PERIBAHASA - tuisyenmaya

Download Report

Transcript PERIBAHASA - tuisyenmaya

PERIBAHASA
Ada udang di sebalik batu
= ada tujuan tertentu di
sebalik sesuatu perbuatan.
Ada perahu hendak berenang
= ada kemudahan tetapi tidak
digunakan sebaliknya memilih jalan
yang sukar.
Gajah sama gajah berjuang,
pelanduk mati di tengah-tengah
= dua kuasa besar berperang
menyebabkan pihak yang lemah
menjadi mangsa.
Pisang tidak berbuah dua kali
= sesuatu perkara yang tidak baik
akan sentiasa diingati agar tidak
berulang lagi.
Enggang lalu ranting patah
= seseorang yang pernah melakukan
kejahatan, walaupun tidak
melakukannya, tetap dituduh.
Di mana bumi dipijak, di situ langit
dijunjung @ Masuk kandang
kambing mengembek, masuk
kandang kerbau menguak
= Kita hendaklah mengikut adat,
peraturan atau budaya sesuatu
tempat di mana kita berada.
Diam-diam ubi berisi, diam-diam
besi berkarat
= Diam orang yang cerdik
mendatangkan hasil tetapi diam
orang yang bodoh mendatangkan
keburukan.
Seperti belut pulang ke lumpur @
Seperti gagak pulang ke benua @
Ke mana terbangnya bangau kalau
tidak ke belakang kerbau
Orang yang merantau akhirnya akan
pulang ke kampung juga
Genggam bara api biar sampai jadi
arang @ Alang-alang mandi biar
basah @ Alang-alang berdakwat
biar hitam @ Alang-alang menyeluk
pekasam biar sampai ke pangkal
lengan
Melakukan sesuatu kerja mestilah
hingga selesai dan sempurna.
Orang lain makan nangka, orang
lain yang kena getah
= Orang lain yang melakukan
kejahatan, orang lain yang dituduh.
Bagai aur ditarik songsang
Susah berbincang dengan orang
yang berbeza pendapat.
Bagai mencurah air ke daun keladi
@ Bagai mencurah garam kelaut @
Masuk telinga kanan, keluar telinga
kiri @ Bagai hujan jatuh ke pasir
Nasihat yang tidak memberi kesan
Lembu punya susu, sapi punya
nama
= Orang lain yang buat kebaikan,
orang lain pula yang dipuji
Carik-carik bulu ayam, lama-lama
bercatum juga @ Air dicencang tak
akan putus
= Perkelahian adik-beradik tidak
panjang, akhirnya mereka akan
berbaik kembali
Menepuk air di dulang, terpercik ke
muka sendiri @ Membuka pekung
di dada
Sekiranya kita menceritakan
keburukan keluarga sendiri, akhirnya
kita juga yang mendapat malu
Menunggu kucing bertanduk @
Menunggu buah yang tak gugur
= mengharapkan sesuatu yang tidak
mungkin berlaku
Seperti anjing menyalak bukit
Perbuatan menyalahkan pihak
berkuasa tidak memberi kesan atau
sia-sia
Seperti enau di dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing
Orang yang mementingkan diri sendiri
Api di dalam sekam
=Perbuatan jahat yang tidak disedari
Kerana dilakukan secara senyap
Seperti musang berbulu ayam @
Seperti gunting di dalam lipatan @
Seperti musuh di dalam selimut
= Orang jahat atau musuh yang
menyamar di dalam suatu kumpulan
Bagai melepaskan batuk di tangga
@ Hangat-hangat tahi ayam
= Melakukan kerja dengan tidak
bersungguh-sungguh
Seperti buku bertemu ruas
Berhadapan atau berlawan dengan
orang yang sama gagah
Yang dikejar tak dapat, yang
dikendung berciciran @ Seperti
anjing dengan bayang-bayang
= Orang yang tamak selalu rugi
Biar putih tulang, jangan putih mata
= Baik berlawan daripada menyerah
kalah
Kalau tak dipecahkan ruyung, mana
akan dapat sagunya
= Kita mestilah berusaha jika mahu
berjaya
Seperti cencaru makan petang
Orang atau pasukan yang mendapat
keuntungan pada saat-saat akhir
Alah membeli menang memakai
Barang yang mahal, baik mutunya
dan tahan lama
Sudah dapat gading bertuah,
tanduk tidak berguna lagi
Apabila sudah mendapat sesuatu
yang lebih baik, yang kurang baik
dilupakan
Tiada rotan akar pun berguna juga
Tiada yang lebih baik, yang kurang
baik pun memadailah
Berkerat rotan berpatah arang
Hubungan yang putus buat selamalamanya
Sudah jatuh ditimpa tangga
= Orang yang mendapat kesusahan
bertimpa-timpa
Bagai si buta kehilangan tongkat @
Patah kandar @ Seperti anak ayam
kehilangan ibu
Susah kerana hilang tempat
bergantung dan berharap
Bagai si kudung mendapat cincin
= Orang yang tidak dapat
menggunakan sesuatu pemberian
Bagai kera mendapat bunga
= Orang yang tidak pandai
menghargai pemberian orang
Enggang sama enggang, pipit
sama pipit
Orang yang berkawan mengikut
pangkat atau darjat
Bertepuk sebelah tangan tak akan
berbunyi
Sesuatu pergaduhan itu berlaku
kerana kesalahan kedua-dua belah
pihak
Bertepuk sebelah tangan @ Seperti
pungguk rindukan bulan
Cinta yang tidak mendapat balasan
Seperti rusa masuk kampung
= Orang yang tercengang-cengang
apabila masuk ke bandar atau suatu
tempat baru
Bapa borek anak rintik
Kelakuan atau bakat anak dengan ibu
bapanya yang sama
Bagaimana acuan begitulah
kuihnya
Perangai anak sama seperti didikan
yang diterimanya
Ke mana tumpahnya kuah kalau
tidak ke nasi
Bakat ibu bapa akan diwarisi oleh
anak
Bagai pinang dibelah dua @ Bagai
cincin dengan permata
Pasangan yang sama cantik dan
sama padan
Hanya jauhari yang kenal manikam
= Orang yang pakar sahaja dalam
sesuatu bidang tahu akan nilai
sesuatu
Seperti mengajar itik berenang
=Mengajar orang yang sudah pandai
Seperti tikus membaiki labu
= Orang yang tidak pandai, apabila
dia membaiki sesuatu maka menjadi
semakin rosak.
Seperti pahat dengan penukul
= Orang yang melakukan kerja hanya
apabila disuruh
Alah bisa tegal biasa
= Orang yang biasa melakukan
sesuatu kerja, akan menjadi mudah.
Bagai murai tercabut ekor
= Orang yang membuat bising
Bagai telur di hujung tanduk
= Keadaan yang genting atau cemas.
Air yang tenang jangan disangka
tiada buaya
Orang yang pendiam jangan disangka
boleh dipermainkan.
Abu di atas tunggul
= Kedudukan yang tidak tetap
Seperti lalang ditiup angin
= Tidak tetap pendirian
Seperti kerbau dicucuk hidung
Orang yang hanya menurut suruhan
orang tanpa berfikir baik buruknya.
Sesat di hujung jalan, balik ke
pangkal jalan
=Kita hendaklah insaf apabila
melakukan kesalahan.
Ukur baju di badan sendiri
Berbelanja atau lakukan sesuatu
mengikut kemampuan diri sendiri
Besar periuk, besarlah keraknya
= Orang yang bergaji besar, besar
jugalah perbelanjaannya
Seperti embun di hujung rumput
= Kasih sayang yang tidak tetap.
Lempar batu sembunyikan tangan
Orang yang melakukan suatu
kejahatan tetapi berpura-pura tidak
tahu-menahu.
Di mana ada semut, di situ ada gula
=Orang akan bertumpu di tempat
yang mana banyak rezeki atau
manfaat.
Di mana ada kemahuan, di situ ada
jalan
= Jika inginkan sesuatu, orang akan
berusaha mendapatkannya.
Hendak seribu daya, tak hendak
seribu dalih
= Jika mahu sesuatu, orang akan
berusaha tetapi jika tidak mahu,
orang akan memberi pelbagai alasan.
Rezeki jangan ditolak, musuh
jangan dicari
Terimalah sesuatu yang baik
manakala yang buruk jangan dicari
Kecil tapak tangan, nyiru
ditadahkan
Sangat suka menerima sesuatu
pemberian
Orang mengantuk disorongkan
bantal
= Mendapat sesuatu yang diingini
Sudah terhantuk baru terngadah
Apabila sudah mendapat sesuatu
kesusahan, baru hendak menyesal
Nasi sudah menjadi bubur
Penyesalan yang tidak berguna lagi
Sehari selembar benang, lamalama menjadi kain
= Melakukan kerja sedikit demi
sedikit, akhirnya siap juga
Sedikit-sedikit lama-lama menjadi
bukit
= Menyimpan ssuatu walaupun
sedikit demi sedikit,lama-lama akan
menjadi banyak juga.
Baik berjagung-jagung sebelum
padi masak
= Melakukan sesuatu kerja
sementara sebelum mendapat
pendapatan yang lebih baik
Harapkan pagar, pagar makan padi
Orang yang tidak amanah
Seperti kacang lupakan kulit
= Orang yang tidak mengenang budi
Lain diacah, lain yang jadi
= Perkara yang dijangkakan, lain pula
yang berlaku.
Lebih sudu daripada kuah
=Orang yang mengada-ada atau
berlebihan sikapnya.
Hidung tak mancung, pipi
tersorong-sorong
= Orang yang tak tahu malu
Anak harimau diajar makan daging
= Orang yang jahat/zalim diajar /
digalakkan melakukan kekejaman
Bagai isi dengan kuku @ Bagai
dakwat dengan kertas
= Persahabatan yang sangat rapat
Buang yang keruh, ambil yang
jernih
= Lupakan perkara buruk agar kasih
atau persahabatan baik kembali.
Cacing hendak menjadi naga
= Orang yang kecil/hina hendak
menjadi orang besar.
Cubit paha kanan, paha kiri pun
sakit jua
= Jika seseorang ahli keluarga
mendapat susah, ahli-ahli lain pun
turut sama merasai kesusahan.
Gergaji dua mata
= Orang mengambil keuntungan/
kesempatan daripada kedua-dua
belah pihak.
Guru kencing berdiri, murid
kencing berlari
= Murid-murid akan mengikut
perbuatan guru mereka walaupun
tidak baik.
Habis kapak berganti beliung
= Sangat rajin bekerja
Harapkan guruh di langit, air di
tempayan dicurahkan
= Melakukan sesuatu tanpa berfikir
panjang, akibatnya hilang apa yang
dimiliki.
Sediakan payung sebelum hujan @
Ingat sebelum kena, berjimat
sebelum habis
= Beringat dan bersedia sebelum
mendapat kesusahan.
Ibarat perahu tidak akan karam
sebelah
= Kesusahan yang berlaku akan
dirasai oleh kedua-dua belah pihak.
Indah khabar daripada rupa
= Khabar tentang sesuatu perkara
yang dilebih-lebihkan.
Jangan diikut resmi jagung,
semakin berisi semakin @ Ikut
resmi padi, semakin berisi semakin
tunduk
= Jangan ikut perangai orang yang
semakin sombong apabila semakin
kaya atau berilmu. Ikutlah perangai
orang yang semakin berilmu atau
kaya semakin merendah diri.
Jauh bau bunga, dekat berbau tahi
= Apabila jauh selalu dikenang tetapi
apabila dekat selalu berkelahi.
Kalah jadi abu, menang jadi arang
= Kalah atau menang, kedua-dua
pihak mendapat kerugian.
Melentur buluh biarlah daripada
rebung
= Mendidik anak hendaklah sejak dari
kecil lagi.