Transcript File

T6 - Asma Dan Serangan Jantung
T7 - Kecederaan Kulit
Permasalahan Pernafasan
 Penyakit Asma
 menyerang saluran pernafasan pada paru -paru yang mana
wujudnya radang (inflamasi) pada dinding rongga saluran
pernafasan hingga menyebabkan penyempitan pada saluran
nafas yang pada akhirnya seseorang itu boleh mengalami
kesesakan nafas.
 penyakit asma sangat peka terhadap pelbagai rangsangan
seperti pencemaran udara, serbuk sari, udara sejuk, makanan,
haiwan berbulu, tekanan jiwa, bau atau aroma menyengat
dan olahraga.
 penyakit asma adalah kesan dari penghidap mengalami
jangkitan saluran pernafasan atas (ISPA) sama ada flu
ataupun sinisitis.
Tanda dan gejalanya , antaranya :
1. Pernafasan berbunyi terutama diwaktu
mengeluarkan nafas.
2. Sesak nafas akibat penyempitan saluran pernafasan.
3. Batuk berpanjangan pada waktu malam hari atau
cuaca sejuk.
4. Penghidap mengadu merasakan dada menjadi
sempit.
5. Serangan asma yang teruk boleh menyebabkan
penghidap tidak dapat berbicara karena kepayahan
dalam mengatur pernafasan.
6. Pada usia kanak-kanak, seperti rasa gatal dirongga
dada atau leher.
Rawatan Kecemasan
 Tenangkan pesakit dan bantu dia duduk.
 Letakkan dia pada kedudukan yang selesa dengan
tubuhnya menunduk ke depan sedikit serta boleh
bertongkat.
 Pastikan pesakit mendapat udara bersih yang
mencukupi. Benarkan dia mendapatkan ubatnya,
kalau ada. Ini akan memberi kelegaan kepadanya.
 Seandainya simptom serangan asma seperti rasa
gelisah, payah bernafas dan muka bertukar biru
berulang lagi, hendaklah segera dapatkan bantuan
perubatan.
Masalah Jantung
KECEDERAAN KULIT
Jenis kecederaan
 Kecederaaan ini berlaku pada permukaan kulit atau bahagian
tisu di bawah kulit. Kecederaan luaran yang sering berlaku
adalah seperti berikut :
1.
2.
3.
Luka : kulit terkoyak disebabkan terkena benda tajam atau
keras. Koyakan yang berlaku menyebabkan kulit berdarah.
Koyakan yang dalam boleh menyebabkan saluran darah
terputus dan pendarahan yang berlaku lebih serius.
Melepuh : Berlaku disebabkan geseran di antara bahagian
badan dengan permukaan yang lain. Tisu cecair akan
berkumpul dan kulit akan mengelembung.
Melecet : Berlaku apabila bahagian badan bergeser dengan
permukaan lain. Lapisan epidermis terkoyak tetapi bahagian
atau tisu di bawah kulit tidak cedera.
Rawatan Am Terbakar dan Melecur
 Pindahkan mangsa ke tempat yang selamt dan berudara.
 Alirkan air atau rendam anggota yang tercedera beberapa
ketika bagi tujuan menyejuk atau mengurangkan
kepekatan asid atau alkali yang terkena.
 Tenangkan mangsa.
 Longgarkan pakaian dan tanggalkan benda yang dipakai
oleh mangsa. Contohnya cincin, subang, gelang dan
sebagainya. Ini disebabkan tempat cedera akan bengkak
dan sukar untuk menanggalkan peralatan tersebut.
 Sekiranya pesakit dalam keadaan renjatan, pulihkan
renjatan mangsa terlebih dahulu.
 Jangan tanggal benda asing yang melekat pada tempat





cedera. Contohnya pakaian yang melekat.
Cuci tempat cedera dengan cermat.Balut atau tutup
bagi mengelakkan jangkitan.
Jangan sapu krim atau minyak di tempat cedera.
Jangan pecahkan gelembung kerana mudahkan
jangkitan.
Jika pesakit dalam keadaan stabil –beri minum air
yang banyak bagi menggantikan kehilangan cecair
yang hilang.
Dapatkan rawatan perubatan segera.
Terbakar oleh Asid atau Alkali
 Tanggalkan pakaian yang terkena bahan tersebut dengan





segera.
Alirkan atau rendam anggota yang cedera dengan air yang
banyak.
Jika terkena asid, boleh gunakan larutan sodium
bikarbonat untuk meneutralkan asid.
Sekiranya terkena bahan alkali, gunakan bahan asid untuk
meneutralkan asid. Jangan gunakan bahan asid atau alkali
sekiranya terkena mata. Kecederaan mata boleh
menggunakan air biasa yang mengalir sahaja.
Setelah dicuci, balut atau tutup tempat yangt cedera
dengan kain yang bersih.
Dapatkan rawatan perubatan.
Rawatan Terbakar Pakaian
 Selimutkan mangsa dengan kain basah, cadar basah





atau guni basah supaya api dapat dipadamkan.
Arah mangsa berguling di atas rumput untuk
memadamkan api di pakaian.
Curahkan air ke arah mangsa boleh memadamkan api.
Elak dari berlaku renjatan. Sekiranya renjatan berlaku,
rawatan renjatan perlu dilakukan.
Cuci tempat terbakar dengan cermat.
Tutup tempat cedera dan dapatkan rawatan
perubatan.
 Rawatan kecederaan kulit
 Pencegahan jangkitan