Murunah - Panitia Tasawwur Islam 16

Download Report

Transcript Murunah - Panitia Tasawwur Islam 16

Maksud
Dari Bahasa : luwes atau anjal
Dari Istilah : Boleh berubah mengikut
kesesuaian tetapi masih tetap atas prinsip
asasnya
PRINSIP MURUNAH
 1. Islam agama yang mudah:
Islam memberi kelonggaran dan kemudahan kepada
penganutnya dalam melaksanakan perintah Allah namun
mestilah mengikut batasan dan ketetapan yang ditentukan.
Contohnya Memberi kelonggaran penganutnya berfesyen
asalkan tidak melanggar daripada ketetapannya.
 2. Dilaksanakan mengikut keadaan dan kemampuan :
 Dalam melaksanakan ibadat,Islam memberi kelonggaran kepada
umatnya mengerjakan ibadat mengikut kemampuannya. Contoh
dalam ibadat solat,boleh solat duduk,baring menelentang,baring
mengiring,isyarat kelopak mata dan hati. Atau jamak dan qosar
ketika musafir.Ibadat puasa pula boleh meninggalkan puasa bagi
ibu mengandung,orang tua yang uzur dan sebagainya.
KELEBIHAN SIFAT MURUNAH
 1. MENUNJUKKAN SIFAT TOLERANSI DAN
HIKMAHNYA ISLAM.
 2. MENARIK MINAT ORANG BUKAN ISLAM
UNTUK MEMAHAMI ISLAM
 3. MENGGALAKKAN UMAT ISLAM MENTAATI DAN
MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH SWT
DENGAN SEMPURNA
 4. MEMASTIKAN KESINAMBUNGAN ISLAM DAN
AJARANNYA DI DUNIA INI.
THABAT
 MAKSUD :
Tetap dan teguh serta tidak berubah.
 Dalam ajaran Islam ada perkara yang qati’e tidak boleh
diubah dasar dan prinsipnya antara perkara tersebut
adalah :
Perkara yang tidak boleh diubah
 1. Akidah
:
Kepercayaan dan keyakinan kepada
Allah Tuhan yang maha Esa dan tiada sekutu baginya.
 2. Ibadat
:
Ibadat khusus seperti solat,puasa,zakat,haji
telah ditetapkan cara perlaksanaannya oleh syariat Islam.
 3. Ketetapan hukum syariah:
Syariah Islam
menetapkan pelbagai hukum demi kesejahteraan hidup manusia
contohnya menetapkan hukum wajib,sunat,harus,makruh dan
haram.
 Dalam hukum jenayah : telah ditetapkan hukum hudud,qisas
dan takzir.tidak boleh ditokok tambah dikurangkan
perlaksanaannya.
PERKAITAN ANTARA MURUNAH
DAN THABAT
 ISLAM BERSIFAT TETAP DALAM ASPEK ASAS DAN
PRINSIPNYA ,TETAPI BERSIFAT LUWES DAN ANJAL
DALAM PERKARA CABANG DAN
PERLAKSANAANNYA.
 CONTOHNYA : ISLAM MENGGALAKKAN
UMATNYA BERNIAGA TETAPI DILARANG
MENGAMALKAN RIBA DAN PENINDASAN.