Pembangunan EkonomiI

Download Report

Transcript Pembangunan EkonomiI

PEMBANGUNAN EKONOMI
DALAM KONTEKS HUBUNGAN
DI MALAYSIA
OLEH:
RODIAH AB RAHIM
SITI NAD’DUWAH KAMARUDIN
3PISMP KS 1
PENSYARAH:
EN GHZALI BIN ISMAIL


Pembangunan dan pertumbuhan ekonomi tidak
dapat dipisahkan daripasa konteks sosial.
Sebagai negara yang majmuk,isu pembangunan
ekonomi sangat berkait rapat dengan isu sosial
terutama isu kemiskinan dan agihan pendapatan
menurut golongan etnik.
Isu agihan kekayaan negara


Di Malaysia ,isu agihan ini dapat dilhata dari dua
sudut:
*Kelas sosial yang berbeza
*Kelompok etnik yang berbeza
Isu ini cuba diatasi oleh Dasar Ekonomi Baru



Peranan orang Cina dalam mengembangkan dan
memesatkan ekonomi negara adalah antara
sumbangan terpenting.
Hal ini diakui sejak awal-awal kedatangan
golongan imigran Cina.
Mengikut Francis Light –orang Cina merupakan aset
terpenting dan dapat menjana pendapatan tanpa
perbelanjaan dan usaha luar biasa kerajaan British.

Menurut Dr.Mahathir Mohamad,masyarakat Cina
ialah pembayar cukai tertinggi di Malaysia di
mana ia penting untuk pembangunan negara.


Manakala masyarakat India telah
menyumbangkan tenaga mereka dalam
pembangunan negara dalam sektor
perladangan getah .
Mereka juga memainkan peranan terpenting
dalam penyediaan prasana negara khususnya
membina jalan raya dan kereta api.

Tambahan mereka juga menyumbangkan melalui
kegiatan profesional sama ada doktor,peguam
ataupun pentadbir.
Penyusunan
semula
masyarakat
Membasmi
Kemiskinan
DASAR
EKONOMI
BARU

Dasar ekonomi dan politik yang diamalkan oleh
pihak British menyebabkan pembangunan yang
tidak seimbang antara kawasan bandar dan
luar bandar ,dan selanjutnya terdapat jurang
perbezaan ekonomi kelompok etnik.


Banci penduduk 1970 menunjukkan bahawa 49.3 %
daripada semua keluarga di Semenanjung Malaysia
menerima pendapatan di bawah garis kemiskinan .
Daripada jumlah semua keluarga miskin, sebanyak
86% berada di kawasan luar bandar dan 14% di
kawasan bandar.


Dilihat daripada sudut pembahagian pekerjaan
pada tahun 1970 pecahan mengikut kelompok
etnik turut menunjukkan ketidakseimbangan.
Dalam sektor pertanian, etnik Melayu merupakan
majoriti dengan meliputi 67.6 %, etnik Cina hanya
meliputi 19.9 %, manakala etnik India berjumlah
11.5 %, dan lain-lain kelompok sebanyak 1 %.


Dalam sektor perlombongan, etnik Cina mendominasi
dengan jumlah 58.7 %, etnik Melayu hanya meliputi
32.1 %, etnik India sebanyak 8.5 % dan lain-lain
kelompok sebanyak 0.7 %.
Dalam sektor perniagaan, perdagangan,
pentadbiran awam, pendidikan, pertahanan dan
kemudahan awam, etnik Melayu meliputi 42.6 %,
etnik Cina 45.5 %, etnik India 10.7 % dan lain-lain
kelompok sebanyak 1.2 %
Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan
Hubungan Etnik



Ketidaksamerataan ekonomi menjadi sebab utama berlakunya
kecemburuan sosial sehingga mencetuskan Peristiwa 13 Mei
1969.
Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosial ekonomi itu,
kerajaan telah mengusahakan supaya satu pendekatan baru
dalam rancangan pembangunan negara yang melibatkan
program 20 tahun iaitu daripada 1971-1990 yang dikenali
sebagai Dasar Ekonomi Baru.
Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan suatu dasar yang
diperkenalkan dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah
perbezaan ekonomi antara sektor dan etnik agar kestabilan
ekonomi dan politik dapat dicapai.

Dasar Ekonomi Baru mempunyai dua sasaran, iaitu,
 mengurang
dan seterusnya membasmi kemiskinan
dengan memperbanyakkan peluang-peluang
pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira etnik
 menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan
dan seterusnya menghapuskan pengenalan etnik
mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

Antara matlamat DEB ialah menyusun semula
pemilikan harta dengan meningkatkan pemilikan
saham Bumiputera sehingga sekurang-kurangnya
30 % menjelang tahun 1990.
Usaha yang dirangka untuk menyelesaikan masalah
sosial ekonomi dan projek pembangunan :



Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan
rakyat yang menganggur.
Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.
Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di
sektor yang rendah daya pengeluarannya kepada
sektor yang lebih lumayan.





Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara
kelompok etnik, antara kawasan bandar dan luar
bandar dan antara wilayah.
Memodenkan kehidupan di luar bandar.
Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan
Bumiputera.
Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan
komposisi kelompok etnik di Malaysia.
Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui
pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan-kemudahan
infra-struktur dan lain-lain
Strategi dalam Dasar Ekonomi Baru:



Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan
golongan miskin melalui proses memodenkan kawasan
luar bandar.
Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam
struktur guna tenaga.
Menambahkan dengan lebih cepat lagi bilangan rakyat
Malaysia dalam pemilikan modal dalam stok syarikat
dan pertumbuhan ekonomi.



Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan
perindustrian di kalangan orang Melayu dan
golongan Bumiputera supaya dapat membentuk
dan memiliki 30% ekonomi dalam tahun 1990
Menubuhkan beberapa agensi seperti MARA, Bank
Pembangunan, Bank Bumiputera, Amanah Saham
Nasional.
Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap
mundur melalui pembangunan wilayah baru seperti
DARA, KESEDAR, KEJORA dan sebagainya.


Dasar Ekonomi Baru bermatlamatkan perpaduan
negara dan dilaksanakan melalui proses pembasmian
kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat di
dalam konteks keselamatan negara yang kukuh.
Usaha ini memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih
daripada pihak kerajaan dan kakitangannya, malah ia
memerlukan perubahan sikap, tenaga dan pemikiran
seluruh rakyat, termasuk daripada sektor swasta.


Perlu disedari bahawa Dasar Ekonomi Baru hanya
mensasarkan 30 % pemilikan saham oleh golongan
Bumiputera dan bukannya 100 % pemilikan saham.
Oleh yang demikian, tidak wajar untuk mengatakan
bahawa Dasar Ekonomi Baru sebagai suatu dasar
yang bersifat diskriminatif


Kebanyakan syarikat milik usahawan bukan Melayu
telah mempunyai pengalaman yang lebih lama dan
luas, maka mereka lebih berkemampuan untuk
menghadapi krisis ekonomi.
Syarikat-syarikat milik golongan Bumiputera, yang
kebanyakannya lahir daripada Dasar Ekonomi Baru
dan Dasar Penswastaan, terpaksa berhempas pulas
untuk bertahan.
KRISIS KEWANGAN



Krisis kewangan 1985-1986 terjadi akibat kejatuhan harga
komoditi.
Krisis kewangan negara 1997-98 berpunca daripada
kejatuhan nilai ringgit yang mendadak pada ketika itu.
Kerajaan tidak berkesempatan mempertahan dan
menstabilkan nilai ringgit apabila mata wangnya.
Pada pertengahan 1998, terdapat lebih 25, 000 syarikat
dalam kategori industri kecil dan sederhana (IKS) yang
mengalami masalah dan terdapat 191 buah syarikat yang
majoriti sahamnya dimiliki golongan Bumiputera telah muflis.
RANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN


Rancangan pembangunan lima ini dilaksanakan sejak 1950
bagi memperbaiki kedudukan ekonomi yang terjejas akibat
perang dunia kedua
Terdapat dua rancangan pembangunan yang digubal oleh
British
 Draf Rancangan Pembangunan (1950-1955)

Rancangan 5 tahun Malaya Pertama (1956-1960)
Rancangan Pembangunan 5 tahun
Draf
Pembangunan
Lima Tahun
(1950-1955)
Rancangan
Malaysia Kelima
Rancangan
Malaysia Keenam
Rancangan Lima
Tahun Malaya
Pertama (19561960)
Rancangan
Malaysia
Keempat
Rancangan
Malaysia ketujuh
Rancangan Lima
Tahun Malaya
Kedua (19611965)
Rancangan
Malaysia Ketiga
Rancangan
Malaysia kelapan
Rancangan
Malaysia
Pertama (19661970)
Rancangan
Malaysia Kedua
(1971-1975)
Rancangan
Malaysia
kesembilan
Rancangan
Malaysia
kesepuluh
Rancangan Lima Tahun Malaya yang Pertama (19561960)



Rancangan Malaya Pertama merupakan rancangan
pembangunan pertama negara selepas mencapai
kemerdekaan
Rancangan ini memberi tumpuan pada pembangunan luar
bandar terutama untuk memulihkan perusahaan getah supaya
dapat bersaing dengan getah tiruan.
dua matlamat utama berikut;
i. Membangunkan sektor ekonomi di luar bandar bagi
merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara penduduk
luar bandar dan bandar.
ii. Mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan
masyarakat luar bandar.
Rancangan Lima Tahun Malaya Kedua
(1961-1965)

Rancangan Malaya kedua memberi tumpuan untuk
menyediakan lebih banyak kemudahan asas dan
mempelbagaikan ekonomi di kawasan luar bandar
menekankan matlamat berikut
 Mengurangkan jurang perbezaan taraf hidup antara
kawasan
 Mewujudkan peluang pekerjaan untuk penduduk di luar
bandar
 Menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti
kemudahan kesihatan pelajaran dan perumahan untuk
penduduk di luar bandar.
 . Mempelbagaikan kegiatan pertanian dengan menekankan
pengeluaran pertanian yang lain sebagai tambahan
kepada tanaman getah.
Rancangan Malaysia Pertama
(1966 – 1970)


Rancangan Malaysia Pertama memberi tumpuan pada
pembangunan negara secara menyeluruh yang meliputi semua
bidang ekonomi.
Program pembangunan negara melalui Rancangan ini
berasaskan satu rancangan bersepadu berikutan kemasukan
Sabah dan Sarawak ke dalam persekutuan Malaysia.

Matlamat utama Rancangan Malaysia Pertama adalah
Mempelbagaikan kegiatan ekonomi dalam sektor
perindustriaan untuk mengurangkan kebergantungan
kepada getah dan bijih timah.
 Mengadakan peluang pekerjaan sebagai usaha untuk
mengurangkan penggangguran
 Meningkatkan pendapatan dan penggunaan sumber
dalam rakyat berpendapatan rendah.
 Mempercepat integrasi dalam kalangan penduduk dan
negeri di Malaysia

Rancangan Malaysia Kedua
(1971 – 1975)



Rancangan Malaysia Kedua dilaksanakan untuk memperbaiki
kedudukan ekonomi yang tidak seimbang antara kawasan dan
kaum yang dianggap sebagai punca pencetus Peristiwa 13 Mei
1969.
Rancangan Malaysia Kedua merupakan siri pertama dalam
rancangan pembangunan DEB.
Matlamat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara
yang dilaksanakan melalui serampang dua mata antaranya :
 Mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan
 Mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat
Malaysia

Usaha-usaha membasmi kemiskinan
 Mewujudkan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor
untuk diisi oleh semua kaum.
 Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum
dan wilayah.
 Meningkatkan daya pengeluaran dan pendapatan dengan
menambahkan kemudahan untuk semua golongan miskin di
bandar dan luar bandar.
 Memperbaiki taraf hidup dan kualiti kehidupan melalui
pelajaran, latihan, kesihatan dan kemudahan infrastruktur.
 Mewujudkan suasana pekerjaan yang menggambarkan
komposisi kaum.
Rancangan Malaysia Ketiga
(1976 -1980)


RMK ke 3 merupakan peringkat kedua DEB. Buat pertama kali
rancangan pembangunan wilayah diperkenalkan dalam
rancangan pembangunan negara.
Tujuan utama diberikan kepada penanaman getah dan
kelapa sawit untuk tujuan eksport. Isu perpaduan masih
menjadi perhatian utama dalam pembangunan ekonomi.
Rancangan Malaysia Keempat (1981
– 1985)


Rancangan Malaysia keempat adalah rancangan untuk
memperkemas langkah dan program yang terkandung dalam
Rancangan Malaysia Kedua dan Rancangan Malaysia Ketiga
untuk mencapai sosioekonomi DEB.
Program pembangunan masih diteruskan dengan memberi
keutamaan kepada sektor perusahaan dan pertanian.
Penekanan diberikan kepada perusahaan berat berasaskan
pelaburan modal dan penggunaan teknologi tinggi serta
keperluan tenaga pekerja yang mahir.
Rancangan Malaysia Kelima(1986-1990)


RMK ke 5 masih meneruskan pembangunan sektor pertanian
dan dilaksanakan melalui penggunaan tanah dengan lebih
cekap, memaksimunkan sumber tenaga manusia dan
menambahkan peluang latihan kemahiran dalam sektor awam
dan swasta.
Usaha mempercepatkan perkembangan sektor perusahaan
diperkenalkan dengan;
i. Meningkatkan peranan sektor swasta dan kecekapan
pengurusan dalam kalangan agensi kerajaan.
ii. Mempergiat perusahaan pembuatan dengan menubuhkan
Perusahaan Otomobil Nasional Berhad iaitu perusahaan
membuat kereta nasional negara.
Rancangan Malaysia Keenam (1991 – 1995)


Rancangan Malaysia Keenam digubal untuk mengekalkan
pembangunan dan menguruskan kejayaan ekonomi negara
supaya pembangunan seimbang dapat dicapai selaras
dengan objektif yang ditetapkan oleh Dasar Pembangunan
Nasional.
Strategi yang digariskan untuk mencapai matlamat RMK ke 6
i. Meningkatkan Kecekapan dan daya saing ekonomi dengan
menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam
mengembangkan ekonomi negara.
ii. Mengurangkan penyertaan secara langsung sektor awam
dengan meningkatkan keupayaan sedia ada sektor swasta
untuk melaksanakan program pembangunan infrastruktur,
pembangunan sumber manusia dan penyediaan perkhidmatan
sosial.cekap kepada sektor-sektor ekonomi yang produktif.

iii. Mengekalkan dasar liberalisasi dan pelonggaran peraturan
undang-undang untuk memperbaiki iklim pelaburan dalam
negara menggalakkan pertumbuhan sektor swasta dan
pelaburan asing.
iv. Menggalakkan pertumbuhan pesat proses perindustrian
dengan menggunakan teknologi yang lebih canggih bagi
menghasilkan keluaran yang berkualiti untuk memenuhi
keperluan pasaran di negara maju.
v. Mengukuhkan perkembangan pasaran kewangan dan modal
supaya tabungan dalam negara dapat ditingkatkan dan
disalurkan secara
Rancangan Malaysia Ketujuh (1996 – 2000)


RMK 7 digubal seiring dengan hasrat negara menyokong dan
mengekalkan proses pembangunan. Teras RMK 7 adalah untuk
meningkatkan pertumbuhan potensi keluaran, memesatkan
peralihan struktur dan pembangunan seimbang.
Tumpuan Rancangan adalah untuk meningkatkan produk dan
kecekapan, terutama melalui pemberian insentif kepada
sektor swasta
Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005)


Menekankan unsur kaum, penyusunan semula masyarakat dan
pembangunan yang seimbang masih menjadi strategi utama
Dasar Wawasan Negara.
RMK 8 merupakan rancangan pembangunan pertama dalam
Rangka Rancangan Jangka Panjang. Dasar Wawasan Negara
yang terkandung dalam RRJP3 berperanan menentukan arah
pembangunan negara dalam dekad pertama abad ke 21.


Rancangan Malaysia Kelapan menggabungkan strategi,
program dan projek yang dirangka bagi mencapai objektif
Dasar Wawasan Negara, iaitu menjamin pertumbuhan mapan
dan pengukuhkan daya tahan ekonomi negara serta
mewujudkan masyarakat yang bersatu dan saksama.
Dasar Wawasan Negara menggabungkan teras dan dua
dasar pembangunan terdahulu, iaitu Dasar Ekonomi Baru dan
Dasar Pembangunan Nasional dengan objektif utamanya untuk
mencapai perpaduan nasional. Pembasmian kemiskinan tanpa
mengira
Rancangan Malaysia Kesembilan (2006 -2010)


Rancangan Malaysia Kesembilan merupakan peringkat kedua
pelaksanaan RRJP3 dan fasa kedua pelaksanaan Wawasan
2020. Penekanan diberikan kepada pembangunan insaniah
yang melibatkan penggunaan secara optimum pembangunan
fizikal yang telah disediakan.
Rancangan ini menggariskan enam cabaran;
i. Meningkatkan prestasi dan kemampuan Malaysia
ii. Mengukuhkan daya saing dan daya tahan ekonomi negara
dan meningkatkan kegiatan inovasi
iii. Meningkatkan daya pengeluaran dan tahap pengetahuan
dalam ekonomi.
iv. Membangunkan sumber manusia.
v. Memperhebat langkah pembasmian kemiskinan.
vi. Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan berkualiti
tinggi melalui sistem yang cekap dan berkesan.



Persekutuan Tanah Melayu ingin wujudkan perpaduan rakyat
dan juga mewujudkan integrasi antara Semenanjung, Sabah
dan Sarawak. Selain itu, Ingin mengurangkan kadar
pengangguran, membangunkan ekonomi luar bandar dan
mempelbagaikan ekonomi supaya tidak bergantung kepada
getah dan bijih timah.
Tragedi 13 Mei 1969 menyedarkan kerajaan timbulnya
masalah perbalahan kaum adalah disebabkan
ketidakseimbangan dalam pembangunan ekonomi antara
kaum
Pembahagian buruh seperti yang disaksikan pada zaman
penjajahan berterusan pada tahun-tahun 1960an. Adalah
didapati golongan yang paling menganggur ialah orang
Melayu dan ini diikuti oleh orang India. Dalam sektor
pelaburan didapati orang Melayu hanya memiliki 1%
pelaburan dalam perniagaan berdaftar.



Dalam usaha kerajaan membantu ekonomi orang Melayu di
luar bandar kerajaan telah menubuhkan pelbagai agensi
antaranya :
RIDA (Rural Industrial Development Authority) berfungsi untuk
memajukan masyarakat luar bandar melalui pembangunan
sosial, ekonomi dan infrastruktur.
FELDA (Federal Land Development Authority) pada 1956
untuk membuka dan memajukan tanah baru secara besarbesaran bagi pertanian dan penempatan
Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada
1959, satu Kementerian yang secara khusus menjaga hal-ehwal
luar bandar ditubuhkan.
FAMA (Federal Agricultural Marketing Authority) pada 1965.


Pada tahun1961 Jawatankuasa Pembangunan Kampung
ditubuhkan bagi melibatkan orang Melayu secara langsung
dalam proses perancangan dan pelaksanaan program
pembangunan.
Bank Bumiputera ditubuhkan pada 1965 dengan modal
sebanyak RM20 juta untuk berperanan sebagai institusi yang
boleh membekalkan kredit serta khidmat nasihat kepada
peniaga bumiputera.
Amanah Saham MARA dilancarkan pada 1967 untuk
menggembling tabung simpanan Melayu.
Dewan Perniagaan Melayu Bersekutu ditubuhkan pada 1967
sebagai urursetia bagi golongan kapitalis Melayu.
Status Ekonomi Cina



Kedudukan ekonomi Cina amat teguh selepas merdeka
disebabkan kemahiran orang Cina berdagang dan juga
sumbangan persatuan-persatuan Cina untuk mengumpul modal.
Konsep perniagaan ala kongsi telah membantu kaum Cina
mengumpul modal dan mengukuhkan modal di kalangan
komuniti mereka.
Keadaan ini juga dibantu oleh lokasi orang Cina di bandar
yang telah mendedahkan mereka dengan satu sistem
pendidikan yang baik.
Status Ekonomi India


Dasar kerajaan yang baru merdeka untuk mengambilalih
ladang-ladang milik pengusaha asing mempunyai kesan yang
serius ke atas buruh eset.
Pengusaha Barat mula menjual ladang-ladang mereka dan
meninggalkan negara.
MIC telah cuba menyelamatkan nasib buruh-buruh India
dengan membeli ladang-ladang kecil dengan menubuhkan
National Land Finance-Co-operative Society Lmtd (NLFCS)
pada 1960. MIC dan NLFCS telah mendesak kerajaan
menggubal undang-undang untuk mengawal penjualan estet
yang luasnya melebihi 100 ekar.



Antara 1961-1969, NLFCS telah membeli 18 estet.
Pembangunan Ekonomi dan Hubungan Etnik Sejak Tragedi 13
Mei 1969 Hingga 1990. Tun Razak menyedari bagi
membangunkan ekonomi negara, kerajaan harus mengelakkan
perbalahan kaum.
Untuk itu parti Perikatan diperluaskan dan pada 1974 Barisan
Nasional (BN) dibentuk dan ia menyaksikan penyertaan lebih
banyak parti politik dan mengurangkan politiking.
Tujuan utama rancangan ini adalah untuk memperteguhkan
sokongan orang Cina. Ia adalah strategi politik yang digelar
sebagai “ethnic corporatism”.



Yang seterusnya Kerajaan ingin memodenkan kehidupan
masyarakat luar bandar dan mempertingkatkan penyertaan
kaum bumiputera dalam bidang perusahaan dan perniagaan.
Objektif ini mengalami sedikit perubahan pada tahun-tahun
1980-an apabila dinyatakan satu lagi objektif adalah untuk
menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam pembangunan
negara.
Kerajaan memperkenalkan DEB dan ia menyedarkan orang
Cina betapa perlunya bekerjasama dengan orang Melayu
untuk mendapat faedah ekonomi.



Kaum Cina mula mengubah strategi perniagaan mereka
daripada berniaga sebagai individu kepada kumpulan.
Pada 1989 kerajaan telah menubuhkan Majlis Perundingan
Ekonomi Negara untuk melahirkan rasa kebimbangannya
dengan nasib kaum India yang ketinggalan di bawah DEB dan
ingin mengemukakan cadangan bagi merangkakan dasar
ekonomi bagi tempoh 1991-2000.
Majlis ini telah menyeru supaya kerajaan mengambil tindakan
untuk memajukan nasib orang India dibawah Dasar
Pembangunan Nasional yang akan menggantikan DEB.


DPN digubal berlandaskan wawasan 2020 untuk menjadikan
Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020.
Wawasan 2020 menekankan 9 cabaran yang perlu dihadapi
oleh rakyat Malaysia untuk muncul sebagai negara
berteknologi tinggi menjelang abad ke-21


Dasar-dasar yang menggantikan DEB cuba
mewujudkan landasan yang baik bagi memajukan
kesemua kaum di Malaysia. Namun begitu, dari
segi perlaksanaan DEB memang mempunyai
kelemahan.
Menjadi tanggungjawab kerajaan dan semua pihak
bagi memastikan apa sahaja dasar yang
diperkenalkan membawa faedah kepada semua
lapisan masyarakat tanpa meminggirkan manamana komuniti.