Transcript File

Pencegahan Kecederaan dalam Sukan
dan Langkah-langkahnya
Definisi
 Pencegahan kecederaan di dalam kamus dewan edisi
keempat , pencegahan kecederaan memberi maksud
mencegah dari berlakunya kecederaan yang tidak
diingini ketika melakukan aktiviti sukan.
Prinsip Pencegahan Kecederaan
Prinsip pencegahan yang perlu diberi keutamaan ialah
1)Prinsip latihan
 Penambahan beban senaman secara beransur-ansur
 Tempoh latihan - Berlatih pada paras yang boleh dilakukan dan jangan
berlatih hingga badan menjadi terlalu letih. Tempoh masa yang sesuai
adalah 1 hingga 1 jam 30 minit sehari.
 Intensiti
 Motivasi
 Pengkhususan - Senaman yang dipilih haruslah khusus dan sesuai
untuk mencapai tujuan dan objektif
 Relaksasi - Dapat mengurangkan ketegangan atau kelesuan
 Rutin
2) Memanaskan badan
Tujuan - sediakan otot-otot untuk melakukan aktiviti serta kemahiran ,
melonggarkan otot-otot dan sendi-sendi yang tegang dan mencergaskan
reaksi atau reflek atlet-atlet.
3) Ansur maju latihan
Mengandungi latih tubi secara beransur-ansur bagi
menyediakan atlet supaya kembali beraksi.
Faedah ansur maju :
 memulihkan kecederaan
 meningkatkan perkembangan
 meningkatkan keyakinan diri
4) Aktiviti bagi menggelakkan kecederaan - Meninggikan
suhu badan dengan berlari perlahan-lahan atau jogging,
melunjur, berlari pecut, senaman khusus, memilih
permainan yang sesuai kepada kebolehan atlet dan mengajar
kemahiran asas.
5) Keselamatan kemudahan dan peralatan
Berlaku sekirannya gelanggang atau kemudahan
peralatan tidak sempurna dan tidak mengikut piawaian
yang telah ditetapkan.Keadaan disekeliling gelanggang,
padang dan dewan.
6)Peralatan perlindungan
Alatan yang digunakan bagi melindungi diri atau
anggota badan dari sebarang kecederaan semasa
melakukan aktiviti sukan.
Alatan perlindungan diri adalah sebahagian daripada
peraturan sesuatu permainan tersebut.
Penguatkuasaan peraturan akan menjamin ahli sukan
mendapat kecederaan yang minimum sekiranya berlaku.
Pelaksanaan 6 prinsip pencegahan di dalam
kitaran kecederaan
1. Menguasai teknik yang betul.
 Biasanya pemain berkemahiran tinggi jarang mengalami kecederaan
kerana mereka dilindungi oleh kemahiran mereka.
 Oleh itu, adalah penting bagi pemain menguasai teknik permainan yang
betul.
2. Menguasai komponen-komponen kecergasan spesifik.
 Pemain harus menguasai teknik kecergasan spesifik.
 Latihan yang dijalankan adalah untuk mengajar dan melatih pemain
dalam mengelakkan kecederaan dan bukan untuk memantapkan mutu
permainan semata-mata.
 Pemain yang cergas biasanya jarang ditimpa kecederaan. Hal ini kerana:
(a) Reaksi yang tinggi terhadap bahaya dan biasanya tindak balas untuk
mengelakkan diri daripada bahaya tersebut adalah tinggi.
(b)Jatuh dengan kendur (relax way) sekaligus dapat meminimumkan
kecederaan.
(c) Memiliki fleksibiti yang tinggi. Ini dapat membantu mengurangkan
hentakan ketika jatuh
3. Menggunakan kemudahan dan pakaian yang sesuai
 Jersi, seluar pendek dan kasut yang digunakan harus sesuai
dengan permainan.
 Elakkan menggunakan pakaian kurang sesuai yang boleh
mendatangkan kecederaan kepada anggota badan.
 Alat pelindung seperti pelindung siku dan lutut boleh
digunakan untuk melindungi kecederaan siku dan lutut apabila
terjatuh.
4. Peraturan dan penguatkuasaan undang-undang
 Peraturan diwujudkan untuk menjadikan permainan menjadi
lebih seronok.
 Pemain harus mematuhi undang-undang yang ditetapkan agar
kecederaan dapat dielakkan.
 Peraturan permainan harus dikuatkuasakan dengan tegas.
Persediaan lengkap untuk latihan dan pertandingan - Jenis
aktiviti yang dijalankan juga penting, sebelum pertandingan,
elakkan latihan yang terlalu keras yang menyebabkan pemain
lesu ketika permainan.
 Ini kerana fokus utama pemain adalan pertandingan. Jika
mereka kurang stamina mereka akan mengalami kecederaan
ketika pertandingan.
5. Pengurusan Emosi
 Mental yang sihat memainkan peranan penting dalam
membentuk jati diri seseorang atlit.
 Emosi yang stabil membantu atlit lebih bersedia
melakukan aktiviti.
 Sekiranya berlaku kecelaruan emosi, mungkin
menyebabkan perubahan tingkah laku yang boleh
menyebabkan berlakunya kecederaan.