Cabaran Hubungan Etnik dan Implikasi di Malaysia

Download Report

Transcript Cabaran Hubungan Etnik dan Implikasi di Malaysia

Cabaran Hubungan Etnik dan
implikasi di Malaysia
Noor Farihan binti Che Lah
Fatimah Syahirah binti Mohamed
Pengajian Sosial 1
Semester 3 2011
Pengenalan
Malaysia sebagai sebuah negara yang
mempunyai pelbagai etnik, agama, bahasa
dan budaya sudah tentu tidak dapat lari dari
menghadapi cabaran hubungan etnik .
Pelbagai cabaran harus ditempuhi oleh
masyarakat Malaysia disebabkan wujudnya
konflik dalam masyarakat majmuk ini
FAKTOR KONFLIK DALAM
MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
Perbezaan dalam unsur-unsur kebudayaan
seperti bahasa, agama dan adat resam.
Timbulnya jarak sosial antara anggota
masyarakat kerana kurang interaksi.
Perbezaan pekerjaan dan tempat tinggal.
Prasangka dan prejudis yang menebal.
Keengganan anggota masyarakat untuk
membuka dunia sosial kepada masyarakat
lain.
• kecenderungan untuk mengekalkan identiti
masing -masing
• Politik perkauman
• Dominasi sesuatu kaum dalam bidang-bidang
tertentu seperti politik atau perniagaan.
• Bilangan anggota masyarakat majoriti dan
minoriti lebih kurang sama.
Sosial
Ekonomi
Cabaran
Hubungan
Etnik
Agama
dan
Budaya
Politik
POLITIK
Politik perkauman:
• Setiap kaum di Malaysia diwakili oleh parti
politik masing-masing.
• Menyuarakan, menjaga serta
memperjuangkan kelangsungan dan
kepentingan kaum masing – masing.
• Sukar menerima pemimpin dari kaum lain.
• Mengukuhkan semangat perkauman yang
menebal.
EKONOMI
• Perbezaan pekerjaan:
• Dasar British yang meletakkan kaum
berdasarkan pekerjaan menyebabkan etnik
tertentu mendominasi dalam satu- satu
bidang pekerjaan.
• Perbezaan dalam bidang ekonomi telah
menimbulkan persaingan dan ketidakpuasan
di kalangan etnik tertentu.
• Menghalang nteraksi berlaku di kalangan etnik
Dominasi sektor ekonomi:
• Jurang yang luas dari segi penguasaan ekonomi
dan ketidakseimbangan pendapatan.
• Tiap-tiap etnik berusaha untuk mendapatkan
hak dan keuntungan yang lebih besar daripada
pertumbuhan ekonomi dan peluang ekonomi
yang wujud.
• Orang Cina dilihat lebih mendominasi bidang
yang lebih maju iaitu perniagaan dan
perdagangan.
• Orang Melayu dalam bidang pertanian yang
kurang berdaya maju dan orang India menjadi
buruh di estet- estet
• Semangat perkauman terus menebal
SOSIAL
Pemisahan penempatan:
• Akibat dasar pecah perintah British.
• Merenggangkan hubungan dan menyukarkan
interaksi.
• Memperkuatkan perasaan kekitaan dan
etnosentrisme.
Pengasingan sistem pendidikan:
• Sistem persekolahan memisahkan pelajar
mengikut bahasa ibunda.
• Interaksi akan berkisar di kalangan etnik yang
sama.
• Membentuk semangat perkauman yang
mendalam dan menimbulkan prasangka.
• Pembaratan corak hidup berasaskan gagasan
ekonomi, politik dan sosial barat.
AGAMA, ADAT ISTIADAT & BUDAYA
• Setiap etnik mempunyai agama, adat istiadat
bahasa dan kebudayaan yang berlainan:
• Mudah terjadinya konflik.
• Setiap kaum terus menebal dengan bahasa
dan kebudayaan mereka sendiri.
• Mengutamakan anggota dari etnik yang
sama dalam mendapatkan pekerjaan, memilih
sahabat dan mencari teman hidup.