Transcript awal remaja

FITRAH MANUSIA
PENGERTIAN FITRAH MANUSIA
 Mengikut Kamus Dewan (1998) perkataan fitrah berasal
daripada Bahasa Arab yang membawa erti sifat semula jadi,
bakat, pembawaan atau perasaan keagamaan
 Fitrah manusia boleh diertikan sebagai sifat insan yang
mempunyai bakat atau potensi semula jadi serta perasaan
keagamaan.
 Aa Gym (2005) mendefinisikan fitrah sebagai tabiat yang
suci dan asli yang dibawa manusia sejak lahir dan belum
pernah disentuh atau diubah.
 Rogers (1951) menyatakan manusia berkeupayaan untuk
menjadi positif dan baik
 Ini bererti fitrah merupakan:
i
ii
Suatu pemberian atau anugerah yang diberikan oleh
Tuhan kepada manusia sama ada dalam bentuk
fizikal atau mental.
Suatu ketetapan Tuhan sejak manusia itu belum
dilahirkan merangkumi aspek potensi, bakat
semulajadi, keupayaan mental dan fizikal.
PERSPEKTIF AGAMA
 Menurut tokoh Islam, fitrah manusia merujuk kepada satu
ketetapan dan pemberian Tuhan sejak lahir berlandaskan
aspek-aspek seperti bakat, mental, emosi dan fizikal.
 Manusia adalah sebaik-baik kejadian yang diciptakan oleh
Allah S.W.T di muka bumi.
 Akal yang dikurniakan oleh Tuhan membezakan kejadian
manusia dengan makhluk-makhluk lain yang ada di muka
bumi ini.
 Ini bererti agama Islam percaya manusia yang dijadikan di dunia
ini mempunyai keperluan-keperluan tertentu mengikut
kejadiannya iaitu:
(a) Kehidupan beragama
Kehidupan beragama merupakan fitrah manusia muka bumi
ini. Ini ditegaskan Allah S.W.T dalam Al-Quran.
“Sesungguhnya agama yang diredhai di sisi Allah S.W.T hanyalah Islam”
(Surah Al Imran : 19)
 Dengan mengenali pencipta Nya, manusia akan mensyukuri
keunikan kejadian manusia dan menyebabkannya menghargai
setiap bakat, kebolehan dan keistimewaan yang telah dikurniakan
oleh Allah S.W.T kepada setiap hambanya.
ASPEK PENTING DALAM POTENSI MANUSIA
1.Perkembangan Intelek
~ dapat dilihat daripada daya pemikiran, cara
seseorang itu berfikir untuk menyelesaikan
masalah, merka cipta dan kebolehan menaakul.
2. Perkembangan Rohani
~ merujuk kepada kepercayaan beragama, nilai dan norma
masyarakat serta perlakuan peribadi individu.
3. Perkembangan Sosial
~ hubungan individu dengan orang lain. Tingkah laku dan budi
pekerti yang baik membolehkan individu tersebut diterima baik
oleh orang lain.
4. Perkembangan Emosi
~ dapat dilihat sebagai suatu keadaan di mana seseorang itu
dapat memahami perasaan diri sendiri dan orang lain dan
berupaya mencapai kesedaran, keinsafan, bertanggungjawab
dan boleh dipercayai.
5. Perkembangan Jasmani
~ kebolehan dan keupayaan fizikal dalam bentuk kemahiran
psikomotor dalam aktiviti permainan dan bersukan.
FITRAH KEJADIAN MANUSIA DARI
PERSPEKTIF BIOLOGI



Manusia dilahirkan dengan mempunyai keunikkan tersendiri
dan anugerah yang tidak ternilai daripada Allah S.A.W.
Manusia mempunyai keunikkan meliputi seluruh bidang
kehidupan (ekonomi, sosial, pendidikan agama, budaya)
Fitrah manusia dari pespektif biologi melibatkan aspek-aspek
genetik, iaitu :
i. Baka
ii. Faktor persekitaran
ASAS-ASAS GENETIK
1.
Baka
Mempengaruhi perbezaan individu daripada aspek:
i Mental – tahap kecerdasan seseorang
ii Fizikal – warna rambut, mata, kulit, tinggi, rendah dan
sebagainya.
iii Emosi – temperamen atau kesabaran dalam menghadapi
cabaran.
2. Faktor persekitaran
Persekitaran turut menyumbang kepada perbezaan individu
dalam fitrah kejadian manusia daripada aspek:
i Latar belakang keluarga (pengasuhan dan pendidikan)
ii Pengaruh rakan sebaya (keperibadian positif)
iii Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat (pembentukan
falsafah hidup)
iv Sumber teknologi (maklumat yang diperolehi)
v Guru dan sekolah (melahirkan pelajar yang
berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia dan
bertanggunggajawab)
KONSEP PERTUMBUHAN DAN
PERKEMBANGAN
“Awak kelihatan ramping dan
matang sekarang berbanding semasa
di sekolah menengah dahulu”
KONSEP PERTUMBUHAN DAN
PERKEMBANGAN
1.



PERTUMBUHAN
Istilah ramping bermaksud pertumbuhan
Ianya merujuk kepada perubahan fizikal (kaki & tangan
memanjang, kepala membesar, berat badan bertambah,
pembendaharaan kata bertambah
Dengan kata lainnya mewakili perubahan kuantitatif atau
gambaran kepada perubahan fizikal
2. PERKEMBANGAN
 Istilah matang bermaksud perkembangan
 Ianya bersifat kunatitatif dan kualitatif di mana ianya berlaku
berterusan terhadap manusia dan binatang
 Perubahan yang berlaku adalah secara tertib dan kekal untuk
jangka masa yang lama. Tetapi sekiranya berlaku perubahan
penurunan berat badan selepas diserang penyakit yang
berpanjangan, ianya bukan dianggap perkembangan
 Lima Jenis Perkembangan Manusia :
1.
2.
3.
4.
5.
Perkembangan Rohani – berkaitan dengan Tuhan
Perkenbangan Kognitif – pemikiran
Perkembangan Sosial – perhubungan antara manusia
Perkembangan Fizikal – perubahan tubuh badan
Perkembangan Emosi – perubahan personaliti individu
 Perkembangan kelima-lima aspek ini berlaku tidak sama
antara individu
 Banyak perubahan yang berlaku semasa perkembangan adalah
hasil dari perkembangan dan kematangan
 Kematangan adalah merujuk kepada perubahan tingkahlaku
yang bebas dari pengaruh persekitaran, perubahan ini dikawal
oleh baka iaitu berlaku secara fitrah dan bersahaja.
PRINSIP PERTUMBUHAN DAN
PERKEMBANGAN(PP)
 PP dari umum kepada khusus – bayi menangis kemudiannya




berfokus kepada yang khusus seperti lapar, sakit dsb
PP berlaku berdasarkan peningkatan kerumitan – dari otot
kasar ke otot halus
PP berlaku pada kadar yang berbeza
PP berlaku mengikut tertib – kematangan berlaku dari kepala
mendahului tangan dan kaki
PP berlaku secara beransur-ansur
2.3 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PERKEMBANGAN MANUSIA
2.3.1 Faktor Endogen(dalam individu)
 Dibawa oleh individu sejak dlm
kandungan hingga kelahiran.
 Faktor keturunan atau pembawaan
 Cth: Baka
Faktor Rh darah
Pemakanan
Kesan X-Ray
Kesihatan Ibu
Emosi Ibu
Dadah dan Alkohol
Umur Ibu
Merokok
Teratogenik dan
Penyakit Ibu
2.3.2 Faktor Eksogen

Faktur yg datang dari luar diri individu.

Cth: Pemakanan
Keluarga
Rakan Sebaya
Sekolah
Tempat Tinggal
Media Elektronik dan Sebaran Am
Pusat Ibadat
Persekitaran Dunia
Teori Perkembangan Kematangan
Arnold Gesell
 Arnold Lucius Gesell(1880-1961) ahli psikologi




perkembangan.
Perkembangan mementingkan baka(dalaman) sebagai
penggerak utama terhadap perkembangan
Ciri-ciri tertentu akan muncul apabila tiba peringkat
kematangan yang bersesuaian
Peringkat perkembangan berbeza kerana kadar pertumbuhan
yg berlainan.
Lima tahun pertama merupakan tapak perkembangan tingkah
laku dan aspek lain yg membawa kpd perkembangan
seterusnya.
Teori Perkembangan Arnold Gesell
UMUR
CIRI-CIRI
Lahir - 4 tahun
Masa perkembangan yang lancar
5
- 6 tahun
Masa transisi : keperluaan sekolah, rakan sebaya
dan pengubahsuaian kepada peraturan
7
- 10 tahun
Masa penyatuan dan penyesuaian kepada alam
persekolahan
11
- 14 tahun
Masa transisi : konflik berhubung dengan baligh
dan keremajaan
15
- 16 tahun
Masa penyatuan : persediaan untuk menghadapi
alam dewasa
Teori Tugasan Perkembangan Robert
Havighurst
 Tugas perkembangan bermaksud jangkaan ibu bapa dan
masyarakat tentang tingkah laku yg sepatutnya dikuasai oleh
seseorang individu pada peringkat umur tertentu(Atan
Long,1980).
 Tugas perkembangan ialah satu set kemahiran atau kebolehan
yg perlu dikuasai oleh individu utk menambah penguasaan
terhadap persekitaran(Newman dan Newman,1999)
 Individu mesti menyelesaikan tugasan pada setiap peringkat
perkembangan pada satu tahap, jika tidak individu itu akan
mengalami masalah pada peringkat yang berikutnya.
 Robert Havighurst menekankan bahawa perkembangan
kanak-kanak amat dipengaruhi alam sekitarnya.
 Dlm kehidupan kanak-kanak sehingga dewasa dan seterusnya
tua, individu harus memenuhi atau mencapai tugas-tugas
perkembangan yg telah ditetapkan oleh masyarakat dan
budaya di mana individu tersebut tinggal.
TUGAS-TUGAS PERKEMBANGAN HAVIGHURST
1)
PERINGKAT BAYI – AWAL KANAK-KANAK ( 0 –2 TAHUN)
2)
PERINGKAT PERTENGAHAN KANAK-KANAK ( 2 –3 TAHUN)
3)
PERINGKAT PRA-SEKOLAH ( 4 – 6 TAHUN)
4)
PERINGKAT SEKOLAH RENDAH (6 – 12 TAHUN)
5)
PERINGKAT AWAL REMAJA (12 – 18 TAHUN)
6)
PERINGKAT AKHIR REMAJA (18 – 22 TAHUN)
7)
PERINGKAT AWAL DEWASA (22 – 34 TAHUN)
8)
PERINGKAT PERTENGAHAN DEWASA (34 – 60 TAHUN)
9)
PERINGKAT AKHIR DEWASA (60 – 75 TAHUN)
10)
PERINGKAT TUA ( 75 TAHUN KE ATAS)
PERINGKAT BAYI - AWAL KANAK-KANAK ( 0 - 2 TAHUN)

CUBA JALINKAN HUBUNGAN KASIH SAYANG DENGAN IBU BAPA,
ADIK-BERADIK DAN PENGASUHNYA. SISTEM DERIA, PERSEPSI DAN
FUNGSI MOTOR BERANSUR-ANSUR MENJADI MATANG.
PERINGKAT PERTENGAHAN KANAK-KANAK ( 2 –3 TAHUN)
•
BOLEH MELAKUKAN PELBAGAI PERGERAKAN
•
BERKOMUNIKASI DDALAM BAHASA MUDAH
•
BOLEH TERLIBAT DALAM PERMAINAN FANTASI
•
SUKA BERCAKAP DAN BERMAIN SEORANG DIRI
•
MEMBAYANGKAN DIRINYA BERADA DALAM SITUASI YANG
DIALAMI OLEH PERSONALITI YANG DISUKAINYA
•
BELAJAR MENGAWAL PERGERAKAN DIRI DAN BELAJAR
MENGAWAL EMOSI
PERINGKAT PRA-SEKOLAH ( 4 – 6 TAHUN)

BERKAWAN DAN BERMAIN DENGAN KANAK-KANAK LAIN DI SEKITAR
RUMAHNYA

BELAJAR PERANAN IKUT JANTINA

MULA MEMBENTUK PANDANGAN TERHADAP DIRI SENDIRI – TEORI
KENDIRI

MELALUI PERKEMBANGAN MORAL PERINGKAT AWAL – KANAK-KANAK
BERKELAKUAN BAIK UNTUK MENGELAKKAN HUKUMAN (KOHLBERG,
1976)
PERINGKAT SEKOLAH RENDAH ( 6 – 12 TAHUN)
•
MEMASUKI SEKOLAH DAN BELAJAR BERSAHABAT
•
PERKEMBANGAN KOGNITIF – PERINGKAT OPERASI KONKRIT
•
BOLEH MENILAI DIRI SENDIRI DAN ORANG LAIN
•
MELIBATKAN DIRI SEBAGAI AHLI PASUKAN SESUATU PERMAINAN /
PERSATUAN.
AWAL REMAJA ( 12 – 18 TAHUN)

MENCAPAI KEMATANGAN FIZIKAL

PERKEMBANGAN KOGNITIF – PERINGKAT OPERASI FORMAL

PERKEMBANGAN EMOSI – INGINKAN KEJAYAAN DAN PENGHARGAAN
SERTA LEBIH MAMPU MENGAWAL EMOSI.

MEMBENTUK KUMPULAN RAKAN SEBAYA – MULA TERTARIK KEPADA
RAKAN DARI JANTINA BERLAINAN
AKHIR REMAJA ( 18 – 22 TAHUN)
•
CUBA MENDAPAT OTONOMI DARIPADA IBU BAPA
•
MEMBENTUK IDENTITI MENGIKUT JANTINA
•
MELALUI PERGAULAN SOSIAL – MENERAP / MEMATUHI NILAI
MORAL MASYARAKAT
•
TAMAT BELAJAR DAN DALAM PROSES MEMILIH KERJAYA YANG
SESUAI
AWAL DEWASA (22 – 34 TAHUN)

MENEROKA PERSAHABATAN INTIM DENGAN RAKAN YANG BERLAINAN
JANTINA

PASANGAN YANG TELAH BERKAWIN AKAN MENGASUH DAN MENDIDIK
ANAK

MEMANTAPKAN DIRI DALAM PEKERJAAN DAN MEMBENTUK GAYA
HIDUP (LIFESTYLE)
PERTENGAHAN DEWASA (34 - 60 TAHUN)
•
MENJADI KETUA DALAM PEJABAT / MAHIR DALAM PEKERJAAN
•
INDIVIDU YANG BERJAYA – BAHAGIA DALAM KELUARGA DAN DAN
KEHIDUPANNYA
•
MELIBATKAN DIRI DALAM KERJA-KERJA AMAL
AKHIR DEWASA ( 60 – 75 TAHUN)

INDIVIUD YANG BERJAYA AKAN DIHORMATI

AKAN BERPUAS HATI DAN BERSYUKUR ATAS TAKDIR TUHAN

MENGUBAH TENAGA KE ARAH LAIN – BERIBADAT / KERJA-KERJA
AMAL
TUA (75 HINGGA MENINGGAL DUNIA)
•
TERPAKSA MENANGANI MASALAH KESIHATAN OLEH PEREDARAN
UMUR
•
INDIVIDU YANG BERJAYA – AKAN MENGENANG ZAMAN MUDANYA
DENGAN GEMBIRA DAN BERPUAS HATI
•
MERASA TENANG MENANTI SAAT KEMATIAN – TELAH
MENYEMPURNAKAN SEGALA TANGGUNGJAWABNYA TERHADAP
KELUARGA DAN MASYARAKAT.
Perkembangan Kanak-kanak hingga
remaja
Lahir Hingga Awal Kanak-kanak (0-6 tahun).







Pertumbuhan ketinggian 12 inci setahun.
Pertambahan berat badan 5 paun setahun.
Panjang badan masa lahir 4 kali ganda panjang muka.
Permulaan tahap ini kanak-kanak mempunyai semua gigi
susu.
Belajar makan makanan pepejal, berjalan, bercakap,
membuang najis dan pengubahsuaian emosi
Berajar perbezaab jentina
Membentuk konsep betul salah
Havighurst berpendapat:
Kanak-Kanak (6-12 tahun)
 Belajar kemahiran fizikal untuk bermain
 Membentuk konsep diri yang sihat
 Menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira
Awal Remaja dan Remaja (12 – 18 tahun)
 Menggunakkan fungsi badan dan deria dengan berkesan
 Belajar tanpa bantuan
 Boleh mengurus kewangan peribadi
2.5.2 Teori Perkembangan Kognitif Jean
Piaget
Dua proses utk membina kefahaman:
i)
Organisasi
ii) Adaptasi
iii) Equilibrasi
Dua cara proses adaptasi:
i)
Proses asimilasi-menambah maklumat baru
ii) Proses akomodasi-mengubahsuai skemata sedia ada
utk memahami maklumat baru.
iii) Bila berlaku ketidakseimbangan kena buat organisasi
atau adaptasi semula pada skemata utk mendapat
keseimbangan.
Peringkat Perkembangan Kognitif
Mengikut Jean Piaget
Umur
Peringkat
Cara Berfikir
0-2
tahun
Deria motor Mengguna deria motor dan
deria yg lain meninjau dan
memahami persekitaran
2-7
tahun
Praoperasi
Berfikir secara simbolik utk
menyelesaikan masalah tetapi
pemikiran masih tidak logik
dan mudah diperdaya oleh
persepsi yg berlainan.
sambungan…..
7-11
tahun
Operasi
konkrit
12 tahun Operasi
ke atas formal
Berfikir secara logik dan
konkrit. Boleh selesai
masalah secara cuba-jaya
Berfikir secara abstrak
konsep hipotetikal dan
akibat jangka panjang
sesuatu aksi.
Teori Perkembangan Psikososial Erikson
Teori yang dikemukakan oleh Erikson adalah berdasarkan
lima prinsip,iaitu :
 Manusia mempunyai keperluan asas yang sama.
 Perkembangan individu bergantung kepada
tindak balas terhadap keperluan-keperluan asas.
 Perkembangan manusia mengikut tahaptahap yang tertentu.
sambungan…Erikson


Setiap tahap mempunyai konflik dan
konflik ini mesti diatasi sebelum individu
dapat berfungsi dengan jayanya pada tahap berikutnya.
Kegagalan mengatasi konflik pada sesuatu
tahap akan menjejaskan perkembangan
tahap berikutnya.
Tahap Perkembangan Manusia
Berdasarkan Teori Erikson
Tahap
Pertama
Peringkat Konflik
Umur
Pembentukan perasaan percaya lawan tidak percaya
0-18 bulan - Bayi mesti menjalinkan hubungan kasih sayang serta
kepercayaan dengan pengasuhnya atau dia tidak percaya
kepada pengasuhnya
Kedua
18 bulan-3
tahun
Tahap autonomi lawan rasa malu atau sangsi
- Tenaga kanak-kanak disalurkan bagi perkembangan
fizikal seperti berjalan, menggenggam dsb tetapi mungkin
membentuk perasaan malu / sangsi sekiranya tidak diurus
dengan baik
Ketiga
3 tahun-6
tahun
Tahap inisiatif lawan rasa bersalah
- Kanak-kanak berinisaitif melakukan sesuatu ,
kemungkinan juga diselubungi perasaan bersalah
Keempat 6 tahun-12
tahun
Tahap ketekunan/industri lawan rasa rendah diri
- Kanak-kanak tekun melakukan sesuatu kemahiran baru
sekiranya menghadapi risiko maka menjadikan perasaan
rendah diri, kegagalan dan tidak cekap
sambungan…..Erikson
Kelima
12 tahun-18
tahun
Tahap indentiti lawan kekeliruan peranan
- Mereka mesti berjaya mencari identiti dalam
semua aspek kehidupan sekiranya tidak berjaya
akan berlaku kekeliruan identiti
Keenam 18 tahun-35
tahun
Tahap Kerapatan/intimasi lawan pengasingan diri
- Biasanya pada tahap ini mereka dapat membina
hubungan yang rapar sesama rakan sekiranya tidak
meraka akan merasa terasing
Ketujuh
Tahap generativiti lawan stagnasi
- Tahap ini mereka mencari jalan untuk
memeuaskan hati diri sendiri dan memberi
sokongan dan galakan kepada generasi akan
datang
35 tahun-60
tahun
Kelapan 60 tahun ke
atas
Tahap intergriti ego lawan putus asa
- Pada tahap ini mereka berkehendakkan dirinya
diterima dalam masyarakat dan mereka akan
merasa puas sekiranya tidak mereka akan merasa
putus asa.
Teori Penaakulan Moral Kohlberg
 Kanak-kanak kecil percaya peraturan mesti diikuti dan
dipatuhi.
 Kita dapat lihat di mana masalah disiplin banyak berlaku di
sekolah menengah berbanding di sekolah rendah. Kenapa ?
 Jawapannya kanak-kanak akan patuh kepada peraturan
sekiranya mereka melanggarnya akan menerima hukuman.
 Berdasarkan situasi inilah lahirnya teori ini.
2. LAWRENCE KOHLBERG
Tahap Prakonvensional
Peringkat 1: Orientasi dendaan dan kepatuhan.
Peringkat 2: Orientasi instrumental relativis.
Tahap Konvensional
Peringkat 3: Orientasi persetujuan antara individu
atau good boy-nice girl.
Peringkat 4: Orientasi undang-undang dan
peraturan.
Tahap Poskonvensional
Peringkat 5: Orientasi contract-legalistic.
Peringkat 6: Orientasi prinsip etika sejagat.
40
4/13/2015
1. TEORI PERKEMBANGAN MORAL
LAWRANCE KOLHBERG
- Prof di Universiti Havard sekitar 1970-an
- Teorinya banyak bergantung pemikiran
Jean Piaget & John Dewey
- Mengkaji perkembangan kanak-kanak
dari segi kognitif dan moral selama
20 tahun
Tahap 1 : Orientasi kepatuhan dan
hukuman
 Pemikiran moral berorientasikan egosentrik – untuk diri
sendiri
 Hedonisme – pelakuan yang baik akan mendatangkan
kebaikan.
 Situasi melanggar atau mematuhi peraturan. Kesan
melanggar peraturan akan dikenakan hukuman atau
dendaan.Terdapat juga unsur ganjaran sekiranya mereka
patuh pada undang-undang
Tahap 2 : Orientasi individu dan
keseimbangan
 Dikenali juga dengan orientasi asas dan saluran.
 Sesuatu tindakan yang baik adalah saluran untuk memuaskan
kehendak diri dan orang yang disayangi.
 Kanak-kanak juga menyedari bahawa orang lain juga
mempunyai kehendak dan kemahuan sama dengannya.
Tahap 3 : Orientasi persetujuan antara
individu
 Kanak-kanak melakukan perbuatan yang baik dan bermoral
semata-mata memenuhi harapan orang yang disayangi.
Tahap 4 : Orientasi arahan dan
undang-undang
 Melihat orang lain sebahagian dari order sosial.
 Individu merujuk dan patuh secara muktamat kepada norma-
norma masyarakat, peraturan dan undang-undang.
TAHAP 5 : ORIENTASI KONTRAK SOSIAL
 Mempertahankan hak-hak asasi, nilai-nilai dan sebarang
kontrak sosial yang telah dipersetujui dalam masyarakat.
 Manusia mempunyai pendapat berbeza perlu ada persetujuan
@ konsensus yang adil.
 Peraturan yang digubal adalah fleksibel sekiranya tidak
bertentangan dengan masyarakat.
TAHAP 6 : ORIENTASI PRINSIP ETIKA
SEJAGAT.
 Peringkat tertinggi dalam pemikiran moral kerana
melibatkan soal falsafah.
 Peringkat ini individu sering mempertikaikan nilai
dan norma & prinsip dan norma.
 Yang dianggap betul ialah satu prinsip pilihan sendiri
yang sesuai dan di terima masyarakat tanpa mengira
masa dan keadaan. Contohnya prinsip keadilan,
kebajikan,persamaan hak,tidak menggunakan orang
lain untuk kepentingan diri dan menghormati maruah
individu.
Teori-Teori Perkembangan Manusia
Teori Psikoanalisis Sigmund Freud
Tiga alam kesedaran:
i) Alam sedar--pemikiran, perasaan dan
ingatan.
ii) Alam pra-sedar--pengalaman, ingatan
persepsi dan perasaan.
iii) Alam tidak sedar--bahagian terbesar dan
pendorong asas kpd tingkah laku. Mengandungi
semua naluri serta keinginan manusia.
Tiga elemen perkembangan personaliti
manusia;
i) Id - mementingkan keseronokan, diwarisi, gejala bawah
sedar, tenaga primitif, tidak rasional dan berkehendakkan
kepuasan.
ii) Ego - mengutamakan pemikiran logik, berkembang
secara berperingkat, elemen tahap sedar, penuh dgn
persepsi, inginkan kemajuan dan boleh menyesuaikan
diri.
iii) Superego - menyerupai hati nurani, kawal ego dan id,
bermoral, berkembang kerana pengaruh persekitaran,
mengawal tingkah laku mengikut peraturan
masyarakat,ada ganjaran dan hukuman.
Peringkat Perkembangan Mengikut
Sigmund Freud
Umur
Peringkat
0-18 bulan
Oral
2-4 tahun
Anal
4-6 tahun
Falik
6-12 tahun
Latensi
12 tahun ke atas
Genital
Teori Perkembangan Behaviorisme dan
Sosial Kognitif
 Teori Behaviorisme menekankan tingkah laku yg dapat
dilihat dan diukur.
 Perubahan berlaku kerana pengalaman
 Benda yg wujud boleh dilihat dan diperhatikan
 Pemikiran tidak dapat dilihat tetapi pemerhatian boleh
dibuat terhadap perlakuan yg dizahirkan.
 Tiga versi utama pendekatan behaviorisme ialah Teori
Pelaziman Klasik Pavlov, Teori Operan Skinner dan Teori
Sosial Kognitif Bandura
(b) Teori Pelaziman Operan Skinner
 B.F. Skinner(1904-1990) menyatakan perlakuan harus
diperhati dlm jangka masa yg panjang.
 Membentuk perlakuan yg kompleks drp perlakuan yg
mudah.
 Menjalankan kajian menggunakan tikus dan burung
merpati.
 Menghasilkan Skinner Box.
 Skinner(1953) berpendapat gerak balas boleh
dikuatkan(diulang) atau dihapuskan(tidak diulang) jika
diberikan peneguhan sebaik sahaja gerak balas itu
ditunjukkan.
 Faktor ganjaran(peneguhan positif) dan
dendaan(peneguhan negatif) boleh membentuk
perkembangan individu
(c) Teori Pembelajaran Sosial:
Bandura(1977)
 Merupakan teori kognitif sosial(Bandura, 1986) yg
menyatakan bahawa kelakuan manusia saling bertindak
antara kognitif, kelakuan dan ajen penentu persekitaran.
 Teori pembelajaran ini menekankan peranan kognitif dan
persekitaran dlm perkembangan.
 Kebanyakan kelakuan manusia dipelajari melalui
pemerhatian terhadap permodelan
Empat langkah proses peniruan oleh
Bandura:
Tumpuan kpd tingkah laku model (attention).
(ii) Penyimpanan iaitu mengenkod peristiwa itu dlm sistem
ingatan (retention).
(iii) Mengingat atau menghasilkan apa yg disimpan dlm
bentuk tingkah laku (reproduction).
(iv) Motivasi (motivation) yg secukupnya utk menghasilkan
tingkah laku, cth pemberian peneguhan.
(i)
2.5.5 Teori Ethologi Lorenz
 Mengkaji tingkah laku manusia dan binatang dlm keadaan
semula jadi.
 Evolusi dan faktur biologi berperanan penting dlm
perkembangan manusia dan pengalaman awal individu
adalah penting.
 Lorenz(1965) memerhati tingkah laku sekumpulan anak
angsa.
 Kesimpulannya kita tidak akan memahami perkembangan
kanak-kanak sekiranya kita tidak memerhati tingkah laku
dlm persekitaran semula jadi mereka.
sambungan….
 John Bowlby(1969,1989) mengaplikasikan teori ethologi dlm
teori perapatan (Theory of Attachment) menyatakan semua
haiwan termasuk manusia dilahirkan dgn program biologi yg
boleh menghasilkan isyarat yg membawa kpd perkembangan
tingkah laku sosial spt perapatan.
 Perapatan bermaksud kasih sayang yg kuat yg mengikat
seseorang kpd seorang yg lain.
 Hubungan perapatan yg kuat semasa kecil akan memberi
kesan sepanjang kehidupan individu.
Teori Perkembangan Ekologikal
 Menekankan pengaruh persekitaran ke atas perkembangan
organisma.
 Dikemukakan oleh Bronfenbrenner(1979) yg melihat
persekitaran ekologikal manusia berdasakan hubungannya dgn
konteks di mana individu itu berinteraksi.
 Lima sistem persekitaran ekologikal ialah:
(a) Sistem Mikro
(d) Sistem Makro
(b) Sistem Meso
(e) Sistem Krono
(c) Sistem Ekso
(a) Sistem Mikro ialah persekitaran yg paling hampir
(b)
(c)
(d)
(e)
dgn individu, cth rumah dan bilik darjah.
Sistem Meso merujuk kpd hubungan individu dgn
individu lain dlm persekitaran di mana individu itu
berkembang, cth rumah, sekolah dan jiran.
Sistem Ekso merujuk kpd keadaan yg tidak
melibatkan individu secara langsung, tetapi
mempengaruhi sistem individu dan keluarga, cth
tempat kerja ibu bapa.
Sistem Makro ialah persekitaran yg abstraks,
merangkumi sistem kepercayaan dan ideologi.
Sistem Krono merujuk kpd peristiwa dan transisi yg
berlaku dlm persekitaran individu sepanjang hayatnya.
Sekian, terima kasih.