Teaching Technique: i

Download Report

Transcript Teaching Technique: i

Penggunaan i-Think dalam
Pengajaran dan
Pembelajaran
Kumpulan Kuching
Pengenalan
•
Pencapaian pelajar Malaysia dalam Trends in Mathematics
and Science Study (TIMSS) dan Program for International
Student Assessment (PISA) yang kurang memuaskan.
•
Laporan kajian Kestrel Education (UK) dan 21 Century
Schools (USA) mendapati pemikiran aras tinggi guru dan
murid Malaysia amat rendah.
•
Di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-
2025), terdapat 6 aspirasi murid untuk bersaing di peringkat
global dan kemahiran berfikir merupakan salah satu aspirasi
yang ditekankan.
• Untuk mengatasi masalah ini, i-THINK telah
mula diperkenalkan pada tahun 2011.
• i-Think mempunyai 8 peta pemikiran iaitu
peta bulatan, peta buih, peta buih berganda,
peta pokok, peta dakap, peta alir, peta
pelbagai alir dan peta titian.
• Peta Pemikiran merupakan ALAT BERFIKIR
yang membantu membolehkan guru
menyampaikan kurikulum yang sedia ada
dalam bentuk yang lebih bermakna.
• i-Think dapat mempertingkatkan dan membudayakan
kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah
menghasilkan murid berfikiran kreatif dan kritis serta
inovatif.
• i-THINK membawa maksud innovative thinking
(Pemikiran Inovatif). Murid perlu dibekalkan dengan
kemahiran berfikir.
• Berdasarkan kajian kecerdasan, Peta Pemikiran telah
menggabungkan proses pembelajaran secara kognitif
dan maklumat dipersembahkan dalam bentuk visual
seperti bentuk grafik.
Latar Belakang Instrumen:
a) Objektif
• Menilai kompetensi guru bagi domain
perancangan dan persediaan guru, kaedah
penyampaian, penguasaan pembelajaran
guru, hasil kerja murid dan penglibatan
pelajar.
• Membantu guru dalam menerapkan proses
kemahiran berfikir aras tinggi kepada pelajar
melalui Peta Pemikiran.
Latar Belakang Instrumen:
a) Objektif
• Membantu guru dalam mencetus idea
pelajar dan meningkatkan penglibatan
pelajar dalam aktiviti.
• Membantu guru meningkatkan mutu
pengajaran yang berkesan.
• Sebagai program perkembangan
profesionalisme guru.
Latar Belakang Instrumen:
b) Domain
1. Perancangan dan persediaan
2. Kaedah penyampaian
3. Penguasaan pembelajaran
pelajar
4. Hasil kerja pelajar
5. Penglibatan pelajar
Domain
Perancangan dan Persediaan
• Merancang dan menyediakan Rancangan
Pelajaran Harian (RPH) mengikut prosedur
yang ditetapkan.
• Objektif pembelajaran sesuai dengan
keupayaan murid
• Menentukan strategi dan teknik pengajaran
• Penyediaan aktiviti yang dapat meningkatkan
aras pemikiran pelajar.
• Refleksi dicatat bagi setiap pelajaran dengan
merujuk kepada objektif pembelajaran.
Domain
Kaedah Penyampaian
• Dapat memberi penerangan dan arahan
dengan jelas.
• Dapat membimbing pelajar memilih peta
pemikiran yang sesuai berdasarkan proses
pemikiran.
• Dapat membimbing pelajar dalam langkah
membina peta pemikiran
• Dapat menjana idea pelajar secara kreatif
dan kritis dalam peta pemikiran
• Dapat mengembangkan soalan dengan
menggunakan bingkai rujukan
Domain
Penguasaan Pembelajaran Pelajar
• Pelajar dapat memilih peta pemikiran yang
sesuai berdasarkan proses pemikiran
• Pelajar dapat memberi idea dan maklumat
dalam peta pemikiran
• Pelajar dapat memberi respons dengan
tepat terhadap arahan/soalan guru.
• Pelajar dapat mengaplikasikan pelajaran
dalam peta pemikiran.
• Pelajar menyoal soalan ke arah pemikiran
aras tinggi
Domain
Hasil Kerja Pelajar
• Pelajar dapat menghasilkan peta
pemikiran dengan kemas dan mematuhi
format dan prosedur.
• Pelajar dapat menyiapkan tugasan yang
diberikan.
• Pelajar dapat melakukan pembetulan bagi
tugasan secara konsisten
• Guru memeriksa dan menilai hasil kerja
pelajar.
• Hasil kerja pelajar dipamerkan di sudut iThink dalam kelas.
Domain
Penglibatan Pelajar
• Pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti.
• Pelajar berkerjasama dalam
menyelesaikan aktiviti.
• Pelajar berinteraksi secara aktif dalam
pelbagai hala seperti pelajar dengan
pelajar dan pelajar dengan guru.
• Pelajar berinteraksi secara aktif dengan
bahan(peta pemikiran).
• Pelajar memberi tumpuan terhadap
pelajaran sepanjang waktu pembelajaran.
Tinjauan Literatur
• Eric Jensen (1998) merujuk kepada Brain
Based Learning, mengatakan 80% daripada
informasi yang boleh diterima adalah
berbentuk visual dan 40% daripada saraf
gentian dalam badan adalah bersambung di
antara otak dengan retina. Dalam masa satu
jam, otak boleh menerima 36 000 mesej yang
berbentuk visual.
Tinjauan Literatur
• Katherine M. Hichies (2006) dalam kajiannya
“An examination of student performance
after two years of thinking map
implementation in three Tennessee school”
telah menunjukkan terdapat hubungan
positif antara pelaksanaan program thinking
maps dengan peningkatan pembelajaran
pelajar dalam aspek membaca dan
berbahasa.
Tinjauan Literatur
• Sidek (2012) menunjukkan amalan guru
melalui peta pemikiran ini telah mengubah
tingkahlaku murid kepada lebih positif dan
tekun. Kajian ke atas Pelajar Semester 3
Pengajian Bahasa Melayu IPG Kampus Sultan
Mizan yang mendakwa penggunaan peta
pemikiran ini telah meningkatkan daya
ingatan yang luar biasa berbanding cara
pembelajaran yang lama.
Tinjauan Literatur
• Lee & Gan (2012) dalam penulisan refleksinya
mencatatkan bahawa peta pemikiran dapat
membantu murid dalam mengorganisasikan
pemikiran mereka, memudahkan
pemahaman serta membantu pelajar
membentangkan idea-idea bernas dan baru.
Tinjauan Literatur
• Hyerle, D. & Yeager, C. (2007) mengatakan
peta pemikiran dapat memudahkan murid
memahami konsep, menganalisis masalah
dan mencari penyelesaian kerana
penekanannya kepada aktiviti yang
berpusatkan murid dan menggalakkan
mereka bekerja secara kolaboratif selain
daripada hubungan antara guru dan murid
menjadi lebih rapat kerana guru lebih
cenderung berperanan sebagai fasilitator.
Kesimpulan
• Kaedah Peta Pemikiran dapat membantu
pelajar
– meningkatkan daya imaginasi, keyakinan dan
daya ingatan
– meningkatkan kemahiran berfikir ke aras yang
lebih tinggi
– meningkatkan minat terhadap pembelajaran
– meningkatkan kerjasama berpasukan
– meningkatkan interaksi antara guru dengan
murid dan murid dengan murid
Rujukan
Ab. Fatah Hasan (1994). Penggunaan Minda yang
Optimum dalam Pembelajaran. Skudai: Penerbit
UTM.
Hyerle, D. & Yeager, C. (2007). A Language for learning:
Thinking maps incorporated. North Carolina;
Thinking Maps. Inc.
Lee Hou Yew & Gan We Ling. (2012). Penggunaan peta
pemikiran i-Think dalam pengajaran dan
pembelajaran. Kertas kerja dibentangkan di
Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Guru
2012, Bukit Gambang Resort, Oktober 2012.
Rujukan
Muhamad Sidek Said & Ahamad Rahim. (2012). Inovasi
pengajaran dan pembelajaran melalui program i-Think.
Kertas kerja dibentangkan di IPGM International convention
in teacher learning & development, Pearl International
Hotel, Kuala Lumpur, 19-21 Nov 2012
Muhamad Sidek Said (2013). Aplikasi menggunakan „thinking
map‟ dalam program praktikum KPLD Di Tadika Yayasan
Islam Terengganu, Seberang Takir, Kuala Terengganu. Kertas
kerja dibentangkan di Seminar Kajian Tindakan Peringkat
Kebangsaan, Tanjung Vista Hotel, Kuala Terengganu, 23-25
April 2013