Document 7558694

Download Report

Transcript Document 7558694

KAJIAN TINDAKAN
MEMBINA KABEL RANGKAIAN
BERASASKAN
HUKUM ALAM
OLEH
ZULKIFLI BIN OTHMAN
SMK SERI TANJONG, 45000 KUALA SELANGOR.
•
•
•
•
•
•
•
•
MENU ALAM
Bahan Utama
Abstrak
1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu
2.0 Isu Keperihatinan
3.0 Objektif Kajian
4.0 Kumpulan Sasaran
5.0 Pelaksanaan Kajian
6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya
7.0 BIBLIOGRAFI
PROPOSAL
•
•
•
•
•
Abstrak
1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu
2.0 Isu Keperihatinan
3.0 Objektif Kajian
4.0 Kumpulan Sasaran
LAPORAN
• 5.0 Pelaksanaan Kajian
• 6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya
• 7.0 BIBLIOGRAFI
Abstrak
• Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah
yang dihadapi oleh murid Tingkatan 4 ICT di
dalam subtopik “Cable Crimping and Testing” –
Membina Kabel Rangkaian dan Membuat
Pengujian.
• Seramai 30 orang murid Tingkatan 4 ICT, SMK Seri
Tanjong, Kuala Selangor dan seorang guru
terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah
dilaksanakan melalui ujian pra, ingatan susunan
warna bagi kabel T568A dan T568B.
Abstrak
• Hasil ujian pra menunjukkan kebanyakan murid
tidak dapat mengingati susunan warna bagi
kabel T568A dan T568B.
• Ada yang membuat susunan secara terbalik dan
ramai juga yang menyusun sesuka hati sahaja
walaupun proses “Cable Crimping and Testing” –
Membina Kabel Rangkaian ini telah dibuat
sebelum menjawab ujian pra.
Abstrak
• Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik
meningkatkan daya ingatan melalui keadaan
persekitaran manusia – Hukum ALAM (Matahari,
Angin, Rumput, Tanah).
• Murid didedahkan kepada Hukum ALAM selama
80 minit sebelum ujian pos di jalankan dan kajian
ini telah diselesaikan dalam tempoh 2 minggu.
Abstrak
• Keputusan ujian pos telah menunjukkan
peningkatan prestasi murid.
• Dapatan soal selidik murid pula menunjukkan
murid lebih mengingati, memahami dan seronok
belajar subtopik “Cable Crimping and Testing” –
Membina Kabel Rangkaian dan Membuat
Pengujian melalui Hukum ALAM.
HUKUM ALAM
Matahari
Angin
(Langit)
Rumput
(Kunci)
Tanah
1.0 Refleksi Pengajaran dan
Pembelajaran Lalu
• Peperiksaan SPM bagi mata pelajaran ICT
dibahagikan kepada 2 kertas, iaitu Kertas 1 (ujian
bertulis) dan Kertas 2 (kerja kursus). Sebanyak 15
kerja kursus perlu dihasilkan oleh calon mata
pelajaran ICT sepanjang tempoh pembelajaran di
tingkatan 4 hingga tingkatan 5. Kerja kursus ICT
diperuntukkan 30% markah, manakala 70% lagi
adalah markah ujian bertulis daripada markah
keseluruhan.
2.0 Isu Keperihatinan
• Sesuatu yang amat membimbangkan adalah murid
yang dipilih untuk mengambil mata pelajaran ICT
sangat lemah dalam mata pelajaran bahasa dan
matematik di peringkat PMR.
• Contoh 1: Bahasa Melayu = B, Bahasa Inggeris = C,
Matematik = D;
• Contoh 2: Bahasa Melayu = C, Bahasa Inggeris = C,
Matematik = D;
• Contoh 3: Bahasa Melayu = C, Bahasa Inggeris = D,
Matematik = D.
3.0 Objektif Kajian
• Fokuskan kajian adalah terhadap penguasaan murid
dalam menghasilkan kabel rangkaian (“Straigh Cable”
dan “Crossed Cable”) walaupun banyak kelemahan
lain yang dihadapi oleh mereka.
• 3.1 Objektif Am
 Meningkatkan gred purata sekolah (GPS) dengan peningkatan
pencapaian ke arah A dan pengurangan pencapaian E dan D.
• 3.2 Objektif Khusus
 Membantu pelajar menguasai kemahiran membuat kabel rangkaian
dengan mudah.
4.0 Kumpulan Sasaran
• Murid Tingkatan 4 ICT
– Lelaki
: 10 orang
– Perempuan : 20 orang
– Jumlah
: 30 orang
PROPOSAL
Cadangan Perlaksanaan
Cadangan BAJET
5.0 Pelaksanaan Kajian
• 5.1 Tinjauan Masalah
 Tinjauan masalah dibuat berdasarkan ujian pra dan pos
5.0 Pelaksanaan Kajian
• 5.1.1
Ujian Pra dan Ujian Pos
 Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh
mana kefahaman dan ingatan mereka mengenai subtopik “Cable
Crimping and Testing” – Membina Kabel Rangkaian dan Membuat
Pengujian dalam menghasilkan “Straigh Cable” dan “Crossed Cable”
mengikut susunan warna T568A dan T568B. Ujian pra diberikan
kepada murid setelah seminggu membuat kabel rangkaian secara
kaedah biasa ini.
 Pada awal mingga kedua murid telah diperkenalkan dengan Hukum
ALAM selama 80 minit (satu sesi pembelajaran). Lima hari selepas itu,
ujian pos yang menggunakan set soalan yang sama dengan ujian pra
telah memberikan.
 Jawapan murid bagi soalan pra dan soalan pos di semak dan
dibandingkan untuk mencari perbezaan dan perubahan kefahaman
dan ingatan mereka.
5.0 Pelaksanaan Kajian
• 5.2 Analisis Tinjauan Masalah
• 5.2.1
Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos
 Perbezaan pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pos adalah
seperti berikut:
5.0 Pelaksanaan Kajian
• 5.3 Tindakan yang dijalankan
1. Murid membuat kabel rangkaian (“Straigh Cable”) mengikut susunan
warna T568B. Masa dicatatkan.
2. Ujian pra diberikan pada akhir minggu dan disemak mengikut
ketepatan susunan warna T568B.
3. Pada awal mingga kedua murid telah diperkenalkan dengan Hukum
ALAM selama 80 minit (satu sesi pembelajaran).
4. Murid membuat kabel rangkaian (“Crossed Cable”) mengikut susunan
warna T568A dan T568B. Masa dicatatkan.
5. Pada akhir minggu kedua murid telah diberikan ujian pos
menggunakan set soalan yang sama. Seterusnya disemak untuk
dibandingkan.
5.0 Pelaksanaan Kajian
• 5.4 Refleksi Kajian
– Pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pos
menunjukkan peningkatan yang agak ketara.
Kebolehan menggunakan Hukum ALAM untuk
mengingat skema warna merupakan kaedah yang
amat membantu dalam proses menghasilkan
kabel rangkaian.
6.0 Cadangan Untuk Kajian
Seterusnya
• Hasil dari kajian tindakan yang dijalankan ini pula,
saya dapati terdapat perubahan yang positif dari segi
amalan pembelajaran murid. Semoga hasil kajian
saya ini dapat dimanfaatkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran lebih menarik,
berkesan dan menyeronokkan.
• Seterusnya kajian yang berkaitan Hukum ALAM akan
saya dijalankan pada masa akan datang dalam proses
pengajaran dan pembelajaran berkaitan mata
pelajaran ICT di mana yang difikirkan sesuai.
7.0 BIBLIOGRAFI
Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Manual
Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: Penerbit
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan