Transcript peda bab 1

BAB 1
KONSEP PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
KONSEP PENGAJARAN
Aktiviti atau proses yang berkaitan dengan
penyebaran ilmu pengetahuan atau
kemahiran
Aktiviti seperti perancangan, pengelolaan,
penyampaian, bimbingan dan penilaian
THOMAS F. GREEN
Tujuan mengajar ialah menukar tingkah laku
dan kelakuan pelajar melalui perolehan ilmu
pengetahuan atau kepercayaan baru.
Aktiviti latihan atau pelaziman merupakan
usaha untuk menukarkan tingkah laku
pelajar, manakala teknik tunjuk ajar atau
indoktrinasi adalah untuk menyebarkan ilmu
pengetahuan dan kepercayaan baru.
PENGERTIAN PENGAJARAN
Sebagai perkataan pencapaian (An achievement
word) ataupun perkataan tugasan (A task word).
Ertinya ialah sesuatu aktiviti yang meliputi
pengajaran guru dan pembelajaran, ataupun
pengajaran merupakan sesuatu tugasan.
Ahli falsafah di negeri China berpendapat
pengajaran ialah sesuatu tugasan yang
bertanggungjawab menyebarkan budaya dan
ilmu pengetahuan, melatih tenaga kemahiran dan
menjelaskan keraguan.
PERKEMBANGAN PENGERTIAN
PENGAJARAN
1. Pengajaran sebagai suatu proses
- konsep pengajaran boleh dihuraikan sebagai
sesuatu proses yang berkaitan dengan
penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran
supaya murid-murid dapat mempelajari dan
menguasainya dengan berkesan
- proses pengajaran harus dilaksanakan secara
sistematik mengikuti langkah-langkah yang
sesuai seperti perancangan, pelaksanaan dan
penilaian
2. Pengajaran sebagai suatu bidang
komunikasi
- kerana pengajaran meliputi aktiviti
perhubungan dan interaksi di antara
guru dengan murid.
- pengajaran hanya boleh berlaku
apabila guru dapat berkomunikasi
dengan murid secara langsung
dalam bilik darjah (interaksi dua
hala).
3. Pengajaran sebagai suatu bidang sains
- pengajaran yang berkesan hanya
boleh berlaku atas penggunaan
prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah
yang telah dikaji dan diuji oleh pakar-pakar
pendidik
- Segala aktiviti perancangan,
pengelolaan, penyampaian dan
penilaian dilaksanakan secara
sistematik
- Berlandaskan prinsip, teori dan
kaedah mengajar yang
disarankan oleh pakar-pakar
pendidik.
- Berlandaskan hasil kajian atas
psikologi perkembangan murid
dari segi intelek dan emosi
mereka.
4. Pengajaran sebagai suatu bidang seni
- kerana ia melibatkan emosi, nilai dan
tingkah laku manusia.
- ini kerana setiap individu mempunyai
potensi intelek, emosi, rohani dan
jasmani yang tersendiri.
- guru harus mempunyai bakat atau seni
mengajar iaitu boleh mengubahsuai
model dan teori pengajaranpembelajaran sesuai dengan
kebolehan murid-murid yang berbeza.
PROSES PENGAJARAN
PENGAJARAN
 DEFINISI :
 Tugasan dan aktiviti yang dilakukan bersama
oleh guru dan murid.
 Di rancangkan oleh guru secara sistematik dan teliti
 Di laksanakan menggunakan kaedah dan teknik
yang sesuai.
 Proses membimbing,menggalak dan
memotivasikan murid supaya lebih inisiatif untuk
belajar.
 Ada rancangan mengajar, objektif pelajaran,
tempat belajar, alat bantu mengajar, strategi,
kaedah dan teknik mengajar.
 Proses libatkan interaksi dua hala antara guru dan
murid dalam aktiviti P&P.
 Strategi dan teknik pengajaran ada unsur sains dan
seni.
KONSEP PEMBELAJARAN


Proses pembelajaran berlaku dari semasa ke
semasa,secara formal atau tidak formal.
Berlandaskan kepada empat mazhab teori pembelajaran
iaitu:
Mazhab Behavioris
Mazhab Kognitif
Mazhab Sosial
Mazhab Humanis
Mazhab Behavioris
 Parlov,Thorndike dan Skinner.
 Pembelajaran berkait dengan perubahan tingkah
laku.
 Teori dihasilkan daripada pemerhatian dan ujian ke
atas haiwan di dalam makmal.
 Rangsangan dan gerak balas hasilkan perubahan
tingkah laku.
 Tingkah laku boleh diperhatikan,dikawal dan
diramal.
Mazhab Kognitif
 Kohler,Bruner,Gagne dan Ausubel.
 Pembelajan adalah suatu proses dalaman yg berlaku dalam
akal fikiran
 Proses yang tidak dapat dilihat secara langsung daripada
tingkah laku manusia.
 Kajian terhadap pelbagai jenis pembelajaran dalam proses
penyelesaian masalah dan celik akal mengikut peringkat
umur dan kebolehan pelajar.
 Dikenali juga sebagai Teori Gestalt (bentuk,pola,tatarajah)
 Tertumpu kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik
akal,penyelesaian masalah,penemuan,kategori
pembelajaran dan resepsi.
 Manusia mempunyai struktur kognitif,otak akan menyusun
maklumat dalam ingatan sewaktu proses pembelajaran.
Mazhab Humanis
 Pembelajaran manusia bergantun kepada emosi dan
perasaannya.
 Setiap individu ada cara belajar yang berbeza.
 Strategi P&P hendaklah mengikut kehendak dan
perkembangan emosi pelajar.
 Mengikut ahli mazhab humanis,termasuk Carl
Rogers,individu mempunyai potensi dan keinginan untuk
capai kecemerlangan kendiri.
 Guru perlu menjaga kendiri pelajar dan beri bimbingan
supaya potensi dapat dikembangkan ketahap optimum.
PENGERTIAN PEMBELAJARAN
 BELAJAR – memperoleh ilmu
pengetahuan,kemahiran.(Kamus Dewan 1992)
 Manusia guna deria untuk dapat rangsangan dan
ilmu pengetahuan dari persekitaran.
 Deria akan memilih rangsangan yang sesuai untuk
diproses di otak menjadi pengalaman @ilmu yg
bermakna,seterusnya diamalkan mengikut situasi
yang sepadan.
Proses Pembelajaran berlaku berperingkat-peringkat
2.Pemilihan
rangsangan yang
sesuai oleh organ
deria
1.Rangsanganrangsangan
4.Membentuk
pengalaman atau
ilmu
pengetahuan
3.Pemikiran erti
rangsangan
dalam otak.
6.Perubahan
tingkah laku.
Mengamalkan
dalam situasi
yang sepadan
 Mengikut mazhab behavioris,perubahan tingkah laku
sebagai hasil proses pembelajaran kerana berlaku
perhubngan stimuli (rangsangan)
 Melalui proses pelaziman,perhubungan baru terbentuk
hasil hubungkait stimuli dgn tindakbalasnya yang akhirnya
hasilkan perbahan tingkah laku.
 Wujud tindak balas terhadap rangsangan baru bermulanya
pembelajaran.
 Berterusan sekiranya terdapat motivasi.
 Proses berakhir apabila tingkah laku dapat dibentuk dan
dikekalkan.
 Mazhab kognitif percaya proses kognitif hasilkan
perubahan tingkah laku dalam pelajaran.
 Berpendapat pembelajaranadalah proses kognitif untuk
hubungkan perkara di persekitaran.
 Berpendapat belajar bukan percubaan tetapi ada objektif
dan motif tertentu.
 Bukan saja melibatkan perhubungan stimuli-tindak
balas,tetapi kefahaman terhadap keadaan dan perkara
pokoknya.
 Menurut mazhab kognitif,pembelajaran berlaku sekiranya
pelajar ada cukup pengalaman yang berkaitan untuk
pelajari pengalaman baru.
 Pelajar juga perlu ada motif serta berinisiatif sendiri untuk
jalankan aktiviti pembelajaran.
DEFINISI
PEMBELAJARAN
DEFINISI PEMBELAJARAN
Definisi pembelajaran ialah proses
dalaman yang dialami oleh individu atau
seseorang pelajar melalui pengalaman,
pengetahuan, dan kemahiran yang
diberikan dan membawa perubahan
kognitif dan tingkah laku secara kekal.
Terdapat pelbagai definisi
yang ditafsirkan oleh ahliahli psikologi. Antaranya
ialah:
Bruner (1973),
- pembelajaran sebagai
proses aktif iaitu membina
idea baru atau konsep yang
berasaskan pengetahuan
lalu dan sedia ada.
Ahli kognitif dan
konstruktivisme
-pembelajaran sebagai proses
meneroka dan mencari
maklumat dan membina
kefahaman sendiri.
Gage dan Berliner
(1991)
- pembelajaran sebagai
perubahan tingkah laku
yang dihasilkan daripada
pengalaman
Ahli Behaviorisme
- pembelajaran sebagai
perubahan dalaman yang
mengubah tingkah laku
secara agak kekal.
Ramai ahli psikologi pada umumnya mentafsirkan pembelajaran sebagai proses ,
melalui latihan atau pengalaman seseorang individu atau pelajar yang menghasilkan
perubahan tingkah laku yang kekal.
CIRI-CIRI PEMBELAJARAN
Merupakan suatu proses melalui peringkat secara sistematik.
Hasil pembelajaran ialah pembentukkan perubahan tingkah laku dari
tahap yang rendah kepada yang lebih tinggi.
Perubahan tingkah laku selepas aktiviti adalah lebih stabil dan kekal.
Satu proses yang berterusan kecuali jika kehilangan motivasi dan motif
yang sesuai.
Perubahan tingkah laku hendaklah terhasil daripada proses pemikiran
dan penanggapan dan tidak dipengaruhi oleh pertumbuhan fizikal atau
mental atau akibat pengaruh dadah atau penyakit.
Tanpa motif dan motivasi, proses pembelajaran akan terhenti.
Motif merupakan penggerak ‘dalaman’ seperti sifat ingin belajar untuk
kemajuan sendiri. Motivasi pula sebagai penggerak ‘luaran’ seperti
dorongan ibu bapa atau guru.
PERHUBUNGAN PENGAJARAN DENGAN
PEMBELAJARAN
Tujuan utama Pengajaran
Mewujudkan aktiviti
pembelajaran.
Keberkesanan pengajaran
bergantung kepada
☻
Bertumpu kepada murid untuk
merangsang mereka belajar
☻
penggunaan kemahiran mengajar.
Objektif pengajaran
- membawa hasil pembelajaran dengan membentuk
perubahan tingkah laku dari satu tahap rendah kepada tahap yang
lebih tinggi.
☻
 Segala pendekatan, strategi kaedah dan teknik mengajar
adalah berlandaskan kepada teori-teori dan ciri
pembelajaran.
o Proses yang dijalankan terus menerus berulang-ulang
seumur hidup
 Dengan adanya proses ini, murid akan mendapat manfaat
dari pembelajaran dan guru pula memperoleh pengalaman
tambahan dan dapat memperbaiki kelemahan yang
terdapat dalam pengajarannya dalam aktivti pengajaran
dan pembelajaran.