peribahasa 2012

Download Report

Transcript peribahasa 2012

Ketam batu :
orang yang
sangat kedekut
Contoh : Janganlah kamu
mengharapkan sumbangan
daripada Kahar yang ketam
batu itu.
Mulut tempayan :
tidak dapat
menyimpan
rahsia.
 Contoh
: Cerita ini jangan
kamu beritahu kepada
Ana kerana dia mulut
tempayan
Putih mata:
Kecewa /
mendapat malu
 Contoh
: Kakak putih mata
apabila permohonannya
untuk melanjutkan pelajaran
ke universiti itu gagal
Bagai aur dengan
tebing
Tolong-
menolong
antara satu dengan
yang lain
Bagai enau di
dalam belukar,
melepaskan
pucuk masingmasing

Tiada kata sepakat dalam sesuatu
perbicangan
Bagai dakwat
dengan kertas
Sangat
akrab.
Bagai
melepaskan
batuk di tangga

Membuat sesuatu kerja tetapi kerja
tidak selesai
Seperti anjing
berebut tulang

Orang tamak berebut harta
Seperti aur
ditarik
songsang

Pekerjaan atau perkara yang sukar
dilaksanakan kerana sudah salah
jalan
Seperti hujan
jatuh ke pasir.

Nasihat yang tidak dihargai
Seperti rusa
masuk ke
kampung

Tercengang-cengang kehairanan
Bagaimana
acuan begitulah
kuihnya

Anak menurut baka ibu bapanya;
sesuatu itu menurut asalnya
Berat sama
dipikul , ringan
sama dijinjing

Suka duka sama-sama ditanggung
Carik-carik bulu
ayam, lamalama bercantum
juga

Berselisih sesama keluarga akhirnya
berbaik kembali
Di mana bumi
di pijak di situ
langit di junjung

Hendaklah kita menurut adat dan
aturan di tempat yang kita diami
Gajah sama gajah
berjuang,
pelanduk mati di
tengah-tengah

Pemimpin dengan pemimpin
berperang, rakyat mendapat susah
Harimau mati
meninggalkan
belang, manusia
mati meninggalkan
nama.

Setiap manusia dikenang kerana jasa
yang dilakukannya semasa hidup
Hati gajah
sama dilapah,
hati kuman
sama dicecah

Saling membantu, susah senang
dinikmati bersama
Harapkan guruh
di langit , air
tempayan
dicurahkan

Kerana mengharapkan keuntungan
yang besar tetapi belum pasti,
keuntungan yang kecil dilepaskan
Jerat tidak lupa
akan pelanduk,
tetapi pelanduk
lupa akan jerat

Sudah lupa akan bahaya , tetapi
sebenarnya bahaya tetap mengancam
Kais pagi
makan pagi,
kais petang
makan petang

Orang susah harus bekerja setiap
masa
Kalah jadi abu
menang jadi
arang

Kalah atau menang dalam sesuatu
pertengkaran tidak menguntungkan
mana-mana pihak
Kalau kail panjang
sejengkal , lautan
yang dalam
diduga jangan.

Jika mempunyai pengetahuan yang
sedikit , janganlah hendak melawan
orang-orang yang lebih banyak
pengetahuannya
Ke bukit sama
didaki, ke lurah
sama dituruni

Perhubungan yang sangat karib,
tidak dapat dipisahkan
Kerana pulut
santan binasa,
kerana mulut
badan binasa.

Mendapat kecelakaan kerana
percakapan.
Kuman di seberang
lautan nampak,
gajah di depan
mata tidak nampak

Kesalahan orang lain biarpun kecil
nampak, kesalahan sendiri tidak
disedari.
Lautan mana yang
tidak berombak,
bumi mana yang
tidak ditimpa hujan

Segala usaha tetap ada kesukaran
dan bahaya
Lembu punya
susu, sapi
dapat nama

Orang lain yang berusaha, orang
lain yang mendapat nama
Masuk kandang
kambing
mengembik,
masuk kandang
kerbau menguak

Menyesuaikan diri dengan tempat
dan keadaan.
Naik seperti
semut, turun
seperti ribut

Hendak mendapat kejayaan selalu
lambat, tetapi hendak jatuh mudah
sekali.
Tak lapuk di
hujan, tak
lekang di panas

Adat yang tidak berubah walaupun
berganti tahun
Berdiri sama
tinggi, duduk
sama rendah

Sama taraf
Untung sabut
timbul, untung
batu tenggelam

Sekiranya bernasib baik akan mendapat
kejayaan, tetapi jika bernasib malang akan
mendapat kerugian
Ada gula ada
semut

Orang akan berkumpul di tempat
mendapat rezeki dengan mudah
Sebab nila
setitik, rosak
susu sebelanga

Kerana kejahatan yang sedikit, semua
kebaikan dilupakan
Sarang tebuan
jangan dijolok

Jangan sengaja mencari kesusahan
Sirih pulang
ke gagang
 Kembali
ke tempat asalnya
Sediakan
payung
sebelum hujan

Berjaga-jaga sebelum kita mendapat
bencana
Sudah jatuh
ditimpa tangga

Ditimpa kemalangan yang berturutturut
Telur di hujung
tanduk
 Dalam
keadaan bahaya
Ukur baju
di badan sendiri

Melakukan sesuatu mengikut
kemampuan diri sendiri
Bahasa jiwa
bangsa

Bahasa adalah lambang
keperibadian sesuatu masyarakat
Bahasa
menunjukkan
bangsa

Daripada pertuturan seseorang kita
dapat mengetahui jenis dan
keturunannya