Transcript gasing

PERATURAN-PERATURAN
PERMAINAN TRADISIONAL
DAN PERGURUSAN
PERTANDINGAN PERMAINAN
TRADISIONAL
DISEDIAKAN OLEH,
AMUTHEVALI A/P RAJOO
KANAGESWARI A/P RAGUPATHY
KESHAVARTHANI A/P PUSHPANATHAN
REVATHI A/P SANGARAN
SHARMILLA A/P SINIVASHOM
5PISMP BT/PJ/RBT
ACI
SOROK
SEPAK
RAGA
BATU
SEREMBAN
WAU
CONGKAK
JENIS
PERMAINAN
TRADISIONAL
GASING
KONDA
KONDI
GALAH
PANJANG
KABADI
BATU
SEREMBAN
Dimainkan secara berkumpulan
Menggunakan guli atau batu kecil
Memerlukan permukaan lantai yang rata
Pada masa mengambil buah-buah itu, pemain
tidak boleh menyentuh buah yang berhampiran.
Pemain hendaklah menyambut buah yang
dilambung sebelum buah itu jatuh ke lantai.
Permainan akan berpindah kepada
pemain lawan jika seorang pemain tidak
dapat menyambut buah yang dilambung
Dalam pusingan lepas itu, seorang pemain
akan menyambung permainannya di
peringkat mereka telah melakukan
kesilapan.
WAU
Dimainkan oleh dua orang
Seorang akan memegang wau dan
seorang lagi akan memegang tali.
Apabila angin bertiup maka tali akan
ditarik melawan arus angin dengan cara
menghulur dan menarik talinya.
VIDEO
Dua orang pemain duduk berhadapan
menghadap papan congkak, dimulakan
dengan kedua-dua pemain serentak
mencapai buah di kampung masingmasing.
Gerakan diteruskan hingga buah yang
terakhir pada tangan dimasukkan dalam
kampung kosong di kawasan sendiri.
Pihak lawan mengambil giliran meneruskan
permainan hingga buahnya mati.
Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di
kampung pemain sungguhpun giliran berada
dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan
buah akan berpindah kepada pihak lawan.
Setelah tamat pusingan pertama, setiap
pemain mengisi semula kampung dengan
buah congkak.
Ada lima langkah utama dalam permainan gasing,
iaitu melilit tali, melilit gasing, memusing gasing,
memangkah, dan mengangkat gasing.
1. Melilit tali
Melilit tali merupakan langkah yang paling
penting. Tali yang tidak diikat dengan kemas akan
terurai dan berkemungkinan gasing tidak dapat
berpusing dengan ligat.
Terdapat dua cara melilit tali iaitu:
• Melilit di lengan
• Melilit di jari kelingking
2. Melilit gasing
 Lilitan gasing akan dibuat pada bahagian
leher gasing.
 Gasing boleh dililit menggunakan
dua cara, sama ada dililit pada bahagian
lengan dan kemudian dililit
pada gasing ataupun melilit tali pada pokok
dan kemudian dililit pada gasing.
3. Memusing gasing
Biasanya pemain gasing mempraktikkan
gaya permainan secara pusingan sorong
tarik .
Bagi pusingan sorong dan tarik, gasing
perlu sentiasa berada dalam keadaan
mengiring. Pemain akan menumpukan
perhatian pada sasaran di hadapan dan
badan dibongkokkan kira-kira 45 darjah.
4.Memangkah gasing
Pemain yang ingin
memangkah gasing pihak lawan, perlu
menumpukan perhatian tepat mengenai
sasaran supaya gasing dapat berpusing
dengan lama dan menghasilkan uri yang
ligat.
 Terdapat empat gaya ketika memangkah,
iaitu pangkah hentak, pangkah layang, dan
pangkah tebang.
 Gasing akan diangkat ketika masih berpusing. Tujuannya adalah
untuk memastikan pusingan gasing dapat bertahan dengan lebih
lama.
 Semasa gasing masih ligat berpusing, pemain akan cuba
mengangkat gasing dan memastikan gasing tersebut tidak
berhenti ketika diangkat.
 Sebelum gasing diangkat, pemain terlebih dahulu menentukan
liuk gasing. Liuk gasing adalah pusingan terendah bahagian
patak dengan bumi.
 Arah pusingan badan juga perlu
ditentukan untuk disesuaikan dengan arah
pusingan gasing.
Gasing akan diangkat menggunakan tali
dan cokok.
Untuk memastikan gasing berpusing ligat,
mengangkat gasing perlu dibuat berhatihati dan gasing perlu berada dalam
keadaan tegak serta tali yang digunakan
perlu tegang.
Permainan ini dimainkan antara dua
pasukan.
Setiap pasukan mempunyai 12 orang
pemain; iaitu tujuh pemain utama dan
lima lagi sebagai pemain simpanan.
Bagi setiap sesi permainan, satu pasukan
akan bertindak sebagai pasukan
penyerang manakala pasukan yang satu
lagi bertindak sebagai pihak lawan
1. Pasukan penyerang akan menghantar seorang
penyerang yang akan memasuki kawasan pihak lawan.
2. Penyerang tersebut akan berusaha untuk menyentuh
atau menjatuhkan mana-mana pemain dari pasukan
pihak lawan.
3. Pemain yang telah disentuh akan terkeluar dan
meninggalkan padang.
4. Sementara itu, pihak pertahanan membentuk sebuah
rantai seperti berpegangan tangan antara satu sama
lain.
5. Jika rantai itu terputus, salah seorang pemain
pertahanan akan meninggalkan padang.
6.
7.
8.
9.
Sasaran pertahanan adalah untuk menghentikan
penyerang balik ke pasukannya sebelum berhenti
berehat.
Jika penyerang berhenti sebelum sampai ke destinasi,
penyerang itu akan meninggalkan padang.
Sepanjang proses ini, wakil pasukan penyerang
tersebut perlu menahan nafas. Untuk memastikan
beliau tidak menipu dengan menarik nafas yang lain,
beliau dikehendaki menyebut ‘kabadi’ secara
berterusan
Jika penyerang dapat menyentuh atau menjatuhkan
mana-mana pemain semasa beliau masih lagi menahan
nafas, pemain tersebut akan terkeluar dari permainan.
Penyerang tersebut kemudiannya akan kembali semula
ke gelanggangnya.
10. Namun, apabila penyerang sudah berjaya
mengeluarkan seorang pemain, keseluruhan pasukan
pihak lawan akan cuba menahannya daripada kembali
semula ke gelanggang pasukan penyerang. Jika
penyerang tersebut mengambil nafas lain sebelum
berjaya kembali, beliau juga turut terkeluar.
11. kedua-dua pasukan bertukar posisi sebagai penyerang
dan pihak lawan secara bergilir-gilir sehingga sesi
permainan tamat.
 Tujuh pegawai diperlukan dalam menyelia permainan
kabaddi; seorang referee, dua hakim, dua penjaga
garisan, seorang penjaga masa dan seorang pencatat
markah.
 Mata dikira berdasarkan percubaan yang berjaya
untuk menyentuh/menjatuhkan dan kembali ke
gelanggang pasukan dalam tempoh satu nafas.
 Mana-mana pemain yang keluar secara sengaja atau
mana-mana bahagian badannya menyentuh kawasan
luar dari garisan gelanggang semasa sesi permainan
berlangsung, pemain tersebut secara automatiknya
akan dikira terkeluar dari permainan kecuali semasa
bergelut dengan pasukan pihak lawan.
Pasukan yang berjaya mengeluarkan semua
pemain dalam pasukan pihak lawannya dalam
masa sesi permainan akan mendapat 2 mata
bonus “lona”.
Bagi peringkat yang tinggi, permainan Kabaddi
dijalankan mengikut asas ketinggian dan berat
untuk memastikan keadilan dalam permainan.
VIDEO
GALAH
PANJANG
Cara permainan galah panjang tidaklah
sesukar mana tapi ia dapat menguji
kepintaran, kecekapan dan kepantansan
setiap pemain
Selepas pemilihan dilakukan, setiap
kumpulan akan melakukan pemilihan
ketua.
 Ketua dari kedua-dua kumpulan akan
mengundi siapa yang menjaga
gelanggang dan siapa yang menempuh
gelanggang
Selepas penentuan, kumpulan yang menjaga
gelanggang akan menjaga gelanggang dengan
berpijak diatas garisan yang dilukis tadi. Ketua
akan menjaga garisan tengah dan bebas pergi
kemana-mana garisan depan atau belakang.
Kumpulan menempuh gelanggang akan
berkumpul di depan, seterusnya ketua akan
menyapakan tanganya dengan ketua pihak
lawan. Seterusnya mereka berlari masuk ke
dalam gelanggang.
Penjaga akan mejaga kawasannya agar pihak
penempuh tidak melepasi garisan yang
dijaganya.
 Penempuh akan menempuh sampai melepasi
garisan paling akhir tanpa disentuh oleh penjaga
gelanggang dan kemudiannya berpatah balik.
 Kemenangan tercapai apabila orang yang telah
melepasi garisan paling akhir melepasi garisan
permulaan. Dan permainan diteruskan sehingga
ada pemain yang ingin berhenti.
 Jika penjaga gelanggang dapat menyentuh anak
buah, maka anak buah akan mati atau tamat
gilirannya bermain dan dikehendaki keluar
gelanggang.
 Jika penjaga gelanggang menyentuh ketua, maka
seluruh ahli penempuh akan tamat giliran dan
akan bertukar giliran antara penjaga dan
penempuh
 Kesemua pemain pasukan penyerang akan dikira mati jika
salah seorang dari mereka dicuit oleh pemain pasukan
bertahan.
 Pemain pasukan penyerang tidak boleh berundur kebelakang
setelah melepasi garisan gelanggang, ia dikira mati yang
akan menyebabkan pertukaran kedudukan pasukan.
 Pasukan penyerang dikira mati jika terdapat pemainnya
terkeluar dari garisan gelanggang.
 Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang dari
pemainnya dapat melepasi kesemua garisan hingga kembali
ke garisan permulaan. Satu mata diberikan kepada pasukan
ini dan permainan akan dijalankan semula.
 Mana-mana pasukan yang dapat mengumpul mata tertinggi
akan dikira memenangi perlawan tersebut.
VIDEO
KONDA KONDI
Dua batang kayu kecil berukuran 15cm
dan 30cm panjang.
 Kedua-dua batang kayu ini berbentuk
bulat dan berukuran 2cm garis pusat.
Kayu yang pendek dipanggil ‘anak’ dan
yang panjang dipanggil ‘ibu’ .Lubang
sedalam 15cm juga dikorek bagi
meletakkan kayu panjang.
Sebuah lubang dikorek di tempat permainan.
Kayu pendek diletakkan secara melintang di
atas lubang.
Pemain dibahagikan kepada dua pasukan.
Setiap pasukan sama banyak bilangannya.
Permainan akan dimulakan dengan pemain
menguis kayu pendek ke hadapan dengan
mengunakan kayu panjang.
Ukur jarak kayu pendek itu dari lubang
dengan kayu panjang.
Apabla pihak lawan dapat menangkap
kayu pendek, pasukan yang bermain
dikira mati.
Mata akan dikira daripada bilangan ukuran
yang dibuat.
Permainan diteruskan apabila pemain
berjaya melaksanakan langkah 1.
Kumpulan yang mengumpul bilangan
mata terbanyak akan memenangi
permainan itu.
 Sepanjang permainan ini, jika kayu pendek itu
dapat ditangkap oleh sesiapa dalam kumpulan B,
jadi pemain yang menguis kayu pendek dikira
‘mati’.
 Jika pemain dalam kumpulan B berjaya
menangkap kayu pendek dengan menggunakan
satu tangan sahaja, semua pemain dalam
kumpulan A dikira ‘mati’ dan kumpulan B akan
memulakan permainan pula.
 Jika kumpulan lawan berjaya mencampakkan
kayu pendek ke dalam lubang, pemain yang
menguis kayu pendek dikira ‘mati’ dan terpaksa
memberhentikan permainan, pemain lain dari
kumpulan yang sama, pemain yang seterusnya
pula akan meneruskan permainan.
SEPAK
RAGA
 Dalam permainan sepak raga, beberapa pemain
berdiri dan membentuk satu bulatan.
 Permainan ini dimulakan dengan salah seorang
pemain melambung bola kepada rakannya dengan
tangan.
 Rakannya itu akan menimang bola itu dengan
kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum
menendangnya ke arah pemain lain.
 Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau
bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola
itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi.
 Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan
tersebut ditamatkan.
 Sekarang sepak raga dikenali sebagai Sepak
Takraw.
 Sepak takraw mengadukan dua pasukan yang
dipisahkan oleh jaring.
 Pasukan sepak takraw terdiri daripada tiga
pemain.
 Tekong melakukan sepak mula dan mengawal
bahagian belakang gelanggang.
 Apit kiri dan apit kanan mengawal bahagian
hadapan gelanggang dan memikul tugas utama
mematikan bola di gelanggang lawan.
ACI SOROK
Sebelum permainan dijalankan, kesemua
pemain akan mencari seorang yang
dinamakan pencari. Undian secara lai lai li
tam plong dijalankan kepada semua pemain.
Setelah pencari ditentukan, ia hendaklah
berdiri dengan menutup matanya kiraan akan
dibuat 1 hingga 10 atau kurang bilangannya
secara kuat.
Setelah selesai kiraan dibuat, pencari akan
mula mencari rakan pemain lain yang
menyorok di sekitar kawasan yang telah
ditetapkan.
 Jika terdapat pemain yang menyorok di luar
kawasan yang telah ditetapkan ia dikira jadi dan
akan mengambil peranan sebagi pencari pula.
 Sekiranya pencari telah menjumpai salah seorang
dari mereka, hendaklah disebut dengan kuat
namanya, dengan tujuan mematikan pemain yang
ditemui.
 Pencarian ini akan dilakukan berterusan hingga
kesemua pemain yang menyorok ditemui.
 Setelah selesai kesemua pemain yang menyorok
ditemui dan tiada seorang pun yang dapat
membantu,pemain yang mula-mula ditemui itu
akan jadi pencari pula.
PENGURUSAN
PERTANDINGAN
PERMAINAN
TRADISIONAL
merupakan aktiviti yang dipilih secara sukarela
tanpa paksaan atau tekanan.
bertujuan bagi mendapat keseronokan,
ketenangan minda dan merehatkan badan.
Dalam aktiviti permainan tradisional biasanya
tiada peraturan piawai tertentu yang digunakan.
Peraturan permainan tradisional bergantung
kepada persetujuan pemain. Oleh itu
peraturannya berbeza dari satu tempat ke
tempat yang lain, begitu juga dari satu generasi
ke satu generasi yang lain.
Permainan tradisional tidak mempunyai masa
yang piawai
Kehidupan di luar rutin harian dan memberi
kesan yang positif terhadap aspek jasmani,
emosi, rohani dan intelektual.
Kebanyakan permainan tradisional dicetuskan
dari pengalaman kehidupan sesuatu bangsa
seperti berdasarkan pekerjaan, sumber ekonomi
dan kehidupan sosial sesuatu bangsa atau
keturunan.
 Bahan atau sumber yang digunakan dalam
permainan tradisional biasanya berada di sekitaran
atau alam sekeliling.
 Biasanya alatan yang digunakan dalam permainan ini
mudah di peroleh sama ada dalam bentuk bahan
tempatan atau bahan kitar semula.
 Seandainya terdapat sesebuah pihak yang ingin
menjalankan pertandingantradisional secara
besaran, pandangan orang ramai hendaklah diambil
kira kerana setiap negeri mempunyai permainan
yang sama tetapi berlainan dari segi nama dan cara
ia dijalankan.
1. Dalam permainan batu seremban,
permainan akan berpindah kepada
pemain lawan jika seorang pemain dapat
menyambut 3 buah yang dilambung.
Adakah kenyataan diatas betul atau
salah?sila beri penjelasan jika salah.
2. Nyatakan peralatan yang diperlukan
dalam permainan konda kondi.
3. Nyatakan lima langkah utama dalam
permainan gasing.
a.
b.
c.
d.
e.