Transcript Document
Teori Pembelajaran Mazhab Sosial dan Humanis MAZHAB SOSIAL Mazhab ini menegaskan pembelajaran melalui proses permodelan , iaitu pembelajan melali proses permahatian atau peniruan. Tokoh mazhab sosial ini adalah Bandura yang berasal dari Kanada. TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL • Teori ini melibatkan tiga unsur asas iaitu individu, pesekitaran dan tingkah laku. • Tiga unsur ini individu di rujuk sebagai keadaan motivasi dirinya, rangsangan luar di anggap sebagai pesekitaran dan dan tingkah laku sebagai perlakuan. Teori Pemodenan Bandura Bandura mentakrifkan pembelajaran melalui pemerhatian merupakan pembentukan asas tingkah laku manusia. Bermulanya dengan perubahan tingkah laku orang lain, secara tidak langsung individu tersebut akan mempelajari perubahan tingkah laku. Bandura juga mengangap proses pembelajaran melalui pemerhatian model dianggap sebagai modelling. Teori Pemodelan Bandura Peniruan Peneguhan Pemerhatian Penyimpanan Teori Pemodelan Bandura mengenal pasti empat unsur utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau pemodelan iaitu • Perhatian • Peniruan • Peneguhan • Penyimpanan Implikasi Teori Permodelan Bandura Cara keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai melalui: • Peyampaian guru hendaklah cekap dan menarik, menjadi role model. • Demonstrasi guru hendaklah jelas • Hasil kerja seorang guru perlulah teliti, kemas, dan dapat memberi murid-murid memahami. • Mewujudkan nilai-nilai murni dan menggunakan pelbagai watak dalam P&P. TEORI PEMBELAJARAN HUMANISTIK • Teori ini menekankan keunikan dan individualiti seorang murid. • Setiap individu adalah unik dan mempunyai emosi, cita-cita peribadi serta perhubungan yang khusus dengan orang lain. • Pendekatan ini memfokus kepada kehendak afektif dan perbezaan individu dalam pembelajaran. • Teori ini terdiri daripada teori-teori Carl Rogers dan Abraham Maslow. Teori Pembelajaran Carl Rogers • Terdiri daripada beberapa ciri utama • Fenomena setiap individu adalah fenomena logikal, iaitu seseorang itu mengalami dan memahami dirinya • Setiap individu mempunyai kecederungan dan hasrat sendiri untuk menyampaikan kesempurnaan kendiri • Setiap individu membentuk konsep kendiri yang unik melalui sistem nilai dan kepercayaan diri • Tingkahlaku di dorong oleh kepercayaan pada dirinya • Ianya di fahami hanya melalui proses komunikasi • Pengalaman setiap individu adalah unik dan berbeza bagi setiap individu Prinsip Pembelajaran Carl Rogers Berasaskan kajian, Rogers menekankan prinsip a) Mengtuamakan pendidikan berpusatan pelajar (Learner Centered Eduacation) b) Mengutamakan prinsip pembelajaran berasaskan kebebasan (freedom to learn) - pembelajaran merupakan sesuatu jenis naluri ingin tahu (curiosity) -pembelajaran boleh berlaku jika bahan pembelajaran adalah bermakna dan sesuai dengan pelajar - keberkesanan dapat di capai jika tahap pendidikan tidak di ancam dan pelajar mengambil inisiatif sendiri dan penglibatan sepenuhnya dalam proses pembelajaran - Aktiviti pembelajaran mestilah berasaskan keadaan di sekeliling kehidupan kita Pandangan Rogers Terhadap Pembelajaran • Proses pembelajaran merupakan naluri semula jadi manusia. Manusia berhak mendapat pendidikan yang sempurna • Apabila pelajar mempunyai inisiatif sendiri untuk belajar, hasil yang akan diperolehi sentiasa positif • Penilaian yang berasaskan pemikiran refleksi pelajar adalah lebih baik dan bertanggungjawab berbanding penilaian oleh orang lain. • Pembelajaran mestilah berasaskan perkara harian yang berlaku dan belajar bagaimana untuk belajar (learn to learn) Teori Carl Rogers • Mementingkan konsep kendiri positif di mana murid-murid dapat menampilkan tingkah laku yang baik dan disukai oleh orang lain. • Konsep kendiri ini terbina daripada kasih sayang,pujian, layanan, perhatian ibubapa, guru. • Rogers menyifatkan konsep kendiri yang positif boleh menerima kritikan secara terbuka dan mudah berinteraksi. • Murid yang mempunyai konsep kendiri yang rendah menampilkan tingkahlaku yang kurang baik. Abraham Maslow • Mengikut Maslow manusia akan memenuhi keperluan-keperluan asas seperti fisiologi,keperluan keselamatan,kasih sayang, penghargaan kendiri dan kesempurnaan kendiri. Teori Keperluan Maslow Kesempurnaan Kendiri Penghargaan Kendiri Kasih Sayang Keselamatan Fisiologi Konsep Asas • Lebih kepada motivasi Intrinsik. Kuasa dalaman yang berada dalam perkembangan fsiologikal dan psikologikal manusia • Perkaitan antara motivasi dan hieraki keperluan. Apabila individu mendapat kepuasan dalam sesuatu keperluan, maka hieraki yang lebih tinggi berlaku semula jadi. • Jika keperluan hieraki manusia rendah, wujud persamaan yang sangat besar, fleksibiliti semakin kecil dan penbezaan antara individu semakin mengecil. Contohnya seperti makanan, minuman, perkahwinan dan sebagainya. Implikasi • Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang sesuai dan mesra • Pengajaran berkonsepkan berpusat pelajar • Motivasi dan harga diri penting • Bina keyakinan pelajar untuk belajar • Pembelajaran perlulah kontektual • Bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri • Bahan-bahan pembelajaran mestilah bermakna dan mudah difahami Pastikan keperluan pelajar dipenuhi • Pelajar menilai pencapaian sendiri