluan penghargaan diri,
keperluan mengetahui dan memahami,
keperluan estetikan serta kerperluan
kesempurnaan diri.
a. Keperluan fisiologi
• Keperluan asas yang perlu dipenuh oleh
orang dewasa kepada kanak-kanak
seperti makanan, pakaian, tempat tinggal
dan sebagainya supaya mereka berasa
selesa untuk menghadapi pembelajaran
dan pembesaran.
b. Keperluan keselamatan
• Kanak-kanak memerlukan jaminan
keselamatn dan perlindungan. Pada tahap
ini kesejahteraan diri mereka seperti
tempat belajar yang selesa, guru yang
baik dan persekitaran yang tidak
membahayakan perlu diberi perhatian.
c. Keperluan kasih sayang
• Kanak-kanak perlu diterima oleh orang
lain dan sentiasa perlu dihargai. Kanakkanak yang tidak mempunyai kasih
sayang yang cukup terutamanya daripada
keluarga akan mengalami tekanan dan
sukar untuk menerima pelajaran
disebabkan oleh tekanan yang dihadapi.
d. Keperluan penghargaan diri
• Kanak-kanak ingin diberi penghormatan
dan ini menyumbangkan sesuatu yang
berfaedah kepada kumpulan.
e. Keperluan mengetahui dan
memahami
• Sekiranya keperluan-keperluan asas
dipenuhi, kanak-kanak akan lebih
bermotivasi bagi mengetahui alam
sekeliling
f. Keperluan estetika
• Kanak-kanak ingin menghayati dan
menikmati keindahan alam hanya selepas
keperluan lain dalam hierarki itu dipenuhi.
g. Keperluan kesempurnaan diri
• Peringkat tertinggi iaitu ke arah
kesempurnaan hidup yang lebih
bermakna. Tidak semua orang akan
berjaya ke peringkat ini.
Teori Hierarki Keperluan Maslow
Keperluan kesempurnaan diri
Keperluan estetika
Keperluan mengetahui dan memahami
Keperluan penghargaan diri
keperluan kasih sayang
Keperluan keselamatan
Keperluan fisiologi
Teori Psikoanalitik
• Dikemukakan oleh Sigmund Freud
• Pengasas dalam aliran psikologi atau psikologi dalaman
(depth psychology)
• Diiktiraf sebagai kaedah merawat individu yang
mengalami masalah tekanan emosi.
• Freud – manusia dilahirkan dengan naluri semulajadi
(inborn drives).
• Berdasarkan pandangan ini maka lahirlah konsep
antirasionalisme dalam segala gerak geri manusia (tdk
rasional, tidak sosial yang penuh dengan desakan yang
blh merosakkan diri senidiri dan individu yang lain).
• Desakan paling utama lebih menjurus untuk
mendapatkan kepuasan nafsu sendiri.
Id, Ego dan Superego
• Pembentuan personaliti manusia adalah
berdasarkan 3 sistem yang berbeza tetapi
saling berkaitan iaitu id, ego dan super
ego.
• Id –dorongan dan tenaga naluri yang
mendorong manusia bagi bertindak dan
mendapat kepuasan tanpa mengira akibatnya.
• Id – didorong oleh tenaga kehidupan yang
memotivasikan tingkah manusia yang dkenali
sebagai libido.
• Id – terdapat semua desakan asas dan
keinginan manusia. Mengandungi dua bahagian
iaitu:
- naluri kehidupan
- kematian
• Ego – personaliti yang terbentuk melalui
pengalaman iaitu proses psikologi seperti
mengingati mengamati, merasai dan
sebagainya.
• Ego – berfungsi mengawal kehendak yang tidak
dapat dipuaskan oleh id.
• Ego – berpegang kepada prinsip realiti hidup.
• Super ego – ialah bahagian personaliti bermoral
dan boleh berkembang beransur-ansur melalui
pengaruh persekitaran.
• Super ego - personaliti bermoral dan boleh
berkembang beransur-ansur melalui
pengaruh persekitaran.
• Cabang moral dan mewakili perkara yang
individu percaya tidak patut dilakukan.
• Berfungsi mengawal tingkah laku
mengikut peraturan masyarakat dan
penawaran ganjaran bg tingkah laku baik
dan hukuman bagi tingkah laku buruk.
Teori Iceberg - Freud
• 1935 – Freud mengklasifikasi fungsi otak manusia.
• Membahagikan otak manusia kepada tiga paras
kesedaran yang mempengaruhi perkembangan
personaliti mereka iaitu:
- Otak yang mengawal alam sedar (conscious
mind)
- Otak yang mengalami alam bawah
(subconscious mind)
- Otak yang mengalami tidak bawah
(unconscious mind)
• Alam sedar – berada di bawah alam
kesedaran kita.
• Blh dikawal dengan ingatan – peristiwa lama
yang pernah berlaku.
• Alam bawah sedar adalah fenomena yang
bukan dalam kawalan kita – berlaku tanpa
kawalan berlaku tanpa kawalan, kecuali
dalam keadaan yang istemewa atau
anugerah Tuhan.
• Lazimnya berlaku dalam mimpi atau ketika
hilang ingatan.
• Menurut Freud 2 andaian kreatif iaitu
- penulis menghasilkan karya mereka
melalui dua jalan iaitu fantasi atau
mimpi.
- Antara hubungan seks neurosis (fantasi) dan
nasisme.
Kedua-dua andaian ini saling berkaitan dan
lazimnya terjadi di dalam mimpi.
Freud menyamakan penulisan kreatif dan kreativiti
kanak-kanak untuk menjelaskan konsep fantasi.
Fantasi sama dengan konsep imaginatif kanakkanak.
Keperluan guru memahami dan
mengaplikasikan Teori psikoanalisis
• Kefahaman tentang teori ini akan
memudahkan guru untuk menangani
masalah ketegangan perasaan muridmurid. Guru harus memahami tiga teknik
asas merawat pesakitnya iaitu:
a. Perkaitan bebas
• Murid-murid yang mengalami tekanan
emosi akan meluahkan setiap perkara
yang terlintas difikirannya. Guru boleh
membuat interpertasi menerusi bentuk
dan imej yang dihasilkan oleh pelajar.
b. Pemindahan
• Murid mengarah emosinya pada guru seni
seolah-olah guru seni yang menyebabkan
perasaan itu. Guru seni perlu sabar
dengan telatah anak muridnya.
c. Interpertasi mimpi
• Interpetasi dibuat secara spontan.
Keadaan tidak sedar bagi seseorang
murid di lahirkan melalui mimpi atau
imaginatif.
• Guru perlu faham dan membuat
interpetasi tehadap masalah murid secara
mendalam.
• Aktiviti seni merupakan terapi yang paling
sesuai digunakan kepada murid-murid.
• Kanak-kanak meluahkan perasaan
dalaman melalui penghasilkan karya seni.
• Guru dapat mengesan masalah yang
dihadapi oleh murid melalui penghasilkan
karya seni.
• Guru harus bertindak sebagai kaunselor
kepada pelajar.
• Melalui karya seni dapat membuat
penilaian pada diri pelajar
• Penggunaan garisan, warna, bentuk dan
objek – menggambar perasaan sebenar
kanak-kanak.
• Guru perlu peka pada emosi pelajar.
• Mengawal emosi pelajar dengan aktiviti seni.
Teori Perkembangan
• Perkembangan adalah perubahan dalam diri
seseorang individu yang bersifat kualitatif.Satu
proses yang berterusan dari masa lahir hingga ke
akhir hayat. Setiap bayi akan meniarap,
merangkak, duduk, berjalan dan berlari.
• Perubahan perkembangan blh dilihat dari segi
kemahiran interaksi kanak-kanak.
• Perkembangan dipengaruhi oleh faktor dan
persekitaran.
• Perkembangan merujuk kepada perubahan dalam
pemikiran, rohani, moral dan sosial.
• Terdapat proses perkembangan yang yang
berbeza daripada aspek-aspek seperti mental,
jasmani, emosi dan sosial.
• Mok Song Sang(2001), Faktor-faktor yang
mempengaruhi perkembangan individu adalah
genetik, persekitaran, perbezaan, fizikal, mental
dan emosi.
• Perkembangan merangkumi tiga aspek penting
iaitu:
a. kognitif - intelek, pesepsi dan bahasa
b. afektif - emosi, sosial, estetika dan kreatif
c. psikomotor - perkembangan dan
kemahiran.
Teori perkembangan kognitif oleh
Jean Piaget
• Piaget – terkenal dengan sumbangannya pada stuktur
dan operasi tingkah laku cerdas dan teori perkembangan
berurutan.
• Jalan kajian tentang bagaimana individu memperoses
maklumat dan mengemukakan pendapat tentang
perkembangan kognitir manusia dalam bentuk tahap
demi tahap
• Terdapat empat peringkat perkembangan kognitif yang
dikenalpasti:
- peringkat deria motor - pergerakan (0-2 thn)
- peringkat praoperasi - praperlaksanaan (2-7 thn)
- peringkat operasi konkrit - nyata (7-11 thn)
- peringkat operasi formal (12 tahun ke atas)
• Piaget – terdapat perbezaan individu
dalam mencapai tahap perkembangan
• Guru harus sedia aktiviti pembelajaran
yang sesuai dengan kebolehan pemikiran
dan keupayaan fizikal kanak-kanak.
• Bayi dan kanak-kanak belajar sendiri
melalui interaksi dengan persekitarannya.
• Dlm PSV – teori kognitif Piaget yang
proses asimilasi boleh berlaku apabila
murid-murid menggunakan pengetahuan
sedia ada dalam menghasilkan seni.
Sambung…
• Pembelajaran sebenar berpunca dari
murid itu sendiri dan ia boleh berlaku
dalam pendidikan seni melalui penglibatan
dan penerokaan secara aktif murid
dengan benda maujud semasa proses
p&p.
Teori Kognitif Jerome Bruner
• Hampir sama dengan teori Piaget
• Membahagikan peringkat perkembangan kognitif kepada 3
iaitu:
- Enaktif - libatkan penggunaan anggota pada umur 0
hingga 2 thn.
- Ikonik - kebolehan membayangkan atau
menggambarkan sesuatu perkara dalam umur 2 hingga
4 thn.
- Simbolik - iaitu apabila kanak-kanak 5 hingga 7 dapat
berfikir dan menggambarkan bahasa.
- Ketiga-tiganya saling berkait dan digunakan secara
berterusan dalam kehidupan harian
individu.
sambung
• Aspek penting dalam teori Jerome Bruner
yang dikaitkan dengan pendidikan seni
adalah penekanan Bruner pada
pembelajaran secara induktif,
pembelajaran melalui penemuan bebas
ataupun pembelajaran secara terbimbing.
Teori Perkembangan Afektif
• Dipelopori oleh Albert Bandura dan Richard
Walters.
• Tekankan cara individu bertingkah laku yang
betul dalam konteks sosial .
• Berkaitan dengan pembelajaran sosial –
mengetahui apa yang patut dilakukan bila,
dimana dll.
• Tingkah laku manusia yang kompleks dan
pembelajarannya berlaku dengan pelbagai cara
yang melibatkan lisan, maklumat serta
pemerhatian/peniruan model.
• Peniruan adalah berdasarkan perbuatan,
perkataan, gaya, cara dan sebagainya.
• Prinsip-prinsip dalam teori ini melibatkan
bebrapa peringkat iaitu:
- Fasa penemuan
- Fasa penerimaan
- Fasa pengeluaran
- Fasa motivasi
• Menekankan tanggungjawab sepenuhnya
kepada guru bagi membentuk tingkah laku
yang baru kepada murid-murid.
• Cth: etika berpakaian, ketepatan masa
dan tingkah laku yang positif
Rakan sebaya sebagai
model
Guru sebagai model
Teori Modelling Bandura
Tiada tingkah laku agresif
Bakal contoh model yang
hendak dipelajari
Teori Perkembangan Psikomotor
• Havighurst mengatakan, perkembangan
fizikal adalah berlandaskan sosiobudaya
dan perkembangan jasmani. Selain itu,
perkembangan personaliti seseorang
individu turut dipengaruhi oleh nilai-nilai
dan norma-norma masyarakat.(Mok Soon
Sang, 2001)
• Aspek persekitaran lebih penting bagi
perkembangan seseorang individu. Ia
merangkumi:
•
•
•
•
Nilai-nilai dan norma masyarakat
Budaya masayarakat
Faktor biologi - baka dan kematangan
Faktor sosial - kawan, keluarga dan
masyarakat
• Faktor psikologi - keperluan untuk kasih
sayang dan memiliki konsep kendiri yang
positif
Meningkatkan kualiti domain
psikomotor
• Melalui aktiviti-aktiviti PSV murid-murid
dapat belajar, mengalami dan
meningkatkan kualiti domain psikomotor
mereka.
Teori Gestalt
• Berasal dari perkataan German
bermaksud organisasi atau konfogurasi.
Dipelopori oleh tiga orang ahli psikologi
German iaitu:
• Max Wertheimer (1880-1943)
• Kurt Koffka (1886-1941)
• Wolfgang Kohler (1887-1967)
• Kajian tertumpu kepada domain kognitif
yang mendedahkan bagaimana otak
manusia bertindak pada persepsi yang
diterima daripada deria penglihatan.
• Cth: bagaimana otak mentafsir imej wajah
seseorang yang dikenali dan pernah
dilihat sebelum ini.
Hukum Pragnaz
• Pragnaz - prinsip-prinsip pengamatan
• Empat prinsip pengamatan
a. Prinsip dekatan - Penanggapan seseorang
cenderung mencorakkan ransangan dengan
mengumpulkan ransangan yang berhampiran
dengan satu kumpulan.
b. Prinsip persamaan –Mudah difahami. Individu
akan cenderung untuk mengklasifikasi
ransangan yang mempunyai persamaan dalam
kump. yang sama.
c. Prinsip kesempurnaan – seseorang
cenderung melengkapkan sesuatu yang
tidak lengkap
d. Prinsip persambungan – cenderung
menganggap persambungan garisan yang
menunjukkan suatu bentuk yang
berterusan
Bagaimana teori gestalt bertindak
dalam pendidikan seni.
• Dalam menganalisis lukisan kanak-kanak,
didapati kanak-kanak sering membuat
modifikasi imej-imej yang dilukis dengan imej
yang dilihat. Mengikut Feldman, terdapat dua
imej dalam lukisan kanak-kanak
- Imej intracerebal - terkandung dalam
pengamatan kanak-kanak.
- Imej yang dipaparkan melalui penyataan artistik
kanak-kanak.
• Kanak-kanak lazimnya sering membuat
pengubahsuaian/ pada imej yang dilihat
• Keadaan ini berlaku disebabkan 4 faktor:
- modifikasi – kesan penukaran ransangan
optif kepada saraf cerebal otak
- Modifikasi tanggapan dalam proses
mencari imej yang sesuai
- Modifikasi imej kesan penggunaan media
dan proses artistik
- Keupayaan otak koordinasi psikomotor
kanak-kanak.
• Sebagai guru kita harus menerima
intipati/imej yang dihasilkan oleh kanakkanak.
• Pengamatan guru seni amat memainkan
peranan penting dalam menterjemahkan
setiap imej.
Teori Konstruktivisme
• Diasaskan oleh Jerome Bruner.
• Tentang proses belajar yang memerlukan
penglibatan akti pelajar dalam membina ideaidea baru yang berdasarkan pengetahuan sedia
ada pelajar.
• Pelajar memilih dan menterjemah maklumat,
membuat andaian, membuat keputusan dan
bergantung kepada kebolehan kognitif .
• Pendekatan konstruktivis menganjurkan individu
terlibat dengan aktiviti penemuan melalui
interaksi dengan persekitaran.
Pendekatan Konstruktivis dalam
Pengajaran
• Menitikberatkan pengalaman pelajar serta
mengikut konteks kesanggupan pelajar
untuk belajar (kesediaan).
• Pengajaran perlu mengikut struktur atau
urutan yang mampu difahami oleh pelajar
• Pengajaran perlu dirangka untuk
memudah cara penghasilan ilmu
(melangkaui maklumat yang dibekalkan
oleh guru)
• Tugas guru ialah menterjemahkan maklumat ke bentuk
yang sesuai dengan tahap pemahaman pelajar.
• Kaedah ini mengaplikasi 4 cara tertentu di dalam
penyampaian sesuatu topik.
- Menekankan perbezaan iaitu melatih pelajar agar bijak
membezakan jenis dan sifat maklumat yang diterima.
- Menstruktur maklumat agar lebih mudah diterima dan
difahami.
- Susunan paling berkesan di dalam menyampaikan material
pengajaran.
- Sifat dan bentuk ganjaran (reward) atau hukuman yang
akan dikenakan sekiranya pelajar berjaya atau gagal
melakukan sesuatu.
• Pendekatan konstruktivisme menyarankan agar pendidika
membimbing terlebih dahulu pengalaman dan tahap ilmu
yang dimiliki oleh pelajar agar pengajaran serta aktiviti
dalam kelas dapat disesuai dengan tahap pelajar.
Teori Behaviourisme
• Behaviourisme – Kefahamn tingkah laku.
• Tokoh-tokoh Edward L. Thorndike dan B.F.
Skinner.
• Menurut Teori Berhaviourisme, pembelajaran
adalah perubahan yang berlaku dalam diri
seseorang yang disebabkan oleh pegalaman.
• Peri laku dan gerak sebagai unsur penting dalam
sesuatu pembelajaran. Gerak laku seseorang
dapat menunjukkan proses pembelajaran berlaku
atau tidak.