PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU PN. HJH. HAMINAH BT. ABDULLAH

Download Report

Transcript PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU PN. HJH. HAMINAH BT. ABDULLAH

PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
BAHASA MELAYU
PN. HJH. HAMINAH BT. ABDULLAH
PEMILIHAN HASIL PEMBELAJARN
(HP)
Pilih satu HP fokus utama dan satu HP
fokus sampingan bagi satu waktu
pengajaran (40 atau 80 minit)
HP fokus utama diberi penekanan
khusus dalam P&P (70-80% daripada
masa yang diperuntukkan)
HP fokus sampingan digabungjalinkan
dalam P&P (20-30% daripada masa
yang diperuntukkan)
Dinasihatkan pilih aras yang sama bagi
kedua-dua HP fokus dan sampingan
Penyerapan Sistem Bahasa dan
Kemahiran Bernilai Tambah yang
sesuai dengan tajuk
TEKNIK KERUSI PANAS
Semua pelajar membaca teks/bahan
rangsangan yang sama
Seorang pelajar dipilih dan diminta
duduk di atas kerusi di hadapan kelas
Pelajar-pelajar lain diminta
mengemukakan soalan untuk dijawab
oleh pelajar berkenaan
Soalan-soalan spekulasi digalakkan
Beberapa orang pelajar boleh
mengambil bahagian
Latihan
TEKNIK PERBINCANGAN
SECARA STESEN
Guru menyediakan satu tajuk
perbincangan dan menulis tajuk-tajuk
kecil (lima/enam tajuk kecil) di atas
kertas sebak
Kertas sebak ditampal di lima/enam
tempat di dalam kelas
Pelajar dibahagikan kepada lima/enam
kumpulan. Setiap kumpulan diminta
berada di hadapan kertas sebak dan
berbincang tentang tajuk yang
disediakan
Seorang pelajar daripada setiap
kumpulan akan mencatat isi-isi
penting yang dibincang dalam masa
yang ditetapkan (3minit)
Guru memberi arahan supaya setiap
kumpulan bergerak (mengikut arah
jam) sehingga semua kumpulan
dapat mencatatkan isi penting/idea
mereka di atas kertas sebak
Semua pelajar duduk di tempat
masing-masing dan membaca ideaidea yang telah dicatatkan
Guru membuat rumusan
Latihan
TEKNIK PERBINCANGAN
BERDASARKAN SOALAN
Guru menyediakan soalan berdasarkan
topik/tajuk tertentu dalam lembaran
kerja
Guru memberi lembaran kerja tersebut
dan meminta pelajar menjawab secara
individu dalam tempoh masa yang
singkat (5-10 minit)
Lembaran kerja dikumpul
Pelajar diminta duduk di dalam
kumpulan (lima/enam orang) dan guru
menberikan lembaran kerja setiap ahli
dalam kumpulan
Berdasarkan jawapan di dalam
lembaran kerja dan pengetahuan
mereka, pelajar berbincang untuk
mendapatkan jawapan yang tepat
Guru meminta wakil kumpulan
melaporkan hasil perbincangan mereka
Latihan
TEKNIK BERCERITA
Guru memilih cerita yang sesuai
dengan umur, latar belakang dan
minat pelajar dan disesuaikan dengan
objektif pembelajaran. Hubungkaitkan
isi cerita dengan aspek-aspek yang
hendak disampaikan
Ulang beberapa kali bahagianbahagian tertentu (frasa/ayat) supaya
pelajar dapat mengingatinya
Guru bercerita dengan nada suara
dan intonasi yang sesuai untuk
menarik minat pelajar. Gaya dan
gerak-geri guru memainkan peranan
penting
Guru boleh menggunakan gambar,
objek sebenar dan bahan lain yang
sesuai
Guru boleh mengemukakan soalan
semasa atau selepas sesi bercerita
TEKNIK BERCERITA/BERBUAL
MENGGUNAKAN JALUR
PERNYATAAN
Guru sediakan jalur pernyataan
mengikut jumlah pelajar di dalam
kelas (15 pernyataan yang berbeza)
Jalur pernyataan dimasukkan ke
dalam kotak dan meminta pelajar
mengambilnya. Setiap seorang satu
jalur
Guru meminta pelajar membaca
pernyataan dan menyambung
pernyataan tersebut
Setiap pelajar diberi masa 2-3 minit
untuk bertutur
Teknik ini sesuai untuk pengajaran
dan pembelajaran bahasa (Melayu,
Inggeris atau Arab)
TEKNIK TAMU DALAM
PERANAN
Guru menjemput seseorang, contoh;
tukang kebun, jururawat, pemandu
bas, kerani sekolah dll.
Pelajar diminta untuk menyoal tetamu
tersebut
Tetamu menjawab soalan-soalan yang
dikemukakan
Latihan
TEKNIK SQ3R
S – SURVEY; membuat tinjauan
Q – QUESTION; menyoal
R – READ; membaca
R – RECITE; melafaz
R – REVIEW; mengulang
LANGKAH P&P
Guru memberi petikan dan meminta
pelajar membaca secara luncuran
untuk meninjau gambaran secara
menyeluruh bahan yang dibaca
Guru/pelajar menyediakan soalansoalan berkaitan dengan petikan
yang dibaca
Pelajar membaca dan mencari
jawapan kepada soalan yang
disediakan
Pelajar melafaz atau menyatakan isiisi penting petikan
Pelajar merujuk petikan untuk
mengulang isi-isi petikan
TEKNIK KWLH
K : What I know
Apa yang saya tahu tentang perkara
yang dibaca
W : What do I want to learn
Apa yang saya hendak belajar
L : What I learned
Apa yang saya sudah pelajari
H : How much I want to know
Apa lagi yang saya hendak tahu
BORANG KWLH
K
Apa yang
telah anda
ketahui
W
Apa yang
hendak
diketahui
L
H
Apa yang Bagaimana
telah
maklumat
anda
tambahan
pelajari
hendak
diperolehi
LANGKAH P&P
Guru menyatakan tajuk dan memberi
borang KWLH
Guru bersoal jawab tentang perkara
yang diketahui oleh pelajar
Pelajar diminta untuk mencatat di
ruangan K
Guru bersoal jawab dengan pelajar
tentang apa yang pelajar ingin ketahui
dan catatkan di ruangan W
Guru memberi petikan dan meminta
pelajar membaca serta mencatat isi-isi
penting dalam ruangan L
Guru berbincang dengan pelajar
tentang soalan-soalan yang tidak
terdapat melalui petikan
Pelajar diminta mencatat nombor
soalan yang tidak ada jawapan
Guru berbincang dengan pelajar caracara mendapatkan maklumat
tambahan dan mencatat di ruangan H
Latihan
TEKNIK LUNCURAN
Luncuran ialah membaca secara
pantas untuk memahami idea utama,
mendapat maklumat secara
menyeluruh atau bagi mendapat
gambaran am perkara yang dibaca
LANGKAH P&P
Beri petikan kepada pelajar dan
meminta mereka membaca pantas
dalam tempoh yang ditetapkan (1
atau 2 minit)
Meminta pelajar mencari perkara/isu
yang dibincangkan dalam petikan
yang dibaca
Semasa membaca, perhatian diberi
kepada idea penting setiap perenggan
untuk mendapatkan gambaran umum
Dalam pembacaan sebuah buku,
fokus diberikan kepada bahagian
tertentu seperti pengenalan, prakata,
kandungan, tajuk utama, rumusan
pada akhir bab dan rujukan indeks
untuk mendapatkan gambaran
umum tentang buku yang dibaca
TEKNIK IMBASAN
Imbasan ialah pembacaan pantas
untuk mendapatkan maklumat yang
khusus atau tertentu
LANGKAH P&P
Guru menyediakan soalan untuk
dijawab oleh pelajar berdasarkan
petikan
Guru memberi petikan dan meminta
pelajar membaca pantas untuk
mencari jawapan kepada soalan yang
diberi
Guru meminta pelajar mengerakkan
mata dari atas ke bawah dengan
pantas muka surat petikan yang
dibaca, sambil memberi tumpuan
kepada maklumat yang dicari
Dalam pembelajaran, luncuran dan
imbasan boleh digunakan bersama
TEATER PEMBACA
Skrip disediakan berdasarkan watak
dalam teks
Setiap pelajar membaca
menggunakan sebutan, intonasi dan
gaya yang sesuai
Skrip untuk setiap pelajar yang
terlibat diasingkan
TEKNIK “PERMATA”
Teknik ini dapat membantu pelajar
mencipta sajak
PERMATA = permainan kata-kata
LANGKAH P&P
Guru menulis tajuk sajak di tengah papan
putih
Guru meminta pelajar memberi kata atau
rangkai kata yang menerangkan tajuk
tersebut
Guru mencatat kata-kata yang
dinyatakan
Guru membimbing pelajar memilih kata
atau rangkai kata yang sesuai sambil
membina ayat-ayat yang puitis
Pelajar menulis sajak yang lengkap
secara kumpulan atau individu
TERIMA KASIH