BAB 4 - WordPress.com

Download Report

Transcript BAB 4 - WordPress.com

BAB 4
PEMBANGUNAN EKONOMI
DALAM KONTEKS HUBUNGAN
ETNIK DI MALAYSIA
1
KONSEP PEMBANGUNAN DAN MODENISASI
 Pembangunan sering kali dikaitkan dengan proses
modenisasi, iaitu satu proses untuk merubah atau
mentransformasikan kehidupan masyarakat dari segenap
sudut. Metode atau kaedah yang digunakan dan dilalui
oleh sesebuah negara atau bangsa untuk mencapai
modenisasi ini pula berbeza.
 Ada sesetengahnya berlaku dalam bentuk perancangan
yang teratur dengan menetapkan terlebih dahulu apakah
proses, kaedah dan matlamat yang hendak dicapai.
Manakala sesetengahnya pula berlaku perubahan dalam
bentuk yang tidak dirancang, dan kebiasaannya boleh
dihubungkan dengan tekanan daripada unsur-unsur luar.
2
 Jika pembangunan hanya menekankan aspek material
semata-mata dengan mengenepikan aspek spiritual, maka
matlamat pembangunan dalam ertikata sebenarnya tidak
akan tercapai. Kedua-dua aspek ini mesti disatukan dan
diseimbangkan bagi menuju ke arah kebahagiaan yang
sebenarnya. Walau bagaimanapun, dari sudut realitinya
dalam tempoh lebih kurang dua ratus tahun yang lalu,
konsep pembangunan dan modernisasi masih terikat kuat
dengan tradisi sekularisme barat.
 Sejak dari zaman batu awal (paleolitik) hinggalah ke
zaman moden hari ini, manusia sentiasa berusaha untuk
mengembangkan kegiatan ekonomi mereka, baik secara
evolusi mahupun revolusi. Tujuannya adalah untuk
merubah
tahap
kehidupan
dan
membangunkan
masyarakat.
3
KOMPONEN EKONOMI: MATLAMAT,
METOD, UKURAN PENCAPAIAN
 Kerumitan dan masalah ekonomi terus juga berlaku
serta sukar untuk diatasi. Implikasinya bukan hanya
membawa kepada perbezaan jurang dalam masyarakat
tetapi juga perpecahan dan peperangan antara kaum dan
negara.
 Komponen, matlamat, metode dan ukuran pencapaian
ekonomi juga seringkali berubah dan berbeza mengikut
ideologi yang didokong. Sebagai contoh ekonomi
kapitalisme adalah berbeza daripada ekonomi marxisme
dan begitulah dengan yang lain-lainnya. Komponen
ekonomi boleh saja disandarkan kepada aspek
pengeluaran, pertukaran, pengagihan harta kekayaan,
peralatan yang digunakan dan sebagainya.
4
KOMPONEN POLITIK: MATLAMAT, METOD,
UKURAN PENCAPAIAN
 Politik memainkan peranan dalam menentukan dasar
dan arah tuju sesebuah kerajaan yang memerintah, juga
digunakan untuk membangunkan sosio-ekonomi,
membina negara (state-building) dan negara-bangsa
(nation-state).
 Komponen-komponen
yang
ada
seperti
ekonomi,sosial, politik, pendidikan dan sebagainya
boleh digunakan untuk mencapai matlamat ini.
5
PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM
KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
Dalam persada sejarah negara, pembangunan ekonomi
ini telah melalui beberapa zaman yang berbeza.
(1) Zaman Sebelum Kemerdekaan (1400 – 1956)
 Sistem
dan
pembangunan
ekonomi
sebelum
kemerdekaan boleh dibahagikan kepada dua peringkat
yang utama iaitu sebelum kedatangan British (1400 –
1786) dan semasa penjajahan British.
6
(2) Sistem dan Pembangunan Ekonomi Serta
Matlamatnya Sebelum Kedatangan British (1400-1786)
 Sistem dan pembangunan ekonomi masyarakat
Melayu adalah berkisar kepada sektor pertanian dan
juga perikanan. Mereka tidak berhadapan dengan
masalah untuk mencari nafkah, memandangkan
persekitaran tempat tinggal mereka mudah untuk
memperolehi tanah-tanah yang subur dan lautnya
dipenuhi dengan ikan. Begitu juga dengan sumbersumber dari hutan yang mudah diperolehi. Keadaan
semulajadi ini secara tidak langsung telah menentukan
pola pekerjaan dan penempatan mereka.
7
(3) Sistem dan pembangunan Ekonomi
Matlamatnya Semasa Penjajahan British
Serta
 Sistem dan pembangunan ekonomi lebih tertumpu
kepada industri getah dan bijih timah. Untuk memajukan
industri ini, mereka telah membawa masuk tenaga kerja
dari Tanah Besar China dan Benua Kecil India. Orang
Cina di tempatkan dalam industri bijih timah yang
terletak berhampiran bandar-bandar, manakala orangorang India pula, tenaga mereka digunakan di ladangladang getah. Orang Melayu masih kekal dengan
pekerjaan tradisi mereka dalam bidang pertanian dan
perikanan.
8
 Matlamat pemerintahan penjajah Inggeris adalah
semata-mata untuk memperolehi seberapa banyak hasil
daripada negara ini untuk dibawa pulang ke negara
mereka.
 Pihak Inggeris telah menyediakan infrastruktur
perhubungan dan pengangkutan seperti jalanraya dan
keretapi serta memperkenalkan dasar-dasar penghijrahan
atau buruh, cukai dan tanah yang longgar sebagai galakan
untuk menambahkan pengeluaran.
9
 Penglibatan orang-orang Melayu dalam industri bijih
timah dan getah seolah-olah tidak digalakkan oleh
penjajah. Pihak Inggeris mahu mengekalkan mereka di
dalam
kegiatan-kegiatan
pertanian
yang
boleh
menampung keperluan makanan kepada sektor-sektor
ekonomi yang lain.
10
4.3 Modenisasi Di Malaysia



Malaysia memulakan perjalanan modenisasi
dengan kehadiran kolonial Inggeris.
Sebagaimana negara ’baru’ yang lahir setelah
Perang Dunia Kedua, melakukan pembangunan
politik dan pembangunan ekonomi.
Dua komponen penting untuk modenisasi


Komponen ekonomi
Komponen politik
11
4.3.1 Komponen Ekonomi
Sejak awal lagi, sasaran Malaysia - mewujudkan
masyarakat industri. Tumpuan:
 Peringkat awal - lebih ditumpukan kepada peningkatan
infrastruktur ekonomi, pembangunan pertanian dan
industri gantian-import.
 Akhir 1960-an- pembangunan teknologi dan peralihan
daripada industri gantian-import kepada industri
berorientasikan eksport.
 Menjelang 2000-an- pembangunan ekonomi
berteraskan K-ekonomi.
12
4.3.2 Komponen Politik


Isu pembinaan negara bangsa penting kerana
wilayahnya terdiri dariopada gabungan daerah,
bangsa dan kerajaan yang berbeza hasil
daripada proses migrasi dan penjajahan.
Modenisasi dilakukan melalui:




Pembinaan negara bangsa
Dasar awam
Penialain pencapaian dasar awam
Integrasi nasional
13
4.3.3 HE Dalam Konteks
Modernisasi


Komponen ekonomi adalah penting dalam
konteks modenisasi Malaysia, sama ada pada
zaman kolonial atau pasca-kolonial, khususnya,
dalam aspek pembangunan faktor pengeluaran
(tanah, buruh, modal).
Cita-cita pembinaan negara-bangsa selalu gagal
kalau pembangunan ekonomi tidak mantap,
seperti yang kita saksikan berlaku di Afrika.
14
4.3.4 Acuan Ekonomi Malaysia




Ekonomi Malaysia terbentuk dengan ciri-ciri
uniknya melalui pengalaman dijajah kolonial
Inggeris, e.g. getah dan kelapa sawit.
Pembinaan rangkaian infrastruktur sebagai
sokongan kepada industri asas.
Tenaga buruh di Malaysia juga unik kerana
terdapat division of labour mengikut kumpulan
etnik.
Dua ciri: (1) aspek ekonomi; (2) ciri etnik
15
4.3.5 Ciri-ciri Etnik Dalam Konteks
Majoriti Demografi, Politik,
Ekonomi




Terdapat 24.36 juta penduduk Malaysia pada
2006: bumiputera 25.3%; Cina 25.3%, India
7.5%, etnik SS 1.3%.
Aspek demografi menentukan kuasa politik.
Melayu etnik majoriti dari segi demografi dan
politik, Cina menguasai ekonomi.
Kerajaan utamakan keseimbangan ekonomi
untuk elak 13 Mei.
16
4.3.6 Perancangan Pembangunan
Lima Tahun

Draft Development Plan of Malaya (1950-1955)


Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)


Ke arah pemerintahan sendiri (PU 1955,
Kemerdekaan 31 Ogos 1957)
Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)


Asas tradisi perancangan moden
Penerusan dasar oleh pemimpin tempatan
Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970)


Lebih agresif, meliputi pendidikan, bahasa, budaya.
Fokus utama, bangunkan masyarakat desa yg
miskin.
17
4.3.6 Perancangan Pembangunan
Lima Tahun


Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)




DEB (1971-1990)
Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980)


Konfrontasi Malaysia Indonesia, Peristiwa 13 Mei
Menyelesaikan masalah perbezaan ekonomi antara
sektor dan etnik
Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985)
Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990)
Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995)

RMK4, RMK5 & RMK6 menitikberatkan teknologi yg
lebih maju dan dasar penswastaan
18
4.3.6 Perancangan Pembangunan
Lima Tahun


Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000)
Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005)


RMK7 & RMK8 berikan perhatian kepada industri
berasaskan k-ekonomi
Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010)


Modal insan
hadhari
19
4.3.7 Dasar-dasar Awam:
Pertanian, Perindustrian dan Kekonomi

Badan-badan untuk memajukan pertanian dan
membasmi kemiskinan




1990an, perhatian kepada sektor perindustrian, e.g.



FELDA
FELCRA
MARA
Dasar Perindustrian Berat
Dasar Penswastaan
Kini pembangunan ekonomi menjurus kepada kekonomi dan ICT
20
4.4.1 Antara Pertumbuhan dan
Agihan
Antara Pertumbuhan Dan Agihan
 Isu pembangunan ekonomi berkait rapat dengan isu
sosial terutama berkaitan dengan isu kemiskinan dan
agihan pendapatan menurut golongan etnik. Beberapa
isu penting :



Antara Pertumbuhan dan Agihan
Antara Equality dan Equity
Isu agihan pendapatan ini dapat dilihat dua
sudut,
antara kelas sosial yang berbeza.
 antara kelompok etnik yang berbeza.
Untuk atasi masalah, DEB dilancarkan.


21
4.4.2 Antara Equity dan
Antara Equality dan Equity
Equality
Antara Equity dan Equality
 Isu equity atau keadilan dan equality atau
kesamarataan di kalangan rakyat Malaysia
sudah dijamin oleh Perlembagaan Malaysia.
 Fasal (8) Perkara (1) Perlembagaan Malaysia
menegaskan bahawa semua orang adalah sama
rata di sisi undang-undang dan berhak
mendapat perlindungan yang sama rata di sisi
undang-undang.
 Fasal (153) berkaitan dengan kedudukan
istimewa orang Melayu dan bumiputera.
22
4.4.3 DEB dan HE
DEB dan HE
 Dasar pecah dan perintah British




Pembangunan tidak seimbang
Wujudkan jurang ekonomi antara kaum
Bukti kemiskinan, rujuk Jadual 4.1 (ms 55) dan
Jadual 4.2 (ms 56).
DEB tidak mendiskriminasikan kaum, hanya
sasarkan 30% pemilikan, bukannya 100%.
23
Insiden kemiskinan menurun
% Isi rumah Malaysia
60
50
40
30
20
10
0
1970
1990
2002
Jumlah
49,3
16,5
5,1
Luar Bandar
58,6
21,1
11,4
Bandar
24,6
7,1
2,0
3,9
1,0
Ketermiskinan
Nota : Pendapatan Garis Kemiskinan (PLI) untuk 2002 adalah RM529 sebulan di
Semenanjung Malaysia (saiz isi rumah 4.6) ; RM690 di Sabah (saiz isi rumah 4.9) ; dan
RM600 di Sarawak (saiz isi rumah 4.8). Ketermiskinan dianggarkan mengguna separuh
24
dari PLI.
Insiden Kemiskinan Tinggi Di 5 Buah Negeri
1970
1990
2002
-
3.7
0.5
Selangor
Pulau Pinang
29.2
43.7
7.6
8.7
1.1
1.4
Johor
45.7
9.8
1.8
N.Sembilan
44.8
9.1
2.2
Melaka
44.9
12.4
2.7
Pahang
43.2
10.0
3.8
-
21.0
5.8
Perak
48.6
19.2
7.9
Perlis
73.9
17.4
10.1
Terengganu
68.9
31.3
10.7
Kedah
63.2
29.9
10.7
Kelantan
76.1
29.6
12.4
-
29.7
16.0
49.3
16.5
5.1
W.P Kuala Lumpur
Sarawak
Sabah
Malaysia
25
Jurang pendapatan antara kaum berkurangan
Nisbah ketaksamaan
pendapatan isirumah
Luar Bandar : Bandar
Bumiputera : Cina
Bumiputera : India
1970
1980
1: 2.1 1: 1.8
1: 2.3 1: 1.9
1: 1.8 1: 13
1990
1999
2002
1: 1.7 1: 1.8 1: 2.1
1: 1.7 1: 1.7 1: 1.8
1: 13 1: 1.4 1: 1.3
26
Pemilikan ekuiti Bumiputera sektor korporat meningkat
tetapi masih belum mencapai sasaran 30%
Matlamat
Pencapaian
1970
1990
1990
2002
• Bumiputera
2.4
30.0
19.3
18.7
• Bukan Bumi.
32.3
40.0
46.8
43.2
– Cina
45.5
40.9
– India
1.0
1.5
– Lain-lain
0.3
0.8
25.4
28.9
8.5
9.2
100.0
100.0
• Asing
• Nomine
JUMLAH
63.3
30.0
2.0
100.0
100.0
27
Penyertaan golongan profesional Bumiputera
meningkat, 1990-2003
1990
Profesion
Bumi Cina
2002
India
Bumi
Cina
India
• Akauntan
• Arkitek
• Doktor
11.2
23.6
27.8
81.2
74.4
34.7
6.2
1.2
34.4
20.0
43.6
38.5
74.6
52.6
29.9
5.1
1.3
27.5
• Doktor Gigi
• Doktor Veterinar
• Jurutera
24.3
35.9
34.8
50.7
23.7
58.2
23.7
37.0
5.3
38.2
40.1
43.5
40.3
29.8
50.1
19.1
25.7
5.3
• Juru Ukur
• Peguam
JUMLAH
44.7
22.3
29.0
49.6
50.0
55.9
3.7
26.5
13.2
46.0
35.1
37.2
49.3
38.4
50.1
3.1
25.8
11.2
28
Kualiti Hidup rakyat Malaysia meningkat
1970
1990
2003
61.6
65.6
68.9
73.5
70.4
75.3
39.4
13.0
5.7
4,302
2,581
1,395
Kadar celik huruf (%)
58
85
94
Telefon / 1000 penduduk, termasuk telefon
mudah alih
17
131
583
48
44
80
80
90.5
95.7
29
Jangka hayat (tahun)
Lelaki
Perempuan
Kadar kematian bayi /1000 kelahiran
Nisbah penduduk / doktor
Kemudahan asas:
Bekalan air paip (%dpd penduduk)
Bekalan elektrik (% dpd isirumah)
4.4.4 Pendidikan, Ekonomi
dan Etnisiti
Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti: Bahasa, Sains
dan Ekonomi
 Bahasa Melayu





Bahasa rasmi- pemangkin pembangunan negara
Wadah komunuikasi untuk perpaduan nasional
Pendidikan vernakular dibenarkan
Kepentingan BI
Dasar bahasa selepas 199


Martabatkan BM sebagai bahasa perpaduan
Menjadikan BI bahasa pengajaran sains & math
30
4.4.5 Globalisasi, Ekonomi
Malaysia dan HE


Globalisasi, Ekonomi dan HE
Globalisasi


Membantu memajukan ekonomi Asia dalam
tempoh yang singkat (negar –negara Eropah
Barat ambil masa yang lama)
Menyebabkan negara-negara Asia mengalami
krisis ekonomi 1985-1986.


Akibat aliran keluar masuk modal asing
Kesan kepada syarikat-syarikat.
31
4.4.6 Krisis Besar Ekonomi
1985-1986, 1997-1998
Implikasi Terhadap Usahawan Melayu dan Bukan
Melayu
 Syarikat bukan Melayu berpengalaman, mampu
hadapi krisis ekonomi.
 Syarikat Melayu tiada pengalaman,
bermasalah, 1998, 25000 syarikat IKS dan 191
syarikat milik majoriti Melayu muflis.
 Perkongsian bijak bumi nonbumi untuk
menghadapi cabaran ekonomi.
32
4.4.7 Ekonomi Islam
dalam ekonomi arus perdana Malaysia



Bank-bank Islam pertama di dunia; Dubai
Islamic Bank, UAE, dan Bank
Pembangunan Islam (IDB), Arab Saudi
pada 1975; membawa kepada kepesatan
institusi kewangan Islam di seluruh dunia
1976-1985.
Sudan, Pakistan, Iran tukar kepada
sistem perbankan Islam.
Gesaan di Malaysia, kejayaan LUTH.
33
4.4.7 Ekonomi Islam
dalam ekonomi arus perdana Malaysia



Kerajaan mewartakan Akta Bank Islam
1983, Akta Pelaburan Kerajaan 1983,
berkembangnya sistem perbankan,
insuran dan pasaran kewangan Islam.
Akta Takaful 1984, penubuhan STMB,
TNSB dsb.
Dua peranan sistem perbankan Islam:


Penyumbang kepada ekonomi negara
Memenuhi tuntutan masyarakat Islam
34
4.4.8 Dasar Penswastaan
dalam konteks Hubungan Etnik



Diperkenalkan 1983, bertentangan
dengan dasar pemiliknegaraan
(nationalization)
Tun Dr M: kerajaan tidak cekap, swasta
cekap, penswastaan tingkatkan prestasi.
Perbelanjaan sektor awam: 28% (1975);
35% (1982), kerajaan menanggung
beban kewangan yang besar.
35
4.4.8 Dasar Penswastaan
dalam konteks Hubungan Etnik

Tujuan Dasar Penswastaan:
1.
2.
3.
4.
5.
Kurangkan beban kewangan kerajaan.
Tingkatkan persaingan, perbaiki kecekapan
dan produktiviti.
Rangsang pelaburan dan keusahawanan
persendirian.
Kurangkan bilangan dan saiz sektor awam.
Membantu pencapaian matlamat DEB.
36
4.4.9 Industri Automobil
Nasional dan penglibatan etnik




1980an, usahasama dengan Mitsubishi,
selaras dengan Dasar PKT.
7 Mei 1983, penubuhan PROTON, modal
berbayar RM150 juta.
Pemegang saham: HICOM (70%),
Mitsubishi Motors Corporation (15%), dan
Mitsubishi Ciorporation (15%).
1 Julai 1985, Proton Saga, model
pertama dikeluarkan.
37
4.4.9 Industri Automobil
Nasional dan penglibatan etnik


Untuk melindungi industri automobil nasional,
Dasar Automotif Negara (DAN) dilancarkan.
Tujuan utama DAN:



merangsang pertumbuhan nilai ekonomi yang
mapan sehingga dapat memaksimumkan
sumbangan sektor automotif terhadap ekonomi
negara;
Memberi manfaat kepada pengguna.
Sebagai wadah kepada penglibatan golongan
Bumiputera
38
4.5 Kesimpulan



Aspek ekonomi dan etnisiti tidak dapat
dipisahkan.
Kadar pertumbuhan ekonomi dan indeks kualiti
hidup rakyat yang positif adalah bukti kejayaan
pembangunan ekonomi Malaysia.
Kesan positif pembangunan ekonomi Malaysia
dalam konteks hubungan etnik:
 kemiskinan tanpa mengira etnik.
 penyusunan semula masyarakat agar
kedudukan sosioekonomi antara etnik adalah
seimbang
39
(4) Rancangan Pembangunan Negara Fasa Pertama
 Rancangan pembangunan negara sebenarnya telahpun
bermula sekitar tahun 1950an. Pada tahun 1954, kerajaan
telah mendapat perakuan daripada Bank Dunia mengenai
pembangunan negara. Sehubungan itu, rancangan
pembangunan dikenali sebagai Rancangan Malaya
Pertama telah dimulakan pada tahun 1956 hingga 1960.
Sejumlah RM1,100 juta telah dilaburkan dalam rancangan
ini. Tumpuan yang diberikan ialah untuk mewujudkan
satu perancangan pelaburan sektor awam yang berpadu.
40
 Rancangan Malaya Kedua lebih menumpukan kepada
pembangunan luar bandar dan penyertaan rakyat jelata.
Jangka masa untuk pelaksanaan rancangan ini ialah
selama lima tahun (1961 – 1965), dan peruntukan yang
disediakan untuk tujuan ini sebanyak RM2,150.00 juta.
 Melalui Rancangan Malaysia Pertama (1966 – 1970),
beberapa
pembaharuan
telah
diperkenalkan,
diantaranya ialah menentukan hala tuju pembangunan
dan meletakkan matlamat yang perlu dicapai dalam
tempoh lima tahun yang akan datang. Matlamat yang
ingin dicapai melalui rancangan ini ialah agar semua
golongan miskin dan tidak bernasib baik dapat merasai
nikmat pembangunan dari pertumbuhan ekonomi yang
dirangka.
41
 Sungguhpun rancangan ini telah dianggap berjaya dari
sudut pertumbuhan ekonomi, namun masih lagi tidak
seimbang dari sudut pengagihan pendapatan antara
kaum.
 Penggunaan tenaga dan penglibatan dalam sektor
ekonomi masih lagi ditentukan mengikut kaum. Situasi ini
telah melahirkan rasa tidak puas hati dalam kalangan
kaum yang ada. Akibatnya pada 13 Mei 1969 berlakulah
peristiwa yang mengancam keselamatan dan perpaduan
negara.
42
(5) Rancangan Pembangunan Negara Fasa Kedua
 Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan formula yang
digunakan untuk memperbetulkan keadaan yang tidak
selesa dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan
ketidakseimbangan di antara wilayah-wilayah. Ia
dilancarkan dalam Rancangan Malaysia Kedua (1971 –
1975) yang melibatkan kos sebanyak RM7,250 juta dan
merupakan satu Rancangan Jangka Panjang yang diatur
untuk dilaksanakan dalam fasa kedua ini.
43
 Oleh kerana proses untuk mewujudkan perpaduan
negara ini akan mengambil masa yang panjang maka
DEB telah diteruskan lagi dalam Rancangan Malaysia
Ketiga (1976 – 1980), Rancangan Malaysia Keempat
(1981-1985) dan Rancangan Malaysia Kelima (19861990).
 Melalui DEB ini, kerajaan telah memainkan
peranannya secara langsung dalam melaksanakan
rancangan-rancangan yang ditetapkan. Perbadananperbadanan awam telah ditubuhkan untuk mengimbangi
peranan pihak swasta yang selama ini mendominasi
pembangunan ekonomi negara.
44
 Dasar ini telah memperkenalkan strategi serampang
dua mata iaitu pembasmian kemiskinan tanpa mengira
kaum dan penyusunan semula masyarakat bagi
mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum
mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
 Dasar ini telah memperkenalkan strategi serampang
dua mata iaitu pembasmian kemiskinan tanpa mengira
kaum dan penyusunan semula masyarakat bagi
mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum
mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
45
 Bagi tahun 1970 pendapatan RM200.00 sebulan
dianggap berada di bawah paras kemiskinan, tahun 1975 RM250.00, tahun 1976/77 - RM272.00 dan tahun 1979 –
RM282.00 sebulan (INTAN 1980).
 Penyusunan masyarakat pula adalah melalui strategistrategi yang berkaitan dengan menaikkan taraf kehidupan
luar bandar, meningkatkan aktiviti-aktiviti yang seimbang
di bandar-bandar, meneroka bidang-bidang baru dalam
sektor perdagangan dan perindustrian untuk diceburi oleh
kaum bumiputera setanding dengan kaum-kaum lain yang
sudah lama melibatkan diri dalam bidang tersebut.
46
 DEB dirangka untuk memberi perhatian dan tumpuan
kepada kaum bumiputera sahaja, tetapi juga mengambil
kira kaum-kaum lain serta menjaga kepentingan pelaburpelabur asing.
 Pada pertengahan tahun 1980an memperlihatkan
kemelesetan ekonomi yang teruk dihadapi negara
memaksa kerajaan mengkaji semula peranannya sebagai
penggerak dalam pembangunan ekonomi negara serta
dasar-dasar yang dilaksanakan.
47
RANCANGAN PEMBANGUNAN NEGARA
FASA KETIGA
 Kegagalan DEB dalam mencapai matlamatnya telah
membawa kepada pelaksanaan Dasar Pembangunan
Nasional (DPN) yang bermula dari tahun 1991-2000.
 Walaupun DPN merupakan dasar baru negara, namun
matlamat DEB iaitu untuk mewujudkan perpaduan
negara masih diteruskan dalam perlaksanaannya. DPN
juga tetap mengekalkan strategi DEB iaitu pembasmian
kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat yang
lebih seimbang.
48
 Beberapa kelemahan yang terdapat di dalam DEB
sebelumnya telah diberi perhatian untuk diperbetulkan.
Oleh itu, beberapa pendekatan telah diambil untuk
dilaksanakan dalam DPN antaranya:
i. Memberi tumpuan yang lebih terhadap usaha
pembasmian kemiskinan di kalangan golongan
miskin tegar
ii. Memberi perhatian kepada pembinaan sebuah
masyarakat bumiputera yang berorientasikan
perdagangan dan perindustrian.
iii. Melibatkan penyertaan sektor swasta dengan lebih
aktif dalam proses penyusunan semula masyarakat.
iv. Memberi lebih penekanan kepada pembangunan
sumber manusia termasuk sistem nilai dan etika
49
 Dalam Rancangan Jangka panjang Ketiga (2001 –
2010) yang bermula dengan Rancangan Malaysia
Kelapan, kerajaan telah memperkenalkan Dasar
Wawasan Negara. Dasar ini merupakan gabungan
daripada Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan
Nasional yang telah dilaksanakan sebelumnya. Objektif
kepada pelaksanaan dasar ini adalah untuk menjadikan
Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020
dalam semua bidang mengikut coraknya yang tersendiri.
 Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (2006 – 2010),
pelaksanaan Dasar Wawasan Negara fasa pertama ialah
memberi tumpuan kepada pembangunan yang bercorak
fizikal khususnya mewujudkan kemudahan infrastruktur
yang dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi
dan sosial.
50
 Enam cabaran yang digariskan dalam Rancangan
Malaysia kesembilan ini iaitu:
i. Meningkatkan prestasi dan kemampuan Malaysia
ke peringkat yang lebih cemerlang
ii. Memperkuatkan daya
ekonomi negara
saing
dan
daya
tahan
iii. Meningkatkan daya pengeluaran
pengetahuan dalam ekonomi.
dan
tahap
iv. Membangunkan sumber manusia yang mempunyai
kemahiran dan berpengetahuan
v. Memperhebatkan
kemiskinan.
lagi
langkah
vi. Menyediakan kemudahan
berkualiti tinggi
dan
pembasmian
perkhidmatan
51
 Manakala projek-projek yang mendapat keutamaan
untuk dibangunkan dalam Rancangan Malaysia
Kesembilan pula ialah
i. Projek yang dapat mengukuhkan daya saing sektor
ii. Pertanian dan pembangunan yang seimbang Projek
yang memenuhi keperluan ekonomi dan sosial
rakyat
iii. Projek yang memberi kesan pengganda, limpahan
yang tinggi
iv. Projek yang
ekonomi
menyebabkan
kebocoran
dalam
v. Projek yang mempunyai reka bentuk dan struktur
yang lebih bersifat fungsian, dan tidak hanya
bertumpu kepada saiz yang besar, cantik dan mewah
sahaja
52
SEKTOR PERINDUSTRIAN SEBAGAI ASAS
PEMBENTUKAN NEGARA MAJU
 Tumpuan awal sektor ini tidak meluas dan hanya
membabitkan industri getah dan bijih timah
 menjelang akhir abad ke-18 industri bijih timah
khususnya telah mula merosot jika dibandingkan dengan
abad-abad sebelumnya. Manakala industri getah pula
mengalami turun naik harga sehingga memaksa beberapa
rancangan sekatan dibuat untuk mengawal harganya
daripada terus jatuh.
 Selepas mencapai kemerdekaan
mempelbagaikan kegiatan ekonomi.
kerajaan
cuba
53
 Pertumbuhan perindustrian yang lebih pesat telah
dimulakan pada tahun 70an bagi memenuhi keperluan
pekerjaan dan DEB yang diperkenalkan.
 Rancangan untuk meningkatkan lagi ekonomi melalui
pencapaian dalam bidang perindustrian telah diteruskan
lagi pada tahap kedua (1968-1980).
 Dalam tahap ini tumpuan diberikan kepada
pengeluaran dan peluasan barangan eksport negara
disamping memberi galakan kepada pertumbuhan
industri ringan, kecil dan sederhana.
 Beberapa akta diperkenalkan spt Akta Galakan
Pelaburan 1968, Akta Penyelarasan Perindustrian 1975
dan Zon Perdagangan Bebas 1971.
54
 Walau bagaimanapun program perindustrian yang
telah dijalankan dalam tempoh yang disebutkan ini masih
lagi mempunyai kelemahannya.
 Bidang pengeksportan misalnya masih lagi terlalu
rendah dan masih tidak dapat mencapai kualiti yang
tinggi untuk mampu bersaing dalam pasaran terbuka.
 Keadaan ini berlaku disebabkan oleh penggunaan
tekonologi yang masih rendah.
55
 Selepas tahun 80-an dengan memberi tumpuan kepada
sektor perindustrian berat dan industri berasaskan
sumber dan teknologi tinggi.
 Beberapa program telah dilaksanakan seperti
i) Kajian Dasar Perindustrian Malaysia (KDPM)
(1983),
ii) Pelan Induk Perindustrian Pertama (PIP1) (19851995),
iii) Pelan Induk Perindustrian Kedua (PIP2) (19962005) dan
iv) Akta Galakan Pelaburan 1986.
56
 Melalui Pelan Induk Perindustrian ini, sebanyak 12
sektor industri telah dikenalpasti untuk diberi perhatian.
Tujuh daripadanya adalah industri yang berasaskan
sumber tempatan seperti getah, kelapa sawit, kayukayan,
makanan, logam bukan ferus dan galian bukan logam.
 Manakala selebihnya adalah sektor yang bukan
berasaskan sumber seperti elektrik dan elektronik,
peralatan pengangkutan, mesin dan kejuruteraan,
logamlogam ferus serta tekstil dan pakaian.
57
 Selain daripada dasar-dasar tersebut, kerajaan juga
telah memperkenalkan satu lagi dasar iaitu Dasar
Industri Berat Negara. Ianya bertujuan untuk
mengurangkan pergantungan negara kepada negara luar
dalam mendapatkan bekalan peralatan jentera bagi
keperluan dan kegunaan tempatan.
 Antaranya Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad
(HICOM) dan Perusahaan Otomobil Nasional Berhad
(PROTON).
58
KESIMPULAN
Kerajaan meletakkan matlamat perpaduan negara
sebagai agenda utamanya. Matlamat ini hanya boleh
dicapai melalui pembangunan sosioekonomi yang
melibatkan
pertumbuhan
ekonomi,
pengagihan
pendapatan, kestabilan dan kesejahteraan umum.
59