Document 7482711

Download Report

Transcript Document 7482711





Mengalakkan klien untuk terus bercerita
Menunjukkan kaunselor mendengar
Menunjukkan kaunselor faham dan mengikuti
apa yang sedang diceritakan oleh klien
Contoh:
◦ Mengangguk, Hmm Hmm, Ya


Mendengar isi, perasaan
Ditunjukkan melalui
◦ Tindak balas secara lisan dan tanpa lisan
◦ Mengangguk, pandangan mata, kedudukan tubuh
badan
◦ Kemahiran membuat refleksi
Soalan tertutup
tujuan: mendapatkan data; jawapan khusus.
Dijawab menggunakan satu atau dua perkataan;
menakutkan; menyekat respon
Kaunselor: Adakah awak mencuri pensil dia?
Soalan terbuka
tujuan: perbincangan, meminta penjelasan dan
huraian.
Tiada jawapan khusus; kurang menakutkan;
jawapan pelbagai
Kaunselor: Bagaimana kejadian telefon awak dicuri
berlaku?
~Digunakan sekiranya terdapat kekeliruan
atau perubahan pada percakapan, tingkah
laku atau emosi klien. Untuk memastikan
kaunselor benar-benar memahami
perasaan yang sedang dialami klien
Contoh:
“Boleh terangkan maksud gagal dalam cerita
awak tadi.”
“Saya kurang faham dengan cerita awak tadi.
Boleh terangkan bila ia berlaku.”
~ Penyataan semula kenyataan atau mesej yang
dibawa klien; dan kaunselor mengulangnya untuk
mendapatkan kepastian daripada klien
Contoh:
Klien: Cikgu kata saya suka buat kacau dalam kelas
sebab tu dia suruh saya datang ke bilik
kaunseling. Dia juga kata saya mengganggu
pelajar lain semasa dia mengajar.
Kaunselor: Awak rasa cikgu menuduh awak berbuat
kacau di kelas.
Memahami makna sesuatu peristiwa yang cuba
disampaikan klien dengan menggunakan perkataan
yang ringkas, padat dan tepat
Refleksi isi, perasaan dan pengalaman
Contoh: Refleksi isi
Klien:
Pensyarah memberi terlalu banyak
tugasan. Saya rasa kami tak mampu nak
buat semuanya dengan baik.
Kaunselor: Awak rasa pensyarah sepatutnya
mementingkan kualiti tugasan dan
bukannya kuantiti semasa memberi
tugasan.






Contoh: Refleksi perasaan
Klien: Kadang-kadang saya sendiri tak faham
apa yang saya buat. Semua tak kena.
Apa yang nampak hanya salah saya.
Kaunselor: Awak rasa marah dengan keadaan
yang sedang anda alami ini.








Contoh: Refleksi pengalaman
Klien: Saya sebenarnya masih sayang pada
bekas tunang saya. Inilah yang saya tak
faham, mengapa dia minta putus
dengan saya.
Kaunselor: Awak terlalu sedih kerana
ditinggalkan oleh tunang yang masih
awak cintai.

~ Menjelaskan makna atau isu yang dibawa klien
daripada perspektif yang baru. Menggalakkkan
klien melihat event atau rentetan peristiwa yang
berlaku dalam hidupnya dari perspektif yang lain
Mengumpulkan semula faktor / isu penting
yang disebutkan klien
Memberi struktur atau panduan tentang
perkembangan sesi.
Rumusan kecil
Rumusan besar
~ Digunakan apabila terdapat percanggahan
antara (a) apa yang dikatakan klien tentang
dirinya dengan apa yang dilakukannya, (b)
apa yang dikatakan pada satu masa dengan
apa yang dikatakan pada masa lain, (c)
tingkah laku bertentangan dengan apa yang
dikatakan, (d) pengalaman kaunselor
dengan klien bertentangan dengan apa
yang dikatakan klien mengenai dirinya, (e)
menyatakan tentang tingkah laku klien yang
didapati tidak sesuai sebagai maklumat
tambahan mengenai diri klien