Kesedaran Kepelbagaian Sosio-Budaya

Download Report

Transcript Kesedaran Kepelbagaian Sosio-Budaya

Kesedaran Kepelbagaian SosioBudaya
Pengenalan
Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai
kaum sudah pastinya akan mewujudkan
corak Sosio-Budaya yang berbeza.
• Murid di sekolah harus didedahkan kepada
kepelbagaian Sosio-Budaya dalam masyarakat
agar mereka dapat belajar dalam suasana
yang kondusif walaupun berhadapan dengan
murid dari kaum yang berlainan.
• Kepelbagaian Sosio-Budaya ini boleh ditinjau
dari segi Bangsa, Struktur Masyarakat atau
Kelas Sosial, Kepercayaan, Bahasa, Adat
Resam dan Jantina.
Bangsa
• Menurut John Stuart Mill (1999), bangsa
merupakan rumpun manusia yang terikat oleh
rasa taksub bersama dan lebih rela
bekerjasama sesama mereka berbanding
dengan rumpun bangsa lain.
• Lazimnya, Bangsa terjalin oleh kesamaan
Bahasa, Budaya, Kesatuan Wilayah, Sejarah
dan Agama.
• Bangsa menurut Kamus Dewan (1999),
merupakan
sekumpulan
orang
yang
mempunyai ciri-ciri Kebudayaan, Nilai dan
Aspirasi yang sama.
• Bangsa merupakan suatu kelompok manusia
yang dianggap memiliki identiti bersama,
yang bersatu pada satu wilayah dan
mempunyai keterikatan dengan wilayah
tersebut.
• Contohnya, Orang Iban yang telah lama hidup
bersama sejak dahulu telah membentuk identiti
Malaysia yang ada.
• Bangsa juga merujuk kepada nilai-nilai sosial
seperti
bekerjasama,
toleransi,
hormatmenghormati,
setiakawan,
dedikasi,
persahabatan, perkongsian, kesabaran dan
kegigihan yang boleh dipupuk dalam kalangan
murid untuk mencorakkan suasana bilik darjah
yang sihat dan dinamik.
• Istillah ‘Melayu’ pula ditakrifkan oleh UNESCO pada
tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di
Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina
dan Madagascar.
• Menurut Perlembagaan Malaysia, istillah ‘Melayu’
hanya merujuk kepada kepada seseorang yang
berketurunan Melayu dan menganut Islam.
• Istillah ‘Melayu’ merujuk kepada nama Bangsa dan
Agama adalah satu perkembangan baru dari segi
sejarah setelah terdapatnya Kesultanan Melayu
Melaka.
• Etnik juga dikenali sebagai Kaum. Kelompok ini
wujud disebabkan perbezaan Budaya.
• Ini termasuklah keseluruhan cara berfikir dan
cara bertindak yang meliputi sistem politik,
kepercayaan, agama, adat resam dan lain-lain.
• Ras pula merupakan satu kelompok manusia
yang mempunyai persamaan dari segi ciri-ciri
fizikal seperti warna kulit dan lain-lain.
• Ciri-ciri fizikal ditentukan oleh baka yang diwarisi
dari generasi ke generasi. Antaranya ialah
Mongoloid, Negroid dan Austroloid.
• Pada asasnya, Ras boleh dikatakan sebagai
Kelompok Sosial yang mempunyai tanda-tanda
pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikalbiologikal yang nyata seperti warna kulit, warna
rambut, warna mata, dll.
• Malaysia merupakan sebuah negara berbilang
bangsa yang pernah menghadapi Konflik Etnik.
• Hubungan antara etnik yang berbeza di negara
kita masih berlaku dalam satu suasana yang baik
dan mampu memacu perkembangan ekonomi
negara seperti yang terdapat pada hari ini.
• Melalui hubungan etnik juga, dapat difahami isu yang
berlaku seperti Prasangka atau Diskriminasi dalam
sesebuah negara.
• Hubungan etnik juga mempegaruhi Dasar Sosial dan
Perancangan Sosial sesebuah negara.
• Etnik adalah pecahan masyarakat dalam suatu kaum seperti
Etnik Bidayuh, Kadazan, Kenyah, dll.
• Proses Asimilasi bermaksud cara hidup atau kebudayaan
sesuatu masyarakat biasanya daripada Golongan Migran
dan Minoriti yang telah diserap oleh Kebudayaan Dominan
tanpa membawa perubahan kepada Kebudayaan yang
wujud dalam golongan Minoriti atau Migran.
• Amalgamasi
merujuk
kepada
proses
pencantuman dari segi Biologi.
• Proses cantuman ini boleh berlaku melalui
Perkahwinan Campur.
• Jayum A. Jawan (1977) meringkaskan proses
tersebut seperti berikut iaitu A+B+C=A+B+C. Ini
menunjukkan bahawa setiap kelompok masih
berpegang kepada kebudayaan masing-masing
walaupun berlaku perbezaan antara kebudayaan
yang diamalkan.
• Dalam Pengajian Malaysia, Kenegaraan dan
Kewargenegaraan
(2001),
menjelaskan
Akomodasi adalah setiap etnik menyedari nilai
dan norma antara satu sama lain.
• Ini bermaksud bahawa setiap etnik tetap
mempertahankan Budaya mereka tetapi hidup
harmoni dan saling menghormati antara satu
sama lain.
• Namun begitu, setiap etnik ini saling bergantung
dalam institusi tertentu seperti ekonomi dan
pendidikan untuk mencapai matlamat bersama.
• Dalam Pengajian Malaysia, Kenegaraan dan
Kewarganeragaan (2001), Akulturasi Budaya
adalah manusia dalam kumpulan Minoriti
menerima norma, nilai dan pola-pola tingkahlaku golongan Majoriti.
• Proses Akulturasi membolehkan masyarakat
meminjam atau menerima unsur-unsur Budaya
golongan Majoriti tanpa mengubah unsur-unsur
Budaya asal. Proses ini dikenali sebagai Asimilasi
Budaya.
• Kita tidak harus berbicara tentang Melayu, India
dan Cina sehingga terlupa kaum pribumi di Sabah
serta Sarawak seperti Iban, Dayak, Malanau,
Kadazan, Dusun, Bajau, dll.
• Dalam masyarakat keturunan Cina, terdapat sukusuku seperti Hakka, Hailam, Kantonis, dll.
• Dalam masyarakat India, terdapat pula Tamil,
Jaffna, Sikh, dll.
• Setiap kelompok memiliki dialek, adat kebiasaan,
nilai dan kepercayaan agama tersendiri.
• Kita telah hidup sebelah-menyebelah, berjauhan dan pada
umumnya dalam keadaan aman dan harmoni baik di
daerah-daerah kediaman, institusi pendidikan, pejabat,
syarikat dan persatuan.
• Pada hari ini, kerjasama serta perhubungan anatara kaum
itu sudah berlangsung demikian banyaknya dalam
kehidupan ekonomi dan sosial yang memakmurkan negara.
• Sudah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk merancang
secara berkesan dalam jangka masa panjang untuk
mewujudkan sikap membina yang kukuh untuk setiap kaum
untuk hidup aman dengan orang lain.
• Kita memerlukan penyelidikan Sosio-Budaya yang
saintifik serta usaha pembangunan yang
berpanjangan dalam rangka Pembangunan
Modal Insan dan kehidupan negara.
• Semua Kementerian bertanggungjawab langsung
tentang kebudayaan dan perpaduan harus
membangunkan satu institut khas bagi tujuan
nasional ini. Institut ini perlu menjalankan
penyelidikan ilmiah yang berorientasikan
keperluan membina kerjasama dan perhubungan
bangsa.
• Sesuatu Kaum patut mengetahui sensitiviti,
pantang larang dan kepercayaan kaum lain
supaya lebih berhati-hati dan tidak menyinggung
perasaan orang lain.
• Hal-hal seperti ini patut menjadi sebahagian
daripada pendidikan Sosial dan Budaya bangsa
kita.
• Usaha memberikan kefahaman ini memerlukan
usaha yang serius, bukan sekadar ‘lip-service’ dan
‘rhetoric’.
• Perpaduan merupakan teras utama dalam hala
tuju ke arah kecemerlangan . Apabila perpaduan
telah mantap maka pembangunan negara dapat
dilaksanakan dengan berkesan.
• Dalam hal ini, semangat perpaduan dan
persaudaraan dalam kalangan rakyat menerusi 3
teras asas utama iaitu: Sikap Penerimaan,
Penghayatan, serta Pembelaan kepada semua
golongan yang memerlukan dapat dipupuk.
Struktur Masyarakat/Kelas Sosial
• Kumpulan Masyarakat terdiri daripada manusia yang
hidup bersama dan berorganisasi atas dasar saling
berhubungan dari segi pelbagai aspek cara hidup.
• Terdapat 3 Konsep penting ditumpukan apabila
menyebut perihal Masyarakat.
• Masyarakat juga merupakan satu kumpulan atau
kelompok manusia yang hidup saling berorganisasi,
berbincang, bekerjasama dalam mengatur kerja secara
kolektif, mampu menyatukan buah fikiran dan tindakan
sehingga terjalin hubungan antara satu sama lain serta
lahir satu sistem yang dnamakan sebagai Kebudayaan.
• Ciri-Ciri utama bagi mengklasifikasikan sesuatu
masyarakat adalah seperti berikut:
i. Hidup berkelompok
ii. Mempunyai Budaya
iii. Sering mengalami perubahan
iv. Saling berinteraksi sama ada dalaman
dengan pihak luar
v. Mempunyai kepimpinan
vi. Mempunyai aturan sosial (Susun Lapis, Kelas,
Status dan Kasta)
• Etnik merupakan satu kelompok yang boleh dikaji
hubungan persaudaraan mereka melalui nenek
moyang yang sama.
• Etnik boleh didefinisikan sebagai kelompok
manusia yang mengamalkan Budaya yang hampir
seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa
dan kegiatan ekonomi.
• Konsep ‘Kelompok Etnik’ digunakan untuk
merujuk kepada golongan yang berbeza dari segi
kebudayaan.
• Etnik sering berbeza berdasarkan ciri Budaya
seperti adat resam, pola keluarga, pakaian,
pandangan tentang kecantikan, orientasi
politik, kegiatan ekonomi dan hiburan.
• Konsep Suku pula merujuk kepada Kelompok
Masyarakat yang membentuk rumpun bangsa
seperti dalam rumpun Kadazan-Dusun
terdapat Subetnik seperti Tatana, Bisaya,
Lotud, Kimaragang, dll.
• Konsep Etnik membentuk Konsep Etnisiti dan
Etnosentrisme.
• Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu
kumpulan etnik tertentu.
• Etnosentrisme pula merujuk kepada satu
sikap atau kepercayaan bahawa Kebudayaan
sendiri adalah lebih baik dan lebih tinggi
nilainya daripada kebudayaan kelompok lain.
• Suatu kelompok dikatakan ‘Etnosentrik’
apabila mereka menilaikan kebudayaan lain
berdasarkan standard dan nilai kebudayaan
sendiri dan menganggap Kebudayaan lain
mempunyai nilai yang lebih rendah.
• Selagi manusia menjadi ‘Etnosentrik’, selagi
itulah mereka akan melihat kelompok lain
berdasarkan
‘Stereotaip’
yang
sedia
ada(biasanya yang bersifat negatif).
• ‘Rasisme’ ditakrifkan sebagai pandangan,
pemikiran atau kepercayaan negatif oleh sesuatu
Kelompok Sosial atau para anggotanya terhadap
sesuatu kelompok lain berdasarkan perbezaan
wajah Fizikal-Biologikal atau Ras semata-mata
yang dilakukan secara terbuka melalui perilaku
atau tindakan.
• Layanan berat sebelah atau sikap bermusuhan
terhadap seseorang dilakukan semata-mata
berasaskan keturunan bangsanya.
• ‘Rasisme’ wujud pada 2 tahap iaitu;
(a) Tahap Individu- (Kepercayaan dan Sikap
individu).
(b) Tahap Institusi- (Melibatkan Dasar dan
Pelaksanaan yang bersifat Diskriminasi).
Konsep ‘Prejudis’ merupakan pandangan negatif
mengenai ahli atau Kelompok Etnik lain yang
tersemat dalam hati seseorang atau Kelompok
Etnik tertentu.
• Kesannya semakin mudah dilihat apabila
berlaku persaingan bagi mendapatkan sesuatu
yang terhad sama ada dalam aspek politik,
ekonomi atau sosial. Apabila ‘Prejudis’
disuarakan, ‘Prejudis’ menjadi ‘Stereotaip’.
• ‘Stereotaip’ pula merupakan kenyataan
umum yang negatif terhadap sesuatu
kumpulan etnik seperti “Semua Orang X
Bersifat Kasar” dan sebagainya.
• Fahaman ‘Stereotaip’ ini akan menimbulkan perasaan
negatif dalam kalangan masyarakat khususnya ‘Masyarakat
Majuk’ di Malaysia.
• ‘Stereotaip’ ialah gambaran yang berlebih-lebihan tentang
sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditujukan kepada
sesuatu kumpulan Etnik oleh Etnik yang lain.
• Fahaman ‘Stereotaip’ ini akan menimbulkan perasaan yang
negatif dalam kalangan ‘Masyarakat Majmuk’ di Malaysia
kerana fahaman ini mengakibatkan suatu Etnik memandang
rendah terhadap kumpulan Etnik yang lain dan seterusnya
membataskan interaksi antara Etnik dan menimbulkan
semangat perkauman yang menebal.
• Menurut Roucek & Warren (1979), Masyarakat
diklasifikasikan sebagai satu kumpulan manusia
yang berhubung secara tetap dan tersusun dalam
menjalankan aktiviti secara Kolektif dan
merasakan mereka hidup bersama.
• Masyarakat itu terdiri daripada segolongan orang
yang membentuk sistem separuh tertutup dan
berkongsi kebudayaan, adat-adat, nilai-nilai,
undang-undang dan sebagainya.
• Kelas Sosial Masyarakat Tradisional pula boleh
diklasifikasikan seperti berikut;
(a) Sultan : Kelas Hieraki Tertinggi
(b) Kelas Bawahan : Kaum Keluarga Diraja
(c) Kelas Pembesar : Pembesar Negeri
(d) Rakyat Biasa : Golongan Diperintah
Setiap
ahli
Masyarakat
mempunyai
Tanggungjawab Sosial yang diterima dan diakui
umum.
Ikatan ini dinamakan Kontrak Sosial.
• Menurut J.S.Furnival, Masyarakat Majmuk terdiri
daripada pelbagai kaum yang mempunyai
kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang
tersendiri.
• Walaupun mereka terdiri daripada pelbagai
kaum, mereka berganding bahu di bawah sistem
politik sama tetapi kehidupan mereka adalah
berasingan.
• Interaksi Sosial dalam kalangan mereka amat
kurang dan hubungan mereka amat terbatas dan
pembahagian tugas dilakukan atas garis-garis Ras.
• Asas Sosial sesuatu Masyarakat Majmuk ialah
campuran pelbagai kelompok manusia.
• Dari segi politik, Masyarakat Majmuk timbul
akibat Dominasi Penjajah.
• Menurut De Fleur (1974), Masyarakat ialah
sebuah pola yang sangat kompleks mengenai
organisasi sosial di mana ahli-ahlinya saling
bergantung dan terdapat garis panduan bagi
semua bidang tingkah laku sosial.
• M.H. Biesanz dan J. Biesanz (1969), menjelaskan
bahawa masyarakat merupakan suatu sistem
perhubungan yang kompleks dalam kalangan
individu dan kelompok yang didasarkan kepada
nilai-nilai simbolik, kepercayaan dan norma yang
merupakan sebahagian daripada Kebudayaan
tersebut.
• Nilai tersebut seterusnya akan menjadi amalan
dalam kehidupan masyarakat berkenaan.
• Menurut Kamadudin Jaafar (1974), Masyarakat
Majmuk adalah kaum yang bercampur tetapi
mempunyai kehidupan yang berasingan, interaksi
sesama terbatas, penuh prasangka serta
‘bersama’ tetapi ‘tidak bersatu’.
• Bagi J.S.Furnival (1948), Masyarakat Majmuk
adalah Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai
Kelompok Ras dan Etnik yang berlainan berada di
bawah satu sistem pemerintahan.
• Satu lagi ciri Masyarakat Majmuk ialah ketiadaan
atau kelemahan ‘Azam Sosial Bersama’
(Common Social Will) yang merupakan satu set
nilai yang dipersetujui anggota masyarakat bagi
mengawal dan memberi panduan kepada
tingkah-laku sosial.
• Ini bermakna masyarakat pada hari ini dikatakan
tidak mempunyai keazaman sosial yang sama
dalam
membentuk
Budaya
Kehidupan
Bermasyarakat.
• Perkembangan dalam masyarakat boleh
dilihat dalam aspek kehidupan mereka seperti
berikut:. Masyarakat Memburu dan Mengumpul
. Masyarakat Menternak dan Bertani
. Masyarakat Petani
. Masyarakat Industrial
. Masyarakat Pasca Industrial
• Struktur Masyarakat atau Kelas Sosial berperanan
untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan
masyarakat.
• Pergaulan bebas dan tidak berkelompok dalam suatu
masyarakat juga akan menentukan pola kehidupan.
• Murid golongan bawahan dapat bergaul dan
berinteraksi dengan murid golongan atasan tanpa
mengira Budaya dan Masyarakat lain.
• Murid perlu didedahkan supaya mereka dapat
mengelakkan rasa tinggi diri dan seterusnya menerima
rakan sebagai sebahagian daripada komuniti dalam
kehidupan mereka.
Kepercayaan (Belief)
• Kepercayaan bermaksud akuan akan benarnya
terhadap sesuatu perkara.
• Seseorang yang menaruh kepercayaan ke atas sesuatu
perkara itu akan disertai oleh perasaan ‘pasti’ atau
kepastian terhadap perkara berkenaan.
• Kepercayaan dalam konteks psikologi adalah
bermaksud suatu keadaan jiwa yang berkaitan dengan
sikap berkedudukan memihak (Propositional Attitude).
• Dalam konteks Agama, Kepercayaan adalah sebahagian
daripada batu asas ‘Pembangunan Modal Insan’.
• Menurut Kamus Dewan (1994), Kepercayaan
adalah sesuatu yang dipercayai dan diterima
secara turun-temurun.
• Kepercayaan juga adalah sesuatu yang
dipercayai dan diterima secara turuntemurun.
• Dalam konteks di bilik darjah, murid dapat
mengetahui dan memahami kepelbagaian
kepercayaan masyarakat di negara kita.
• Murid perlu didedahkan kepada kepercayaan
masyarakat lain supaya tidak timbul salah faham ketika
proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
• Masarakat lama banyak meninggalkan pelbagai
kepercayaan yang mana terdapat pelbagai pantang
larang, tunjuk ajar dan nasihat yang berguna kepada
anak cucunya yang masih mentah dalam kehidupan
mereka seharian mereka.
• Kepercayaan dan pantang larang tersebut bertujuan
untuk mendidik dengan cara halus supaya tidak
menyinggung perasaan mereka yang ditegur.
• Malah melalui cara tersebut juga dapat
memperkayakan adat dalam masyarakat.
• Antara kepercayaan dalam masyarakat Melayu
adalah seperti kepercayaan terhadap Pawang
dalam apa jua jenis situasi seperti waktuwaktu kecemasan.
• Kepercayaan tersebuat biasanya diamalkan di
kawasan-kawasan kampung dan pedalaman.
• Bomoh sering menggunakan mentera atau jampi
serapah.
• Mentera diambil daripada perkataan Sanskrit
“mantra” atau “manir” yang merujuk kata-kata dalam
kitab suci penganut Hindu, Veda.
• Masyarakat Melayu juga mengamalkan pantang larang
menjahit pada waktu malam. Jika melakukannya
dikatakan mata mereka akan jadi buta.
• Tujuan sebenar untuk melarang mereka adalah untuk
menjaga mata supaya tidak menjadi kabur dan rosak
atau jarum tercucuk tangan.
• Masyarakat Cina turut percaya bahawa alam
semesta ini dikuasai oleh semangat yang
kekuatannya luar biasa.
• Beberapa semangat ini berada dan hidup
dalam fenomena-fenomena alam seperti
langit, matahari, tanah, air, tumbuhtumbuhan, gunung serta fenomena lain.
• Fenomena alam ini dikalsifikasikan kepada
‘Yin’ dan ‘Yang’.
• ‘Yin’ adalah satu prinsip seperti wanita, bulan,
arah Utara, dingin, gelap (malam) dan segala yang
bersifat pasif.
• ‘Yang’ merupakan prinsip dasar untuk lelaki,
matahari, arah Selatan, panasnya cahaya (Siang)
dan segala yang termasuk keaktifan.
• Masyarakat Cina juga percaya bahawa ‘jade’
dapat memberi kekayaan dan keharmonian.
• Feng-Shui dikatakan akan memberi tuah dalam
kehidupan.
• Kepercayaan dalam Masyarakat India pula
dikaitkan dengan dewa-dewi, unsur alam, unsur
jahat hantu, roh dan penunggu serta kesan-kesan
negatif.
• Sebai contohnya, bersiul pada waktu malam akan
mengundang ular masuk ke dalam rumah.
• Bagi yang makan di tempat gelap, mereka
ditakutkan dengan cerita bahawa makanan
mereka akan dikongsi bersama oleh hantu, roh
atau penunggu.
• Kepercayaan Animisme atau kepercayaan kepada
makhluk halus dan roh dipercayai merupakan asas
kepercayaan agama yang mula-mula muncul dalam
kalangan manusia primitif purba kala.
• Kepercayaan Animisme mempercayai bahawa setiap
benda di bumi seperti gua, pokok, batu besar atau
kawasan tertentu mempunyai semangat yang mesti
dihormati agar semangat tersebut tidak mengganggu
manusia, malah membantu mereka dari semangat roh
jahat dan juga dalam kehidupan mereka seharian.
• Semangat ini juga dikenali sebagai jin, mambang, roh,
datuk, tuan dan penunggu.
• Nilai merupakan prinsip-prinsip yang menentukan
apakah yang sesuai dan bermoral dalam sesebuah
masyarakat.
• Nilai Etnosentrisme bermaksud memandang rendah
Kebudayaan orang lain.
• Nilai Xenosentrisme bermaksud memandang tinggi
terhadap Kebudayaan orang lain.
• Nilai Relativisme bermaksud kesanggupan menerima
kebudayaan orang lain. Kebudayaan yang diterima
daripada orang lain akan mengayakan kebudayaan
tempatan tanpa memberi kesan kepada penduduk asal.
Bahasa
• Bahasa merupakan satu sistem komunikasi yang harus
meggunakan bunyi atau simbol dengan pengertian
yang tidak harus digunakan dengan sewenangwenangnya tetapi mempunyai struktur.
• Bahasa adalah satu set simbol-simbol dan aturcara
yang disusun bersama dengan kaedah yang bermakna
ditambah dengan sistem komunikasi yang kompleks
(Cole, 1998).
• Bahasa dikatakan bersifat dinamik kerana bersesuaian
dengan kelompok masyarakat dan peredaran masa.
• Bahasa juga mengalami perubahan.
• Perubahan dalam bahasa berlaku akibat
daripada pertembungan masyarakat dan
Budaya,
penjajahan,
peperangan,
perpindahan, perubahan populasi, kelas
sosial, etnik, umur, seks, pekerjaan, penemuan
baru, pendidikan, penghijrahan, perdagangan,
agama, status ekonomi, dll.
• Bahasa dikatakan menjadi alat komunikasi untuk
manusia bekerjasama melestarikan Kebudayaan
dan penerusan pemikiran.
i. Bahasa ialah Sistem Oerisyaratan (Semiotik) yang
terdiri daripada unsur isyarat dan hubungan
antara unsur-unsur itu. Dengan kata lain, bahasa
terbuka untuk penafsiran= Fonologi (Bunyi
Perkataan) + Morfologi (Pembinaan Perkataan) +
Sintaksis (Susunan Perkataan). (Nababan).
• ii.
Bahasa
adalah
kebolehan
semulajadi
penutur asli untuk membentuk ayat yang gramatis
sebagai ujaran sebenar pada waktu tertentu.
(Chomsky).
• iii. Bahasa adalah pola-pola umum dalam
pertuturan sesuatu komuniti bahasa.
(De Saussure)
• iv. Bahasa adalah sistem manusiawi untuk
menyampaikan perasaan dan fikiran melalui alat sistem
simbol yang dikeluarkan secara voluntari.
(Edward Sapir).
• Orang Melayu bertutur menggunakan Bahasa Melayu
tetapi dialek antara negeri-negeri yang terdapat di
Malaysia ini berbeza.
• Orang India bertutur dalam bahasa Tamil berasal dari
Tamil Nadu, India.
• Kebanyakan bahasa orang Cina dikenalpasti melalui
kumpulan penutur mereka.
• Orang Cina yang menetap di Pulau Pinang serta Melaka
bertutur dalam bahasa Hokkien.
• Mereka yang tinggal di Seremban, Ipoh dan Kuala
Lumpur menggunakan bahasa Kantonis dan Hakka.
• Di Malaysia Timur, bahasa Hakka dan Mandarin
laris ditutur, kecuali di Sibu yang cenderung
kepada bahasa Foochow serta Sandakan dengan
bahasa Kantonis.
• Di Selatan Semenanjung Malaysia, terutamanya
di Johor, bahasa Mandarin paling banyak
digunakan oleh masyarakat Cina sebagai kesan
pengaruh media berbahasa Mandarin dari
Singapura serta penggunaan bahasa Mandarin
dalam pendidikan formal.
Adat Resam
• Adat Resam adalah sesuatu cara yang telah ditentukan
untuk melakukan sesuatu yang telah diakui oleh
masyarakat. Adat juga adalah amalan yang piawai, iaitu
adat dan kelaziman yang diharapkan daripada anggota
masyarakat. Adat resam mempunyai ‘isbat’ kepada pelaku
sama ada positif atau negatif.
• Setiap kaum yang berbeza mempunyai adat yang berbeza.
• Adat Resam yang diamalkan ini masih releven dan dapat
diterima oleh masyarakat umum dan generasi muda tidak
berasa kekok untuk menerima dan seterusnya diamalkan
dalam kehidupan seharian mereka.
• (a) Adat Resam Melayu
(i) Melenggang Perut
Adat ini merujuk kepada satu amalan yang
dijalankan ke atas wanita yang telah genap 7
bulan hamil.
(ii) Meminang dan Bertunang
Adat ini bertujuan untuk mengenali
pasangan dengan lebih mendalam sebelum
akad nikah.
• (iii) Kematian
Biasanya waris atau saudara-mara si mati akan
mengadakan kenduri arwah untuk disedekahkan
kepada arwah. Ada yang mengadakan kenduri
arwah 3 malam berturut-turut, 7 malam
berturut-turut atau pada malam ke- 40.
(iv) Bercukur Jambul
Adat ini merupakan satu adat yang diamalkan
untuk mencukur jambul bayi yang baru
dilahirkan. Adat ini biasanya dijalankan setelah
ibu tamat tempoh berpantang.
• (b) Adat Resam Cina
(i) Kelahiran
Semasa mengandung, ibu mertua bertanggungjawab
menjaga wanita mengandung. Adat dalam masyarakat Cina
mementingkan anak lelaki kerana mereka dapat
melanjutkan keturunan melalui pewarisan nama nenek
moyang.
. Dalam memberikan nama kepada bayi, nama orang Cina
terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama
keluarga. Patah ke-2 mewakili nama segenerasi dalam
kalangan adik-beradik dan sanak-saudara. Nama ke-3 pula
merupakan nama bagi panggilan diri sendiri.
• (ii) Kenduri Selepas Kelahiran
Mereka membuat sejenis kuih khas yang
berbentuk merah dan kuning yang berintikan
kacang dan tau su serta telur yang diwarnai
merah kemudiannya diberikan kepada saudara
mara yang terdekat.
(iii) Mencukur Rambut
Adat ini dilakukan sebagai pengiktirafan terhadap
kelahiran orang baru ke dalam masyarakat
mereka.
• (c) Adat Resam India
(i) Sewaktu Mengandung
Adat Valaikaapu adalah adat yang dilakukan
ketika kandungan sulong wanita hamil
menjangkau usia 7 hingga 9 bulan.
.Wanita hamil dipakaikan sebentuk sebentuk
gelang tangan baru yang dikenali sebagai
‘Suulkaapu’.
• ‘Suul’ bermaksud ‘Kandungan Ibu’ manakala ‘Kaapu’
pula bermaksud ‘Perlindungan’.
• Tujuan adat ini adalah untuk memberi nama kepada
bayi yang baru dilahirkan tersebut.
• (ii) Selepas Bersalin
Membisikkan
Nama
Tuhan
‘Gayattri
Mantiram’ (Doa) ke telinga bayi tersebut. Setelah
itu diadakan upacara potong tali pusat.
. Adat menyapu madu juga diadakan bertujuan
untuk kecantikan. Madu akan disapukan pada lidah
bayi berkenaan.
Jantina
• Menurut Butler dan Mannning (1998), “The term
gender describes masculinity and femininity-the
thoughts, feelings, and behaviour that identify
one as either male or female”.
• Walaupun ada persamaan antara lelaki dan
perempuan, terdapat juga perbezaan yang ketara
antara mereka. Justeru, guru harus mengenal
pasti dan merancang pengalaman pembelajaran
yang bersesuaian dengan jantina.