Bab 6 Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik di

Download Report

Transcript Bab 6 Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik di

Bab 6
Pembangunan Ekonomi
Dalam Konteks
Hubungan Etnik di
Malaysia
Hasil Pembelajaran
• Selepas mempelajari bab ini, pelajar
dapat:
1.Menerangkan konsep modenisasi
2.Menghuraikan konsep dan proses
pembangunan ekonomi di Malaysia
3.Menjelaskan hubung kait antara
pembangunan ekonomi dan hubungan
etnik di Malaysia
Pengenalan
• Bab ini menghuraikan hubungan timbal
balik antara pembangunan ekonomi dan
hubungan etnik di Malaysia.
• Konsep modenisasi, pembangunan
ekonomi dan pembangunan politik –
alat analisis yang penting dibincangkan
dalam bab ini.
Konsep Modenisasi
• Modenisasi – suatu proses transformasi
atau perubahan dalam segala aspek
kehidupan masyarakat, harus ditempuh
oleh semua bangsa atau negara.
• Berlangsung secara berencana atau tidak
berencana.
• Perubahan berencana - modenisasi atau
pembangunan.
Pembangunan Ekonomi: Matlamat,
Kaedah, Ukuran Pencapaian
• Matlamat – untuk mencapai kemajuan
dengan mewujudkan masyarakat industri.
• Kaedah – Pembangunan teknologi;
pembangunan pertanian; industrialisasi;
Urbanisasi.
• Ukuran pencapaian – KNK, perubahan sosial
(aspek pekerjaan dan kehidupan).
•
•
•
•
Modenisasi di Eropah: Matlamat,
Kaedah, Ukuran Pencapaian
Modenisasi di Eropah adalah akibat dua
revolusi besar – Revolusi Perancis &
Revolusi Perindustrian.
Dapat ditinjau daripada 2 sudut:
Sudut falsafah – evolusionisme
Sudut Praktikal – S&T – industrialisasi.
Penjajahan: Saluran Utama Pemodenan
Wilayah Bukan Eropah
• Memperoleh sumber melalui perdagangan
– British East India Company dan Dutch
East India Company.
• Penjajahan dilaksanakan untuk
memastikan perlanjutan pembekalan
barang mentah, buruh dan pengawasan
pasaran.
Luar Eropah: “Pemodenan” atau
“Pembaratan”
• Pemodenan – Proses perencanaan,
pelaksanaan dan penilaian.
• Pembaratan – proses peniruan gaya hidup
Eropah Barat yang tidak disertai oleh suatu
usaha perubahan secara berencana.
• Setelah Perang Dunia Kedua, banyak
wilayah jajahan mencapai kemerdekaan –
negara Barat menjadi model pembentukan
negara – terutamanya aspek ekonomi dan
politik.
Modenisasi di Malaysia
• Modeninasi di Malaysia bermula dengan
kedatangan penjajah British.
• Proses modenisasi yang diasaskan sejak
pemerintahan kolonial British telah
dilanjutkan dengan melakukan pelbagai
perubahan dan penyesuaian.
•
•
•
•
Komponen Ekonomi
Peringkat awal – peningkatan prasarana
ekonomi, pembangunan pertanian dan
industri gantian-import.
1960-an – pembangunan teknologi &
industri berorientasikan eksport.
2000-an – k-ekonomi
Secara keseluruhan – mencapai kejayaan
– KDNK 8-9%, peningkatan kualiti hidup.
Acuan Ekonomi Malaysia: Hubungan
Timbal Balik Ekonomi dan Etnisiti
• Ekonomi Malaysia terbentuk dengan ciriciri uniknya melalui pengalaman dijajah
oleh British.
• Tenaga buruh di Malaysia – terdapat
pembahagian buruh mengikut kumpulan
etnik.
• Modal juga dipisah-pisahkan – modal
asing, modal kaum Cina dsb.
• Aspek ekonomi dan etnisiti ialah dua
perkara yang saling mempengaruhi dan
tidak dapat dipisahkan antara satu sama
lain.
•
•
•
•
Ciri-ciri Etnik dalam Konteks Majoriti
Demografi, Politik dan Ekonomi
Aspek demografi: Banci 2005 – Melayu
(65.9%), Cina (25.3%), India (7.5%) dan
selebihnya (1.3%) – jumlah 24.36 juta.
Bidang politik – Ketuanan politik etnik
Melayu.
Bidang ekonomi – Cina majoriti.
Isu ekonomi – punca rusuhan kaum 1969.
Perancangan Pembangunan Lima
Tahun
• Draft Development Plan of Malaya (1950 –
1955) – dirangka oleh pihak penjajah
British – asas untuk tradisi perancangan
moden sehingga hari ini – memainkan
peranan penting dan melaluinya
perundingan dan kesepakatan antara
kumpulan etnik dan kelas digubah.
• Sehingga hari, negara telah melaksanakan 10
rancangan lima tahun dan kini tengah
melaksanakan Rancangan Malaysian
Kesembilan (2006-2010).
Dasar-Dasar Awan: Pertanian,
Perindustrian dan K-Ekonomi
• 1960-an – 1970-an – walaupun ke arah
perindustrian tetapi sektor pertanian masih
diutamakan – FELDA, FELCRA & MARA.
• 1980-an – 1990-an – sektor perindustrian
– Dasar Perindustrian Berat & Dasar
Penswastaan.
• Kini, pembangunan ekonomi berteraskan
teknologi ICT dan k-ekonomi.
Isu-Isu Utama Ekonomi
• Isu pembangunan ekonomi berkait rapat
dengan isu sosial – isu kemiskinan dan
agihan pendapatan mengikut golongan
etnik.
Pertumbuhan dan Agihan
• Isu agihan di Malaysia boleh dilihat dari
dua sudut:
• 1. Antara kelas yang berbeza, iaitu antara
kelas atasan, menengah dan kelas
bawahan.
• 2. Antara kelompok etnik yang berbeza.
• Isu agihan telah cuba diatasi dengan DEB.
• Sumbangan etnik lain seperti orang Cina
(ekonomi) dan orang India (sektor
perladangan, penyediaan prasarana &
tenaga profesional) turut diakui.
Equality dan Equity
• Dijamin oleh Perlembagaan Malaysia:
• Fasal (8) Perkara (1) – semua orang
adalah sama rata di sisi undang-undang
dan berhak mendapat perlindungan yang
sama rata di sisi undang-undang.
• Fasal (153) – kedudukan istimewa orang
Melayu dan Bumiputera – harus difahami
bersama Fasal (8) Perkara 2:
• “Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata
oleh Perlembagaan ini, tidak boleh ada diskriminasi
terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama,
ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam manamana undang-undang atau dalam pelantikan kepada
apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak
berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana
undang-undang yang berhubungan dengan
pemerolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau
berhubungan dengan penubuhan atau penjalanan apaapa pertukangan, perniagaan profesion, kerjaya atau
pekerjaan”
DEB dan Hubungan Etnik
• Amalan “pecah dan perintah” - penjajah
British – menyebabkan ketidakseimbangan
pembangunan antara wilayah dan antara
kelompok etnik.
• Ketidakseimbangan boleh dilihat dalam
kadar kemiskinan dan kadar pemilikikan
modal saham dalam syarikat 1970-an.
• Ketidakseimbangan dipercayai menjadi
sebab utama berlaku kecemburuan sosial
sehingga mencetuskan Peristiwa 13 Mei
1969.
• DEB diperkenalkan pada tahun 1971 untuk
pembasmian kemiskinan tanpa mengira
kaum dan penyusunan semula masayarakat
untuk mengurangkan dan seterusnya
menghapuskan pengenalan kaum mengikut
fungsi-fungsi ekonomi.
• Antara sasaran DEB ialah menyusun
semula pemilikan harta dengan
meningkatkan pemilikan saham
Bumiputera sehingga sekurang-kurangnya
30% menjelang 1990.
• Banyak usaha telah dijalankan untuk
tujuan DEB. (Sila rujuk modul)
Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti:
Bahasa, Sains dan Ekonomi
• Bahasa Melayu – bahasa rasmi (Perkara
152) dapat menjadi pemangkin kepada
pembangunan negara – diperdebatkan.
• Pendidikan – alat untuk mencapai
matlamat pembangunan ekonom dan
politik – bahasa kebangsaan – wadah
komunikasi untuk perpaduan nasional.
• Isu perlaksanaan dasar pengajaran mata
pelajaran Matematik dan Sains dalam
bahasa Inggeris.
• Pertembungan antara bahasa Melayu
(bahasa perpaduan dan bahasa rasmi)
dan bahasa Inggeris (bahasa kemajuan) –
wujudnya “bahasa rojak”.
• Terdapat banyak lagi isu ekonomi yang
melibatkan hubungan etnik seperti kesan
globalisasi, krisis besar ekonomi, ekonomi
Islam, Dasar Penswastaan dan Industri
Automobil Nasional.
• Kesemua isu adalah juga penting
difahami. (Sila baca dalam modul).
Kesimpulan
• Rancangan dan perlaksanaan
pembangunan ekonomi telah membawa
hasil yang positif - transformasi industri,
kadar pertumbuhan ekonomi dan indeks
kualiti hidup rakyat.
• Turut mempunyai kesan positif dalam
konteks hubungan etnik.
• Ekonomi dan etnisiti – dua hal yang tidak
dapat dipisahkan.