BAB 03 - Anjung Ilmu

Download Report

Transcript BAB 03 - Anjung Ilmu

BAB 3
SYARIAH DALAM KEHIDUPAN MUSLIM
Pengertian Syariah
Bahasa

Mempunyai 2 maksud yang berbeza tetapi mempunyai
kefahaman yang berkait.
1. sumber air
2. pembawaan atau jalan yang lurus.
“Kesudahannya, Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan
engkau) menjalankan satu syariat (peraturan) dari hukum-hukum agama;
maka turutlah jalan yang lurus itu, dan janganlah engkau menurut hawa
nafsu orang-orang yang tidak mengetahui”.
Istilah

Dari segi istilah syariah bermaksud “segala hukum yang telah
ditetapkan oleh Allah untuk hambaNya melalui perantaraan para
rasulNya.”

Dinamakan syariah kerana segala hukum-hakamnya adalah
lurus tanpa ada kepalsuan.

Perkataan syariah dan pecahannya di sebut di dalam al-Quran
sebanyak 4 kali (as-Syura: 13 dan 21, al-Maidah: 48, al-Jathiyah:
18.)

Perkataan syariah yang terdapat dalam al-Quran mengandungi
2 makna:

Khusus – segala hukum yang telah diperundangkan oleh
Allah untuk mengatur segenap aspek kehidupan manusia

Umum – diertikan sebagai ‘al-Din’ atau ‘millah’ yang juga
bermaksud agama




Syariah yang diturunkan oleh Allah merangkumi aspek:

‘i’tiqadiyyah’ dan ‘batiniyyah’ (aqidah dan keimanan)

‘amaliyyah’ (ibadah, muamalat, munakahat dan jenayah)

‘akhlakiyyah’ (akhlak).
Syariah Islam merangkumi aspek hubungan antara manusia
dengan Allah, sesama manusia dan alam.
Syariah Islam adalah bersifat ‘muqaddas’ (suci):

terpelihara daripada sebarang kecacatan dan kekurangan.

Kebenarannya bersifat mutlak, bersifat syumul dan
komprehensif, terpelihara selama-lamanya.
Perkatan lain yang mempunyai perkaitan dengan istilah
syariah ialah Fiqh, Hukum,Undang-undang, Nas dan Masadir
Fiqh (Fekah)
 Iaitu kefahaman mengenai hukum-hakam syariah yang bersifat
amali yang difahami melalui dalil-dalilnya yang terperinci.
 Dibahagikan kepada 4 bidang besar:
 Fiqh Ibadah
 Fiqh muamalat
 Fiqh munakahat
 Fiqh jinayah
 Umumnya, fiqh adalah disiplin ilmu untuk memahami isi-isi
syariat itu sendiri. Ia diperolehi melalui usaha-usaha akal
yang tajam oleh para ulama terhadap nas-nas syarak sama
ada al-Quran atau al-Sunnah.
 Fokus kepada perbahasan fiqh ialah mencari ketentuan
hukum syarak bagi perbuatan mukallaf sama ada harus,
wajib, sunat, makruh, haram, sah, batal dan sebagainya.
Hukum.
 Iaitu ‘khitab’ atau mesej Allah yang berkaitan dengan
perbuatan mukallaf. Mesej itu disampaikan kepada manusia
melalui kaedah wahyu.
 Pengkaji kepada hukum-hakam digelar ‘faqih’ dan disebut
sebagai ‘fuqaha’ (sekiranya ramai). Mereka memahami secara
halus dan terperinci tentang hukum syarak.
Undang-undang.
 Iaitu norma-norma hukum yang diterima dan diperkanunkan
oleh badan-badan perundangan tertentu serta menerusi
proses-proses tertentu.
 Apabila disebut undang-undang Islam, bermaksud ketetapan
syariat yang telah mengalami proses ijtihad secara halus serta
ditetapkan oleh badan perundangan negara Islam sebagai satu
undang-undang yang dilaksanakan di negara
Nas

Iaitu dalil syariah berdasarkan ayat-ayat al-Quran atau
hadis-hadis Rasulullah
Masadir

Sumber syariah iaitu terdiri daripada al-Quran, alHadis, Ijma dan Qiyas
Maqasid (tujuan) Syariah


Syariah Islam yang datang dari Allah bertujuan untuk
menjamin kemaslahatan atau kebaikan kepada manusia dan
menghindarkan kemudharatan.
Maqasid syariah adalah untuk menjamin dan memelihara:
1.
Kesucian dan kepercayaan beragama (akidah)
2.
Keselamatan nyawa dan anggota tubuh badan manusia
3.
Kemurnian fikiran dan kewarasan akal
4.
Kehormatan dan maruah diri
5.
Pemilikan dan penguasaan harta
Skop Syariah

Isi kandungan syariah terbahagi kepada 3 kategori – skop,
perlaksanaan dan penguatkuasaan

Skop syariah terdiri:

Hubungan antara manusia dengan Allah

Hubungan antara manusia sesama manusia

Hubungan antara manusia dengan makhluk-makhluk lain

Aspek perlaksanaan kepada perintah dan larangan Allah,
terbahagi kepada 3:

Kewajipan peringkat individu - perintah-perintah khusus spt.
solat

Perintah yang perlu dilaksanakan secara kolektif (tanggungjawab
bersama) Contohnya, perintah dakwah, jihad serta tuntutan
fardhu kifayah lain.

Kewajipan pemerintah - perlaksanaan hukuman bagi kesalahan
jenayah seperti hudud, qisas dan takzir.
Ciri-ciri Perundangan Islam
1. Berorientasikan wahyu
2. Segala prinsip dan hukum hakamnya terpelihara daripada
kelemahan dan kekurangan
3. Bersifat adil dan berpegang kepada prinsip persamaan sesama
manusia di hadapan hukum Allah
4. Ganjaran bersifat duniawi dan ukhrawi
5. Bersifat universal
6. Syumul dan lengkap – merangkumi segenap aspek hidup
manusia, memenuhi kepentingan manusia sama ada dalam
bentuk daruriyyat, hajiyyat dan tahsiniyyat. Ia juga merangkumi
hubungan manusia dengan Allah, sesama manusia dan dengan
alam
7. Sepadu dan seimbang
8. Tetap dan anjal
Peranan Syariah Dalam Pembangunan Ummah
Pembangunan Menurut Islam

Pembangunan ialah satu proses peningkatan kualiti
kehidupan termasuk usaha-usaha penambahan dalam
tingkat pendapatan dan penggunaan, taraf pemakanan,
kesihatan, pelajaran, suasana yang sesuai untuk
meningkatkan harga diri dan kebebasan untuk memilih bagi
semua lapisan masyarakat bagi sesebuah negara.

Dalam Islam pembangunan berdasarkan kepada kewujudan
kehidupan yang selesa dan sejahtera bagi sesebuah negara
dalam memenuhi tuntutan jasmani dan rohani serta maju
dalam semua bidang.

Jelas, pembangunan dalam Islam meliputi semua aspek
pembangunan kebendaan (ekonomi) dan pembangunan
insan.
Pendekatan Pembangunan Menurut Islam

Pendekatan Islam terhadap pembangunan adalah berlandaskan
kepada beberapa falsafah:

Pembangunan berlandaskan prinsip tauhid.

Berlandaskan Rububiyyah

Peranan manusia sebagai utusan (khalifah) Allah.

Berteraskan prinsip penyucian diri
Pembangunan Ummah

Pembangunan ummah merupakan natijah yang terhasil dari
pembangunan insan.

Pembangunan insan adalah satu proses yang melibatkan
beberapa tahap:

Pembangunan fizikal (jasmani).

Pembangunan kognitif.

Pembangunan emosi.

Pembangunan sosial.

Pembangunan kerohanian.
Syariat Islam Sebagai Pemacu Pembangunan Ummah
 Pembangunan ummah tidak akan menjadi realiti sekiranya
dilaksanakan mengikut acuan pembangunan barat kerana barat
hanya menitikberatkan pembangunan fizikal semata-mata.
 Syariah diturunkan oleh Allah dengan beberapa objektif:
 Mendidik Manusia.
 Memelihara lima perkara asas dalam Islam (maqasid syariah)
 Menegakkan Keadilan