Teori Utilitarianisme

Download Report

Transcript Teori Utilitarianisme

PENDIDIKAN MORAL
MDM SITI HAJJAR A. HAMID
OLYMPIA COLLEGE
2014
Week 2
• Teori Etika
• Teori & Objektif Utilitarianism
•
Konsep-konsep yg di tengahkan
• Implikasi konsep-konsep terhadap komuniti
• Teori & Objektif Deontologikal
• Konsep-konsep yg di tengahkan
• Implikasi konsep-konsep terhadap komuniti
Topik for week 2
Teori Utilitarianisme
• Definisi:
Utilitarianisme berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu sepatutnya melakukan
sesuatu tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang paling banyak kepada setiap
orang atau kebahagiaan yang paling banyak kepada sejumlah insan yang paling ramai.
Kebahagiaan yang dimaksudkan ialah kesenorokan (sesuatu yang bukan bersifat moral).
•
Teori ini merupakan suatu aliran atau dimensi di bawahteori etika Teologikal yang juga
dikenali sebagai consequentialism.
•
Ia adalah doktrin moral yang mengkehendaki manusia supaya bertindak untuk
menghasilkan kebaikan secara maksimum.
•
Kebaikan ini termasuklah kegembiraan atau keseronokan kepada semua pihak.
•
Tindakan dikatakan sebagai bermoral jika ia menghasilkan kegembiraan yang
maksimum.
Pengasas-pengasas
John Stuart
Mill
Jeremy
Bentham
(1748-1832
(1806-1873)
Teori
Utilitarianisme
• Jeremy Bentham (1748-1832) merupakan pengasas bagi teori ini dan
seterusnya dikembangkan oleh John Stuart Mill (1806-1873).
• Jeremy Bentham, mengatakan bahawa manusia dikuasai dan dipengaruhi
kesenorokan serta kesakitan, manakala kemoralan ialah usaha mencari
kebahagiaan, iaitu kesenorokan.
•
Bentham mengenalpasti 7 elemen yang perlu dipertimbangkan untuk
mengukur keseronokan mencipta kalkulus Hedonistik Bentham yang memberi
skala antara –10 hingga +10.
•
Elemen yang dimaksudkan oleh Bentham ialah:
intensiti, jangka masa, kepastian, kesegeraan, kesedaran, keberkesanan dan had
atau batasan.
i) Bentham
7 elemen yang mesti dipertimbangkan;
1. kedalaman (intensity)
2. kelamaan (duration)
3. kepastian (certainty)
4. kesegeraan (propinguity)
5. kesedaran (fecundity)
6. keberkesanan (purity)
7. had (extent)
1. Kedalaman (Intensity)
 Berapa dalamkah kesan pengalaman terhadap setiap
orang.
 Contoh: Kena rompak adalah satu pengalaman yang
tidak
menyenangkan. Katakan 10 markah bagi
menggambarkan perasaan mangsa anda. Menetapkan
markah agak sukar kerana ia melibatkan perasaan yang
pelbagai.
2. Kelamaan (Duration)
Berapa lama keseronokan atau kesengsaraan akan
berakhir?
Kena rompak merupakan pengalaman yang pahit dan
sukar untuk dilupakan. Keseronokan anda juga tidak
lama sehingga anda memerlukan wang lagi. Anda juga
akan merasa bersalah di atas kesalahan yang telah anda
lakukan dan kadang kala memakan masa agak lama.
3. Kepastian (Certainty)
Berapa pasti keseronokan dan kesengsaraan yang
timbul daripada tindakan merompak tersebut?
 Kena rompak pasti akan sengsara. Kepastian anda
bercampur – aduk. Anda mesti pastikan anda tidak
akan ditangkap terlebih dahulu sebelum anda boleh
merasa perasaan yang lain.
4. Kesegeraan (propinquity)
 Berapa cepat?
 Mangsa anda akan terus merasa kesengsaraan
sebaik sahaja kena rompak. Anda akan
mengambil seketika untuk seronok.
5. Kesedaran (Fecundity)
 Bagaimanakah kemungkinan perasaan seronok di
masa hadapan?
 Perempuan tua agak susah hati, tetapi mungkin
setelah dipujuk oleh kaum keluarganya, lama-kelamaan
dia akan merasa seronok.
6. Keberkesanan (Purity)
 Bagaimanakah kemungkinan perasaan sengsara di masa
hadapan?
Bagi mangsa kenangan ini akan membuatkan dia merasa
takut dan risau. Anda akan rasa bersalah dan gusar
sekiranya ditangkap tetapi tidaklah seteruk perempuan
tua tadi.
7. Had (extent)

Berapa banyak kesengsaraan dan
dihasilkan dalam kehidupan orang lain?
keseronokan
 Keluarga perempuan tersebut akan terkejut dengan
kejadian tersebut.
ii) Mill
•
Beliau membezakan antara keseronokan dengan memasukkan aspek kualiti. Mill
mengukur kualiti dan kuantiti sekaligus. Menurut Mill, petunjuk kualiti keseronokan
adalah seperti tinggi/rendah, baik/buruk, baru/lama objektif/subjektif.
•
Faktor yang boleh mempengaruhi keseronokan pula ialah kecerdikan, pendidikan,
sensitiviti, bermoral dalam tindakan dan kesihatan yang baik.
•
Beliau memperihalkan utilitarianisme seperti berikut:
Prinsip Kebahagiaan Terbanyak yang menekankan bahawa sesuatu perlakuan itu benar
atau baik mengikut kadar atau perimbangan kebahagiaan yang dimajukan dan
dihasilkan oleh perlakuan itu.
•
Kesenorokan (bebas daripada kesakitan) sebagai natijah atau hasil yang benar, baik dan
yang diidamkan.
Jenis dan Ciri-ciri Utilitarianisme
•
Utilitarianisme menggangap bahawa sesuatu perbuatan baik atau jahat
bolehnya disukat. Pada peringkat paling rendah dipanggil ‘act utilitarinisme’. Kita harus
bertanya kepada diri sendiri mengenai kesan akibat sesuatu tindakan dalam keadaan
tertentu ke atas pihak-pihak yang terlibat sebelum sebarang tindakan diambil. Sekiranya
tindakan tersebut menghasilkan kebaikan maka ia dianggap betul.
Act
utilitarianism
Ciri-ciri
Utilitarianisme
Hedonistic
utilitarianism
•
•
•
•
Jenis-jenis Utilitarianism:
Act utilitarianism:
Ciri yang pertama adalah merekodkan akibat sesuatu perbuatan sama ada bermoral
atau sebaliknya berdasarkan kajian kes. Ciri ini dipanggil act utilitarianism. Misalnya
aktiviti riadah dengan menonton televisyen mungkin dianggap tidak bermoral kerana
masa tersebut sepatutnya digunakan untuk melakukan kerja-kerja yang bermanfaat
seperti kerja kebajikan.
Hedonistic utilitarianism:
Ciri yang kedua pula ialah mengambil kira kegembiraan, kesan daripada suatu tindakan
dianggap bermoral. Ini kerana Bentham berpendapat, untuk menentukan benar atau
salah (moraliti) tingkah laku individu, ianya perlu mengambil kira kesan dan akibatnya.
Misalnya tindakan atau perbuatan yang boleh meningkatkan ciri kesetiaan dan
persahabatan, sehingga mencetuskan ciri kegembiraan. Memutuskan persahabatan
tetapi membahagiakan kedua-dua pihak yang terlibat adalah suatu yang dianggap
bermoral.
Istilah yang selalunya dikaitkan dengan Teori Utilitarianisme adalah seperti berikut:
(a.) Istilah kebaikan: Pengalaman kesenorokan mestilah dikaitkan dengan kebaikan dan
pengalaman kesakitan dikaitan dengan kejahatan.
(b.) Istilah kebahagiaan: Menyamakan kesenorokan dengan kebahagiaan.
Act Utilitarianisme
 6 fakta berkaitan utilitarianisme;
1. jumlah bersih yang besar & tinggi digunakan
2. kesan yang berbeza kepada individu yang lain
3. perbuatan dibenarkan di sisi moral di waktu
kecemasan.
4. untuk keperluan jangka pendek & panjang
5. bertindak berdasarkan jangkaan kebahagiaan
yang mungkin dihasilkan.
6. memilih tindakan perlu melihat kesannya ke atas
diri kita.
Contoh yang berkaitan
(a.) Pandangan peperangan dalam konsep Utilitarianisme
Dalam memutuskan kemoralan melancarkan peperangan tertentu, seseorang itu mesti menimbangkan
kemudaratan dan kebaikan yang mungkin terhasil. Peperangan dianggap wajar dari segi moral jika hasilnya
membawa kebahagiaan dan kelebihan yang melebihi kesengsaraan dan penderitaan. Contohnya, utilitarianisme
menyokong tindakan mengebom bandar Hiroshima (walaupun banyak yang tidak berdosa berkoban) untuk
menamatkan perang dunia kedua. Hal ini kerana jika pihak Jepun menang, dunia ini akan hilang sifat
kemanusiaan dan kezaliman yang berleluasa.
(b.) Pandangan tentang peraturan yang bermoral
Sesuatu peraturan yang ditentukan mesti memaksimunkan keseronokan bagi semua yang terlibat.
Misalnya, peraturan memakai seluar pendek di dalam kampus perguruan.
(c.) Tindakan mencuri
Contohnya kalau seseorang itu mencuri wang daripada seseorang yang kaya dan kedekut dan kemudian di
agihkan kepada si miskin di anggap baik, kerana bilangan orang yang beruntung adalah melebihi daripada
seseorang kaya yang kena curi.
Hedonisme
• Adalah keyakinan klasik bahwa kenikmatan, kebahagiaan atau kesenangan
adalah kebaikan tertinggi dalam kehidupan.
• Istilah Hedonisme sendiri berasal dari kata Yunani yang bermakna
kesenangan.
• Epicurus, tokoh utama Hedonisme percaya bahwa manusia seharusnya
mencari berbagai kesenangan, kebahagiaan dan kenikmatan fikiran serta
keseimbangan tubuh.
• Katanya, orang bijak harus menghindari kesenangan2 yang akhirnya akan
berujung pada penderitaan.
Kelemahan-kelemahan teori ini
Prinsip utilitarianisme
Hujah
1. Menyamakan
keseronokan dengan
kebahagiaan
Keseronokan melibatkan
perasaan yang agak khusus
dan tidak mendalam
sedangkan kebahagian
kepuasan jangka panjang dan
mendalam
2. Mengukur perasaan
manusia menggunakan
kalkulus hendonistik
Tiada manusia boleh
memberikan jumlah
perasaan dengan tepat –
sukar untuk disukat
3.
memaksimumkan
keseronokan dan
meminimumkan
kesakitan
Dalam situasi tertentu
membenarkan tindakan
yang kejam atau tidak
baik- bertentangan
dengan prinsip keadilan
4.
Manusia mesti mengejar Kesakitan adalah sesuatu
keseronokan dan
yang wujud secara semula
mengelak kesakitan
jadi – kesakitan tidak perlu
dielakkan tetapi mesti
diatasi
Teori Egoisme
• Definisi:
Teori Egoisme (Egoism) ini merujuk kepada sebarang
perbuatan yang dilakukan oleh seseorang itu sematamata untuk memanfaatkan diri sendiri. Seseorang itu
tidak akan mempedulikan perasaan orang lain tidak kira
orang itu dilayan dengan buruk ataupun baik. Matlamat
yang terutama ialah untuk memberikan faedah kepada
diri sendiri.
Pengasas
• Friedrich Wilhelm Nietzsche (1844 – 1900), ialah
seorang ahli falsafah yang mengkritik utilitarianisme.
Bagaimanapun, beliau lebih kuat menentang kemoralan
sosial iaitu yang berasaskan tradisi dan peraturan
masyarakat.
• Nietzche mengenal pasti dua kumpulan besar manusia iaitu kumpulan
rakyat jelata yang miskin dan kumpulan bangsawan yang kaya.
Kumpulan rakyat jelata adalah ramai dan lemah. Manakala golongan
bangsawan ini minoriti tetapi kuat. Oleh itu, rakyat jelata ini selalunya
menyimpan perasaan benci dan dendam terhadap gologan bangsawan
ini.
• Hal ini telah menyebabkan kaum bangsawan melihat diri mereka
sebagai durjana dan jahat. Mereka melihat nilai asal mereka
(individualisme atau egoisme) sebagai salah. Usaha rakyat
memperkenalkan peraturan moral ini mengandungi konsep seperti
pengorbanan diri, rasa bersalah, suara batin, kepercayaan agama dan
lain-lain. Bagi Nietzsche, mencipta tuhan atau menyedarkan wujudnya
tuhan dan agama yang melindungi golongan rakyat ini adalah hasil
daripada pemberontakan. Jadi, rakyat berjaya menjadikan etika dan
kemoralan yang salah itu menjadi benar yang berpunca daripada
perundangan tuhan.
• Jadi, sesuatu tindakan itu mesti menguntungkan diri. Nietzsche ialah
seorang egois yang mahu melihat kaum bangsawan untuk berkembang
dan menjadi tuan kepada kod etika, peraturan dan undang-undang
moral.
Mengapakah beliau berpendapat sebegitu?
• Beliau merupakan seorang ahli falsafah yang mengkritik
kuat terhadap teori Utilitarianisme. Ini adalah kerana
asas pemikiran utilitarianisme sangatlah mementingkan
kesan sesuatu perbuatan terhadap majoriti masyarakat.
• Nietsche lebih mementingkan individu.
• Beliau juga kuat menentang teori kemoralan sosial dan
menyifatkannya sebagai kemoralan hamba abdi kerana
individu-individu telah disekat hak kebebasan mereka.
• Dalam teori kemoralan sosial, setiap individu diwajibkan
untuk menurut segala perintah yang wujud dalam
masyarakat.
Jenis dan ciri-ciri
• Egoisme boleh dibahagikan kepada Egoisme Psikologi
atau Egoisme Etika.
Egoisme Psikologi
Egoisme Etika
satu teori deskriptif mengatakan
bagaimana orang melakukan tindakan.
Memberitahu (pescribe) bagaimana
mereka perlu bertindak.
Berpendapat bahawa semua orang
adalah selfish.
Berpendapat bahawa semua orang
perlu selfish.
Contoh yang berkaitan
a) Tindakan membantu orang lain
Contohnya, dalam kemalangan kebakaran, kita tidak sepatutnya menyelamatkan mangsa
kerana dikhuatiri akan membahayakan nyawa diri. Bagi contoh lain, Seseorang itu dianggap
tidak beretika apabila tindakannya menolong orang buta melintasi jalan raya, tetapi
berkesudahan dengan kecelakaan.
b) Tindakan peperangan
Kajian kes British menakluki negeri-negeri Melayu sebelum Malaysia merdeka, tindakan
British mengeksploitasi bahan mentah di negeri-negeri melayu untuk tujuan kepentingan
diri. Dalam situasi ini, British dianggap golongan bangsawan yang kuat. Manakala orang
tempatan dianggap lemah dan selalunya memberontak mengunakan prinsip ketuhanan
(hak mereka sebagai pemilik) untuk mempertahankan diri. Jadi, peperangan British untuk
menakluki tanah melayu adalah bermoral.
c) Tindakan kegiatan pertubuhan
Kegiatan pertubuhan yang wujud adalah tidak bermoral kerana ianya dianggap sebagai
suatu fahaman baru untuk mempengaruhi orang lain. Contohnya, pertubuhan parti-parti
politik.
Kelemahan-kelemahan egoisme
•
Egois biasanya mementingkan diri sendiri sahaja dan tidak mengambil kira kepentingan
orang lain, sebaliknya menindas dan mengeksploitasi orang lain.
•
Egois tiada iltizam untuk berbakti kepada masyarakat dan menjalankan kerja sukarela.
Mereka ini benci kepada pertubuhan atau organisasi.
•
Nietzsche memperakui nilai sesuatu sistem peraturan tetapi beliau menentang
peraturan mutlak. Peraturan mestilah bersifat individualistik.
•
Tahap egoisme adalah berlainan mengikut pandangan individu masing-masing. Tetapi,
matlamat masih sama, iaitu, mementingkan diri sendiri untuk mendapatkan manfaat
dan tidak menghiraukan perasaan orang lain.
• Egois biasanya mementingkan diri sendiri sahaja dan tidak
mengambil kira kepentingan orang lain, sebaliknya menindas dan
mengeksploitasi orang lain.
• Egois tiada iltizam untuk berbakti kepada masyarakat dan
menjalankan kerja sukarela. Mereka ini benci kepada pertubuhan
atau organisasi.
• Nietzsche memperakui nilai sesuatu sistem peraturan tetapi
beliau menentang peraturan mutlak. Peraturan mestilah bersifat
individualistik.
• Tahap egoisme adalah berlainan mengikut pandangan individu
masing-masing. Tetapi, matlamat masih sama, iaitu,
mementingkan diri sendiri untuk mendapatkan manfaat dan
tidak menghiraukan perasaan orang lain.
Kesimpulan
• Oleh itu, jangan sesekali mengamalkan teori ini
kerana keinginan untuk mempermainkan orang
lain. Berfikir secara kritis dahulu untuk apa jua
keadaan.
Pengenalan Teori Deontologi: Prinsip Kewajipan dan Eksistensialisme
• Deontologi berasal dari perkataan Yunani "deon" yang
bermaksud "yang diharuskan atau diwajibkan". Teori
deontologi terdiri daripada pelbagai jenis pandangan yang
berbeza.
• Teori deontologi menafikan atau menolak apa yang diperakui
teori telelogi. Teori deontologi menegaskan bahawa ada
pertimbangan dan fakta yang lain bernilai intrinsik yang
menyebabkan seseuatu perlakuan atau peraturan itu patut,
baik, benar dan diwajibkan.
• Teori deontologi mementingkan sifat perlakuan atau ciri
peraturan itu sendiri. Seperti Teori Teleologikal, terdapat
beberapa jenis teori deontologi iatu teori deontologi-lakuan
(eksistensialisme) dan teori deontolofi-peraturan (prinsip
kewajiban).
Deontologi Tindak
(Act) Eksistensialisme
(Etika Situasi)
Deontologi Peraturan
(Rule) - Prinsip
Kewajipan.
GOOD WILL
Deontologi
CATEGORICAL
IMPERATIVE
Pengasas Teori
• Deontologi selalu dikaitkan dengan Immanuel Kant, seorang ahli
flasafah German (1724-1804) yang pernah mengajar di University
of Konigsberg di bahagian barat Rusia.
• Kant percaya bahawa apa yang memberi nilai moral kepada
sesuatu tindakan bukan akibatnya kerana akibat-akibat tindakan
kita tidak sentiasa berada di bawah kawalan kita.
• Akan tetapi motif (niat) tindakan kita adalah di bawah kawalan
kita dan, oleh itu, kita harus bertanggungjawab secara moral atas
motif kita untuk membuat kebaikan atau keburukan.
Prinsip Kewajipan
• Definisi:
Menegaskan “duty for the sake of duty”, iaitu tanggungjawab
dilaksanakan semata-mata kerana amalan itu merupakan satu
tanggungjawab.
Ciri-ciri:
a)
Konsep tekad baik (Goodwill)
Sesuatu tindakan yang datang daripada kesedaran untuk menunaikan tanggungjawab
akan melahirkan perbuatan yang benar dari segi moral.Kant menyatakan perkaraperkara yang baik ialah membuat sesuatu bakat minda seperti kebijaksanaan dan
kecerdasan pemikiran, keberanian dan kesederhanaan pemikiran.
Dalam konteks ini, Kant tidak mahu menganggap sesuatu tekad itu baik atas sebab apa
yang telah atau ingin atau boleh dicapai dan dihasilkan oleh tekad itu. Motif tunggal
tekad baik hanya berlaku apabila menganggap ia sebagai mengamalkan kewajipan.
Ini kerana untuk mengamalkan kewajipan, sesuatu tekad itu baik kerana batinnya atau
semangat dalamannya. Dengan kata lain, yang baik dan patut diberi pujian moral ialah
mengamalkan kewajipan itu semata-mata kerana amalannya ialah suatu kewajipan.
Kant juga menjelaskan bahawa mengamalkan kewajipan sedemikian adalah serupa
dengan bertingkah laku wajar kerana memuliakan atau menghormati undang-undang.
Contoh yang berkaitan
a)
GOOD WILL
• Seseorang yang menyambung pelajaran selepas mendapat keputusan
SPM atas kesedaran diri sendiri kerana memikirkan ianya satu
tanggungjawab adalah satu perbuatan yang beretika, manakala belajar
kerana terpaksa boleh dianggap tidak beretika.
• Seseorang pelajar belajar bersungguh-sungguh atau tekun untuk
mendapatkan markah yang tinggi dalam peperiksaaan atas kesedaran
diri sendiri kerana dia memikirkannya ialah satu tanggungjawab. Dengan
ini, ia merupakan satu perbuatan yang beretika.
b)
Perintah Mutlak Tanpa Syarat (Categorical Imperative)
Apabila sesuatu peraturan dibentuk, setiap orang mesti mematuhinya setiap masa
tanpa sebarang pengecualian dan persoalan. Kant menjelaskan bahawa individu yang
baik dari segi moral dengan tekad baik yang mutlak ialah individu yang sentiasa
berkelakuan atau bertindak atas dasar kewajipan atau kerana menghormati undangundang.
Individu ini akan memilih kewajipan dan kepatuhan kepada undang-undang dan tidak
akan memilih kecenderungan tertentu jika dia terpaksa membuat sesuatu pilihan.
Kewajipan atau undang-undang mutlak ini dikenali, diperihalkan, diperaku dan
digambarkan oleh Kant sebagai satu set prinsip moral (yang lebih dikenali sebagai
categorical imperative atau perintah mutlak atau tanpa syarat). Prinsip moral yang
ditetapkan oleh individu untuk dirinya sendiri (seperti tidak cakap bohong) mesti
dipatuhi oleh orang lain.
Dengan kata lain, individu itu mesti bertindak sebagaimana dia inginkan orang lain
bertindak. Secara rumusnya, prinsip moral individu itu sewajarnya melambangkan
undang-undang yang objektif dan sejagat. Dengan ini menjelaskan bahawa Kant
meletakkan konsep pematuhan kepada prinsip sendiri sebagai suatu undang-undang
sejagat adalah formula asas prinsip kemoralan.
Contoh yang berkaitan
b)
CATEGORICAL IMPERATIVE
• Menipu dalam peperiksaan adalah satu kesalahan kerana rasionalnya
adalah walaupun menipu boleh membantu anda mendapat markah
yang tinggi dalam peperiksaan, ia tetap dihina orang kerana ia adalah
satu tindakan yang tidak adil.
• Mencuri merupakan satu kesalahan tidak kira bahan yang dicuri itu
besar atau kecil, mahal atau murah dan sebagainya. Walapun mencuri
boleh membantu kita mendapatkan bahan yang diinginkan atau wang,
tetapi kita akan dihina oleh orang lain atau disalahkan di sisi undangundang.
• Membohong merupakan satu amalan atau tingkah laku yang salah
secara rasionalnya. Ia adalah satu kesalahan kerana ia mungkin akan
menimbulkan masalah kepada orang yang kita bohong dan kehilangan
kepercayaan orang lain terhadap kita. Oleh itu, sejak kecil lagi kita
dididik supaya tidak cakap bohong
Kritikan terhadap Prinsip Kewajipan
• Walaupun telah ditegaskan dari awal bahawa tanggungjawab dilaksanakan
semata-mata kerana amalan itu ialah tanggungjawab tetapi apabila timbul
keadaan di mana dua kewajipan berkonflik, sukar untuk memilih mana yang
perlu diutamakan. Ini merupakan satu kelemahan dalam Prinsip Kewajipan.
Kekuatan
Kelemahan
Melahirkan insan yang patuh dan taat kepada Bolehkah kita mengetepikan langsung akibat
kewajipan, peraturan, undang-undang dan
suatu tindakan di dalam menentukan satu
agama
sistem moral yang berkesan?
Mewujudkan individu yang bertanggungjawab Apakah faedah sesuatu sistem moral itu
terhadap dirinya
kalau tidak membawa akibat baik terhadap
diri kita sendiri, orang lain dan keduaduanya?
Sifat ikhlas adalah dasar utama teori ini.
Tanpa kerelaan dan keikhlasan sesuatu
tindakan tiada nilainya.
Apa gunanya mengamalkan sistem moral
yang begitu rigid sedangkan ia tidak
semestinya boleh membawa kebaikan pada
masa-masa tertentu?
Dalam situasi di atas, pelajar tersebut mempunyai dua kewajipan iaitu sebagai
pelajar dia perlu menyiapkan tugasnya dan sebagai anak, dia perlu membantu ibu
dengan kerja rumah kerana ibunya tidak sihat. Apabila terdapat konflik di antara
dua tanggungjawab, Prinsip Kewajipan kurang jelas dan tanggungjawab
diutamakan mengikut prinsip etika yang lain
Teori Eksistensialisme:
• Definisi:
Menegaskan bahawa nilai buruk mesti berasaskan pilihan individu secara
bebas. Sebaliknya, pilihan individu menjadi nilai buruk jika kerana
dipaksa. Eksistensialisme boleh ditakrifkan dengan senang, tetapi apa
yang menjadikannya sukar difahami ialah terdapat dua aliran
eksistensialisme yang berlainan pandangan iaitu:
a)
Eksistensialisme yang beragama kristian, termaksuk Karl Jaspers
dan Gabriel Marcell, kedua-duanya katolik;
b)
Eksistensialisme ateistik (ateis ialah orang yang tidak percaya
kewujudan Tuhan), termasuk Martin Heidegger dan beberapa
orang eksistensialis Perancis serta Sarte sendiri.
Pelopor
• Jean-Paul Sartre (1905-1980)
Menurut Sarte, manusia tidak mempunyai penciptanya dan fungsi
manusia sudah ditentukan. Bagaimana manusia itu menjadi
bermoral atau tidak bermoral bergantung kepada pilihan yang
dibuatnya dalam pelbagai peringat kehidapannya.
Ciri-ciri:
• Eksistensialisme melemahkan peraturan tradisional dan mutlak yang berfungsi
sebagai panduan moral. Bagi eksistensialisme, kemoralan berasaskan andaian
"kebebasan". Menurut Satre, jika individu mematuhi peraturan masyarakat
secara buta tuli, dia mempunyai pandangan "mitologi" yang menjejaskan
kebebasannya. Mitos ini mesti dihapuskan dari alam kemoralan.
• Tidak dapat dinafikan bahawa individu tidak dapat membuat apa-apa terhadap
hakikat bahawa dia telah lahir, bagaimana dia lahir, dalam abad berapa dia
lahir, ibu bapanya dan lain-lain, tetapi dia boleh menentukan bagaimana dia
hendak hidup.Individu mesti bertanggungjawab terhadap pertimbangan dan
tingkah laku moralnya sendiri.
• Aspek ini sama dengan pandangan Heideggar yang memperkenalkan konsep
"kewujudan sah". Kewujudan ini merujuk kepada individu membuat pilihan
dan keputusan moral yang tulen dan tidak membenarkan dirinya dipengaruhi
oleh pendapat dan pandangan orang lain dalam membuat pilihan dan
keputusan moral. Apabila individu itu membenarkan orang lain membuat
pilihan moral untuk dirnya, dia dianggap berada dalam kewujudan yang tidak
sah.
• Golongan eksistensialisme menitikberatkan kebebasan memilih
(freedom of choice) dalam situasi yang mereka berada.
• Terdapat tiga bentuk kebebasan:
• Kebebasan jasmani
• Kebebasan kehendakKebebasan moral
• Kebebasan moral bermaksud kebebasan bertindak tanpa amanah,
paksaan dan larangan.
• Mengikut
eksistensialisme,
seseorang
itu
merasakan
kewajipannya bukan suatu yang dipaksa dari luar, tetapi sesuatu
yang dikehendaki olehnya sendiri.
• Dengan menjauhi semua prinsip dan peraturan moral, individu
mesti menggunakan kebebasannya untuk mendapat fakta yang
betul berhubung dengan situasi yang dihadapinya, iaitu menilai
secar teliti situasi berkenaan, kemudian membuat pilihan dan
keputusan moralnya sendiri. Eksistensialisme menekankan pilihan
terus daripada sumber asal (first hand choice).
Contoh yang berkaitan
1. Menderma kepada institusi agama adalah nilai baik jika dilakukan
kerana pilihan sendiri tetapi menjadi nilai buruk jika kerana
terpaksa.
2. Seseorang tidak dilahirkan sebagai seorang guru. Sebaliknya, dia
memilih untuk menjadi guru. Ia adalah nilai baik jika dilakukan
kerana pilihan sendiri tetapi menjadi nilai buruk jika kerana
terpaksa. Oleh itu, setiap individu bebas memilih atau
menentukan apa yang disukainya.
3. Menjalankan khidmat sosial di rumah-rumah orang yatim atau
orang tua adalah nilai baik jika ia dilakukan atas pilihan sendiri. Ia
akan menjadi nilai buruk jika ia dilakukan atas paksaan.
Kritikan terhadap Prinsip Kewajipan
• Oleh kerana Prinsip Eksistensialisme memegang pada prinsip bahawa nilai baik
atau nilai buruk mesti berasaskan kepada pilihan individu secara bebas, isu
tentang relativisme akan timbul.
• Menurut Satre, peraturan dan prinsip adalah terlalu abstrak dan tidak ada
peraturan yang boleh digunakan oleh manusia untuk menentukan apa tindakan
yang akan diambil atau apa yang betul. Dalam keadaan ini, relativisme individu
dianggap sebagai mutlak.
Dalam situasi di atas, Jaysha telah membuat keputusan berasaskan
keadaan persekitaran dan ingin memilih keputusan hendak menjadi GRO
yang pada anggapannya meringankan beban kewangan ibu bapa dan
pada masa yang sama memberinya pendapatan yang lumayan. Tetapi
keputusan ini mungkin tidak baik dari segi moral sebab ibu bapa Jaysha
dan masyarakat setempat mungkin mempunyai standard moral yang
berbeza dengan Jaysha.
Kesimpulan
• Prinsip kewajipan menegaskan bahawa tanggungjawab yang kita
dilaksanakan semata-mata kerana amalan itu merupakan satu
tanggungjawab.
• Manakala Eksistensialisme menyatakan pilihan seseorang individu
adalah penting dan untuk menentukan sama ada nilai tersebut adalah
baik atau buruk.
• Oleh itu, kita haruslah bijaksana dalam membuat keputusan atau pilihan
dalam kehidupan seharian.
Sekian
Terima Kasih
End of week 3