CADANGAN PENYELIDIKAN (RESEARCH PROPOSAL)

Download Report

Transcript CADANGAN PENYELIDIKAN (RESEARCH PROPOSAL)

APAKAH PROPOSAL
PENYELIDIKAN?
 Rangka perancangan yang dilakukan oleh penyelidik
sebelum penyelidikan sebenar dijalankan
 Proposal terbuka kepada pembetulan dan kritikan
bagi memantapkan penyelidikan
 Proposal tidak terhad kepada penulisan akademik
seperti projek ilmiah, latihan ilmiah,disertasi atau
tesis tetapi juga digunakan dalam penyediaan
mendapatkan geran penyelidikan daripada institusi
berkaitan
APAKAH OBJEKTIF UTAMA
PROPOSAL PENYELIDIKAN (PP)
1.
Menjadi panduan kepada penyelidik untuk mengenal
pasti masalah, metodologi, objektif dan jangkaan hasil
penyelidikannya
2.
Memberi laluan kepada penyelia mengemukakan
cadangan dan bimbingan terhadap perancangan
penyelidikan oleh penyelidik di bawah seliaannya
3.
Berfungsi sebagai buku perjanjian antara penyelidik dan
penyelia supaya dapat bekerjasama merancang sebuah
penyelidikan yang baik dan memastikan objektif kajian
dicadangkan berhasil
APAKAH PERMASALAHAN KAJIAN?
 Masalah kajian merupakan suatu kesulitan atau kebuntuan
yang menggerakkan penyelidik memecahkannya
 Masalah kajian menjadi rangsangan intelektual yang
memerlukan gerak balas dalam bentuk saintifik untuk
direalisasikan
 Masalah yang dikemukan dapat menyatakan hubungan
antara dua atau lebih pemboleh ubah
 Masalah kajian perlulah dinyatakan dengan jelas dan tidak
kabur. Ia boleh dinyatakan dalam bentuk pertanyaan yang
boleh diuji secara empirikal
TIPS MENGENALPASTI MASALAH:
 Masalah baru - Prinsip asas ‘nilai tambah ilmu’ perlu
diberikan penekanan dalam menjalankan penyelidikan
 Masalah tidak terlalu kecil - Elak berlaku halangan
perbincangan secara ilmiah dan mengurangkan maksud
penyelidikan yang hendak di capai
 Masalah tidak terlalu besar - Pengkaji perlu ambilkira
faktor batasan masa dan kos perbelanjaan. Elak terjerumus
dalam kajian berbentuk umum.
APAKAH UKURAN BESAR ATAU
KECIL MASALAH?
 Kemahiran penyelidik
 Maklumat literature review
PENDEKATAN DALAM MENULIS
PERMASALAHAN KAJIAN
Mengemukakan pengenalan kepada permasalahan
kajian
2. Mengketengahkan latar sejarah permasalahan kajian
3. Mengaitkan permasalahan kajian dengan isu-isu
kontemporari berdasarkan data atau maklumat
literatur
4. Menegaskan kepentingan permasalahan kajian
untuk dikaji
1.
APAKAH MATLAMAT KAJIAN?
 Matlamat umum sesebuah kajian
 Merujuk kepada tajuk kajian yang hendak dijalankan
APAKAH OBJEKTIF KAJIAN?
 Adalah matlamat khusus yang mengandungi lebih
daripada satu tujuan
 Tujuan objektif kajian adalah untuk mengenalpasti
maksud yang tersurat dan kepentingan sesebuah
kajian dicadangkan. Objektif kajian hendaklah
berdasarkan prinsip ‘V’.
APAKAH TERMINOLOGI DALAM
OBJEKTIF KAJIAN?











Untuk mengenalpasti (to identify)
Untuk mencari hubungan (to correlate)
Untuk mengukur (to measure)
Untuk mengkaji (to examine)
Untuk menjelaskan (to clarify, illustrate)
Untuk menganalisa (to analyze)
Untuk menilai (to evaluate)
Untuk membandingkan (to compare)
Untuk menentukan (to determine)
Untuk membuktikan (to prove)
Untuk mencadangkan (to propose)
APAKAH BATASAN KAJIAN?
 Tujuan untuk menghadkan bidang kajian supaya tidak
terlalu luas
 Mengelakkan penilai atau pembaca mempersoalkan
kenapa tidak dimasukkan bidang atau lokasi tertentu
sedangkan menurut pandangan mereka relevan
dengan kajian
APAKAH ASAS DALAM BATASAN
KAJIAN?
1.
Batasan masa
2. Batasan bidang kajian
3. Batasan lokasi kajian
APAKAH DEFINISI OPERASIONAL?
 Adalah sejumlah perkataan yang dipilih oleh penyelidik
untuk diberikan huraian supaya tidak mengelirukan
pembaca yang berkemungkinan mempunyai maksud lain
seperti yang dipersepsikan oleh penyelidik
 Definisi operasional BUKAN definisi tajuk
 Perkataan yang dipilih hendaklah diberikan definisi sesuai
dengan maksud penyelidik berdasarkan pendapat pakar
bidang atau literatur berkaitan penyelidikannya
APAKAH METODOLOGI KAJIAN?
 Kaedah yang digunakan untuk mengumpul data atau
menganalisa data
 Penting bagi melihat kaedah yang dirangka boleh
mencapai objektif yang dicadangkan
APAKAH ASPEK PENTING DALAM
METODOLOGI KAJIAN?
Jenis kajian- sama ada kajian pensejarahan,
deskriptif, eksperimen,kajian lapangan atau kajian
perpustakaan
2. Persampelan-persampelan mudah, persampelan
kuota etc,jumlah sampel dan kawasan sampel
3. Instrumen kajian-sama ada borang soal selidik,
temubual atau pemerhatian
4. Kaedah analisis data - menggunakan kajian
perbandingan, analisis kandungan dan sebagainya
1.
APAKAH RANGKA CADANGAN
PENYELIDIKAN?
 Bab-bab perlu ditulis dengan terperinci dengan
menyatakan tajuk utama dan sub-tajuk yang
dirancang
 Sistem penomboran yang teliti perlu digunakan agar
tidak berlaku pertindihan dan pengulangan
RUJUKAN ATAU BIBLIOGRAFI?
 Rujukan –bahan yang HANYA dirujuk khusus dalam
penyeldikan
 Bibliografi-bahan yang DIRUJUK ATAU TIDAK tetapi
mempunyai berkaitan dengan kajian