Transcript peda bab 3
JABATAN : JABATAN ILMU PENDIDIKAN MATA PELAJARAN : PEDAGOGI TAJUK PEMBENTANGAN : KONSEP PENDEKATAN, KAEDAH, TEKNIK, AKTIVITI DAN STRATEGI. •Kamus Dewan (1998) – Pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. • Konteks Pendidikan – Pendekatan adalah cara mendekati sesuatu. • Edward M. Anthony – Pendekatan ialah satu set andaian yang (1963) saling berkait dengan proses P&P mempunyai unsur aksiomatik. • Kesimpulan : Pendekatan di dalam bidang pendidikan merujuk kepada satu set teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan kepada objektifnya dalam jangka yang panjang. • Pendekatan boleh dirumuskan bahawa : 1. Pendekatan harus berlandaskan kepada kepada model, prinsip atau teori pembelajaran. (a) daripada konkrit kepada abstrak (b) daripada mudah kepada kompleks (c) daripada keselurhan kepada bahagian (d) daripada umum kepada spesifik (deduktif) (e) daripada spesfik kepada umum (induktif) (f) daripada dekat kepada jauh (g) daripada diketahui kepada belum diketahui 2. Pendekatan adalah aksiomatik iaitu kenyataannya dianggap benar tanpa memerlukan bukti @ alasan. • Kamus Dewan (1998) – Kaedah adalah cara atau peraturan membuat sesuatu, hukum atau prinsip. • Edward M. Anthony (1963) • Kesimpulan : – Kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu prosedur yang tersusun berdasarkan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih. Kaedah adalah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas dan sistematik. Ia merupakan langkah-langkah atau peringkatperingkat pengajaran yang tersusun rapidan kesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi mencapai sesuatu pelajaran. 1. Untuk mencapai objektif dalam jangka masa yang pendek. 2. Murid dapat belajar dengan lebih berkesan. 3. Murid merasa seronok dan gembira dalam aktiviti p&p yang dijalankan. • Perancangan kaedah boleh dilakukan melalui cara-cara berikut : (a) Kenal pasti terlebih dahulu apa yang hendak digunakan. (b) Tetapkan bahan yang hendak disampaikan. (c) Tetapkan langkah-langkah mengikut aktiviti yg akan diperkenalkan. (d) Tetapkan alat bantu mengajar yang diperlukan. (e) Susunkan langkah-langkah secara berperingkat-peringkat. • Konteks Pendidikan – Teknik mengajar boleh ditakrifkan sebagai kemahiran guru digunakan untuk pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti P&P. • Edward M. Anthony – Teknik mengajar merujuk kepada satu (1963) muslihat atau strategi atau kemahiran yang digunakan oleh guru. • Kesimpulan : Teknik mengajar merupakan kemahiran guru yang digunakan dalam melaksanakan p&p untuk mencapai objektif pelajaran secara optimum. • Tujuan : (a) Untuk mencapai objektif pelajaran secara optimum. (b) Untuk menarik minat murid dan mengekalkan perhatian pada pelajaran. (c) Membangkitkan rasa ingin tahu murid. • Pemilihan teknik mengajar berdasarkan : (a) Umur (b) Kecerdasan (c) Kebolehan (d) Minat murid • Pemilihan teknik yang sesuai berkait rapat dengan aras kemahiran objektif pelajaran adalah seperti berikut : Asas Kemahiran Teknik Mengajar Pengetahuan Latihan tubi dan hafalan Kefahaman Syarahan Aplikasi Tunjuk cara (Demonstrasi) Analisis Penyoalan Sintesis Perbincangan Penilaian Sumbangsaran • Teknik mengajar boleh diklasifikasikan kepada ketegorikategori yang menegaskan isi kandungan atau proses. Cara Menegaskan Isi Kandungan Dikendalikan oleh guru Bercerita Syarahan Perbincangan Penyoalan Demonstrasi Dikendalikan oleh murid sendiri Latih tubi & hafalan Sosiodrama Main peranan Simulasi Permainan Menegaskan Proses Penyelesaian masalah Sumbangsaran • Konteks Pendidikan – Segala gerak kerja yang dijalankan oleh guru dan murid-murid untuk mencapai objektif pelajaran. • J. Dewey ( 1910) – Pelajaran harus berasaskan kepada aktiviti murid. • Kesimpulan : Aktiviti adalah suatu pendekatan baru dalam pendidikan moden yang menegaskan pembelajaran berasaskan kepada aktiviti murid untuk mencapai objektif pelajaran . Ia berkait rapat dengan strategi pengajaran dan pembelajaran. • Tujuan : (a) Perkembangan murid dari segi JERIS secara menyeluruh dan seimbang. (b) Murid dapat belajar dengan lebih berkesan melalui cara praktik. (c) Murid merasa seronok dan gembira dalam aktiviti p&p yang dijalankan. • Kamus Dewan (1998) – Rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Ia meliputi kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara. • Konteks Pendidikan – Kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satupengajaran berdasarkan • Kesimpulan : objektif pelajaran yang telah ditentukan. Strategi pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum sekali dan objektif jangka panjang. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling maksimum. • Dalam startegi pengajaran dan pembelajaran, ia merangkumi : 1. Penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran. 2. Pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan. 3. Penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dgn mengikut teori dan prinsip pembelajaran. 4. Pengagihan masa dan langkah mengajar untuk setiap kaedah dan teknik mengajar yg telah disusun. 5. Pengagihan bahan pelajar mengikut keperluannya dalam setiap kaedah dan teknik mengajar. 6. Pengurusan kelas mengikut pendekatan, kaedah dan teknik mengajar yang sesuai dipilih. Model prinsip & teori pembelajaran Pendekatan Kaedah kaedah Teknik – teknik mengajar Aktiviti Strategi pengajaran SEKIAN TErIMA KASIH