Bab 10- Terbakar dan melecur

Download Report

Transcript Bab 10- Terbakar dan melecur

BAB 10
TERBAKAR DAN MELECUR
Terbakar
Terbakar didefinasikan sebagai kesan
daripada haba kering yang dihasilkan oleh
bahan-bahan pengakis dan geseran.
Lecuran pula disebabkan oleh haba
lembap seperti cecair panas dan wap.
Selaran boleh juga terjadi disebabkan
radiasi dan juga sibaran matahari.
Struktur dan Fungsi Kulit
Kulit terbahagi kepada 3 lapisan iaitu
– Epidermis (lapisan luar)
tisu epitelium,
– Dermis (lapisan tengah)
Salur darah, saraf, noda limfatik
Kilang peluh dll
– Hipodermis (lapisan dalam)
Tisu
lemak.
Fungsi Kulit
Melindungi organ tubuh badan daripada
mikroorganisma dan ancaman lain
Mengawal suhu badan
Mengeluarkan haba
Pengawalan saraf
Penghasilan vitamin D
Ketenatan mangsa terbakar bergantung kepada
beberapa faktor
– Luas permukaan badan yang cedera
– Tempat mana yang terbakar
– Darjah kebakaran
– Umur, keadaan fizikal dan kesihatan mangsa
Kedalaman Luka Terbakar
(Selaran)
Darjah pertama –
melibatkan hanya lapisan
permukaan kulit. Kulit
nampak kemerahan,
kering dan rasa sakit
yang amat sangat
Kedalaman Luka Terbakar
(Selaran)
Darjah kedua – lapisan
kulit petama dan kedua
telah terbakar. Kulit
berwarna kemerahan
gelap dan terdapat
lepuhan (blister). Mangsa
berasa amat sakit
Kedalaman Luka Terbakar
(Selaran)
Darjah ketiga – semua
lapisan kulit telah rosak.
Kulit nampak terbakar
hitam atau putih kering.
Pesakit rasa sakit atau
mungkin tidak terasa
sakit langsung jika saraf
rosak
Peraturan 9
Keadaan ketenatan mangsa disukat mengikut
keluasan permukaan yang terbakar dengan
menggunakan prinsip Peraturan 9
– Kepala & leher – 9%
– Dada & abdomen – 9% + 9%
– Belakang badan - 9% + 9%
– Kedua-dua bahagian tangan - 9% + 9%
– Kedua-dua bahagian kaki - 9% + 9%
– Kemaluan – 1 %
Rawatan
Siram anggota yang cedera secepat mungkin
dengan air sejuk yang banyak dan seberapa
lama yang mungkin sehingga hilang rasa panas
dan kurang rasa sakit;
Tanggalkan pakaian yang terbakar. Jika pakaian
melekat, gunting disekelilingnya;
Tanggalkan segala bahan yang diperbuat
daripada logam seperti cincing, gelang dsb
Tutup anggota yang terbakar dengan kain yang
bersih
Jangan gunakan plaster dan pembalut ketat
pada anggota yang cedera
Jangan sapu krim, mentega, kicap dsb kepada
anggota yang cedera
Pastikan mangsa boleh bernafas
Berikan mangsa oksigen kadar 8-10 liter/minit
Kendalikan mangsa untuk renjaan
Jika kecederaan agak teruk, bawa secepat
mungkin ke hospital
Terbakar Elektrik
Pancaran – kemalangan arus voltan tinggi
(>1,000 V). Arus elektrik memancar daripada
punca elektrik dan menyambar mangsa
menyebabkan pakaian dan kulit terbakar
Sentuhan – kemalangan elektrik dalam
bangunan 240 V.
Mangsa tersentuh punca elektrik dan elektrik
mengalir dalam badan mangsa dan
menyebabkan banyak kecederan organ dalam
terbakar
Tindakan Kemalangan Sentuhan
Elektrik
Matikan suiz utama
Jika ini tidak boleh dilakukan, lepaskan mangsa
dari sentuhan punca elektrik dengan
menggunakan bahan bukan mengalir seperti
kayu
Tentukan mangsa ada nadi dan nafas, jika tiada
lakukan CPR
Rawat kecederaan terbakar di bahagiana arus
masuk dan keluar
Rawat untuk renjatan
Hantar ke hospital
Tindakan Kamalangan Pancaran
Jangan bantu mangsa selagi kawasan
kemalangan belum disahkan selamat
Hubungi penguasa elektrik tempatan supaya
bekalan elektrik terputus
Bila kawasan selamat, tentukan mangsa ada
nadi dan nafas, jika tiada lakukan CPR
Rawat untuk terbakar
Rawat untuk renjatan
Hantar ke hospital
Menilai Dan Mengendalikan Mangsa
Tersedut Asap
Kecederaan sedutan boleh disebabkan oleh;
– Tersedut haba
– Tersedut bahan kimia, asap atau gas
– Tersedut karbon monoksid
Saluran pernafasan sebelah atas senang
tersekat selepas terdedah kepada haba yang
panas
Membran mukus mungkin terbakar dan bengkak
menyebabkan saluran pernafasan tersekat
Asap dari kebakaran mengandungi bahan
beracun
Bahan-bahan ini boleh membakar kulit, iritasi
kepada mata, mencederakan saluran
pernafasan menyebabkan pernafasan terhenti
dan kadangkala menyebabkan jantung terhenti
Tanda dan gejala sedutan asap
Terbakar di muka
Bulu mata dan hidung terbakar
Nafas berbau asap
Susah untu bernafas
Sakit dada
Runsing dan gelisah
Tindakan
Alihkan mangsa ke kawasan bebas asap dan
selamat
Pastikan tahap kesedaran mangsa jika dalam
keadaan pengsan
Letakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan
Periksa nadi dan pernafasan mangsa
Panggil bantuan perubatan segera
Langkah Keselamatan Semasa Memasuki
Bangunan Yang Terbakar
Jangan masuk kawasan kebakaran
Pastikan anda tahu menilai keadaan kebakaran,
peralatan dan bantuan secukupnya
Jangan masuk bangunan yang terbakar
berseorangan
Jangan masuk tanpa topi keselamatan, sarung
tangan, kasut bot dan alat pernafasan
Selaran Dan Lecuran Yang Teruk
JANGAN
– Sentuh bahagian
anggota yang
tercedera
– Pecahkan kulit yang
mengelembung
– Sapu dengan minyak
atau losen ke atas
luka terbakar.
Selaran Dan Lecuran Yang Ringan
Curahkan air sejuk ke
atas bahagian anggota
yang terbakar selama 10
minit untuk menghentikan
panas selaran dan
mengurangkan kesakitan.
Tanggalkan sebarang
barang kemas, jam
tangan atau pakaian yang
ketak dari bahagian
anggota yang tercedera
sebelum ia
mengelembung.
Balut bahagian luka dengan
pembalut steril atau sebarang
bahan yang besih dan nipis.
Beg ‘politena’ atau plastik nipis
adalah pembalut sementara
yang baik.
Selaran Oleh Bahan Kimia
Siram bahagian anggota
yang tercedera denga air
untuk menghapus bahan
kimia dan menghentikan
proses selaran.
Siramlah lebih lama
daripada selaran haba.
Kadangkala bahan kimia
memerlukan siraman
selama 20 minit.
Tanggalkan sebarang
pakaian yang
tercemar dengan
perlahan-perlahan
ketika anggota yang
tercedera disiram air.
Bawa atau hantar
mangsa ke hospital.
Rawatan Terbakar Kimia
Bersihkan bahan-bahan kimia dari kulit
Tanggalkan kain dan barang-barang
kemas semasa mencucci dengan air yang
mengalir
Jangan menggunakan air yang laju
Buangkan bahan kimia (pepejal) yang
terlekat.
Hubungi hospital dan hantar ke hospital
dengan segera.
Selaran Bahan Kimia Ke Atas Mata
Sorongkan mata ke
bawah paip yang
mengalir selama lebih
kurang 10 minit.
Pastikan kedua-dua
belah kelopak mata dicuci
bersih.
Mungkin anda dapati
lebih mudah
mencurahkan air dari
penyembur mata atau
menggunakan gelas.