Syariah dalam Kehidupan Muslim

Download Report

Transcript Syariah dalam Kehidupan Muslim

CTU 101
PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM
BAB 3
SYARIAH DALAM KEHIDUPAN MUSLIM
PENDAHULUAN
Firman Allah SWT:
“Pada keseluruhannya Kami jadikan engkau
(wahai Muhammad SAW dan utuskan engkau)
menjalankan satu jalan yang cukup lengkap dari
hukum-hukum agama, maka turutlah akan jalan itu
dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orangorang yang tidak mengetahui (perkara yang benar)”
(Al-Jathiah: 18)
PENGERTIAN
Syariah


Bahasa: Jalan yang lurus, sumber air.
Istilah: “Perkara yang merangkumi hukum-hukum Allah
terhadap seluruh perbuatan manusia, sama ada berbentuk
halal atau haram, makruh atau sunat. Ia disampaikan oleh
rasulNya yang terkandung di dalam al-Quran dan Hadith
serta dalil-dalil pecahan daripadanya seperti al-qiyas
serta dalil-dalil lain” (Al-Qardhawi).
Hukum

“Arahan tuhan” (khitab Allah) yang berkait dengan
perbuatan mukallaf yang diperolehi terus daripada nasnas al-Quran atau al-Sunnah.
Undang-Undang Islam

Ketetapan-ketetapan syariat yang telah mengalami proses
ijtihad secara halus serta ditetapkan oleh badan
perundangan negara Islam sebagai satu undang-undang
yang dilaksanakan di negara berkenaan.
Hukum




“Arahan tuhan” (khitab Allah) yang berkait dengan
perbuatan mukallaf yang diperolehi terus daripada
nas-nas al-Quran atau al-Sunnah.
Hukum ‘akal : Keputusan yang buat oleh akal samada
pendek atau panjang.
Hukum ‘adat :Keputusan yang diambil oleh manusia
setelah memandang hal-hal yang biasa terjadi@ yang
tidak biasa terjadi dalam ‘adat kebiasaan.
Hukum syarak: Hukum Allah yang dikenakan keatas
setiap muslimin/muslimat yang aqil baligh yang
pernah mendengar ajakan agama.



Hukum tafsili (terperinci) seperti kewajipan
solat, puasa, zakat dan haji (ibadat khusus).
Hukum-hukum berkaitan dengan aqidah.
Hukum-hukum yang berkaitan dengan
akhlak seperti perbuatan yang boleh
mendekatkan diri dengan Allah. Contohnya
seperti muamalat dan jinayah.
Undang-Undang Islam
Ketetapan-ketetapan syariat yang telah
mengalami proses ijtihad secara halus
serta ditetapkan oleh badan perundangan
negara Islam sebagai satu undang-undang
yang dilaksanakan di negara berkenaan.
Fiqh



Bahasa: Kefahaman, memahami tujuan atau maksud
percakapan seseorang.
Istilah: Ilmu yang berkaitan dengan hukum-hukum Islam
berbentuk praktikal menerusi dalil-dalilnya yang
terperinci.
Hukum praktikal yang diistinbatkan oleh ulama mujtahid
daripada dalil-dalil yang juz’i atau pecahan, terhadap sifat
perbuatan manusia iaitu wajib, haram, sunat, harus dan
makruh.
Nas

Nas – Dalil-dalil al quran dan al hadis
Masodir/sumber Syariah

Masodir – Sumber-sumber hukum syarak
MAQASID SYARI’AH
Pengertian dan rahsia yang dapat difahami daripada
syariat Islam dalam keseluruhan atau sebahagian besar
proses pensyariatannya.
 Merupakan objektif yang ditentukan oleh syariat supaya
dicapai bagi kepentingan manusia. Elemen-elemennya spt:






Memelihara kesucian dan kepercayaan beragama.
Menjamin keselamatan nyawa dan anggota tubuh badan
manusia.
Menjamin kemurnian fikiran dan kewarasan akal.
Menjamin kehormatan dan maruah diri/keturunan.
Menjamin usaha pemilikan dan penguasaan harta.
Memelihara Kesucian dan Kepercayaan Beragama




Manusia mesti patuh dan menyerah diri kepada bimbingan alQuran dan al-Sunnah kerana akal fikiran manusia yang
terbatas.
Hal ini adalah untuk mempertahankan agama, maruah diri dan
menyebarkan dakwah bagi memelihara hak kebebasan
beribadat dan beragama.
Contohnya: Hukuman bunuh terhadap orang murtad serta
kewajipan berjihad terhadap golongan kafir harbi yang
menceroboh.
Islam datang untuk membebaskan minda dan kepercayaan
manusia daripada belenggu khurafat, tahyul, kemunafikan
dan kesyirikan.
Menjamin Keselamatan Nyawa dan Anggota Tubuh
Badan Manusia



Nyawa manusia adalah milik mutlak Allah. Sebarang
tindakan membunuh, sama ada diri sendiri atau orang lain
adalah berdosa besar dan haram sama sekali.
Sebarang tindakan yang dapat mencederakan fizikal juga
adalah ditegah.
Contohnya: Hukuman Qisas terhadap pembunuhan sengaja
atau mencederakan anggota orang lain.
Menjamin Kehormatan dan Maruah Diri/keturunan
Allah SWT telah memperundangkan cara yang terbaik
untuk memelihara pembentukan keluarga yang sempurna.
 Jika diteliti seluruh perintah dan larangan Allah, akan
didapati bahawa ianya bertujuan semata-mata untuk
membentuk keperibadian yang luhur dan terhormat.



Keingkaran manusia kepada syarak telah mengakibatkan
kelahiran anak luar nikah, pembunuhan dan pengguguran
bayi yang merosakkan kehormatan dan keturunan.
Contohnya: Pengharaman Zina, liwat, lesbian, homoseksual
dll.
Menjamin Kemurnian Fikiran dan Kewarasan Akal
Akal menentukan hakikat kemanusiaan. Allah mengiktiraf
akal manusia dalam ibadat dan hal-hal lain bergantung
kepada kemampuan akal manusia.
 Kita dituntut menggunakan Akal untuk mengambil
manfaat dari anugerah alam untuk kesejahteraan
hidup.



Jenayah akan disabitkan oleh Syarak jika ia dilakukan
dalam keadaan sedar dan waras akal fikirannya.
Contohnya: Pengharaman arak kerana ia boleh merosakkan
kewarasan akal fikiran manusia.
Menjamin Usaha Pemilikan dan Penguasaan Harta


Harta merupakan sesuatu yang penting dalam kehidupan
manusia. Mencari rezeki yang halal wajib hukumnya sama
ada untuk diri sendiri atau nafkah bagi keluarga.
Islam melarang pencerobohan hak harta orang lain,
apatah lagi jika disertai dengan kekerasan, penggunaan
senjata dan mencederakan mangsa.
Contohnya: Pengharaman mencuri dan merompak,
rasuah,riba
 Diwaajibkan zakat, galakkan sedekah, waqaf dll

Kepentingan yang ingin dijaga ini boleh
dibahagikan kepada: Maslahah Daruriyah (Darurat)
 Maslahah Hajiyyah (Keperluan penting)
 Maslahah Tahsiniyyah (Luxury)

SKOP SYARIAH
1)
Hubungan Manusia dengan Allah


Ketaatan manusia kepada perintah dan larangan Allah.
Beribadat kepada Allah dan menegakkan syariat Allah
dalam semua aspek.
2) Hubungan Manusia dengan Manusia


Merangkumi perhubungan dan interaksi yang luas.
Meliputi bidang sosial, ekonomi, politik, perkahwinan,
pendidikan, perniagaan, pengurusan dll.
3) Hubungan Manusia dengan Alam




Alam dunia adalah alat atau medan ibadat, bukan
matlamat pencapaian manusia.
Alam diamanahkan oleh Allah kepada manusia untuk
membina tamadun dan memakmurkannya.
Alam perlu diurus secara amanah, tanggungjawab dan
syukur.
Alam merupakan bukti kewujudan dan keagungan
Allah.
PELAKSANAAN SYARIAH



Kewajipan yang menjadi tanggungjawab individu serta
harus dilaksanakan peringkat individu iaitu perintah
khusus dalam konteks hubungan manusia dengan Allah
seperti solat, puasa dll.
Pelaksanaan dalam bentuk kolektif atau secara
berjemaah seperti melakukan dakwah, jihad, amar
makruf & nahi mungkar dll.
Pelaksanaan
yang
menjadi
kewajipan
kepada
pemerintah seperti melaksanakan hudud, qisas dan
takzir.
Penguatkuasaan – tertakluk kepada hukum
taklifi seperti : wajib,
 sunat,
 haram,
 makruh dan
 harus.
PENGUATKUASAAN SYARIAH



Dikuatkuasakan oleh agensi-agensi penguatkuasaan
undang-undang seperti polis, mahkamah dan penjara.
Kesedaran umat Islam tentang kewujudan Allah dan sifat
Allah yang Maha Melihat dan keyakinan bahawa setiap
perlakuan manusia direkodkan oleh malaikat yang
mengiringinya.
Keyakinan dan kesedaran ini yang akan menjauhkan diri
seseorang itu daripada melakukan perkara mungkar dan
maksiat.
Berorientasikan Wahyu
 Ganjaran bersifat duniawi dan ukhrawi
 Universal
 Syumul dan lengkap
 Sepadu dan Seimbang
 Tetap dan Anjal

PENDEKATAN PEMBANGUNAN MENURUT ISLAM
TAUHID
Meyakini bahawa Allah hanya Tuhan yang wajib disembah
dan dipatuhi segala suruhan dan laranganNya.
Allah berkuasa menjadikan, mengawal dan mentadbir
RUBUBIYAH manusia dan alam seluruhnya.
KHILAFAH
Manusia sebagai pemegang amanah Allah dalam bidang
politik, ekonomi, akhlak juga prinsip-prinsip pengaturan
masyarakat.
TAZKIYAH
Pertumbuhan dan perkembangan ke arah kesempurnaan
melalui penyucian sikap dan hubungan.
AL-FALAH
Pembangunan yang dilakukan memenuhi maksud al-falah
(kejayaan) di dunia dan di akhirat.
PEMBANGUNAN UMMAH
INDIVIDU
NEGARA
MASYARAKAT
PEMBANGUNAN
INSAN/INDIVIDU
FIZIKAL
Pembanguna
n yg
diperlukan
oleh jasad
manusia
merangkumi
kediaman,
kesihatan,
komunikasi,
pengangkut
an dll.
KOGNITI
F
EMOSI
SPIRITU
AL
SPIRITU
AL
Pengisian
pelbagai
jenis ilmu
spt ilmu
agama
(tauhid,
feqah dll)
dan ilmu
sosial (sains,
geografi dll)
Kesihatan
ruhiyyah
merujuk
kepada
kestabilan
emosi,
perwatakan
serta nilai
dan konsep
diri.
Pengisian
jiwa insan
dengan
perasaan
cintakan
Allah dan
Rasul
melahirkan
jiwa yang
bertaqwa.
Proses
perkemban
gan hub
manusia dgn
persekitara
nnya spt
jiran,
masyarakat
dll.
PEMBANGUNAN MASYARAKAT
Islam menuntut keadilan dan prinsip persamaan bagi semua
manusia. Ia menyeru ke arah kebajikan, kejiranan yang baik,
kejujuran, pembelaan terhadap golongan miskin dan anak-anak
yatim dll.
PEMBANGUNAN NEGARA
Hak-hak manusia dilindungi dengan adil oleh undang-undang
tanpa mengira bangsa dan fahaman agama. Model pentadbiran
dan pemerintahan negara berdasarkan al-Quran dan praktik
Rasulullah SAW.
SYARIAT ISLAM SEBAGAI PEMACU PEMBANGUNAN
UMMAH
Objektif Syariah yang utama iaitu:
MENDIDIK
MANUSIA
Menanamkan nilai-nilai Islam dalam diri serta mencari
keredhaan Allah SWT dan menyematkan kebencian terhadap
perlakuan keji dan mungkar.
MEMELIHARA
5 ASAS
Memelihara kesucian agama, pemikiran manusia (akal),
maruah dan kehormatan manusia, keselamatan tubuh badan
manusia dan harta benda.
MENEGAKKAN
KEADILAN
1)
2)
3)
4)
Perundangan Islam ialah sesuatu yang dapat
dilaksanakan oleh manusia dan tidak menyusahkan
mereka.
Pengharaman sesuatu yang boleh merosakkan akidah,
syara’, akhlak, akal, tubuh badan, keturunan dan harta
benda.
Pelaksanaan syariah Islam dilakukan secara beransuransur.
Wujud persamaan dalam mentaklifkan fardhu ain.
PENGABAIAN
SYARIAT
ALLAH





Kemungkaran berleluasa
Kemasukan pengaruh asing yang negatif
Penyelewengan agama
Penyalahgunaan kuasa
Penindasan sesama manusia





Syariah memelihara hak-hak manusia secara sah dan
menegakkan keadilan di kalangan manusia serta pemilikan.
Syariah menetapkan peraturan-peraturan
ibadah, munakahah, muamalah dan jinayah.
berkaitan
Syariah
menetapkan
kewajipan
berjihad
untuk
mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara.
Syariah Islam merupakan satu cara kehidupan yang
lengkap dan menyeluruh.
Syariah sebagai panduan dan pembimbing manusia ke jalan
yang benar.
DISEDIAKAN
OLEH:
USTAZ MOHAMAD
ZAKI RAZALY