Slide 1 - 1citizen

Download Report

Transcript Slide 1 - 1citizen

DISEDIAKAN OLEH :
SITI MASTURA BINTI ALI
DEFINISI CETAK
ROMPAK
•
Didefinisikan sebagai perbuatan menggunakan bahan yang
dilindungi oleh undang-undang hak cipta tanpa kebenaran.
•
Perbuatan tersebut telah diklasifikasikan sebagai satu
tindakan yang mencabul atau mencerobohi salah satu hak
eksklusif pemilik hakcipta asli,asal atau original.
•
Juga dikenali sebagai perbuatan menerbitkan atau
mengeluarkan semula sebahagian atau kesemua hasil karya
asli individu lain.
•
Dalam erti kata lain, cetak rompak bermaksud mengambil
atau menggunakan hasil kerja orang lain dan menjadikannya
sebagai hak milik sendiri digunakan untuk kepentingan
sendiri seperti mengaut keuntungan.
CONTOH KEGIATAN
CETAK ROMPAK
1) Membuat salinan kepada pelbagai bentuk sama ada
cara mengambil gambar.
2) Membuat salinan secara elektronik atau komputer.
3) Fotostat.
4) Rakaman video atau rakaman suara.
5) Menaip semula atau diubah kepada bentuk PDF.
6) Cara menyalin kandungan dan menjual semula karya
tersebut dengan tajuk lain yang berbeza juga dikenali
sebagai cetak rompak.
Menyalin dan menerbitkan semula
hasil kayra asli individu lain
Rakaman video dan rakaman
suara
Fotostat
Punca – punca
berlakunya cetak
rompak
1) Kurang kesedaran dalam kalangan pengguna mengenai harta
intelek iaitu tidak menyedari akan kesan buruk yang bakal
berlaku ekoran daripada perbuatan tersebut.
2) Sikap tamak pengusaha cetak rompak yang hanya
mementingkan keuntungan semata – mata.
3) Kelonggaran penguatkuasaan dan pelaksanaan undang –
undang menyebabakan pengusaha cetak rompak tidak
mengambil peduli kesan buruk perbuatan mencetak rompak
kepada individu lain.
4) Permintaan yang tinggi berikutan harganya yang lebih murah
dan dapat memenuhi citarasa pengguna yang tidak mampu
untuk membeli barangan asli.
5) Kecanggihan sains dan teknologi yang menyebabkan
peralatan tiruan dapat dihasilkan tanpa kita seterusnya sukar
untuk membezakan barangan yang tulen dengan barangan
tiruan.
Kesan – KESAN
DARIPADA kegiatan
cetak rompak
1) Merugikan pihak pengeluar yang sah daripada perbuatan
tamak para pengusaha cetak rompak yang tidak pernah puas.
2) Aktiviti atau iklim pelaburan negara kita akan terjejas
disebabkan oleh para pengusaha teknologi maklumat tidak
mahu melabur di negara kita lagi.
3) Mutu perfileman negara akan terjejas.
4) Ekonomi negara akan terjejas kerana masyarakat akan
mengalihkan perhatian mereka untuk membeli barangan
tiruan atau cetak rompak.
Langkah – langkah
untuk mengatasi
masalah cetak
rompak
1) Penguatkuasaan undang – undang oleh pihak kerajaan seperti
melakukan serbuan dengan lebih kerap.
2) Pihak berwajib mestilah memberikan kesedaran dalam
kalangan masyarakat seperti melakukan kempen kesedaran.
3) Membina pusat cetak rompak di negara sendiri.
4) Melaksanakan hukuman penjara mandatori.
CONTOH KEMPEN…
CONTOH KERATAN AKHBAR