KLASIFIKASI PENYELIDIKAN

Download Report

Transcript KLASIFIKASI PENYELIDIKAN

KLASIFIKASI PENYELIDIKAN
APAKAH DASAR PENYELIDIKAN?
• Penyelidikan dijalankan bagi menghasilkan
barangan yang lebih baik dan bermanfaat
kepada manusia (Penyelidikan GunaanApplied Research)
• Penyelidikan dilakukan bagi menyelesaikan
masalah berkaitan kehidupan manusia
(penyelidikan Tindakan- Action Research)
APAKAH PENYELIDIKAN GUNAAN?
• Penyelidikan ini berbentuk ujikaji ke atas
material atau barangan kegunaan manusia
• Aspek yang ditekankan adalah:
1. Meningkatkan proses pengeluaran barangan
2. Meningkatkan produk yang sedia ada atau
menjalankan penyelidikan bagi tujuan
pengubahsuaian produk sedia ada kepada
produk baru
APAKAH PENYELIDIKAN TINDAKAN?
• Menyelesaikan masalah yang dihadapi atau
membentuk pendekatan baru bagi menyelesaikan
masalah
• Ciri penyelidikan kategori ini ialah: penyelidikan berkait
langsung dengan situasi sebenar dan perubahan
organisasi, menyediakan rangkakerja tersusun untuk
mneyelesaikan masalah dan sebagainya contoh
penyelidikan siswazah menganggur etc
• Setelah dikenalpasti masalah dan sebab, satu pelan
tindakan akan dicadangkan untuk pihak berkenaan
mengambil tindakan
APAKAH METODOLOGI?
• Bermakna cara mengumpul data
• Terdapat pelbagai jenis tetapi boleh digunakan
secara bersilang bergantung kepada keadaan
dan kepentingan
JENIS PENYELIDIKAN BERDASARKAN
ASPEK METODOLOGI?
1.
2.
3.
4.
Penyelidikan Persejarahan
Penyelidikan Deskriptif
Penyelidikan Kualitatif
Penyelidikan Eksperimen
APAKAH PENYELIDIKAN
PERSEJARAHAN?
• Peristiwa, perkara dan objek yang lepas adalah
sesuatu yang bernilai untuk dikaji
• Analisis dan tafsiran terhadap perkara yang
lepas boleh digunakan untuk mentafsir masa
kini dan berkemungkinan meramal masa
depan
• Maklumat sejarah boleh diperolehi daripada
dokumen, rekod (kuantitatif dan lisan) serta
relik (relic)
BAGAIMANAKAH METODOLOGI
PENYELIDIKAN PERSEJARAHAN?
• Bermula daripada mengenal pasti permasalahan
kajian sehingga menulis laporan:
1. Mengenal pasti masalah
2. Menilai sumber maklumat
3. Menilai kebolehpercayaan maklumat
4. Menyusun maklumat
5. Membuat keputusan hipotesis
6. Membentang penemuan
APAKAH PENYELIDIKAN DESKRIPTIF?
• Penyelidikan ini bertujuan menjelas dan
mentafsir terhadap ‘apakah dia’ (what is it)
• Tumpuan kepada suasana atau hubungan yang
wujud antara satu pembolehubah dengan
pembolehubah yang lain, pendapat yang
dipegang, proses sedang berjalan, kesan-kesan
yang ada bukti atau ‘trend’ yang sedang berlaku
• Kesimpulanya, memfokuskan kepada fenomena
kontemporari yang belum diselidiki atau
kemungkinan sudah diselidiki tetapi ditumpukan
kepada aspek lain
• Yang penting hubungan antara pemboleh
ubah. Adakah pemboleh ubah A
mempengrauhi pemboleh ubah B, maka
apakah ramalan yang berlaku dilakukan.
• Terdapat TIGA bentuk Penyelidikan Deskriptif:
i)Penyelidikan Penerokaan (Exploratory
Research)
ii)Penyelidikan Kecapaian dan Penilaian
(Assessment and Evaluation Research)
iii)Penyelidikan Korelasi (Correlation Research)
PENYELIDIKAN PENEROKAAN
• Meneroka sesuatu bidang, masalah atau
fenomena baru
• Boleh digunakan untuk menganalisa sesuatu
masalah sebelum melaksanakan sesuatu
projek
• Dinamakan juga sebagai ‘pilot study’ kerana
dilakukan sebagai kajian awalan sesebuah
kajian sebenar dilakukan
PENYELIDIKAN KECAPAIAN DAN
PENILAIAN
• Bertujuan:
i)Kecapaian (Assessment)-menjelaskan status
fenomena tanpa melibatkan sebarang penjelasan
atau cadangan terhadap masalah yang
dikenalpasti
ii)Penilaian (Evaluation)-menjelaskan atau menilai
sesuatu program atau projek berdasarkan tahap
pencapaian objektif yang dirangka.Pada akhir
kajian,beberapa cadangan disaran bagi mengatasi
masalah yang ditemui
PENYELIDIKAN KORELASI
• Kajian yang mencari hubungan antara satu pemboleh
ubah dengan pemboleh ubah yang lain.
• Ia akan mengenalpasti sama ada sesuatu kejadian atau
faktor bertindak emmpengaruhi perubahan kepada
pemboleh ubah yang lain.
• Hasil kajian bergantung kepada pemboleh ubah
bergantung atau bersandar, ketepatan fakta yang
terkumpul dan kekuatan hubungan antara pemboleh
ubah cth: Suasana rumah pangsa dalam
mempengaruhi sumbang mahram di bandar-bandar
besar
• Penyelidikan Korelasi mempunyai tiga
kemungkinan hasil iaitu:
i)Korelasi positif: Apabila nilai satu pemboleh ubah
(A) adalah tinggi maka nilai pemboleh ubah
kedua (B) juga tinggi atau sebaliknya hubungan A
dengan B.
ii)Korelasi negatif:Apakah nilai satu pemboleh ubah
(P) tinggi maka nilai pemboleh ubah kedua (Q)
adalah rendah atau sebaliknya
iii)Tiada korelasi:Adakah nilai satu pemboleh ubah
(X) tidak mempunyai hubungan dengan
pemboleh ubah (Y)
PENYELIDIKAN KUALITATIF
• Kajian cenderung kepada metode
pengumpulan data melalui teknik
pemerhatian atau penganalisaan kandungan
dokumen
• Tiga jenis bentuk:analisis kandungan, kajian
kes dan etnografi
ANALISIS KANDUNGAN
• Bersamaan dengan Kajian Dokumen
(Document Analysis/Content Analysis)
• Fokus penyelidikan adalah kepada isu semasa,
fenomena pada masa tertentu bertujuan
menambah pengetahuan kepada dalam
menyelesaikan masalah serta persoalan sosial
berkaitan analisa yang dilakukan
KAJIAN KES
• Bertujuan menyelidik realitu sosial
• Ia mengkaji unit terpilih tetapi dianggap mewakili
masyarakat keseluruhan yang lebih besar
• Unit terdiri daripada seorang, sebuah keluarga, satu
kumpulan sosial, institusi sosial atau komuniti
• Data tidak terhad kepada pemerhatian dan temubual
sahaja tetapi mellaui soal-selidik dan data-data berekod.
• Kajian kes adalah kajian mendalam terdalam sesuatu
perkara
• Penyelidik perlu mempunyai latar belakang atau teori yang
mendalam dalam kes yang hendak dikaji bagi mengelakkan
bias dalam mengumpul dan menganalisa data
KAJIAN ETNOGRAFI
• Dikenali juga sebagai ‘antrologi budaya’
• Metode adalah pemerhatian
• Kajian ini melihat budaya atau cara hidup
golongan tertentu.
• Kajian ini menggunakan teknik penyertaan
bersama dengan responden yang diselidiki bagi
mendapatkan maklumat yang lebih tepat
• Misalnya kajian bahasa, perkahwinan, amalan
membesarkan anak, kepercayaan, amalan
agama,hubungan sosial dan sebagainya
PENYELIDIKAN EKSPERIMEN
• Bagaimana subjek (atau unit sosial) bertindak
balas apabila dirangsang oleh satu ujikaji
• Fokus penyelidikan mengesan reaksi atau
tindak balas responden
• Unsur penting dalam penyelidikan ini adalah
proses ujian dilakukan secara natural tanpa
berlaku pengawalan terhadap responden oleh
pengkaji