mpu 2332 cultural diversity (kepelbagaian budaya)

Download Report

Transcript mpu 2332 cultural diversity (kepelbagaian budaya)

MPU 2332
CULTURAL DIVERSITY
(KEPELBAGAIAN BUDAYA)
SUHAIDA BINTI SUKARMAN
MASYARAKAT
Masyarakat ialah kumpulan manusia yang
hidup bersama di sesuatu tempat dengan
aturan dan cara hidup tertentu.
Kamus Dewan(2005)
KONSEP MASYARAKAT
• Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil
adalah anggota sesebuah masyarakat.
• Jaringan erat wujud dalam kalangan anggota
tersebut, melalui hubungan bersemuka.
• Daripada pergaulan ini, terbina pola hubungan
sosial yang berulang sifatnya.
Kekerapan pergaulan ini membina satu kesepaduan
dalam masyarakat tersebut sebagai satu unit sosial.
Teori Sistem Ekologikal
Brofenbrenner
CIRI-CIRI MASYARAKAT
•
•
•
•
•
•
Berkelompok
Berbudaya
Mengalami perubahan
Berinteraksi (dalaman dan dengan pihak luar)
Mempunyai kepimpinan dan
Mempunyai aturan sosialnya
MASYARAKAT MAJMUK
• Sekelompok manusia yang terkandung di
dalamnya pelbagai kaum serta mempunyai
kepelbagaian agama, adat resam dan
budaya yang tersendiri.
BUDAYA
• Sistem pemahaman dan kelakuan yang diwarisi
daripada satu generasi ke generasi yang lain
Carter dan Qureshi 1995
• Meliputi semua adat, nilai dan tradisi yang
dipelajari dari persekitarannya.
Sue dan Sue et.al1990
• Budaya terbentuk dari pelbagai unsur yang
kompleks, termasuk sistem agama dan politik, adat
istiadat, bahasa, peralatan, pakaian, bangunan,
dan karya seni.
• Proses mewariskan budaya melibatkan interaksi
dua generasi; pertama, generasi yang menurunkan
budaya; dan kedua, generasi yang menerima
budaya
• Budaya adalah fenomena yang dipelajari kerana
budaya sentiasa berubah dan bergantung pada
persekitarannya.
• Berubah melalui proses migrasi, pertukaran
(conversion), asimilasi atau melalui agen-agen
yang lain.
• Kelakuan sosial seseorang berasal daripada
budayanya.
• Ciri-ciri budaya:






Perlu dipelajari
Dikongsi
Bersifat sejagat
Diwarisi
Berubah
Mempunyai unsur simbolik
BUDAYA MATERIAL & BUDAYA BUKAN MATERIAL
• Masyarakat yang berbudaya berkembang dengan
menurunkan dua bentuk budaya:
(i) budaya material seperti Tembok Besar China dan
Piramid di Mesir;
(ii) budaya bukan material seperti sistem
kepercayaan dan agama, falsafah dan
kesusasteraan, dan pemikiran sains serta
kemampuan mencipta teknologi.
BANGSA
• Kumpulan manusia yang berkongsi ciri-ciri biologi
tersendiri yang diwarisi dan dapat dibezakan
dengan jelas dalam masyarakat.
MELAYU
.
INDIA
CINA
ETNIK
• Sekelompok manusia yang ahlinya memiliki satu set
ciri sosiobudaya tersendiri dan mengamalkan
budaya hampir seragam. (adat resam, pakaian,
bahasa dan kegiatan ekonomi)
• Dikelaskan melalui perbezaan budaya. Etnik sering
berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat
resam, pola keluarga, pakaian,
pandanganmengenai kecantikan, orientasi politik,
kegiatan ekonomi dan hiburan
BUZZ!!!
• Adakah kita lebih bersatu padu sekarang
berbanding dahulu? Bincang.
• Bagaimanakah anda sebagai pelajar boleh
menyumbang ke arah menyatupadukan
masyarakat Malaysia .
• Hubungan etnik adalah bersifat dinamik.
Bincangkan.