Permainan Tradisional

Download Report

Transcript Permainan Tradisional

Permainan tradisional
Disediakan oleh : Beh Jun Siong
Lau Jie Ying
Lee Boon Hao
Ooi Li Jie
Teh Huey Chyi
Definisi
• Berdasarkan kamus dewan edisi 4, Permainan
tradisi bermaksud permainan atau sesuatu
yang sudah menjadi kebiasaan (adat,
kepercayaan, dll) yg kekal turun-temurun,
sesuatu yg sudah menjadi amalan yg sudah
sebati dgn sesuatu masyarakat (golongan,
kumpulan, dsb).
Permainan orang dewasa
• Kebanyakan permainan tradisional orang
dewasa dijalankan dengan cara bertanding.
• Melalui pertandingan, para pemain dapat
membentuk unsur-unsur positif seperti
mematuhi peraturan dan arahan ketua,
bersabar, bertolak-ansur dan bekerjasama.
• Namun begitu, ada beberapa jenis permainan
tradisional yang nyata membawa unsur-unsur
negatif.
• Contohnya, pertandingan melaga lembu atau
menyabung ayam.
• Permainan tradisional orang dewasa juga lebih
‘berat’ berbanding permainan tradisional
kanak-kanak.
• Permainan-permainan itu tidak dapat
dilangsungkan secara spontan.
• Sesetengah alat permainan, misalnya gasing,
mestilah dihasilkan oleh tukang yang mahir.
Wau
• Wau diketahui wujud di Nusantara, China,
India dan Korea sejak sekurang-kurangnya
1000 tahun lalu.
• Orang Barat cuma mengenali wau pada abad
keenambelas, mungkin melalui orang Belanda
yang membawanya ke Eropah dari kepulauan
Melayu.
• Di Malaysia, wau amat popular di pantai timur
Semenanjung, terutama di Kelantan.
• Rupa bumi di negeri itu, dengan tanah sawah
yang luas, disertai amalan pertanian
bermusim, memudahkan pengembangan
minat terhadap permainan wau.
• Dimainkan di kawasan lapang, misalnya di
bendang yang kering.
Jenis-jenis wau
• Nama sesebuah wau lahir daripada rupa
bentuk wau itu sendiri.
Jenis Koleksi Wau Tradisional
Wau Kucing
Wau Bulan
Wau Jala Budi
Wau Merak
Gasing
• Gasing popular di Semenanjung terutama di
Kelantan.
• Orang dewasa yang memajukan seni
permainan ini, bagi kanak-kanak lebih gemar
dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz
yang kecil dan mudah dipermainkan.
Jenis-jenis
Gasing
jantung
Gasing leper
Gasing cina
Gasing buku
benang
Gasing
jantung
Gasing leper
• Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu
sebagai gasing pangkah atau gasing uri.
• Gasing pangkah, seperti yang jelas pada
namanya, dimainkan dengan melemparkannya
supaya mengetuk gasing lawan.
• Uri bermakna berpusing ligat. Gasing uri
dipertandingkan untuk menguji ketahanannya
berpusing.
Sepak takraw
• Kedudukan sepak takraw sebagai permainan
tradisional negara sudah terjamin.
• Malah sepak takraw sudah mendapat
pengiktirafan antarabangsa dengan
penerimaannya sebagai salah satu acara
dalam sukan Asia.
• Sepak takraw adalah ubahsuaian sepak raga,
permainan yang wujud sejak 600 tahun lalu.
• Pada zaman kesultanan Melayu Melaka, sepak
raga tidak cuma dimainkan oleh rakyat jelata
tetapi oleh golongan bangsawan juga.
• Sejarah melayu ada menceritakan tentang
permainan ini dan musibah yang mendatangi
Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah.
• Raja Muhammad telah dibuang negeri ke
Pahang kerana membunuh Tun Besar.
• Pembunuhan ini berlaku ekoran peristiwa
tanjak Raja Muhammad tertanggal akibat
terkena bola raga tendangan Tun Besar.
Permainan kanak-kanak
• tercipta dengan tujuan mahu menghiburkan
kanak-kanak dan menghabiskan masa luang
mereka agar tidak ganggu orang dewasa yang
sedang bekerja.
• Mengajar kanak-kanak tentang tatacara
berkawan dan bekerjasama.
• Nama dan syarat permainan ada yang berbeza
dari tempat ke tempat.
• Permainan tradisional kanak-kanak dapat
dibahagikan seperti berikut:
• Permainan di luar atau di dalam rumah;
• Permainan perseorangan atau berkumpulan;
• Permainan kanak-kanak lelaki dan kanakkanak perempuan.
Baling Tin
Baling Tin
• Dimainkan secara berkumpulan dan memerlukan
jumlah pemain yang sama banyak.
• Stamina yang banyak diperlukan untuk membaling
dan berlari ketika menyelamatkan diri.
• Sekurang-kurangnya 10 biji tin susu kosong dan sebiji
bola diperlukan.
• Setelah memilih ahli kumpulan masing-masing
melalui satu pemilihan bebas, undian dibuat bagi
menentukan kumpulan mana yang akan melakukan
tuju mula.
• Undian dibuat melalui ‘wan to som’
• Tin-tin susu disusun meninggi, seperti bentuk
piramid.
• Terdapat kumpulan menuju dan kumpulan
menjaga.
• Setelah pemain yang menuju menjatuhkan tin-tin,
dia hendak menyusun tin-tin itu secepat mungkin
dengan dibantu oleh ahli kumpulannya.
• Dia juga perlu mendapatkan bola dan menyepak
bola tersebut jauh-jauh agar mereka berpeluang
menyusun tin-tin yang jatuh sebelum pasukan
menjaga mendapatkan bola itu.
• Sekiranya bola itu berjaya diperoleh pasukan
menjaga, bola itu boleh dituju kepada mana-mana
pemain kumpulan menuju. Pemain yang terkena
bola akan mati.
(* sebelum pemain pasukan menuju berjaya menyusun
tin-tin yang jatuh )
• Jika si penuju berjaya menyusun tin-tin itu,
pasukannya akan mendapat 1 mata.
• Jika bola yang dituju ke arah tin itu dapat disambut
oleh pemain kumpulan menjaga, maka kesemua
pemain kumpulan menuju akan mati.
Main Sorok-sorok
• Bilangan pemain tidak terhad.
• Malah, lebih ramai pemain lebih
baik.
• Sebuah tempat khas atau ‘rumah’
diperlukan sebagai tempat
menyorok.
Menentukan
Pencari
• Undian dijalankan melalui ‘lai lai
li tam plong’ (kalah-pencari).
• Pencari dikehendaki berdiri di
‘rumah’ (dinding rumah/ batang
pokok).
• Pencari dikehendaki menutup
mata sambil menghitung 1-100.
• Pemain lain menyembunyikan
diri masing-masing.
Menyorok
• Sekiranya pencari berjaya
menjumpai penyorok yang
pertama, dia hendaklah menyebut
nama pemain itu sambil berlari ke
‘rumah’nya dan menunggu di situ.
• Penyorok yang dapat dicari akan
menjadi pencari.
• Semua pemain hendaklah keluar
dari tempat persembunyian
mereka kerana permainan akan
dimulakan sekali lagi.
Sembunyi Anak
• Lebih digemari oleh kanak-kanak perempuan.
• Cuma sehelai tuala kecil atau sapu tangan, atau
sebarang kain yang berbentuk seperti itu,
diperlukan untuk menjadi ‘anak’.
Memilih ‘ibu’
Undian dilakukan dengan cara ‘wan
to som’ atau ‘lai lai li tamplong’
ataupun secara sukarela.
Setelah pemilihan dibuat, ‘ibu’ itu
diberi ‘anak’nya dan ibu hanya perlu
memegang ‘anak’nya.
Pemain yang lain dikehendaki
membuat satu bulatan.
Menjatuhkan ‘anak’
Pemain lain duduk bersila sambil
menghadap ke dalam bulatan.
Semasa ‘ibu’ berjalan mengelilingi
luar bulatan, dia akan menjatuhkan
‘anak’nya di belakang salah seorang
pemain.
Pemain itu perlu mengambil sapu
tangan itu dan mengejar ‘ibu’ serta
memukulnya dengan sapu tangan.
(‘ibu’ tadi akan menjadi ‘ibu’ sekali
lagi)
Sebaliknya, jika pemain itu tidak
sedar, dia pula akan dipukul oleh
‘ibu’. (menjadi ‘ibu’ yang baru)
Selambut
Selambut
• Juga dikenali sebagai batu seremban atau serembat.
• Boleh dimainkan secara individu atau berkumpulan.
• Permukaan yang rata diperlukan agar mudah untuk
mengaut buah-buah selambut.
• Memerlukan 7 biji guli kaca / batu-batu kecil / biji
getah.
• Pemain yang dapat menimbang paling banyak buah
sebagai pemain yang memulakan permainan.
Menabur kesemua biji selambut ke lantai dan mengambil
sebiji selambut untuk dijadikan ‘ibu’. ‘Ibu’ dilambung dan
tangan pemain dikehendaki mengaut biji-biji selambut yang
ada di atas lantai.
Menimbang dilakukan setelah berjaya mengambil semua
buah selambut. Meletakkan kesemua biji selambut di atas
tapak tangan, kemudian dilambung dan disambut dengan
belakang tapak tangan dan dilambung sekali lagi, disambut
pula dengan tapak tangan. Kemudian pemain tadi mengulangi
cara bermain seperti sebelumnya.
Pemain dianggap mati jika gagal mengaut buah selambut atau
tidak dapat menyambut ketika menimbang. Pemain yang
memperoleh bilangan selambut paling banyak dikira menang.
KETINTING
Ketinting
• Permainan ini menghendaki setiap pemain
mendapatkan seberapa banyak “rumah” yang
boleh. Pemain yang berjaya berbuat demikian
dianggap pemenang.
• Ketinting memerlukan garisan berpetak. Terdapat
sembilan petak kosong yang disediakan.
• Setiap pemain mesti memiliki satu “ buah”
sebagai syarat untuk menggerakkan
kedudukannya daripada satu petak ke satu petak
yang lain.
GULI
Guli
• Permainan guli adalah permainan tradisional
melayu yang digemari oleh kanak-kanak pada
masa lapang terutamanya pada zaman dahulu.
• Permainan guli ini juga dikenali sebagai
Kelereng. Permainan guli ini dimainkan secara
melontarkan guli dengan tepat mengenai
sasarannya.
• Permainan ini biasanya dimainkan oleh kanakkanak terutamanya kanak-kanak lelaki yang
berumur antara tujuh hingga dua belas tahun.
• Kawasan yang paling sesuai untuk dijadikan
gelanggang adalah di tempat yang teduh,
tanah rata dan kawasan yang lapang.
• Hal ini demikian kerana pemain
mengharapkan tanah kering untuk menggali
lubang. Apabila tanah becek, permainan guli
tidak menyeronokkan kerana buah guli akan
melengket pada tanah dan menyukarkan
prosaes permainan tersebut.
• Untuk memulakan permainan, gelanggang perlu
dibuat terlebih dahulu. Yang pertama pemain
perlu melukis bulatan di atas tanah berukuran
garis pusat 1meter dan ditengah-tengah
bulatan tersebut dilekukkan sebuah lubang
sebesar 10cm, lebar dan sedalam 7cm dengan
cara menghentakkan tumit kaki ke tanah.
Lubang tersebut dikenali sebagai lubang induk.
Seterusnya, satu garisan lurus dibina dengan
jarak 3meter daripada garisan besar
tersebut. Garisan ini adalah sebagai penanda
mula tempat permainan.
• Pada zaman dahulu, potongan-potongan kayu
dibulatkan sebesar sebiji telur ayam untuk
dijadikan sebiji guli. Selepas Perang Dunia
Pertama, guli dibuat daripada bahan atau batu
kapur yang diadukkan dengan simen dan sebesar
ibu jari kaki. Jumlah pemain dalam permainan ini
tidak melebihi lima orang.
• Permainan guli boleh dibahagikan kepada dua,
i). mencari “raja guli” yang berkuasa untuk
“mendera” pemain yang kalah.
ii). Mengumpul seberapa banyak guli yang mampu.
CONGKAK
Congkak
Asal Usul
• Congkak yang dipercayai berasal daripada
dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada teori
mana yang anda percayai.
Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh
cari gali purba yang dibiayai oleh
Persatuan National Geographic menjumpai
kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang
selari.
Congkak
• Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika.
Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang-pedagang
Arab. Di Asia Tenggara, congkak mungkin
berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini
merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu.
Kanak-kanak di Kepulauan Carribean juga bermain
congkak. Congkak dipercayai sampai ke sana melalui
perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali
sebagai warri atau awari. Di Indonesia, congkak
dikenali dengan nama ‘Congklak’, dan di Filipina ialah
‘Sungka’.
• Congkak, juga dikenali dengan nama “jongkok” di
kawasan utara dipercayai berasal daripada buah
yang digunakan untuk permainan ini, iaitu buah
congkak.
• Memerlukan 14 lubang yang dipanggil “kampung”.
Di setiap hujung “kampung” pula terdapat lubang
yang lebih besar, yang dipanggil “rumah”.
• Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah
papan congkak dan buah congkak.
• Dahulu, lubang-lubang ini cuma dikorek di atas
tanah. Buahnya pula terdiri daripada buah congkak,
biji getah atau batu-batu kecil.
SEPAK BULU AYAM
Sepak Bulu Ayam
• Permainan ini menguji ketangkasan dan
kebolehan pemain dari segi menimang atau
menangkap bola.
• Alat yang digunakan dalam permainan ini ialah
serangkai empat helai bulu ayam yang diperbuat.
Rangkaian bulu ayam itu dicacak serta diikat di
atas sekeping kertas tebal atau sekeping getah
yang berukuran dua inci garis pusat.
• Dua atau lebih pemain diperlukan. Jika bilangan
pemain ramai, dua pasukan boleh dibentuk.
Soalan
1. Apakah cara-cara undian yang biasa
digunakan dalam permainan tradisional?
i. wan to som
ii. lai lai li tamplong
iii. melambung duit
A.
B.
C.
D.
i dan ii
i dan iii
ii dan iii
i, ii dan iii
2. Cara bermain gasing:
i. gasing pangkah
ii. gasing uri
3. Pada pendapat anda, mengapakah
generasi baru harus didedahkan dengan
permainan-permainan tradisional yang kian
dipinggirkan oleh masyarakat sekarang?
Rujukan
• Shahnil Asmar Saaid dan Mohamed Roselan Malek
(1995). Permainan Tradisional. Petaling Jaya:
Penerbit Prisma Sdn Bhd.
• http://bb2008chijsjc.wordpress.com/congkak/
• http://tradisionalbib.blogspot.com/2007/03/congkak_22.html
• http://www.jkkn.gov.my/index.php?option=com_con
tent&view=article&id=174%3Asepak-buluayam&catid=70%3Apermainantradisional&Itemid=108&lang=bm