Teknik Pengembangan Isi Karangan SPM

Download Report

Transcript Teknik Pengembangan Isi Karangan SPM

RANGKA KARANGAN SPM
LATIHAN: MERANGKA KARANGAN
SOALAN
LANGKAH 1
FORMAT
KATA KUNCI
ISU : CETAK ROMPAK
Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menganjurkan pertandingan
menulis rencana untuk pelajar sekolah menengah. Tajuk yang ditetapkan ialah “Cetak Rompak:
Sebab, Kesan dan Cara Mengatasinya”. Anda berminat menyertainya. Tulis rencana anda
selengkapnya.
Menganalisis Soalan
Perbahasan
1.
Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah
menganjurkan pertandingan menulis rencana untuk pelajar sekolah menengah.
2.
Tajuk yang ditetapkan ialah “Cetak Rompak: Sebab, Kesan dan Cara
Mengatasinya”.
LANGKAH 2
Pendahuluan
Merangka Karangan
Jenis Definisi
Cetak rompak merupakan suatu bentuk jenayah mengaut keuntungan dengan memanipulasikan
hasil kerja orang lain terutamanya dalam bidang penyiaran. Pihak penerbit pula mengalami kerugian
kerana terpaksa mengeluarkan belanja yang besar tetapi mendapat pulangan yang kecil.
ISI
HURAIAN
CONTOH
Sebab: Jenayah cetak rompak telah 
penjualan hasil karya cetak rompak penjualan CD, VCD lagu-lagu tempatan,
menjadi barah dalam industri seni
filem-filem tempatan yang masih di
berleluasa di pasar malam atau pusat
negara.
membeli-belah secara
terang-terangan peringkat pratonton di pawagampawagam.VCD filem tempatan atau cakera

karya cetak rompak boleh diperoleh padat lagu-lagu tempatan dijual dengan
dengan lebih mudah, cepat dan murah
RM5.00 sekeping berbanding dengan
berbanding dengan karya yang asli
harga asli yang berharga sekitar RM19.00

sikap atau mentaliti masyarakat kita – RM20.00 sekeping
yang suka akan barangan murah
menyebabkan cetak rompak berkembang luas
bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan
Kurangnya pemantauan pihak
berkuasa

pemantauan yang berkala dan di
tempat yang sama memudahkan pihak
syarikat cetak rompak membaca pergerakan
pihak berkuasa dan seterusnya menyusun
strategi untuk mengaut keuntungan
pemantauan menjelang musim-musim
perayaan.mengagihkan agen untuk
berniaga secara kecil-kecilan di kaki lima
dan apabila diserbu mereka tidak
mengalami kerugian yang banyak

mereka juga mempunyai sistem
rangkaian maklumat yang lengkap dan dapat
melarikan diri dengan cepat apabila berlaku
serbuan
Kesan: Pelanggaran Hak Cipta
Membentuk perkembangan seni
tanah air

dengan tanpa izin menyalin dan
hak cipta adalah sesuatu yang
peribadi tetapi dengan adanya cetak rompak menjualnya untuk mendapatkan
hak penulis telah dinafikan atau tidak dihargai keuntungan atas angin tanpa
mengeluarkan modal yang besar.
menerbitkan seleksi lagu-lagu terbaik

pihak penulis, pencipta atau artis
Syarifah Aini atau Siti Nurhaliza, seleksi
hilang minat untuk berkarya kerana mereka
lagu-lagu Rock sepanjang zaman.
takut mengalami kerugian

penerbit lebih suka menerbitkan
album komplikasi untuk menjimatkan kos dan
mengurangkan margin kerugian.
Karyawan mengalami kerugian

kerugian daripada segi masa, daya
usaha dan wang ringgit. Penerbitan sesuatu
filem atau lagu menelan belanja puluhan ribu
ringgit, malah ada yang mencecah jutaan
ringgit. Penerbit terpaksa membuat pinjaman
bank
Filem Puteri Gunung Ledang RM20 juta.
Langkah :Mengkaji semula harga
cakera padat dan VCD

Anjakan paradigma masyarakat

kajian yang mendalam tentang harga perbincangan oleh pihak berkuasa,
minimum CD atau VCD perlu dilakukan oleh penerbit, penulis, artis, wakil penjual, wakil
pengguna atau wakil PAPITA sendiri
pelbagai pihak agar semua pihak mendapat
kesan positifnya.
mengadakan kempen yang
berterusan untuk menyedarkan masyarakat
bahawa cetak rompak adalah satu kesalahan
dan perlu dibanteras
melalui media massa, persatuan pengguna
menganjurkan pertandingan esei, sajak,
bahas, pidato yang berkaitan dengan
masalah cetak rompak

di peringkat sekolah persatuan
pengguna boleh memainkan peranan untuk
membentuk minda generasi muda tentang isu
ini
PENANDA WACANA
Kesimpulannya
PENYATAAN
Semua pihak perlu terlibat
sama dalam mengawal
jenayah cetak rompak
Peribahasa

HARAPAN
mereka yang terlibat dengan
jenayah cetak rompak segera insaf
dan memikirkan tentang hak dan
perasaan orang seni yang berjiwa
sensitif
Menangguk di air keruh (mencari keuntungan atas penat lelah orang lain)

Titik peluh (penat lelah)

SEBAB
jika tidak dikawal
perkembangan seni tanah
air akan menjadi malap
Busut juga yang ditumbuhi anai-anai (orang yang sememangnya kaya akan
bertambah kaya)
Teknik Mengembangkan Isi Karangan
Formula :
IMPAK – soalan langkah/usaha
KESAN – soalan kesan
PUNCA – soalan punca
FAEDAH – soalan kebaikan/kepentingan
KAEDAH 5W 1H – soalan laporan peristiwa
Formula IMPAK
- Formula IMPAK sesuai untuk karangan jenis langkah atau usaha
I - Isi tentang langkah / usaha (cara yang dilaksanakan)
M - Mengapa perlu dijalankan ( masalah sebelum ini)
P - Pengembangan / penerangan bagaimana langkah tersebut harus
dilaksanakan/dijayakan oleh sesuatu pihak /agensi berkenaan
A - Masukkan alibi(bukti dan keterangan tentang langkah tersebut sebagai contoh)
K - Kesan positif langkah yang diambil/bakal dijalankan
·Setiap perenggan mengandungi sekurang-kurangnya 6-8 ayat.
·Susunan ayat / idea bebas sama ada deduktif, indukif dan gabungan.
Soalan Contoh
Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil oleh kerajaan untuk menjadikan
Malaysia sebagai pusat pelancongan bertaraf antarabangsa
Rangka Jawapan
I -Isi / langkah ~ memperkenalkan Malaysia di luar negara.
M - Mengapa/ masalah sebelum ini ~ Malaysia indah tetapi belum dikenali ( iklim, florafauna, masyarakat majmuk, pelbagai budaya, syurga makanan dll)
P - Pengembangan / bagaimana melaksanakan ~ Malaysia boleh diperkenalkan melalui
media elektronik dan cetak (internet, halaman, risalah, iklan, dokmentari)
A - Alibi (contoh / bukti ) ~ pembikinan Majalah 3 oleh TV3, Warisan Sungai oleh RTM,
Rencana dalam Majalah ‘Going Places’ oleh MAS.
K - Kesan ~ kedatangan pelancongan bertambah / pertukaran wang asing meningkat.
Formula KESAN
- Menghuraikan isi kesan sesuatu perkara.
K - Kesan (isi) / ayat topic
E - ‘Explain’ bagaimana berlaku / terjadi kesan tersebut
S - Sebab terjadi demikian
A - Alibi ( contoh/ bukti kejadian)
N - Natijah/ kesan keseluruhan
Soalan Contoh
Kemasukan warganegara asing ke negara ini secara haram menimbulkan
pelbagai kesan kepada rakyat negara ini. Huraikan kesan-kesan tersebut.
K -Kesan(isi) ~ merampas peluang pekerjaan rakyat tempatan.
E - Explain / bagaimana ~ majikan lebih suka mengupah mereka
~ suka membelakangkan warga tempatan
~ sanggup berhentikan pekerja tempatan untuk memberikan laluan kepada
warga asing
S - sebab ~ merupakan pekerja yang rajin dan baik
~ berasal dari keluarga yang miskin
~ sanggup melakukan sebarang pekerjaan
~ tidak memilih / cerewet tentang upah
A - Alibi / contoh ~ berlaku di sektor perladangan
~ berlaku di sektor pembinaan, perkilangan
N - Natijah (akibat) ~ kadar penggangguran pekerja tempatan meningkat
~ kadar jenayah meningkat
Formula PUNCA
Huraian isi sebab / punca / faktor sesuatu perkara
P - Point (sebab / punca / faktor)
U - Ulasan isi / point (definisi, mengapa,bila, di mana, siapa)
N - Naratif (ceritakan) bagaimana terjadi / berlaku
C - Contoh / bukti
A - Akibat / Natijah / Kesan
Contoh soalan
Huraikan punca-punca remaja lari dari rumah
P - Point (punca) – punca tertarik / terpengaruh oleh dorongan material
U - Ulasan ~ dorongan material tersebut ialah mahu hidup bergaya, kelihatan cantik dan
anggun, merasai nikmat keduniaan
N - Naratif – tergoda oleh cerita rakan – meninggalkan sekolah dan membelakangi ibu
bapa – akibat mentah dalam pemikiran / kurang asam garam kehidupan
C - Contoh – kajian oleh pihak polis membuktikan faktor tersebut, hasil temu ramah
dengan mangsa /
reaksi mangsa dalam Kisah Benar di TV 3
A - Akibar – Remaja menggilai nilai-nilai kebendaan tetapi malang tidak berbau –
remaja terjebak ke
dalam kancah maksiat / lembah kehinaan seperti menagih dadah, pelacuran
Formula KAEDAH
Menghuraikan isi faedah sesuatu perkara
Fa - Fakta iaitu Faedah / Kebaikannya
E - ‘Explain’ bagaimana terjadi / berlaku / diperolehj
Da - Dalil (keterangan, bukti, contoh faedah)
H - Hujah pendirian { penulis / ayat kesimpulan }
Contoh
Faedah / Kebaikan Teknologi maklumat
Dalam bidang perubatan
Fa - Teknologi maklumat untuk mendiagnosis pesakit dan mengenal pasti penyakit
E - Data maklumat lengkap – mudah dibandingkan / dianalisis
Da - Komputer menerima imput tentang status pesakit – memproses input – contoh
H - Terbukti bahawa Teknologi maklumat dapat dimanipulasikan untuk meningkatkan
mutu
perkhidmatan perubatan negara kita
Dalam bidang pendidikan
Fa - Memudahkan pelajar-pelajar berhubung dengan pensyarah-pensyarah di dalam
atau di luar negara
E - Pelajar dapat berkomunikasi secara langsung dengan pensyarah berhubung
masalah pembelajaran
Da - Telesidang dan internet memungkinkan komunikasi dua hala berlangsung
H - Dalam hal ini, Teknolgi Maklumat bukan sahaja menjimatkan kos malah
menjimatkan masa.
Formula KEDAH 5 W 1 H
Huraikan untuk soalan laporan peristiwa
Apa - Apa peristiwa yang ingin dilaporkan
Bagaimana - Bagaimana peristiwa tersebut berjalan atau dilaksanakan atau berlaku
Siapa - Siapa yang terlibat dalam peristiwa terebut
Di mana - Di mana peristiwa itu berlaku
Bila - Bila ia berlaku / tarikhnya
Mengapa - Mengapa berlaku atau mengapa diadakan