Pendekatan Strategi, Kaedah, dan Teknik Pendekatan dan Strategi

Download Report

Transcript Pendekatan Strategi, Kaedah, dan Teknik Pendekatan dan Strategi

Pendekatan Strategi, Kaedah,
dan Teknik
Pendekatan dan Strategi
 Pemusatan Guru
 Pemusatan Pelajar
 Berdasarkan sumber
 Induktif
 Elektif
 Deduktif
Tematik
 Pembelajaran Masteri
Ciri-Ciri Pemusatan Guru
1.Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan peranan
yang pemting, sedangkan murid berperanan sebagai penonton
sahaja.
2.Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah sehala. Guru
banyak bercakap dan murid banyak mendengar.
3.Ciri kepimpinan guru bersifat autokratik. Murid-murid tidak berpeluang
menyumbangkan pendapat mereka. Guru banyak bertindak
mengawal dan memberi arahan.
4. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian
objektif pengajaran guru.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada
penyebaran nilai murni atau perkembangan emosi .
Strategi ini mementingkan pencapaian murid berdasarkan keputusan
uijan dan peperiksaan
Teknik mengajar guru ditumpukan kepada penyampaian fakta-fakta
secara menghafal. Pembelajaran murid banyak berbentuk mengingat
dan menghafal dan kurang berupaya membuat intepretasi.
Interaksi di antara murid adalah pasif dan sifat-sifat sosial yang
positif kurang dapat dipupuk.
Mementingkan pengolahan kaedah keseluruhan kelas. Perbezaan
murid dari segi kebolehan dan minat tidak diberi perhatian
Di bawah strategi pemusatan guru, murid-murid menjadi kurang
kreatif dan tidak berinisiatif.
Ciri-Ciri Pemusatan Pelajar
1.
2.
3.
4.
Dalam aktiviti pengajaran dna pembelajaran murid memainkan
peranan yang penting, sedangkan peranan guru merupakan
pemimpin yang memimbing murid menjalankan aktiviti
pembelajaran.
Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah secara
dua hala. Guru menggunakan kaedah menyoal dan memimbing
murid supya berfikir dan bertindak balas dengan memberi jawapan
kepada mereka
Ciri kempimpinan guru bersifat demokratik. Murid-murid sentiasa
digalakan memberi pendapat mereka Guru banyak menggunakan
kaedah berbincang dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran
Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan
pencapaian objektif pembelajaran murid.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
Perkembangan murid adalah secara menyeluruh dan
seimbang dari segi intelek, rohani, sosial dan jasmani
Uijan formatif adalah ditekankan dan keputusan uijan
kerap sekali digunakan untuk mengkaji kelemahankelemahan murid.
Penyampaian guru ditumpukan kepada pengajaran yang
bermakna supaya murid-murid memahami fakta-fakta
yang disampaikan dan mereka berupaya membuat
kesimpulan
Peluang interaksi di antara murid adalah banyak dan
sifat-sifat sosial yang positif seperti tolong-menolong
bekerjasama dan bertolak ansur dapat dipupuk.
Strategi ini mementingkan pengolahan kaedah
kumpulan.
Di bawah strategi pemusatan murid, murid-murid
menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif
Ciri-Ciri Pemusatan Bahan
1.
2.
3.
4.
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan pelajaran
memainkan peranan penting.Guru atau murid perlu bergantung
sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran untuk mencapai
objektif pelajaran
Komunikasi dan interaksi berlaku di antara guru dengan bahan
pengajaran, atau di antara murid dengan bahan pembelajaran.
Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan
kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk
mencapai objektif pelajaran
Strategi ini menekankan perkembangan kognitif, jasmani dan
rohani. Penggunaan alat bantu mengajar dapat membantu murid
memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas. Melalui latihan
penggunaan bahan pembelajaran , murid dapat membina kemahiran
mereka dengan penggunaan alat bantu mengajar. Di samping itu,
mereka dapat memupuk semangat berdikari dengan menjalankan
aktiviti pembelajaran tanpa kehadiran guru
5.
6.
7.
Pengajaran guru adalah ditumpukan kepada pengajaran yang
bermakna menarik serta berkesan
Peluang interaksi di antara murid adalah banyak. Sifat sosial yang
positif dapat dipupuk melalui keadah kumpulan yang melibatkan
penggunaan bahan pembelajaran supaya menghasilkan sesuatu
projek atau menjalankan sesuatu ujikaji
Strategi pemusatan bahan pelajaran juga mementingkan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang bermakna melalui pengalaman
yang sebenar.
Strategi Induktif
1.
2.
3.
4.
5.
Sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran guru perlu
menyediakan contoh-contoh yang sesuai untuk murid membuat
rumusan
Murid dibimbing melalui aktiviti penyoalan supaya dapat membuat
kesimpulan sendiri
Pelbagai contoh yang mengandungi ciri-ciri yang sama untuk
memudahkan murid membuat kesimpulan samada daripada guru
atau murid
Guru menyediakan alat bantu mengajar yang bersesuaian
Aktiviti perlu dipelbagaikan dan menarik perhatian murid
MODEL INDUKTIF
Merancang Aktiviti
Kenalpasti
Maklumat
Sediakan
Contoh
Pelaksanaan
Membuat Kesimpulan
Memberikan contoh-contoh
Memberikan contoh-contoh
Mencuba Generalisasi
Membuat Generalisasi
Membuat Konsep
Penilaian
Pendekatan Induktiv/
Binaan/ Jumpaan
Strategi Elektif
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
Kombinasi pendekatan deduktif dan pendekatan induktif
Murid-murid diilibatkan secara aktif dalam pembelajaran sama ada
dalam tugas mengasas rumusan ataupun memberikan contoh.
Guru memberikan input terlebih dahulu-ini memudahkan murid
memberikan contoh dan menbuat rumusan
Guru boleh menggunakan kreativiti sendiri dengan tidak terikat
kepada mana-mana pendekatan yang khusus
Pendekatan ini banyak menggunakan latihan
Guru boleh mengajar mengikut kebolehan dan kemampuan kanakkanak
Pendekatan ini sesuai untuk murid pelbagai kebolehan
Strategi Deduktif




Juga dikenali sebagai Pendekatan Cerakinan
Kamaruddin Haji Husin 1988;81: Satu pendekatan mengajar yang
memulakan satu kajian dengan melihat secara keseluruhan aspek
pembelajaran sebelum kesimpulan-kesimpulan tentangnya dilakukan
Pendekatan memggunakan penguasaan peraturan/hukuman daripada
aspek penggunaan
Membuat satu cerakinan daripada yang umum kepada spesifik
MODEL DEDUKTIF
Merancang
Kenalpasti
Maklumat
Sediakan
Contoh
Pelaksanaan
Penilaian
Menjelaskan
Definasi/Konsep Atau Generalisasi
Ilustrasi/Contoh-contoh
Mencuba Generalisasi
Membuat Generalisasi
Membuat Konsep
Pendekatan
Deduktif/Cerakinan
PENDEKATAN TEMATIK
1.
2.
3.
4.
5.
Tematik merujuk kepada satu koleksi idea mengenai sesuatu objek
yang tertentu
Satu-satu tema itu dipecahkan kepada komponen-komponen yang
kecil
Mempunyai tajuk umum yang boleh dikembangkan kepada topiktopik kecil dan semuanya berkait dengan tajuk umum
Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam pengajaran
Pendekatan secara tema akan membolehkan pelajar menganalisis,
membuat generalisasi dan mengaplikasikan pengetahuan.
Pengggabunggan pelbagai idea yang berkaitan mebolehkan pelajar
menyatukan fakta-fakta
PEMBELAJARAN MASTERI
Konsep
1.
Konsep ini diperkenalkan oleh B.S Bloom pada tahuntahun 60an berdasarkan satu prinsip iaitu semua murid
boleh menguasai sesuatu pekara sekiranya
- Ada masa yang mencukupi untuk murid menguasainya
- Pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti
2.
Dalam proses pembelajaran masteri,guru mesti pastikan
semua murid dapat menguasai perkara-perkara yang
diajar dalam satu unit pembelajaran
3.
Guru juga perlu memastikan semua murid dapat
menguasai satu tajuk sebelum ke unit pembelajaran atau
tajuk yang lain
Pembelajaran Masteri(2)
4. Peranan guru ialah untuk menenentukan
pelajaran yang perlu dikuasai
5. Ia juga perlu mengajar dengan kaedah atau
aktiviti yang berkesan dan bahan yang
sesuai
6. Ia juga perlu merangsang kemahiran berfikir
dikalangan pelajar
KESEPADUAN
1.
2.
Dalam program KBSM, semua mata pelajaran
disepadukan dan dikaitkan diantara satu sama lain
dengan menyerapkan unsur-unsur nilai murni dalam
setiap mata pelajaran
Konsep bersepadu bermaksud penguasan ilmu
pengetahuan, kemahiran, bahasa, pemupukan nilai-nilai
murni melalui pendekatan integrasi dan penyerapan
dalam semua mata pelajaran KBSM
PENYEBATIAN
1.
Ia melibatkan strategi perkembangan dan peningkatan daya intelek
dan kemahiran berfikir
2.
Ia juga melibatkan strategi penyerapan nilai-nilai murni dalam
semua matapelajaran termasuk kokurikulum
3.
Ia juga menekankan kepada strategi berpusatkan pelajar
4.
Tujuan utama strategi ini ialah untuk mencapai Falsafah dan
Matlamat Pendidikan Negara
KLIK DI SINI UNTUK KEMBALI KE LAMAN UTAMA