Kepercayaan sebelum ke hutan  Pemilihan hari iaitu hari rabu, khamis dan jumaat merupakan hari yang baik untuk ke hutan kerana memberi banyak.

Download Report

Transcript Kepercayaan sebelum ke hutan  Pemilihan hari iaitu hari rabu, khamis dan jumaat merupakan hari yang baik untuk ke hutan kerana memberi banyak.

Kepercayaan sebelum ke hutan
 Pemilihan hari iaitu hari rabu, khamis dan jumaat
merupakan hari yang baik untuk ke hutan kerana
memberi banyak manfaat dan kebaikan kepada
masyarakat melayu.
 Menyediakan sajian kepada penghuni hutan.
Pawang diperlukan untuk menjalankan upacara ini.
 Seterusnya upacara pancak penunggal iaitu
peneroka akan diberi pinang sepiak yang telah
dijampi dan akan diletakkan di pangkal pokok
kecuali sebiji limau yang akan dibawa ke hutan
sebagai pendinding semasa di hutan.
Kepercaan semasa di hutan
 Permulaan turun ke hutan
◦ jika baru turun dari rumah dan ular melintasi di
hadapan rumah, ia merupakan petanda yang tidak
baik. Maka, peneroka harus memakan pinang
sepiak dan barulah turun semula ke hutan.
◦ Turun dari tangga rumah mestilah dimulakan
dengan kaki kanan dan dimulakan dengan bacaan
bismillah dan tidak boleh berpatah balik.

Bersiul semasa di hutan
◦ Bersiul semasa perjalanan adalah dilarang. ia
dipercayai menjemput kedatangan ular dan
binatang liar.

Melaung semasa di hutan
◦ Perbuatan ini ditagah kerana akan menarik
perhatian berbagai jenis jembalang dan binatang
buas yang terdapat di hutan.
◦ Jika peneroka melaung di hutan dan laungan
disahut oleh jembalang maka kejadian sesat di
hutan akan berlaku.


Jangan keluar dengan pasangan selama
40 hari sebelum diijab kabul untuk
mengelakkan tohmahan masyarakat.
Selain itu ia bertujuan untuk mengawal
nafsu. Ia juga untuk menimbulkan
perasaan rindu dendam. Perasaan yang
timbul akan membuatkan wajah
pengantin lebih berseri.
Jangan tidur di rumah orang takut
terkena ilmu. Ia juga adalah untuk
menjaga nama baik keluarga.




Jangan bebas keluar ke mana-mana
kerana takut disantau oleh mereka yang
mempunyai niat tidak baik.
Jangan makan nasi dengan gulai berkuah
beberapa bulan sebelum naik pelamin
bagi mengelakkan perut buncit.
Elakkan makan ulam yang berbau busuk
seperti petai dan jering.
Jangan bercermin terutama selepas
Maghrib ke atas bagi mengelak diri dari
terkena sihir.





Jangan membuang air kecil dan air besar
serentak di dalam air contohnya dalam
sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan
organ seks.
Elakkan minum air mengandungi gas
kerana ia mempunyai gula dan gas yang
tinggi dan boleh menyebabkan kencing
manis.
Kurangkan makan makanan yang manis
kerana jika terkena kencing manis, lelaki
akan menghadapi masalah ketika bersama.
Elakkan mandi malam kerana tidak elok
untuk sendi-sendi.
Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari
(mengikut sesetengah adat).




Kaum lelaki elakkan memakai seluar
dalam yang ketat pada waktu malam dan
tidur meniarap kerana tidak bagus untuk
organ seks kerana darah tidak mengalir.
Elakkan terlalu banyak makan makanan
laut kerana ia mengandungi banyak
toksid.
Tiga bulan sebelum berkahwin, mula
membuat urutan supaya pengantin
mempunyai tenaga yang cukup sebagai
persiapan.
Amalkan makan telur ayam kampung
dua kali seminggu yang dicampur madu
dan lada hitam yang ditumbuk untuk
menambah tenaga.






Bagi mereka yang banyak angin, minum
air halia untuk membuang angin.
Jangan memuaskan nafsu dengan cara
sendiri.
Belajar ilmu rumah tangga daripada
orang yang berpengalaman dan sudah
berkahwin tentang rahsia memikat isteri
supaya rumah tangga aman dan damai.
Cukupkan waktu tidur tujuh hingga
lapan jam sehari.
Elakkan minum minuman keras dan
merokok.
Elakkan terkena cahaya matahari kerana
dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari
perkahwinan.






Elakkan minum air soya kerana ia sejuk
dan tidak elok untuk alat kelamin.
Amalkan makan jamu supaya malam
pengantin tidak mengecewakan.
Banyakkan baca surah-surah bagi
mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa
mengingati Allah.
Jangan makan sebebas-bebasnya kerana
ketika ini sistem dalaman tidak stabil.
Jangan terlalu terdedah kepada keluarga
lelaki (simpan diri).
Jangan berembun atau keluar malam
bagi mengelak unsur jahat.





Jangan bercelak serta memotong rambut
seminggu sebelum ijab kabul.
Jika sudah nikah gantung tidak boleh
bersama.
Selepas nikah mesti ada peneman tidur
sebelum bersama. Ia bertujuan
menghangatkan lagi kemesraan.
Bilik lelaki atau wanita jangan
dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli
keluarga terdekat tidur di dalam bagi
mengelak daripada dikhianati.
Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan
rasa sakit hati.





Jangan buat kerja yang berat kerana
apabila pengantin membuat kerja berat,
dia akan berasa penat dan mudah
terjadinya gangguan emosi.
Elakkan makan dan minum seperti sayur
bersifat sejuk seperti kangkung, bayam,
timun, jambu batu dan air kelapa agar
muka nampak segar.
Jangan cukur kening ditakuti akan
menghilangkan seri muka.
Sebelum menjadi pengantin, katil
kelamin tidak boleh ditiduri oleh
pengantin kerana tidak manis.
Dilarang memandang cermin ketika
disolek kerana dikhuatiri hilang seri.




Kedua pengantin dilarang bercakap
ketika bersanding kerana kurang manis
dipandang tetamu.
Jangan makan leher ayam nanti
dikhuatiri kepala senget masa
bersanding.
Dilarang membuang alis kerana
perbuatan tersebut akan menghilangkan
seri wajah buat pengantin lelaki.
Elakkan keluar rumah tanpa tujuan
menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal
pengantin mengalami kemalangan jika
berada di luar.






Jangan memukul, mendera atau
mencederakan mana-mana binatang,
dikhuatiri anak yang bakal lahir
mengalami kecacatan.
Jangan melihat gerhana, dikhuatiri anak
mendapat tompok hitam atau bermata
juling.
Dilarang (orang lelaki) kencing atas
busut, dikatakan buruk kemaluan
Jangan duduk di atas bantal kerana
dipercayai boleh naik bisul .
Jangan bergendang dalam rumah, nanti
harta habis dicuri oleh orang
Jangan menjahit pada waktu senja, nanti
mata engkau akan buta




Jangan makan kepala ayam nanti
mengantuk masa bersanding.
Kedua-dua pengantin dilarang bercakap
ketika bersanding kerana kurang manis
dipandang tetamu.
Lempar baju di atas bumbung rumah
tanpa diketahui orang lain bagi
mengelak hujan turun ketika majlis
berlangsung.
Anak dara jangan menyanyi di dapur,
nanti kahwin dengan orang tua.
Wanita-wanita hamil dilarang dari
melakukan perkara-perkara berikut:
 Dilarang mencaci atau mengumpat,
membuat fitnah, iri hati juga
bergaduh terutamanya dengan ibu
mertua. Perbuatan tersebut dipercayai
akan mempengaruhi perangai anak yang
bakal lahir. Ibu mengandung juga akan
mengalami kesulitan semasa melahirkan
anak. Yang sebenarnya, tujuannya
larangan di sini adalah untuk melahirkan
rasa hormat kepada orang tua dan
selalunya ibu mertua turut menjaga dan
membantu sewaktu dalam pantang.




Dilarang melihat gerhana bulan ataupun
matahari kerana dikhuatiri anak yang
bakal lahir akan cacat atau berkulit
gelap.
Dilarang duduk di anak tangga kerana
dipercayai perbuatan ini akan
mendatangkan kecelakaan kepada ibu
sewaktu hendak melahirkan anak.
Ibu juga dilarang memikul batu kerana
dikhuatiri anak dalam kandungan
menjadi lumpuh. Tidak boleh menanam
pokok pisang kerana dikatakan
perbuatan ini boleh menyebabkan anak
berkepala besar yang luar biasa.
Ditegah menyusun tempurung kerana
dikhuatiri anak yang dilahirkan akan
botak kepalanya.


Dilarang memaku, memahat dan
menggali lubang. Tidak boleh memukul
atau mencederakan binatang kerana
dikhuatiri akan menyebabkan anak yang
bakal lahir cacat anggota badan.
Ibu mengandung juga tidak boleh
membiarkan anak-anak melangkah perut
kerana dikhuatiri anak akan lahir cacat
atau dilahirkan tidak cukup bulan.
Dilarang tidur pada waktu tengah hari
kerana dikhuatiri kepala anak yang
bakal lahir akan menjadi besar.
Dilarang keluar rumah pada waktu
petang atau senja kerana dikhuatiri
hantu akan menggusiknya.

Hendaklah menjauhi pergaulan dengan
orang yang tidak jujur atau rendah
maruahnya, kerana dipercayai ini akan
mempengaruhi perangai anak yang bakal
lahir.
Pantang larang lagi yang bersangkut
dengan suami kepada ibu mengandung:
 Suami kepada ibu mengandung pula
dilarang meniup seruling atau alat bunyi
bunyian kerana dikhuatiri anak yang
akan dilahirkan sentiasa menangis.
 Suami juga dilarang menyembelih
ataupun pergi memburu binatang kerana
dikhuatiri anak yang bakal lahir cacat
anggota badannya.
 Suami juga dilarang memukul,
membunuh binatang seperti ular dan
sebagainya kerana dipercayai anak yang
lahir akan cacat atau kenan binatang
tersebut.