File - mohd rizal mohtar MSU Shah Alam

Download Report

Transcript File - mohd rizal mohtar MSU Shah Alam

PERSEDIAAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN PENDIDIKAN
JASMANI
DISEDIAKAN OLEH:
MOHD RIZAL BIN MOHTAR
Pengenalan
• Perancangan yang rapi membolehkan
guru menggunakan sumber dan
kemudahan dengan baik serta memberi
hala tuju kepada guru supaya
menjalankan tugas dengan baik
disamping mempastikan sukatan yang
disediakan diberi perhatian yang serius.
Penyediaan Rancangan Kerja
• Rancangan kerja merupakan suatu rancangan
yang disediakan oleh guru sebagai panduan
pelaksanaan P&P dan rancangan kerja untuk
setahun perlu disiapkan pada permulaan
tahun
• Rancangan ini mengandungi topik-topik
pelajaran dan aktiviti-aktiviti pelajar yang akan
dijalankan
• Ia disediakan berdasarkan sukatan pelajaran
Pendidikan Jasmani yang bertujuan mencapai
pembelajaran yang optimum
• Berikut adalah kepentingan penyediaan
rancangan kerja:
1. Panduan kepada guru tentang topiktopik yang akan disampaikan
2. Pemesongan topik dan objektif
pembelajaran akan dapat dielakkan
3. Pengajaran dapat dipermudahkan
kerana bahan dan alat bantu mengajar
telah pun dirancang
4. Susunan topik-topik pelajaran adalah
teratur dan mengikut prinsip
pengajaran yang sebenar
5. Membolehkan guru pengganti
mengambil alih tugas dengan mudah
6. Penyampaian topik-topik yang telah
lepas dan akan datang boleh disemak
dengan adanya rancangan kerja
7. Membantu guru-guru yang mengajar
mata pelajaran yang sama dalam bilik
darjah yang berlainan membuat
penyelarasan dengan tujuan
mengadakan ujian yang sama
• Selain dari itu, BPG telah menggariskan sebabsebab lain mengapa rancangan kerja
diperlukan
1. Membolehkan guru membuat
perancangan aktiviti P&P bagi satu
tahun mengikut penggal, mingguan dan
harian
2. Membantu guru memilih, menyusun
dan mempertingkatkan kemahirankemahiran dalam sesuatu mata pelajaran
bagi penggal, mingguan dan
harian
3. Membantu guru menentukan strategi
P&P yang mencakupi unsur
penggabungjalinan, kesepaduan dan
peruntukan masa
4. Membantu guru untuk menentukan
strategi pendidikan pemulihan dan
pengayaan
5. Membolehkan guru menyediakan
bahan-bahan P&P mengikut minat dan
kebolehan murid
• Faktor-faktor yang perlu diambilkira dalam
menyediakan rancangan kerja
1. Jumlah waktu mata pelajaran itu dalam
seminggu
2. Jumlah waktu seminggu kemudian
didarab dengan bilangan minggu dalam
satu semester
3. Jumlah hari cuti sekolah dan acaraacara sekolah (takwim sekolah perlu
diteliti)
4. Kebolehan pelajar yang berbeza di
sekolah
5. Minat pelajar yang berbeza
6. Pengetahuan sedia ada yang terdapat
pada pelajar
7. Jenis-jenis aktiviti pembelajaran dan
latihan yang dijalankan
8. Rujukan kepada sukatan pelajaran
secara keseluruhan perlu untuk
menentukan kemahiran bagi satu-satu
tahun
9. Rujukan kepada buku panduan khas
matapelajaran PJ perlu bagi
mengetahui skop kemahiran yang
dikemukakan
10. Rujukan kepada buku sumber dibuat
untuk memperoleh cadangan- cadangan
tentang bahan P&P
11. Rujukan kepada pelbagai jenis buku
panduan mata pelajaran lain bertujuan
melakukan pneggabungjalinan dan
kesepaduan
12. Rujukan kepada bahan-bahan
penilaian yang berkaitan dengan mata
pelajaran PJ hendaklah dibuat
13. Aktiviti-aktivti pemulihan dan
pengayaan yang dicadangkan
14. Kit pelajaran dan alat bantu mengajar
sedia ada
• Format Rancangan Kerja
- Format rancangan kerja yang
digunakan
oleh guru-guru di sekolah
mungkin
berbeza sedikit dari satu daerah ke satu daerah
-
Walau bagaimanapun, ketika guru
ditempatkan di mana-mana juga sekolah
nanti, guru hendaklah mencontohi
format yang digunakan di sekolah
berkenaan
Rancangan Kerja Tahunan
• Rancangan tahunan perlu disediakan untuk
memberi satu gambaran keseluruhan
terhadap kurikulum yang telah disediakan
• Ia penting sebagai panduan bertugas dan
seharusnya digunakan sebagai perancangan
penggunaan peralatan dan kemudahan yang
wujud disekolah.
• Dengan perancangan rapi masalah kekurangan
alatan dan kemudahan boleh diselesaikan
dengan mencari jalan alternatif
• Ia juga membantu mempastikan pendidikan
jasmani di ajar sebagai proses yang
berterusan.
• Tajuk-tajuk dengan unsur yang sama boleh
disusun mengikut prinsip ansur maju
• Rancangan Kerja Tahunan Mencakupi
1. Skop kemahiran bagi setahun yang
disenaraikankan dalam Buku Panduan
Khas keluaran Pusat Perkembangan
Kurikulum (PPK)
2. Senarai kemahiran-kemahiran
3. Skop pelajaran yang perlu untuk
menguasai kemahiran-kemahiran
tersebut
4. Rujukan sukatan pelajaran
• Contoh Rancangan Kerja Tahunan
• Contoh Rancangan Kerja Tahunan dan
Semester
Rancangan Kerja Semester
• Ia merupakan rancangan kerja yang disediakan
bagi satu semester
• Biasanya ia dikeluarkan sahaja dari rancangan
kerja tahunan
• Butir-butir seperti objektif pelajaran,
kemahiran-kemahiran dan isi pelajaran adalah
dinyatakan
Rancangan Kerja Mingguan
• Rancangan ini mengandungi butir-butir
seperti hari, isi pelajaran, sumber-sumber dan
kemahiran-kemahiran
• Ia mencakupi semua aktiviti pengajaran dan
pembelajaran bagi satu-satu minggu
• Contoh Rancangan Kerja Mingguan
Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
• RPH boleh didefinisikan sebagai suatu rancangan
pelajaran yang mengandungi unsur-unsur seperti
maklumat umum (kelas, tahap dan masa),
pengetahuan sedia ada pelajar, objektif
pengajaran dan pembelajaran, bahan bantu
mengajar, kaedah dan teknik pengajaran, set
induksi, perkembangan, penilaian dan penutup
yang akan disampaikan oleh guru dalam satu atau
dua pelajaran
• Guru yang masuk ke kelas tanpa RPH boleh
diibaratkan sebagai sebuah kapal yang belayar
di lautan tanpa kemudinya
• RPH akan dapat meningkatkan lagi
keberkesanan P&P dan mengelakkan
berlakunya keadaan yang tidak terkawal di
dalam kelas
• Kepentingan RPH
1. Guru tidak akan menyeleweng setelah
objektif pengajaran ditentukan
2. Memahami dan menentukan isi yang
cukup disampaikan dalam masa yang
diperuntukkan
3. Menentukan strategi pengajaran yang
sesuai dengan peringkat kebolehan dan
minat pelajar
4. Menentukan dan menyediakan bahan
bantu mengajar yang diperlukan
5. Merancang gerak kerja bagi pelajar
6. Mengawal kelas dengan baik
7. Menilai keberkesanan P&P iaitu dari
aspek pencapaian objektif
8. Memperoleh keyakinan semasa
menghadapi pelajar
9. Mengingati bahan-bahan pelajaran
yang akan disampaikan
10. Merancang penutup dan aktiviti
susulan yang menarik
11. Merancang aktviti pemulihan dan
pengayaan
12. Menjimatkan masa kerana aktivti
berjalan licin dan teratur
13. Memikirkan jenis-jenis soalan yang
sesuai dan mencabar untuk
dikemukakan semasa pengajaran
berlangsung
14. Merancang bagaimana penggabungjalinan kemahiran dapat dilakukan
15. Merancang bagaimana nilai-nilai murni
dapat diterapkan ke dalam satu-satu
matapelajaran
16. Memikirkan cara untuk memotivasikan
pelajar dalam proses P&P
• Aspek-aspek dalam format RPH
1. Perancangan Pendahuluan
i.
Maklumat umum
ii.
Penentuan topik dan aktiviti
iii. Penentuan pengetahuan sedia
ada
iv. Penentuan objektif
2. Perancangan Penyampaian
i.
Penentuan strategi P&P
ii.
Penentuan masa
iii. Pemeringkatan isi
iv. Pemilihan sumber
3. Perancangan Penilaian
i.
Pencapaian
ii.
Penganalisisan maklum balas
iii. Pengubahsuaian
• Maklumat Umum
• Guru perlu mempunyai maklumat umum
tentang murid
• Maklumat seperti kelas dan tahap murid
penting untuk menentukan pengetahuan
sedia ada mereka
• Ini dapat membantu guru menyediakan isi
pelajaran yang sesuai dengan minat,
kebolehan dan umur murid
• Masa bagi satu-satu pelajaran juga perlu
diambil kira
• Jika terdapat 2 waktu pelajaran maka lebih
banyak aktiviti dapat diuruskan berbanding
hanya satu waktu pelajaran
• Penentuan Topik dan Aktiviti
• Guru perlu meneliti sukatan pelajaran
disamping rancangan tahunan dan mingguan
sebelum menentukan topik pengajaran
• Topik hendaklah disusun mengikut satu urutan
yang lojik iaitu dari mudah kepada kompleks,
konkrit kepada abstrak, dari sudah diketahui
kepada belum diketahui, dari dekat kepada
jauh dan dari yang dalam pengalaman kepada
yang di luar pengalaman
• Setelah topik ditentukan, guru perlu
merancang aktivti P&P
• Aktiviti hendaklah sesuai dan relevan dengan
topik
• Guru perlu menekankan juga perancangan
aktiviti pembelajaran bukan memberi
tumpuan kepada aktiviti pengajaran sematamata
• Penentuan Pengetahuan Sedia Ada
• Pengetahuan sedia ada murid merupakan
komponen penting yang perlu
dipertimbangkan oleh guru dalam penyediaan
RPH
• Ia merujuk kepada aras murid sebelum
bermulanya pengajaran
• Ia merangkumi perkara yang pernah dipelajari,
kebolehan inteleknya, aras motivasi penentupenentu sosial dan budaya serta kebolehan
pembelajarannya
• Aktiviti seperti ujian, kuiz, latihan atau sesi
soal jawab boleh dikendalikan untuk
menentukan kebolehan sedia ada murid
• Selain itu temu bual dengan ibu bapa serta
guru yang pernah mengajarnya juga dapat
membantu disamping laporan-laporan seperti
rekod prestasi serta rekod profil
• Penentuan Objektif Pengajaran dan
Pembelajaran
• Objektif pelajaran yang disediakan dengan
baik akan membantu guru ke arah pencapaian
yang dikehendaki
• Ia harus realistik dan sejajar dengan aras
kebolehan dan minat murid
• Tiga kriteria yang perlu diikuti semasa menulis
objektif eksplisit:
1. Menggunakan kata kerja tindakan yang
khusus yang menerangkan niat guru
2. Menggunakan bahasa yang
menghuraikan tingkah laku yang dapat
dilihat
3. Menggunakan bahasa yang boleh
menghuraikan tingkah laku yang boleh
dinilai
• Panduan Menulis Objektif Pengajaran dan
Pembelajaran
1. Siapa pelanggan kita
Individu yang akan mempamerkan
tingkahlaku iaitu murid kita
2. Tingkahlaku yang diharapkan
Apa murid perlu buat untuk
membuktikan pembelajaran telah
berlaku
Contoh : melakukan, menyatakan
menjelaskan dll
3. Keperluan Pembelajaran
Apa yang murid perlu tahu, alami dan
lakukan setelah aktiviti P&P tamat
Contoh : lari pecut, hantaran lob,
menyangga dll
4. Situasi
Situasi yang di cipta khusus dan
disesuaikan dengan sesuatu aktiviti
yang telah dipilih
Contoh : jarak larian atau hantaran dll
5. Prestasi Piawai
Pencapaian minimum yang
diharapkan dapat dicapai oleh
murid sama ada secara kualitatif
atau kuantitatif
Contoh : 80% betul, betul 3
daripada 5, dalam masa 5 minit,
semua betul dll
* Contoh Penulisan Objektif
• Bahagian-bahagian dalam pengajaran
Pendidikan Jasmani
1. Permulaan
2. Perkembangan
- Gerakerja Kelas
- Gerakerja Kumpulan
3. Kemuncak (permainan kecil /
pertandingan
4. Penutup
• Rangka Pelajaran Pendidikan Jasmani
• Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan
Jasmani