Slide 1 - Amaljaya.com

Download Report

Transcript Slide 1 - Amaljaya.com

PANTANG LARANG
KAUM INDIA
ASPEK PERKAHWINAN
a)Selepas bertunang, bakal pengantin lelaki
tidak boleh pergi atau keluar jauh dari rumah
dibimbangi berlaku kemalangan.
b) Sehari sebelum majlis perkahwinan diadakan
bakal pengantin tidak dibenarkan keluar
daripada rumah.
c) Sebelum berkahwin, pasangan akan menilik
nasib melalui tarikh lahir dan masa kelahiran
untuk memastikan jodoh berpanjangan.
d) Mestilah mengikut umur, lelaki hendaklah
lebih tua daripada perempuan.
e) Tidak boleh berpoligami.
ASPEK WANITA MENGANDUNG
a)Perempuan yang mengandung tidak boleh
menggunakan pisau atau benda-benda tajam
yang diperbuat daripada besi khusunya kerana
dikhuatiri boleh menyebabkan kecacatan pada
bayi di dalam kandungan.
b)Perempuan yang mengandung dan suaminya
serta ahli keluarga kedua-dua belah pihak tidak
boleh memukul atau membunuh haiwan
sepanjang tempoh kehamilan.
c) Perempuan yang mengandung tidak boleh keluar
pada waktu malam kerana dikhuatiri makhluk
halus akan mengikutnya pulang.
d) Semasa mengandung, ibu tidak boleh bersikap
emosional dikhuatiri mempengaruhi anak yang
bakal dilahirkan.
e) Tidak boleh melihat benda- benda yang
menakutkan.
SELEPAS KELAHIRAN
a)Selepas melahirkan anak, bayi tersebut tidak
boleh dipegang atau diangkat oleh sebarangan
orang.
b) Bayi yang baru dilahirkan perlu dicukur
rambutnya sehingga botak dan majlis tersebut
diadakan di kuil.
ASPEK KEMATIAN
a) Tetamu yang datang ketika berlaku
kematian perlu memakai pakaian berwarna
putih atau cerah.
b) Semua perhiasan di dalam rumah akan
ditutup ketika berlaku kematian.
c) Dalam masa setahun selepas berlaku satusatu kematian, ahli keluarga tidak boleh
mengadakan sebarang majlis atau keraian
serta tidak boleh bersembahyang secara
“special” di kuil atau rumah.
ASPEK MAKANAN
a) Babi tidak boleh dimakan.
b) Lembu juga tidak boleh dimakan kerana
dianggap sebagai haiwan suci atau tuhan.
c) Sekiranya berpuasa untuk Thaipusam,
semasa berbuka seseorang individu tersebut
hanya makan makanan mengikut niat @ nazar
mereka.
d) Sebagai contoh – meminum susu dan buah
pada malam hari
e) Sebelum seseorang pergi ke kuil, mereka
perlu memakan sayur untuk menyucikan diri.
ASPEK KEHIDUPAN…
1. Perempuan tidak digalakkan keluar pada
waktu malam.
2. Perempuan yang dalam keadaan datang
bulan tidak boleh keluar pada waktu malam
dan rambut tidak boleh dilepaskan.
3. Perempuan yang dalam keadaan datang
bulan juga tidak boleh bersembahyang dan
masuk ke kuil.
4. Sebelum masuk ke dalam rumah hendaklah
membasuh kaki terlebih dahulu.
5. Kanak-kanak tidak digalakkan keluar bermain
antara jam 1-2 petang dan pada waktu senja.
6. Tidak boleh menyapu sampah dan memotong
kuku pada waktu malam (tiada ong).
7. Pinggan mangkuk yang sumbing tidak boleh
digunakan lagi.
8. Kenderaan yang baru di beli perlu
disembahyangkan oleh sami di kuil bagi
mengelakkan berlaku sebarang kecelakaan.
9. Tidak boleh bangun lewat kerana dikhuatiri
membawa sial dan rezeki tidak masuk kepada
penghuni rumah.
10. Tidak boleh bersiul dan bermain alat muzik
seperti seruling pada waktu malam ditakuti ular
akan datang.
11. Gambar-gambar dewa tidak boleh dilangkah
dan mesti diletakkan di tempat yang bersih dan
suci.
12. Sehari sebelum perayaan Deepavali, ahli
keluarga perlu bersembahyang untuk nenek
moyang yang telah meninggal dunia.
13. Kasta rendah tidak boleh masuk ke rumah
kasta tinggi melalui pintu hadapan.
14. Kasta tinggi tidak boleh makan di rumah
kasta rendah.
15. Sebelum masuk ke hutan, mereka
dikehendaki bersembahyang dari hati bagi
mengelakkan daripada berlakunya sebarang
perkara buruk yang tidak diingini.
16. Tidak boleh memakai kasut semasa masuk
ke dalam kuil.
17. Golongan perempuan tidak boleh potong
rambut botak.
18. Tidak boleh menyalakan lampu ibadat
selepas pukul 9.00 malam.
19. Golongan muda tidak boleh menyilang
kaki di hadapan orang tua.
SEKIAN,
TERIMA KASIH