File - Cikgu K3 PISMP Semester 3

Download Report

Transcript File - Cikgu K3 PISMP Semester 3

TAJUK : PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS
HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
SOALAN : 1.
2.
ANALISISKAN UNSUR-UNSUR TRADISI
DALAM PERLEMBAGAAN
SEBAGAI INSTRUMEN PERPADUAN
Rancangan Pembangunan Lima tahun
NURSHAWATI BINTI ABD WAHAB
NURSHAKILA BINTI ABDULLAH
K3
Kedudukan
Istimewa Rajaraja Melayu dan
Yang Di-Pertuan
Agong
Agama
Islam
Unsur-unsur
tradisi dalam
perlembagaan
Bahasa Melayu
sebagai bahasa
kebangsaan
Hak
keistimewaan
Orang-Orang
Melayu
Sebelum Perlembagaan Persekutuan digubal,
Tanah Melayu semasa penjajahan British pada
masa itu telah pun mempunyai
perlembagaannya. Perlembagaan tersebut
digubal berikutan penubuhan Malaysan Union
1946. Walau bagaimanapun Malayan Union
telah mendapat bantahan daripada penduduk
Tanah Melayu memandangkan perlembagaan
yang dibentuk gagal memenuhi tuntutan dan
kehendak rakyatnya. Ini adalah kerana banyak
perlembagaan tersebut lebih menguntungkan
pihak British berbanding rakyat negara ini.
Bahkan perlembagaan tersebut juga dikatakan
telah mengetepikan nilai-nilai tradisi
masyarakat Melayu yang telah pun diwarisi
sejak zaman Kesultanan Melaka lagi
Bagi memenuhi tuntukan
rakyat pada masa itu, pihak
British telah menubuhkan satu
jawatankuasa khas
bagi mengkaji dan seterusnya
menggubal satu perlembagaan
yang dapat memenuhi tuntutan
rakyat di negara ini,
khususnya berkenaan
dengan nilai-nilai tradisi
masyarakat pribuminya.
Nilai-nilai tradisi yang
dimaksudkan adalah
:Kedudukan istimewa Raja-raja
Melayu; Hak keistimewaan
orang Melayu ( Agama dan
Bahasa )
Kedudukan Istimewa Raja-raja Melayu dan Yang Di-Pertuan Agong
Beberapa perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan
mempunyai kaitan dengan kedudukan istemewa Raja-raja Melayu ini
termasuklah Perkara 32,perkara 41, perkara 42, Perkara 44, Perkara153,
dan Perkara 122B, perkara 41. Tradisi pemerintahan beraja di Tanah Melayu
pada masa itu sudah pun menjadi amalan sejak zaman Kesultanan Melayu
Melaka lagi. Kesultanan Melayu merupakan elemen penting dalam masyarakat
Melayu. Ianya mengekalkan simbol penting bagi survival orang-orang Melayu.
Oleh sebab itulah unsur tradisi ini dimasukkan dalam Perlembagaan
Persekutuan kerana sudah sekian lama orang Melayu diperintah berdasarkan
pemerintahan beraja. Tambahan pula, sistem pemerintahan beraja akan dapat
meningkatkan taat setia rakyat raja dan negara ini. Ketaatan kepada raja dan
negara akan dapat memupuk persefahaman
ke arah perpaduan
Agama Islam
 Perkara 3 Perlembagaan menjelaskan bahawa
agama Islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan
tetapi agama-agama lain boleh diamalkan
denganbebas (Perkara 11).
 Namun begitu hak-hak seseorang untuk
mengembangkan agama boleh dikawal atau
disekat oleh undang-undang negeri, atau
undang-undangPersekutuan bagi kes Wilayah
Persekutuan, jika pengembangan itu dibuat di
kalangan mereka yang telah menganut agama
Islam ± Perkara 11 (4).
 Agama atau kepercayaankepada Tuhan
merupakan unsur penting dalam proses
pembangunan negara serta pembentukan rakyat
 Berdasarkan falsafah Islam membebaskan manusia
daripada perhambaan sesama manusia, maka
perlembagaan yang baik pasti akan menghormati
hak-hak rakyat dalam negara tersebut, dan tidak
cuba memaksa rakyat memperhambakan diri
mereka kepada ideologi pemerintah.
 Peruntukan undang-undang seperti ini
menunjukkan bahawa pemerintah amat
bertoleransi dengan kaum-kaum lain yang
mengamalkan agama yang berbeza. Perkara ini
diberikan perhatian supaya masyarakat lain tidak
berasa diketepikan atau ditindas dalam soal
agama.
 Ini seterusnya akan dapat mewujudkan
persefahaman dan permuafakan ke arah
perpaduan di kalangan pelbagai kaum dan agama
 Hak keistimewaan Orang-Orang Melayu
 Dalam Perlembagaan Persekutuan,hak-hak orang Melayu
dan bumiputera di Sabah dan Sarawak ada dinyatakan
dalam Perkara 153.
 Hak Istemewa Orang Melayu dan bumiputera meliputi:
BidangPerkhidmatan Awam ± Perkara 153 (2, 3 dan 4);
Bidang Ekonomi ± Perkara 153 (6)dan Bidang Pelajaran ±
Perkara 153 (2, 3 dan 4). Selain itu, kedudukan
istemewa orangMelayu dan bumiputera yang lain juga
terdapat dalam peruntukan Perkara 89 dan 90,iaitu
berhubung dengan tanah rizab Melayu;
 dan Perkara 8(5)(f) berkenaan kemasukanorang Melayu
dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang
bukan Melayusebagaimana dikuatkuasakan. Hak-hak ini
tidak boleh dipertikaikan dan ia dilindungi dibawah Akta
Hasutan 1948 (Pindaan 1971).
 Melihat dari sudut kepentingannya, kitasedar bahawa orang
Melayu merupakan penduduk asli atau pribumi negara ini.
Justeru adalah wajar orang-orang Melayu diberikan hak
keistemewaan tersebut. Ini kerana sebelum ini orang Melayu
lebih banyak terlibat dalam bidang perikanan atau
pertanian.Justeru adalah wajar orang-orang Melayu diberi
keutamaan dalam kesemua aspek yang dinyatakan di atas
bagi membolehkan mereka memperbaiki taraf hidup
yangsebelum ini agak jauh ketinggalan berbanding kaum lain
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
 Perkara 152 (1) menguatkuasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan Persekutuan. Bahasa ini secara automatiknya menjadi
bahasa perantaraan untuk digunakan dalam semua maksud rasmi.
 Maksud rasmi ditakrifkan oleh Perkara 152 (6) dengan makna apa-apa
jua maksud kerajaan sama ada kerajaan Persekutuan atau kerajaan
negeri dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa
awam.
 Jika melihat dari aspekrasional kenapa bahasa Melayu dipilih sebagai
bahasa rasmi negara, aspek sejarah perlu dipertimbangkan.
 Berdasarkan sejarah, bahasa Melayu telah pun menjadi linguafranca
sekian lamanya (Salleh Abbas, 1986).
 Jadi tujuan di sebalik meluluskan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan adalah untuk memenuhi keperluan menyatupadukan
pelbagai kaum di negara ini ke arah menjadi sebuah negara yang
bersatu melalui satu bahasa yang sama
Unsur-unsur tradisi ini perlu kerana telah wujud ratusan tahunsebelum
perlembagaan diwujudkan pada tahun 1957.
Unsur tradisi berperananmenstabilkan sistem politik negara dan laporan yang
dibuat oleh Suruhanjaya Reidmenekankan betapa pentingnya perlembagaan
mengambil kira faktor-faktor sejarah,tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud
sebelum tahun 1957 (Abd Aziz Bari, 2001).
Unsur-unsur tradisi juga merupakan satu prasyarat dan permuafakatan yang
diterimaoleh orang Melayu dan bukan Melayu. Dengan ini jelaslah bahawa
hak istimewa orangMelayu, Islam sebagai agama persekutuan dan Bahasa
Melayu diterima sebagai Bahasa Kebangsaan menjadi prasyarat penerimaan
hak kewarganegaraan oleh etnikbukan Melayu dikekal dan diperkukuh.
Prasyarat ini menunjukkan bahawa pemimpinterdahulu telah menerima satu
formula bagi menyelasaikan masalah yang wujud tanpa melibatkan konflik
antara etnik di Tanah Melayu pada ketika itu.
*
*
Rancangan Pembangunan
Lima tahun
Semasa zaman penjajahan, British telah
memperkenalkan rancangan lima tahun pertama
Persekutuan Tanah Melayu yang dikenali
sebagai “Draft Development Plan Of Malaya” (
1950-1955).
Rancangan
ini
menandakan
bermulanya modenisasi ekonomi negara yang
terus
kekal
sehingga
kini.
Menjelang
kemerdekaan, rancangan ini dikenali sebagai
Rancangan Malaya, dan kemudiannya diikuti
dengan rancangan Malaysia.
*
) Rancangan Malaya Pertama
Rancangan
Malaya
Pertama
(1956-1960)
• Menjelang
kemerdekaan,
pemimpin tempatan mula terlibat
secara langsung dalam proses
pembangunan negara.
Rancangan
Malaya
Kedua
(1961-1965)
• Selepas Pilihan Raya Umum 1959, walaupun
masih wujud pengaruh kolonial dari segi
falsafah
dan
corak
perancangan
pembangunan, tetapi kerajaan mula membuat
perubahan
dan
penyesuaian
mengikut
keperluan negara.
*
1. Rancangan
Malaysia
Pertama
(1966-1970)
2. Rancangan
Malaysia
Kedua (19711975)
Rancangan malaya
• Selepas penubuhan Malaysia, kerajaan telah
membuat perubahan dan penyesuaian dalam
perancangan pembangunan negara selari
dengan penyertaan Sabah dan Sarawak.
Pelbagai dasar dalam bidang pendidikan, bahasa
dan budaya diperkenalkan untuk melengkapi
rancangan pembangunan ekonomi tersebut.
Kerajaan terus memberi perhatian kepada
pembangunan desa dan prasarana, di samping
perindustrian gantian import. Namun begitu,
Rancangan Malaysia Pertama agak terbantut
akibat Konfrontasi Indonesia yang berakhir pada
1966 dan tragedi 13 Mei 1969
• Selepas tragedi 13 Mei 1969, Dasar Ekonomi
Baru (DEB) diperkenalkan untuk menyusun
semula masyarakat dan membasmi kemiskinan.
DEB mengambil tempoh selama 20 tahun (19711990). Rancangan Malaysia Kedua juga
memperlihatkan peralihan daripa industri gantianimport kepada industri berorientasikan eksport.
3. Rancangan
Malaysia Ketiga
(1976-1980)
• Rancangan pembangunan kali ini
merupakan lanjutan daripada
Rancangan Malaysia Kedua.
4. Rancangan
Malaysia
Keempat (19811985)
• DEB masih diteruskan dan tumpuan
turut diberikan kepada pembangunan
industri berat.
5. Rancangan
Malaysia Kelima
(1986-1990)
• DEB berakhir pada tahun 1990. kerajaan
turut memberikan penekanan kepada
industri berat dan elektronik.
6. Rancangan
Malaysia Keenam
( 1991-1995)
• Dasar Pembangunan Negara (DPN) mula
diperkenalkan sebagai ganti kepada
DEB. Rancangan pembangunan kali ini
lebih menitikberakan industri berasakan
teknologi yang lebih maju dan dasar
penswastaan
7. Rancangan
Malaysia Ketujuh
(1996-2000)
• Rancangan pembangunan yang mula
memberi perhatian kepada industri
berteraskan k-ekonomi.
8. Rancangan
Malaysia Kelapan
( 2006-2010)
• Rancangan pembangunan kali ini
adalah penerusan daripada
Rancangan Malaysia Ketujuh.
Rancangan
Malaysia
Kesembilan
(20062010)
• Rancangan pembangunan yang masih
berteraskan kepada k-ekonomi tetapi
diberi
keutamaan
kepada
pembangunan manusia (modal insan).
Islam Hadari dijadikan kerangka kerja
untuk meningkatkan kualiti modal
insan di kalangan rakyat Malaysia